Followers

Khamis, 24 Mac 2011

Ayah Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah, Sedang Hadapi Masalah Besar!

Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah
bersama bapanya YB Anwar bin Ibrahim

YB Nurul Izzah binti YB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau memenangi kerusi tersebut melalui Pilihanraya Umum tahun 2008:

P121 LEMBAH PANTAI
Jumlah Pengundi: 56,650
Peratusan Kaum: M: 54.56% C: 27.04% I: 18.21% L: 0.26% 
1. Nurul Izzah Anwar (PKR) (21,728) 
2. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (BN) (18,833)
3. N. Periasamy (Bebas) (489) 
Majoriti: 2,895
Jumlah undi: 41,289
Peratus mengundi: 72.88%
Undi rosak: 239
Penyandang: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (BN)
(Majoriti: 15,288 undi)


YB Nurul Izzah juga adalah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. Ibunya Wan Azizah Ismail adalah Presiden parti itu manakala Bapanya adalah Penasihat Agung parti tersebut.

Semenjak 1998, bapanya Anwar Ibrahim menghadapi masalah peribadi apabila terlibat dengan tuduhan di mahkamah kerana kes rasuah, salahguna kuasa dan meliwat (memasukkan kemaluan ke dalam dubur semada lelaki atau bukan lelaki). 

Bapa Yang Berhormat Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai ini akhirnya terpaksa dipenjarakan di penjara Sungai Buluh (Klik Sini)iaitu penjara yang baharu sahaja beroperasi pada November 1996.

Adapun salah satu peranan Institusi Penjara adalah melaksanakan program pemulihan ke atas penghuni melalui pelbagai pendekatan (Klik Sini) dan juga (Klik Sini).

Namun, suami kepada Dr Wan Azizah binti Wan Ismail yang juga Presiden parti Keadilan yang juga bekas YB Ahli Parlimen Permatang Pauh, tidak berjaya dipulihkan selama berada di dalam Penjara Sungai Buluh.

Maka pada 28 Jun 2008 pukul 5:45 petang, seorang pemuda lelaki telah membuat aduan polis yang melibatkan ayah kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai yang dituduh meliwatnya (baca memasukkan zakar ke dubur):

“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.”

Laporan polis bernombor 4350/08 Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur ini telah dibuat pada 28 Jun 2008 pukul 5.45 petang di Hospital Kuala Lumpur oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlanpemegang mykad 850706-01-5687.

Maka pada 16 Julai 2008 Bapa Nurul Izzah yang juga Penasihat Agong Parti Parti Keadilan Rakyat ini telah ditangkap oleh Polis dan ditahan di lokap polis. Anwar Ibrahim yang juga bekas banduan Penjara Sungai Buluh ini  dibebaskan keesokan harinya setelah isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Berikutan dengan itu, Ahli Parlimen bagi rakyat Permatang Pauh ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur:

Pertuduhan: Bahawa kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan iaitu dengan memasukkan zakar ke dubur Mohd Saiful Bukhari bin Azlan pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Hukuman: Mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Ekoran itu dari beberapa siri perbicaraan dan penangguhan sesi sidang mahkamah telah berlaku dan sehingga hari ini mahkamah masih belum membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman.


Belumpun selesai perbicaraan kes tuduhan meliwat kali kedua, ayah Nurul Izzah ini telah tergesa-gesa mengadakan sidang media dan membuat aduan polis untuk mendapatkan keadilan bagi dirinya.

Kali ini Penasihat Parti Keadilan Rakyat yang juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, telah menafikan bahawa beliau adalah lelaki yang dilihat bersenggama dengan seorang perempuan dalam video yang belum ditontonnya. Kemudian keesokan harinya membuat aduan di balai polis supaya "Datuk T" yang mendakwa sebagai pemilik video itu disiasat.


Bawah 18 tahun, harap dibimbing oleh yang lebih dewasa..
supaya lebih memahaminya (- Pendita)

Hari ini pula "Datuk T" telah tampil membuat sidang media dan mengaku memiliki video tersebut. Mereka adalah "trio" yang terdiri daripada Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik, bekas Ketua Menteri Melaka dan Datuk Shuaib Lazim, bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Mereka bertiga menggesa supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja sebagaimana kes kematian Teoh Beng Hock. 

Nampaknya Papa Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai sedang menghadapi masalah besar. 

Mudah-mudahan Penasihat, Pengerusi dan Naib Pengerusi parti sekeluarga yang dipilih oleh rakyat di Lembah Pantai ini tabah menghadapinya, sekurang-kurangnya setabah Tuan Haji Saiful dan Saudari Cik Umi Hafilda.



10 ulasan:

  1. Salam Tuan Pendita,

    YB DS Anwar Ibrahim adalah penasihat Parti Keadilan. Beliau amat prihatin terhadap rakyat Malaysia dan ingin membela rakyat dari ketidakadilan kerajaan.

    Kini beliau pulak yg diperlakukan secara tidak adil. Alangkah malang nasib beliau.

    Lebih malang lagi Isterinya yang menjadi Presiden dan anaknya Naib Presiden Parti Keadilan, tetapi dilayan secara tidak adil oleh kerajaan.

    Rakyat perlu membuat penilaian dan membela Parti Keadilan.
    24 Mac 2011 12:42 AM


    proharakah berkata...
    Cisss...aku ingat video si anuwar tengah beraksi dgn si amoi tu...

    buat terasa2 jer la tuan pendita ni..
    24 Mac 2011 12:45 AM


    Laksamana Bentan berkata...
    Salam Tuan Pendita,

    Saya rasa kita tak boleh buat kesimpulan tergesa2 kerana kita tidak mengenali siapakah Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

    Saya bimbang dia adalah sebahagan drp konspirasi anuwar.

    Dia sengaja menggunakan TS Rahim dan Datuk Shuaib Lazim dan melibatkan mereka dalam percaturan ini.

    TS Rahim dipilih kerana pernah dianiayai oleh anuwar satu ketika dahulu. Jadi masyarakat akan percaya video itu adalah konspirasi TS Rahim untuk balas dendam.

    Pemilihan Datuk Shuaib Lazim pula untuk mengaitkan PERKASA supaya masyarakat Melayu berpecah dan kaum china terus bersatu membenci kerajaan dan UMNO. Sebab itu datuk Shuaib tidak hadir sama semasa sidang media.

    Apabila Suruhanjaya menyiasat mendapati video ini palsu, Datuk Syazril akan dihukum.

    Apalah sangat hukuman memfitnah berbanding bayaran lumayan yang diterima oleh Datuk Syazril.

    TS Rahim juga akan disabitkan bersubahat dan juga dihukum.

    Akhirnya nama TS Rahim semakin jatuh dan UMNO akan terus difitnah oleh anuwar.

    Saya sangat berharap TS Rahim tidak terjebak dan terperangkap dengan teori saya ini (kecuali TS Rahim sudah mengambil langkah terperinci dalam mengesahkan ketulenan video tersebut menggunakan khidmat pakar sebelum beliau mempercayai datuk Syazril). Jika TS Rahim terburu2 dan terpedaya dengan pujukan Datuk Syazril supaya menyertainya...TS Rahim dan UMNO akan menerima akibatnya.
    24 Mac 2011 1:13 AM


    Tanpa Nama berkata...
    Saya bersetuju dgn Laksamana Bentan, sila pastikan kesahihan video tersebut terlebih dahulu, takut-takut nanti diakhirnya pelakon sebenar di tonjolkan sebelum PRU 13, Anwar yang tersenyum lebar.

    Hati-hati dengan taktik licik ini. Johari Abdul hanya jadi pelakon tambahan untuk kuatkan dakwaan Datuk Shazryl Eskay di hadapan Rahim Thamby Chik.
    24 Mac 2011 2:48 AM


    Bingai @ Bangang berkata...
    Sokong Penubuhan Suruhanjaya Di Raja

    Aku Yang Bingai
    18SX: Baru celup dah pancut?
    24 Mac 2011 2:51 AM


    Kamarul berkata...
    Saya setuju dengan ulasan Tuan Laksamana Bentan.. dalam politik, kita tak boleh nak pastikan siapa lawan, siapa kawan.. Yang kita nampak macam kawan tu, sebenarnya lawan dan begitu jugak sebaliknya.. Dan ramai manusia yang tersalah langkah disebabkan emosi, dendam dan etc. HATI-HATI!!!

    BalasPadam
  2. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “…dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta’ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah ta’ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya…” (HR Muslim)
    Politik x menghalalkan apa yg salah... Kembali la kita ke jalan yg diredhai oleh ALLAH S.W.T
    Wallahualam

    BalasPadam
  3. Salam Tuan Anon 11:24AM

    Setuju ingatan tuan itu dan semua ayat Allah dan pengajaran hadith sahih tidak bersifat double standard.

    BalasPadam
  4. betul tuh AzmanJr...ayat Allah dan Hadith sohih tdak bleh djadikn bahan atau alat politik.
    Jadikanllh ajaran Islam panduan unk berpolitik.

    BalasPadam
  5. tuan pendita, saya juga berasa bimbang kes video ini adalah satu bentuk konspirasi terancang yagn sangat licik. saya mengharapkan orang umno dan bn bersatu hati dalam hal ni. kita jangan mudah melatah. macam ada yang tak kena. mungkin apa yang dikatakan oleh laksamana bentan ada kebenarannya. smoga Allah memberi petunjuk kpd kita dalam berhadapan dengan isu yang kalut sebegini.

    BalasPadam
  6. Salam PKS...,

    Teraso jugok ambo pung, ni satu perangkap konspirasi autovito dari datuk SEA dan SL dari perkasa hork nork jahanamke UMNU jah. Watponyo tok panggil presdien kaso turung sdiri. Ingat awah, ni perangkap nuwar... hork nork make prn sarawak dan PRU ko 13...

    P5B. Siasat dulu sngoti ko...!!!

    BalasPadam
  7. Ini Negara demokrasi , semua bebas bergerak dan bersorak , asal mampu tegak sendiri . Minda intelektual awam berbeda dengan intelektual berkepentingan dan pemerintahan .Yang pasti kebijakan kehakiman akan menentukan luhurnya Perlembagaan . Usah dipertikaikan perseteruan jesteru kemampuan mereka menguasai persekitaranya . Melihat dengan teruja , adakah akan muncul juara mempertahankan minda intelektual dengan saran dan kajiannya . Metodologi memagai seni dan budayanya.

    BalasPadam
  8. Mesti Baca! Kenapa Kami tinggalkan PAS - Terbaru Luahan Sebenar Dari Bekas Seorang Ekstrimis PAS


    http://azmykelanajaya.blogspot.com/2011/04/keluar-pas-tidak-murtadsiri-1.html

    HARAP PARA PEMBACA DAPAT BACA SAMPAI HABIS UNTUK KITA RENUNGI DAN KAJI MENGAPA KITA HARUS MENOLAK PERJUANGAN SEMPIT PAS!
    KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS !!

    Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

    http://azmykelanajaya.blogspot.com/2011/04/keluar-pas-tidak-murtadsiri-1.html

    Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah,

    -Rahman Kadir-

    BalasPadam
  9. Tak perlu ragu ragu sama ada kes liwat atau kes video cina doll kerana kedua duanya adalah tulin dan benar. Kalau nak lebih sahih lagi tanya wan azizah lubang yg mana satu anwar paking minat. kalau dia jujur dia mesti jawab. Cuba tengok riak muka wan azizah, memng membayangkan dia ada jawapan tersebut.
    Pernah kah kita terlihat foto anwar sama ada sendirian, bersama wan azizah atau keluarga beliau semasa di Mekah atau Madinah? Jawapannya memang tak ada. Kalau ada pun gambar tipu yg diubah seperti mereka buat gambar tipu kes Altantuya. Kenapa tak ada gambar anwar di Tanah Suci? Kalu anwar begitu bangga menunjukkan foto beliau bersama pemimpin yahudi di luar negara tentulah foto anwar di Tanah Suci akan di loadkan mengikut besarnya skrin komputer yg ada. Persoalannya kenapa tiada? Sedangkan untuk bersumpah laknat di surau kampung pun anwar takut ini kan pula nak pijak kaki di Tanah Suci? PERCAYALAH anwar akan buat siaran langsung (live) seluruh dunia beliau melakukan SUMPAH LAKNAT di depan KAABAH!!!!.Apa yg lagi peliknya foto wan azizah berseorang di TANAH SUCI pun tak ada!!!! KENAPA? KENAPA? KENAPA? Lu fikir lah sendiri!!!!

    BalasPadam
  10. JANGAN TANYA PADA UMNO TENTANG ANWAR IBRAHIM TAPI TANYA PADA BEKAS KAWAN2 ANWAR IBRAHIM. JANGAN SOKONG BUTA AJE.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...