Followers

Ahad, 13 Februari 2011

Race for The Future: Syabas Anak-Anak Muda Pewaris Bangsa dan Negara


Syabas dan Tahniah Pendita ucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Simposium Dilema Melayu: Perspektif dan Konklusi yang telah berjaya diadakan di Dewan Merdeka Putra World Trade Centre sepanjang hari ini.

Simposium ini di anjurkan oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) dengan kerjasama berbagai agansi kerajaan dan swasta. Seramai lebih 2000 orang peserta telah menghadiri dan mendengar kupasan-kupasan bernas berkaitan isu eknomi, pendidikan, budaya dan politik negara dari perspektif semasa dan akan datang.

Simposium yang amat bermakna ini turut disertai oleh tokoh-tokoh terkemuka negara termasuklah Tun dr Mahathir Muhammad, Tan Seri Sanusi Junid, Tan Sri Dr Nordin Kardi, Dato' Ibrahim Ali, Dato' Salleh Majid dan tokoh-tokoh muda dari agensi kerajaan dan swasta yang sangat berwibawa.

Pendita ingin menyampaikan sekalung penghargaan kepada pemimpin-pemimpin muda kita yang berani dan bijak mengisi zaman dengan pendekatan dan tindakan yang betul. Simposium ini sangat besar ertinya kerana menggerakkan pemimpin-pemimpin dan generasi muda terpelajar kita menyelami, memahami dan meneroka kebenaran tentang kedudukan bangsa, agama dan negara kita.

Dengan bangganya Pendita menyenaraikan tenaga yang terlibat di sebalik kejayaan Simposium ini:

Organisasi Aspirasi

Penasihat:
YB Dato' Sri Mustapa Mohamed
YB. Datuk Dr. Adham Baba

Presiden Aspirasi:
Mohd Shahar Abdullah

Timbalan Presiden:
Ahmad Zulfadli Jusoh

Naib Presiden 1:
Md Nor Yusri Zakaria

Naib Presiden 2:
Mohd Zafry Mohd Yunus

Naib Presiden 3:
Shahrizat Shaik Mohamed

Setiausaha:
Muhammad Syukri Ibrahim

Bendahari:
Kamarul Azainiazli Mohd Kamal

Penolong Setiausaha:
Fatimah Kamson

Biro jaringan Industri, Kerjaya & Antarabangsa:
Mohd Zafry Mohd Yunus
1. Nohd Sharil Abdullah
2. Siti Rohibatul Adahwiah Radin Shamsuddin
3. Zul Hisahm Nadzri
4. Mohd Nazri Saidon

Biro Keahlian & Penerangan:
Md Nor Yusri Zakaria
1. Malik Fathil Zakaria
2. Mohd Izwan Shahril
3. Nohd Zaid Mohd Idrus

Biro Pendidikan & Latihan:
Shahrizat Shaik Mohamed
1. Siti Najah Raihan Sakrani
2. Mohd Fazzly Kamari
3. Hafizal Zainal


Semoga selepas ini Aspirasi mula menggerakkan kejayaan ini ke peringkat negeri pula.


1 ulasan:

  1. comments:

    dankuala.com berkata...
    KEJAYAAN PROGRAM INI DENGAN SENDIRINYA MEMBERIKAN HARAPAN BAHAWA UMAT MELAYU SENTIASA MEMPUNYAI PELAPIS KEPIMPINAN. MATANG DAN BIJAKSANA.

    ANAK MELAYU BERPENCAK DI PWTC, MERCU TANDA KEJAYAAN BANGSA, BUKAN BERSORAK DI JALANAN UMPAMA BANGSA TANPA BUDAYA.
    2011 Februari 13 00:00

    Tanpa Nama berkata...
    PRK MERLIMAU!!!!!!!!

    Datuk A.Kadir Jasin menulis...
    "Mungkin BN/Umno tidak perlu berjudi dengan Mohd Said yang tercemar imejnya akibat pendedahan media pada tahun 2006 di mana dia didakwa meminta layanan istimewa daripada Kastam dan Eksais Melaka berkaitan kargo balak dari Indonesia yang diimport oleh syarikatnya."

    "Lagipun dia tidak dipilih bertanding semula dalam pilihan raya umum 2008. Tapi dengan rekod BN dan kerajaan yang suka mengitar semula pembesar-pembesar yang dipertikai wataknya, adalah tidak mustahil Mohd Said dikitarkan semula."

    LAYANAN ISTIMEWA OLEH KDRM TERHADAP DATUK SAID BERKENAAN BALAK YG DIIMPORT???
    SAPA YANG MENGIMPORT BALAK ITU SEBENARNYA BUKAN DATUK SAID!
    SYARIKAT DATUK SAID HANYA SEBAGAI "AGEN KASTAM"...
    TAHUKAH DATUK KADIR.. APA ITU "AGEN KASTAM???"

    "TENTANG TUTUP SEBELAH MATA!"
    DATUK SAID, BAGI SAYA TELAH TERSALAH AYAT! DAN TERSALAH PERKATAAN!
    DATUK SAID SEORANG YANG RINGKAS DALAM PERTUTURAN SEHARIANNYA...
    ORANG KAMPUNG LAH KATAKAN DAN KAKI KEDAI KOPI, BUKANNYA KEDAI KOPI DIHOTEL HOTEL BERBINTANG BINTANG, TAPI HANYA KE KEDAI KOPI BIASA DI BEMBAN, TEHEL, SERKAM, MERLIMAU, JASIN, TANGKAK... HANYA KEDAI KOPI TEPI JALANRAYA DI KAMPUNG KAMPUNG...
    MAKSUD SAYA, DI SINI, MAKA, PERTUTURAN DATUK SAID, TERBAWA BAWA DENGAN CARA SEHARIANNYA BERTUTUR... CARA RINGKAS, ORANG KAMPUNG...
    DIA TERLUPA, BAHAWA, PADA MASA ITU, "TUTUP SEBELAH MATA" YANG TERLUAH, DIA ADALAH SEORANG AHLI PARLIMEN JASIN !
    MAKA, DISITU TERJADI, MASALAH DAN SALAH FAHAMAN DAN "CONFLICT OF INTEREST"...
    SEPATUTNYA, AYAT DAN PERKATAAN DATUK SAID, "BAGI PELUANG DAN PERTIMBANGAN ATAS KES BALAK TERSEBUT!". BUKAN BALAK DIA PUN!
    BERKENAAN "KES BALAK" DAN "KES TUTUP MATA SEBELAH" ITU, DATUK A.KADIR, BOLEH BERTANYA SENDIRI KEPADA DATUK SAID SENDIRI, ADAKAH BENAR KATA KATA SAYA INI.

    "TIDAK DIPILIH SEMULA!"
    INI ADALAH PERMAINAN POLITIK DI DALAM UMNO BAHAGIAN JASIN, DATUK A.KADIR!
    SATU PERMAINAN POLITIK UNTUK MENYINGKIRKAN DATUK SAID DARIPADA UMNO BAHAGIAN JASIN!
    DI JASIN, JIKA "TOP MEN" TIADA JAWATAN YB, MAKA, TIADA SIAPA AKAN "MENGAPUNGNYA" KE ATAS LAGI!
    DAN AKAN TERSINGKIR DENGAN SENANG!
    TIADA SIAPA YANG MAHUKAN DAN AKAN MEMPERTAHANKAN SEORANG TIMBALAN KETUA UMNO, SEORANG YANG TIADA JAWATAN YB!
    HE IS OUT OF THE RACE!
    SIAPA YANG UNTUNG!?
    TIADA SIAPA YANG AKAN MENGGUGAT "TOP MEN" YANG MENYANDANG JAWATAN!
    BUAT MASA SEKARANG, TIADA SIAPA YANG BOLEH MENGGUGAT KEDUDUKAN "TOP MEN" TERSEBUT! TIADA KEKUATAN SEPERTI YANG DIMILIKI OLEH DATUK SAID!
    SIAPA YANG TAKUTKAN BAYANG BAYANG!?
    AKU SOKONG DATUK SAID.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...