Followers

Selasa, 22 Februari 2011

GEMPAR!!..Mayat Hidup Merayau-rayau Di Pejabat DAP!

Keranda mendiang TBH
untuk dikebumikan kali kedua
kemungkinan ada pengkebumian lagi sehingga PRU ke-13

Teoh Beng Hock sudah mati. Sudah dikebumikan dan kemudian dikeluarkan semula dari kuburnya. Dikebumikan sekali lagi untuk kali kedua.

Seluruh rakyat Malaysia sudah faham bahawa tentulah ibubapa, keluarga, tunang dan sahabat handai berasa sedih atas kehilangan yang tidak diduga itu. Apatah lagi kematiannya tidak berlaku secara normal dan memberi ruang yang luas untuk spekulasi yang pelbagai.

Selama satu tahun pihak berkuasa telah menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya dan keputusan telah diperoleh hasil dari penyiasatan mengikut prosedur yang standard. 

Bagaimanapun ahli keluarga mendiang tidak berpuas hati. Mereka menolak hasil penyiasatan kerana telah mempunyai keputusan sendiri terhadap kematian Teoh. Menurut kepercayaan mereka, mendiang dibunuh oleh pegawai SPRM. Maka selagi keputusan tidak mengatakan SPRM bertanggungjawab membunuh mendiang Teoh, selagi itu keluarga ini tidak akan berpuas dan tidak mungkin menerima keputusan selain dari yang mereka percayai.


Pada ketika ini mayat hidup mula berlegar-legar di Ibupejabat DAP, Pejabat Negeri dan cawangan. Paling banyak mayat hidup ini berlegar di Pulau Pinang dan Selangor. Mayat hidup juga merayau-rayau memasuki kuil, dewan-dewan serbaguna dan jalanraya..

Jelas sekali mayat ini hanya hidup di tempat-tempat di mana DAP berada.

...Di mana ada DAP...
di situlah Mayat Hidup berkeliaran

Teoh Lee Lan terpaksa ikut merayau bersama DAP dan menangis. Wajah menangis dan suara tangisannya mesti disiarkan di media cetak, elektronik termasuk sistem televisyen negara.

...semakin kuat tangisannya bila di depan lensa
SHAH ALAM, Jan 5 – With tears streaming down her face, Teoh Lee Lan made a passionate plea to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to honour his vow to her family and set up a Royal Commission of Inquiry (RCI) into her brother’s death after a coroner’s court delivered an open verdict today.
Speaking in Mandarin, Teoh Beng Hock’s sister slammed the coroner’s open-ended ruling, saying the family was unable to accept the a decision that did not give closure.
“We are disappointed. We are not satisfied. We want the truth,” she said, repeatedly.
She called on Najib to live up to his much-publicised 1 Malaysia slogan putting the rakyat first and give the family the closure they need.
Unable to contain her frustrations, she lashed out at the PM and told him that if he had agreed to set up an RCI from the start, as the family had requested, they would not have to put up with the open verdict. 

Mayat yang hidup dalam dunia DAP menjadi semakin semarak dan menjalar merebak berkeliaran keluar dari alam DAP. 


ALOR GAJAH kereta jenzah yang membawa mayat Teoh baru sahaja meninggalkan rumah bapanya di Taman Sri Kelemak menuju ke Nirvana Memorial Park di Semenyih.  Mayat Teoh telah ditempatkan di kediaman keluarganya sejak tiga hari lepas. Lebih 2,000 orang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat DAP Lim Kit Siang hadir memberikan penghormatan yang terakhir.
Bernama melaporkan Anwar ketika ditemui pemberita berkata beliau mahukan perubahan tatacara dan etika pihak berkuasa seperti SPRM dan Polis dalam mengendalikan kes siasatan terhadap saksi. "SPRM dan polis terutama Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan harus dipertanggungjawabkan kerana beberapa pelanggaran peraturan yang telah menyebabkan satu kematian," katanya

Untuk membantu mereka mendapat jawapan seperti yang dikehendaki, keluarga mendiang Teoh telah berusaha bersungguh-sungguh mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Khas. Mereka percaya kerajaan tidak akan berani menubuhkannya kerana percaya Teoh dibunuh oleh SPRM.


Atas rasa tanggungjawab, simpati dan rasa ingin tahu, YAB Dato' Seri Najib telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja yang telah diperkenan oleh Seri Padukan baginda Yang DiPertuan Agung dan ditubuhkan  pada 26 Januari 2011.


“Kita juga mahu tahu kebenaran dan apa yang sebenarnya berlaku kepadanya. Jangan politikkan isu ini. Kita ada cara untuk mengetaui kebenaran. Kita tidak akan lindungi sesiapa". Kata YAB DS Najib ketika mengumumkannya.


Dengan itu  Suruhanjaya ini telah ,mengadakan mesyuarat pertama pada 29 Jan, kedua pada 9 Feb. Dan mulakan  siasatan pada 14 Feb.



Pengkebumian kali kedua mayat Teoh sudah dilakukan
Mungkinkah akan berlaku pengkebumian kali ketiga?

Setelah siatan kali pertama dijalankan, keluarga Teoh tidak puas hati. Apabila kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan, mereka juga tetap tidak puas hati. Kini mereka berusaha pula mencari jalan supaya Suruhanjaya tidak dapat menjalankan tugas atau sekurang-kurangnya menjatuhkan maruah dan kredibiliti Suruhanjaya dengan kecaman demi kecaman.


Taktik DAP mempertikaikan kredibiliti Suruhanjaya Siasatan samalah dengan taktik yang digunakan dalam kes liwat kedua Nuar Berahim. Matlamatnya adalah untuk mengipas api kebencian dan menyemarakkan permusuhan perkauman dan anti nasional.

Yang pasti mayat Teoh akan terus hidup sehingga Pilihanraya ke-13.

Kerana kematian Teoh beng Hock adalah aset DAP untuk menyemarakkan kebencian kaum China terhadap kerajaan. Kematian Teoh juga katalis meningkatkan solidariti kaum China untuk membangunkan dominasi politik selepas kejayaan mengambil Pulau Singapura dan Pulau Pinang.

Mayat Teoh bersemadi di dalam kubur tetapi undi adalah untuk 
DAP
Mayat Ibrahim Libya bersemadi di Memali tetapi undi adalah untuk 
Pas


8 ulasan:

  1. salam perjuangan,

    blog yang menarik.mohon untuk link kan blog saya ke blog tuan.

    tq

    BalasPadam
  2. Mengapa perlunya SPRM kena tamatkan riwayat TBH sedangkan dia saksi penting SPRM. Tetapi kalau DAP atau kerajaan selangor memang ada motifnya. Banyak rahsia penyelewengan DAP dan kerajaan Selangor berada di tangan TBH yang sedang disiasat oleh SPRM. Pejabat Khidmat DAP pula berdekatan dengan pejabat SPRM dimana TBH jatuh dan terbunuh. Adilkah siasatan hanya tertumpu kepada SPRM sahaja?. DAP, Ronney Liu dan kerajaan Selangor bagaimana?. Kepada keluarga TBH jangan terlalu berprasagka semata-mata kepada SPRM sahaja. Buka juga minda sekelian kepada DAP, Ronney Liu dan kerajaan selangor.

    BalasPadam
  3. Salam bro...teori u ada logiknya. Harap pihak berkuasa siasatjuga pihak yang berkenaan. Kekadang, orang yang tuding jari kat orang lain tu cuba menyembunyikan tembelang dirinya...

    BalasPadam
  4. Salam Perjuangan,
    Saya dah link blog anda di pautan blog saya.

    Terima kasih :)

    BalasPadam
  5. sebenarnya teoh beng hock telah di korbankan oleh DAP untuk DAP.hanya kematiannya sahaja dapt menafikan kes kes penyelewangan dapt selangor yg di terajui ronnie liu.mana mungkin SPRM nak bunuh saksi pentingnya.nak kat tbh didera sampai bunuh diri tiada kesan dera.kepada DAP saya sarankan sudah lahjgn bermain dgn api!!yg puak2 PAS dan PKR tu buat apa??diam saja dan menyokong DAP membuat fitnah kepada SPRM.

    BalasPadam
  6. salam pendita,

    TBH ni, kalau DAP tak sokong, PAS pun ada dok berarak gambar hantu cina ni. Alangkan yg hidup tetapi kejam membunuh melayu pun, PAS sokong, inikan pula hantu cina didokong DAP. DAP buat kacau pada SPRM yg rata2nye melayu nak cari makan, tapi, PAS sokong plak periuk nasi orang melayu dikacau.

    BalasPadam
  7. ramai dari kita nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. kenapa TBH bertengkar dengan sesaorng sebelum dia dijumpai mati jatuh bangunan? siapa lelaki itu? mengapa dia bertengkar dengan TBH? kenapa x siasat lelaki itu?

    BalasPadam
  8. Yes, I rasa sangsi dengan Ronnie Liu. Kenapa dia sangat - sangat tak nak ikut bila SPRM ajak dia untuk buat siasatan?

    Come on, SPRM, something wrong somewhere with DAP here. They need to investigate this DAP.

    There is no solid reason on why must an SPRM officer kill TBH. No solid reason, the only reason would come from DAP who want to hide their agenda.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...