Followers

Ahad, 20 Februari 2011

Pas Akan Bertanding Di Kawasan DAP dan DAP Di kawasan Umat Islam


Pas akan bertanding di kawasan majoriti China kerana Pas sangat ikhlas untuk memperjuang nasib semua kaum di Malaysia. Pas yakin akan beroleh kemenangan besar kerana semua kaum bukan Islam berasa kagum dengan agama Islam yang dibawa oleh Parti Melayu Pas itu. 

...licik dan jahatnya pemikiran dan mulut Nik Aziz!
UMNO mempertahan dan memajukan Islam dan umatnya,
UMNO tidak pernah menolak Islam malah menjaganya dengan baik.
Yang ditentang oleh UMNO adalah Pas bukannya agama  Islam.
Nik Aziz pakar tafsir putar-belit tersohor Malaysia

DAP pula akan bertanding di kawasan majoriti umat Islam kerana DAP telah memahami agama Islam lebih baik dari UMNO. DAP juga akan mempertahankan agama Islam lebih baik daripada yang dilakukan oleh UMNO.

Ustaz Nik Aziz pernah dengan tegas dan berulangkali mengakui bahawa Parti Melayu Pas tidak berjuang untuk membela bangsa Melayu. 

Pas juga memaklumkan mereka memperjuangkan Islam dan tidak memperjuangkan bangsa kerana menganggapnya amalan assobiah dan dilarang oleh Islam. 

Dalam waktu yang sama Pas mendakwa mereka membela semua kaum di negara ini. Walaupun apa yang mereka bela selama ini tidaklah pula dinyatakan.

Terkini ustaz Nik Aziz melarang UMNO bertanding di Kelantan kerana rakyat Kelantan terdiri daripada majoriti  kaum Melayu. Nik Aziz menganggap perbuatan UMNO bertanding di Kelantan itu tidak wajar kerana pemimpin dan ahli Pas juga adalah berbangsa Melayu.

SHAH ALAM, 19 Feb: Mursyidul Am PAS, Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan terdesak parti itu yang bimbang dengan pengaruh PAS terhadap rakyat. Menteri Besar Kelantan itu juga mempersoal tindakan Umno BN yang mendakwa mereka pembela Melayu tetapi sejak dari dahulu lagi memusuhi Kelantan sedangkan majoriti rakyat Kelantan ialah orang Melayu. 
"Jika benar Umno membela Melayu, untuk apa kami di Kelantan diperangi sedangkan majoriti pemimpin dan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam? soalnya.
Komen Pendita

DAP akan lakukan apa sahaja...
selagi Pas sanggup terus pecahbelahkan
solidariti umat Islam
  1. Jelas bahawa ustaz Nik Aziz keliru dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. UMNO sebagai sebuah parti politik berhak bertanding di mana-mana kawasan dalam Malaysia.
  2. Rupa-rupanya ustaz Nik Aziz tidak faham bahawa setiap tempoh 5 tahun, rakyat diberi peluang menggunakan suara dan kuasa mereka memilih kerajaan.Terpulanglah kepada Rakyat untuk memilih dan bukan Nik Aziz yang menentukan boleh atau tidak boleh.
  3. Ustaz Nik Aziz beranggapan rakyat Kelantan tidak berhak mengubah kerajaan negeri hanya berdasarkan Pas adalah parti Melayu dan rakyat Kelantan juga majoriti berbangsa Melayu. Sedangkan hak rakyat Kelantan membuat penilaian dan seterusnya membuat keputusan ke atas mandat yang telah mereka berikan selama ini kepada Pas untuk memerintah Kelantan. Pas juga menafikan hak parti China DAP untuk memerintah  Kelantan kerana mereka juga berhak.
  4. Proses demokrasi tidak menjadi pegangan Nik Aziz kerana beliau sendiri tidak faham dan tidak menghormati hak rakyat bersuara dan membuat keputusan.
  5. Pemikiran kebudak-budakan Ustaz Nik Aziz terbukti dengan melarang UMNO bertanding di Kelantan tetapi Pas boleh bertanding di mana-mana kawasan yang ditandingi UMNO. 
  6. Ustaz Nik Aziz beranggapan UMNO memerangi Pas, tetapi tidak menyedari bahawa Pas mengkafirkan UMNO. Inilah bukti bahawa cara Pas berpolitik adalah dengan menjadikan agama Islam sebagai alatnya. Berdolak-dalik sepanjang masa untuk melepas diri dari kesalahan dan kemungkaran politik yang mereka amalkan.
Bagi merealisasikan konsep keadilan Malayisan Malaysia, eloklah Pas bertanding di kawasan majoriti China dan DAP di kawasan majoriti umat Islam.

6 ulasan:

  1. Mohd berkata...
    Di PRU13 nanti, UMNO haruslah meletakkan calon Melayu di kawasan2 majoriti Melayu.
    MCA, Gerakan dan MIC letaklah calon2 mereka di kawasan majoriti Cina.
    Tengoklah rakyat akan mengundi siapa?
    Tengoklah orang Melayu akan mengundi siapa PAS ke UMNO ke?
    Biarlah rakyat menentukan Kerajaan pilihan secara demokrasi.
    20 Februari 2011 1:25 PM

    Jeffry berkata...
    MERLIMAU: KERUSI PKR. TP MENYERAHKAN KERUSI TU PD PAS. PAS TAU MEREKA AKAN JADI 'LAUK'. PAS TAK KISAH UTK KALAH KALI KE 3 DAN PERSIAP 1001 MCM ALASAN. PAS PARTI KELDAI. SETUJU TAK ABG MOHD? >:D
    20 Februari 2011 2:55 PM

    Penditakainsingkat berkata...
    Kaum China kalau nak hidup sejahtera kenalah buang sikap nak bunuh kuasa politik Melayu-Pribumi.

    Kekalkan konsep BN yang guna formula terbaik untuk sebuah negara majmuk. Jangan tamak ikut DAP nak jadikan Malaysia macam singapore.

    Sdra Mohd dan Jeff...apapun...Pas dah berjaya dihaiwan politikkan oleh DAP

    BalasPadam
  2. sorry la...dap mana nak kongsi2 kuasa cam tu...dia nak bolot semua...yg malang ialah pas sebab rela jadi kuda tunggangan...itu je
    aku setuju dgn cadangan letak calon umno di kawasan majoriti melayu, calon mca/mic di kawasan majoriti cina...nak tengok jugak kpi mca dan mic tu...biar depa kerja kuat sikit...jgn asyik nak harap sokongan melayu je...

    BalasPadam
  3. Allah Ta'ala berfirman, "Dan ta’atlah kamu kepada Allah dan ta’atlah kamu kepada Rasul (Nya) dan berhati- hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kewajiban Rasul Kami, hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang." (Al Maidah: 92)

    Dari Abdullah bin Umar Radhiallahu'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda: Allah Azza wa Jalla menggulung langit pada hari kiamat dan menggenggam-nya dengan tangan kanan-Nya seraya berkata: "Aku adalah Raja, mana orang-orang yang sombong?" Kemudian menggulung bumi-bumi dan menggenggamnya dengan tangannya yang lain seraya berkata: "Aku adalah Raja, mana raja-raja dunia, mana orang-orang yang sombong?" (HR. Bukhari Muslim)

    "Ya Allah, aku menyerahkan diriku kepadaMu, aku menyerahkan urusanku kepadaMu, aku menghadapkan wajahku kepadaMu, aku menyandarkan punggungku kepadaMu, karena senang (mendapatkan rahmatMu) dan takut pada (siksaanMu, bila melakukan kesalahan). Tidak ada tempat perlindungan dan penyelamatan dari (ancaman)Mu, kecuali kepadaMu. Aku beriman pada kitab yang telah Engkau turunkan, dan (kebenaran) NabiMu yang telah Engkau utus." [HR. Al-Bukhari 11/13 dengan Fathul Baari dan Muslim 4/2081.]

    BalasPadam
  4. kahkahkah kerusi UMNO pun letak MIC di hulu selangor apa UMNO kesah? kahkahkakh

    jangan tunjuk bodoh dengan lihat kelemahan pembangkang g nengok kelemahan UMNO dan MIC serta MCA dan PPP bersama GERAKAN... 50 tahun UMNO kongker P.Pinang tapi bagi kat GERAKAN

    BalasPadam
  5. aku setuju sangat DAP bertanding semua kerusi di terengganu dan kelantan.PAS pula bertanding semua kerusi d Penang.hahaha

    BalasPadam
  6. how I hope other politic party will soon come out with a new, fresh idea. Free from dirty things. truly islamic party. In my opinion, both UMNO and Pas are wrong.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...