Followers

Jumaat, 28 Januari 2011

Pas Tenang Marah DS Najib Kerana Tidak Ziarah Suami Normala Terlantar Sakit Teruk


Patutlah Nizar Jamaludin Lambai tu mengamuk sakan dan marah sangat kat UMNO. Hingga dia menghukum  menolak UMNO adalah Wajib Syarie. Rupa-rupanya DS Najib tidak berlaku adil dan mengamalkan diskriminasi kepada  ahli dan pemimpin Pas.

Semasa Ustaz Haji Nik Aziz terlantar sakit di hospital, YAB DS Najib sanggup bersusah payah datang menziarahi. Malah beliau mengarahkan pihak hospital memberi perhatian yang rapi dan kemudahan rawatan yang terbaik.

Tetapi kini apabila Cikgu Maarof terlantar sakit di hospitak, YAB DS Najib tidak pula kelihatan menziarahinya. Jauh sekali memberi arahan kepada hospital memberikan perhatian dan rawatan terbaik untuknya.

Agaknya YAB DS najib terlupa atau tak perasaan bahawa Cikgu Maarof adalah suamai Cikgu Mala, calon yang bakal mengubah nasib rakyat di Tenang jika memenangi PRK DUN Tenang nanti.

Bagaimanapun mujurlah Cikgu Maarof telah mendapat simpati dan kerjasama yang sangat baik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang membantu beliau mendapatkan Surat Cuti Sakit yang panjang untuknya mendapatkan rawatan.

Manakala pihak Guru Besar, PPD dan Jabatan Pelajaran Johor juga amat priohatin dengan nasib Cikgu Maarof yang dizalimi oleh Peminmpin UMNO-BN ini.   


Doktor Swasta di Pusat Kesihatan Keluarga Labis mengesahkan 
Cikgu Maarof sakit dan mengeluarkan MC untuk 2 hari iaitu pada 6-7 januari 2011


Klinik Kesihatan Kerajaan Bandar Putra Segamat juga mengesahkan 
Cikgu Maarof Sakit Kuat dan memberikan Cuti Sakit 
selama 14 hari berturut-turut pada 10 - 23 Januari 2011

Sakit Cikgu Maarof semakin tenat 
dan Doktor Pusat Perubatan Kerajaan Bandar Putra Segamat 
menambah Cuti  selama 5 hari lagi pada 24 - 28 Januari 2011.

Dijangkakan seluruh ahli, pemimpin dan pengikut Parti Melayu Pas akan mengadakan solat hajat perdana dan mendoakan kemenagna Pas di Tenang dan memulihkan kesihatan suami Cikgu Mala.  

..semoga Cikgu Mala boleh terus bermain air dengan Cikgu Maarof


10 ulasan:

  1. ulasan:

    Main Ayaq berkata...
    ..semoga Cikgu Mala boleh terus bermain air dengan Cikgu Maarof .. keh keh keh

    murni sungguh hati penulis.
    2011 Januari 27 16:41

    Tanpa Nama berkata...
    tahniah diatas kemurnian hati saudara?
    hahahaha...........
    2011 Januari 27 16:47

    Megat Alam Gempita berkata...
    Zalim sungguh zalim, Cikgu Maarof adalah korban ketidak adilan kerajaan BN. Beliau diberi cuti sakit dan pelepasan namun masih gagah membantu isteri ke hulu-ke hilir berkempen siang malam tanpa menghiraukan beliau sakit. Mungkin kerana takut isterinya dikebas, disalam dan diraba oleh orang2 BN yg akan mengumpan KFC nanti. Sungguh murni lakonan ini.
    2011 Januari 27 17:05

    dankuala.com berkata...
    POLITIK , POLITIK JUGA. SAKIT DEMAM ORANG KENALAH SIMPATI. INILAH BARANGKALI PERKIRAAN PENGETUA SEKOLAH CIKGU MAAROF, PEGAWAI DI PPD DAN PEG KESIHATAN.

    TAPI HARUS JUGA DIINGAT. MUNGKIN JUGA PEGAWAI BERKENAAN TELAH TERMAKAN JAMPI SERAPAH BOMOH BOMOH DARUSSYIFA' YANG SEKARANG TUMBUH MACAM CENDAWAN DI SELURUH NEGARA BAGI MEMBANTU PAS MEMENANGKAN DAP DALAM PRU 13.
    2011 Januari 27 18:46

    Tanpa Nama berkata...
    Buaya darat buaya air....buaya darat pun suka main air...keh keh keh ...
    2011 Januari 27 18:50

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama berkata...
    Apa nak heran, doktor yg bagi MC tuh penyokong PAS...apa nak heran pehak sekolah, PPD dan Menteri pelajaran pun mesti org PAS jugak...eh eh apa aku cakap nih!!!

    APa lagi..SIASAT kesahihan MC nih, macam mana bole bersambung2...org lain anak sakit pun teruk nak dapat MC siap isi bornag itu ini..ishkkkk dia nih senang2 aje kesana sini membontoti calun PAS tuh..xkiralah bini atau tidak, niat murni bersama2 isteri ok, tp xboleh ke ambik cuti tanpa gaji atau pun emm emm letak jawatan aje kalau dah teringin sgt nak jadi escort bakal YB!!
    2011 Januari 27 19:08

    Tanpa Nama berkata...
    dia temankan bini dia 24jam sebab risau dengan mat sabu...bukan korang tak faham...mat sabu ada rekod lampau...selera dia dengan bini orang meluap2.
    sama ngan si mala...laki dulu pun dia bolih tinggalkan..
    sama2 ada trade mark...
    2011 Januari 27 19:12

    Tanpa Nama berkata...
    ..kesian c gu Maarof walau pun sakit tenat (MC 3 minggu)terpaksa kehulu kehilir eskot bini berkempen walau pun jentera parti seluruh Msia turun Ke DUN Tenang untuk mbantu. Sepatutnya dia berehat saja dirumah dan biarlah orang2 kuat PAS yg lain seperti Ustaq Mat Sabu, Ustaq Din Puduraya, Ustaq Saiful Selising dan adun Perupuk tolong eskot isterinya..sudah pasti puak2 jantan gatal UMNO takut nak rapat dgn c gu Mala..gerenti selamat punya..

    BalasPadam
  3. dia dah pekena penedoll soliubel dgn penedoll ektipas...tu yg dok gagah iring dan usong merata tu...tugas dan tanggongjawab kat sekolah tu tak penting...kalo nak banding jaminan tiket ke sorgaloka....puih puih puih

    BalasPadam
  4. Assalam bro; pegi tengok kat catatan doktor pd MC 24-28 Jan utk suami cikgu mala yg di tulis bahagian D: depressive mood. Apa maknanya tu? Sakit jiwa murung? Perlu di rujuk pd pakar sakit jiwa ke?

    BalasPadam
  5. Rakan blogger RBF.online telah mengesahkan bahawa sijil sakit (MC) tersebut adalah milik suami calon PAS Tenang. Pejabat Pendidikan Daerah Segamat telah mengesahkannya. Diagnosis yang tertera di atas MC ialah 'Depressive Mood'

    Wah...berat tu! Rasa-rasanya, semua tahu apa makna depression. Ianya kena mengena dengan permasaalahan psikiatri dan tekanan jiwa di sebabkan oleh perkara-perkara yang lumrah di hadapi oleh kita semua seperti tekanan kerja, hutang piutang, skandal dan sebagainya.

    BalasPadam
  6. Anak aku sakit terlantar dekat ward di Kedah Medical Center selama 2 minggu, sebagai kakitangan awam yang berpegang kepada kualiti dan etika perguruan, saya dan isteri bersetuju mengambil cuti tanpa gaji dan BSM, KPM meluluskan permohonan kami,namun kami berasa hampa kerana Kerajaan Kesihatan bersekongkol dengan pengkhianat perguruan dengan memberi sijil MC yang boleh dipertikaikan.

    BalasPadam
  7. depressive mood pegi jalan sini sana ngan bini ke? ape punya diagnosis le...lain kali bagi le diagnosis logik sikit...bipolar disorder ke...jadi boleh gak bagi alasan time mood dia normal tu le dia temankan bini dia...time mood dia tak baik dia duduk kat rumah...lawak sungguh le...ni medical degree dari mana ni?
    nak tahu jugak ape diagnosis oleh doktor swasta dan diagnosis awal yg dpt cuti 14hari tu...seorang guru sekolah kerajaan yg berkopiah dan doktor kerajaan itu patut disiasat tu...kenakan tindakan tatatertib kerana pecah amanah...

    BalasPadam
  8. Depression is a state of low mood and aversion to activity that can affect a person's thoughts, behaviour, feelings and physical well-being.[1] It may include feelings of sadness, anxiety, emptiness, hopelessness, worthlessness, guilt, irritability, or restlessness. Depressed people may lose interest in activities that once were pleasurable, experience difficulty concentrating, remembering details, or making decisions, and may contemplate or attempt suicide. Insomnia, excessive sleeping, fatigue, loss of energy, or aches, pains or digestive problems that are resistant to treatment may be present.[2]

    BalasPadam
  9. Yg aku tau..depressive mood tu mgkin mksudnya..susah ati, jiwa tak tnteram, tak sronok, tak gmbira, prasaan trganggu, tak bleh fikir yg brat2, tak leh fokus, cepat tawar hati, mudah trasa hati, dll.

    Dlm keadaan mcm tu tntulah cikgu ni tak dpt nak mengajar murid2.

    Doktor plak susah nak cari prkataan yg ssuai dgan pnyakit cikgu itu. Jadi dia gunalah term "depressive mood" yg ssuai dgn pnyakit yg dialami dan wajar dberi cuti yg panjang utk rawatan dan rehat brtenang.

    Cikgu ni memang bijak dan ikhlas menjaga dirinya dan doktor tu memang pakar serta prihatin dgn masalah rakyat. Kita patut lahirkan lbih ramai kakitangan mcm cikgu dan doktor tu, tentu rakyat kita makmur dan produktif.

    Kerajaan hari ini mmg tak brkesan kerana mgabaikan kakitangannya yg mgalami masalah peribadi. Saya yakin lbih ramai yg sedang menderita ttpi dibiarkan sahaja oleh kerajaan.

    Kerajaan tdak ambil kisah ramai kakitangan yg susah hati krana beban tugas yg brat dan pelbagai jenis hutang kad kredit, koperasi, ansuran kereta, ansuran perabut, dll. Mereka juga manusia biasa yg perlukan perhatian dan pembelaan.

    Kezaliman inilah yang menyiksa hidup rakyat yang sepatutnya dibela supaya mereka dpt mberikan khidmat yang lebih baik.

    Tuan Guru sering ingatkan kita supya ingatkan Tuhan dan akan disiksa jika skong kerajaan yg tak adil dan zalim pd umat.

    BalasPadam
  10. kalo dah depressive mood...obat nyer...kenerlah masokkan prikuensi depeche mode...baro lah ngam...mood mood mood

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...