Followers

Ahad, 27 Mac 2011

Video Sex Gagal Semarakkan Demonstrasi, Jam Omega Musnahkan Reformasi


Seseorang menjerit.....Reformasi!...(senyap)....Reformasi!...(senyap)   Reformasi!...
Seseorang menjeritkan pula...Takbirrr!...(senyap)...Takbirrr!...(senyap)...Takbirrr!...

Senyapppp...tiada jawapan...tiada lagi laungan..tiada lagi gegak gempita...tiada sambutan...


Reformasi yang selama ini hidup dengan berdemonstrasi...kini semacam  sudah menjadi sepi.

Mengapa?

Adakah semangat untuk mengubah sudah padam?
Atau keadilan sudah tidak perlu diperjuangkan lagi?


Sebenarnya orang ramai sudah belajar. Banyak pengajaran dan pengalaman diperolehi dari tindakan berdemonstrasi yang lalu.

Pertamanya, kerana tidak mengutamakan apakah matlamat yang hendak dicapai. Kebanyakan mengaku hanya mengikut membabi buta. Penghasut-penghasut berjaya mematikan daya fikir dan menghidupkan emosi amarah. 


Akibatnya sanggup melakukan aksi ganas dan liar melampaui garis sempadan perlembagan dan undang-undang. 

Pendemo sudah tidak pasti lagi, siapakah yang harus ditentang, dilawan dan dikhianti. Akhirnya sanak saudara mereka sendiri yang bertugas sebagai anggota polis dimaki hamun dengan kata-kata kesat, dilempar dengan bahan yang berbahaya dan dicabar kesabaran.


Hasilnya mereka ditangkap, ditahan dan diambil percakapan mengikut undang-undang. Undang-undang yang mana para Penghasut itu sendiri telah mengangkat sumpah mematuhinya. 



Yang didapati hanyalah pergelangan tangan digari, bukannya jam omega yang cantik, mahal lagi berseri-seri. Maka tinggallah anak kecil, suami atau isteri di rumah. Perjuangan yang tidak pasti apakah matlamatnya kepada penunjuk rasa.


Berbondong-bondonglah menaiki Black Maria dengan masa depan yang tidak pasti.

Rupa-rupanya, panas darah muda yang mengalir deras, pantas dan tangkas, bergerak meninggalkan dunia yang luas terbantang, menuju ruang sempit yang tidak diduga. 


Kesudahannya hinggap di dalam lokap dan Penghasut-Penghasut bebas berada di luar menikmati udara segar dan damainya Negara Malaysia.


Tinggallah Penghasut-Penghasut, aman damai dengan anak isteri, menantu dan cucu dalam istana indah milik keluarga. Bergurau senda sambil menikmati makanan enak berselera.


Mereka tidur di atas tilam yang empuk dalam bilik berhawa dingin. Tidak seperti dalam kandang tahanan pesalah berbau hanyir yang hanya ada dinding, lantai dan bumbung .


Kaki dan tangan Pejuang-Pejuang Rusuhan sudah tidak berfungsi lagi dalam tahanan. Gerakan mereka mati. Semangat terhenti. Tetapi para Penghasut terus berkeliaran ke sana ke mari menikmati betapa mewahnya khazanah negara tercinta.


Atau sesekali pergi berhibur...sementara menunggu  demonstrasi berikutnya.


13 ulasan:

  1. Terbaik bro.....
    27 Mac 2011 2:39 PM


    blogenstarz berkata...
    YAAAAAAAAAAAAA

    INI LAH ARTIKEL YANG TERBAEKKKKKKKK !

    KALAU MEREKA TAK SEDAR DIRI LAGI... MEMANG SAH MEREKA SEMUA JENIS KURANG AJAR !

    mohon c n p

    TQVM
    27 Mac 2011 3:26 PM


    Tanpa Nama berkata...
    Bravo bro, patut dilinkkan ke blog depa barulah terbeliak biji mata nu.
    27 Mac 2011 4:54 PM


    Jeffry berkata...
    HUHUHU SYABAS BETEYY..BEST! MMG BEST! KEHKEHKEH

    BalasPadam
  2. boleh pinjam tak nak masuk entri saya tahniah banyakkan entri macam ni..

    BalasPadam
  3. satu catatan yang baik dan membuka mata semua manusia yang taksub kepada anwar

    BalasPadam
  4. saya nak masuk entri saya cuma edit sikit dengan lagu harap dibolehkan yee..

    BalasPadam
  5. mane2 yang nak teruskan berdemonstrsi tu silakanlah... ternyata mereka2 tu mata shaja celik.. tapi buta hati, tuli akal dungu minda....

    BalasPadam
  6. mesej mudah faham....terbaekkkkk...

    BalasPadam
  7. Yang berdemontrasi, garang dan tunjuk berani KENA LOKAP, YB Gobala Padang Serai, KENAAA...

    ANWAR? AZMIN? LIM KIT SIANG DAN HADI AWANG BALING BATU SEKLING TANGAN, REHAAAAT REHAT. MEWAAAH MEWAH. BERSANTAI DI SANA SINI.

    BalasPadam
  8. kalau masih ada orang yang percayakan anwar..ternyata orang tu langsung tak pernah gunakan akal fikiran yang diberikan oleh Allah

    BalasPadam
  9. Penghasutnya pula kalau kena tangkappun dapat layanan istimewa. Lihat sahaja lakunannya di penjara Sg Buluh dulu. Maklumlah bekas Tim. PM. Kalau dibicarakan pun boleh tangguh lebih 50 kali (belum ada sejarah bagi rakyat biasa). Kalau rakyat biasa, ingkar bayar PTPTN pun dah kena blacklist tak boleh keluar negara. Tambah lagi kalau kena tuduh rogol, liwat,bunuh dan kesalahan berat lain alamatnya merengkok dalam lokap dan jel dan tak boleh di jamin. Tetapi bekas PM ni walaupun di tuduh dengan tuduhan meliwat (kesalahan tak boleh dijamin ni) dibiarkan bebas di luar penjara/lokap malah dapat berceramah dan buat press statement menghasut serta memburuk-burukkan pemimpim, mahkamah dan kerajaan di serata ceruk rantau negara dan di luar negara. Patutlah dia tak serik-serik.

    BalasPadam
  10. Di Malaysia, kalau diamati ksluruhan demontrasi yg pnah brlaku, kaum melayula yg mendomminasi jumlah tramai diikuti india seterusnya cina.. sememangnya setiap pendemonstrator melayu ni ada sbb2 mereka yg tersendiri bila trlibat dgn demonstrasi( Demonstrasi anjuran anwar)

    Tidak semua melayu ini brdemonstrasi krana Anwar. Ada diantara mereka brhadapan dgn tekanan disebabkan khidupan yg serba kekurangan. Mereka mendapati prsekitaran mereka seperti tidak begitu membantu dlm menaiktaraf idup mereka. Golongan muda yg tidak berpendidikan tinggi misalnya, kebanyakan mereka berada di kilang2, bekerja dhla cam lembu dibayar lak dgn kadar upah yg amat tidak brpatutan, situasi ni turut dirasai oleh kebanyakan muda mudi yg bekerja di station minyak, di kebanyakan pasar raya, di kedai2 mkn, dlm projek2 pmbinaan, carwash,atau mana2 kompeni swasta yg menuntut muda mudi melayu ini menjadi kuli.

    Persekitaran bergaji rendah ini lebih memeritkan lg bilamana mereka terpaksa pula bersaing dgn pendatang asing serta brdepan dgn kekerapan knaikan hrga brg. sbulan keja cam lembu, gj takat 4,5 ratus, mkn stegah bulan pun xlepas, tu xkira g duit topup, swa umah, bil api air dan blanja ken baju. Pedih g bila dh da anak bini. Silap hr bulan xsempat tua dh gila.

    Situasi mereka menyebabkan terpendam 1 amarah yg menunggu ms untuk dilepaskan. Lembu pun pandai marah, apatah g muda mudi melayu yg darahnya mmg darah pendekar.

    Jadi kewujudan demonstrasi anwar dilihat sbg 1 ruang untuk mereka melepaskan kemarahan mereka. Isyarat yg diberikan cukup mudah, mereka mahu nasib mereka lebih terbela. Ini juga merupakan punca mengapa kita lihat dlm prk prk kecil sblm ini, pas tetap memiliki penyokong yg ramai walaupun BN sudah membuktikan bahawa mereka telah pulih.

    Para pnyokong dan para pendemonstrator ini seringkali dilabel bodoh dan totok pembangkang, sdangkan sebenarnya ada di antara mereka cukup tertekan dgn prsekitaran idup mereka yg pada pendapat mereka seakan akan tidak terbela.

    tidak dinafikan begitu bnyak dasar dasar bantuan kerajaan yg disasarkan kpd golongan muda mudi melayu. Tetapi prlu diteliti semula adakah ia nya bnar-bnar sampai kepada sasaran. Usah memandang remeh isu ini kerana ia bukan sekadar punca kepada pertambahan bilangan penyokong pembangkang. Malah ia juga punca kpada peningkatan gejala pnagihan dadah serta jenayah-jenayah lain.

    CINA? diorang hidup senang dh, manada ms trlibat ngan bnda bnda cmni. tinggal pk cmna nk rampas negara. Melayu ja dok trkial kial pk cmna nk cari sesuap nasi.

    BalasPadam
  11. Salam Melayujawajohor,

    Sangat tertarik dgn huraian tuan berkaitan mengapa sebahagian kecil anak muda Melayu minat menyertai demintrasi.

    Kerajaan tentu telah melakukan yg terbaik. Pertama kerana menunaikan amanah dan mandat rakyat. Kedua untuk kekalkan sokongan terhadap parti.


    Bagaimanapun yg terbaik tentulah tidak dapat memenuhi 100 peratus keperluan rakyat keseluruhan, di samping kelemahan individu yg melaksanakan peranan dan tugas disektor awam serta wakil rakyat yg tidak berkesan.

    Bagaimanapun secara prinsipnya kerajaan telah melihat dan mengambil tindakan sewajarnya isu makro ini dan diikuti dengan tindakan yg menyeluruh.

    Tujuan pembentukan Kementerian, Jabatan dan Agensi kerajaan adalah utk membela dan menyelesaikan keperluan rakyat dalm pelbagai bidang termasuk para belia dan golongan muda.

    Selain itu, yang paling asas dalam pembelaan rakyat adalah sistem pendidikan asas dan pendidikan tinggi ditambah dengan pendidikan kemahiran bagi yg tidak mampu melanjutkan pelajaran tinggi.

    Warganegara yg telah melalui pendidikan ini sepatutnya mampu mencorakkan kehidupan mereka dalam bidang yang disukai berdasarkan senario ekonomi global, domestik dan peluang pekerjaan.

    Sebenarnya Sdra telah menjawab persoalan ini:

    "...CINA? diorang hidup senang dh, manada ms trlibat ngan bnda bnda cmni. tinggal pk cmna nk rampas negara. Melayu ja dok trkial kial pk cmna nk cari sesuap nasi"

    Itulah masalah Melayu, mereka "mencari sesuap nasi" bukan "mencari nasi"

    Cina tidak mendapat kehidupan senang secara mudah. Mereka gigih dan bertarung dengan usaha yang berterusan. Pengurusan masa yang baik dan disiplin keluarga yg ketat.

    Mereka tidak punyai tanah tetapi berusaha bercucuk bertanam sehingga hasilnya dieksport keluar negara.

    Sebahagian kecil Bangsa Melayu tidak berbuat demikian dan suka melakukan yang mudah dalam hidup mereka. Cepat selesa dan berbelanja di luar pendapatan.

    Kelemahan diri dengan mudah diletakkan kepada pihak lain dan seribu alasan disediakan.

    Dengan kata mudah bangsa Melayu masih berhadapan dengan masalah besar "tidak mahu mengubah diri" seperti yg ditegaskan bekali2 "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri berusaha melakukannya".

    Mungkin banyak lagi bidang yg kerajaan perlu beri tumpuan yang lebih untuk menangani masalah ini, tetapi apa yg telah disediakan oleh kerajaan sudah hampir mamadai jika digunakan sepenuhnya.

    Demonstrasi tidak boleh menyelesaikan masalah mikro rakyat. Demontrasi hanya alat permainan politik untuk puaskan hati Para Penghasut.

    Rakyat boleh bantu menyelesaikan masalah melalui perubahan sikap dan dasar kerajaan yang menyeluruh.

    BalasPadam
  12. saya sokong sangat huraian diatas, pehak berkuasa perlu memberi perhatian seruis dalam perkara ini.kalau sekarang melayu ditampok kuasa,ramai mudamudi melayu spti dinyatakan diatas,apatah lagi kalau cina-cina laknat yang disokong oleh sianugerh dan pakjanggut2 tu memerintah nanti,lihatlah nasib melayu ppinang sekarang dan lebih malang lagi melayu spora.janganlah perkara ini terjadi, buatlah sesuatu wahai bngsa ku.

    BalasPadam
  13. bagus! fitnah banyak-banyak
    cepat masuk neraka

    https://nobodycanstop.us/.i/_3D8FoiAzY09Tpmq2ofWzYh92o0AUqbqJnl1lom5JLzkJLi8vBo33q

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...