Followers

Ahad, 27 Februari 2011

Pasir Salak Didatangi Pahlawan Terbilang


Hari ini 26 Februari 2011, Pasir Salak dikunjungi oleh Pahlawan Terbilang Melayu abad ini.

187 tahun yang lalu, di sinilah matinya seorang Residen British di tangan pahlawan-pahlawan Melayu yang mempertahankan tanahair mereka dari penjajahan pendatang asing.

PADA 2 November 1875, adalah tarikh kematian seorang residen British yang angkuh serta biadab. Hasrat James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch untuk terus ‘memperhambakan’orang Melayu tidak kesampaian sebaliknya kebiadapan lelaki asing itu menyebabkan nyawanya melayang.Itulah kemuncak kepada sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajah asing di Pasir Salak, sejarah agung yang akan terus dikenang sebagai bukti perjuangan demi cintakan bangsa, agama dan tanah air. Sumber petikan dari: nurluvin87

Hari ini di Pasir Salak Perak, telah dikunjungi oleh Pahlawan Melayu Terbilang abad ini, Tun Dr Mahathir Mohamad. Bersama beliau turut bersama Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASA dan hampir 15,000 pejuang-pejuang Melayu yang datang dari seluruh negeri Perak.

Dalam ucapannya, YGH Tun Dr. Mahathir mengingatkan kembali bahawa kemakmuran dan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama hari ini adalah disebabkan kesediaan orang Melayu untuk berkongsi kuasa negara ini dengan kaum-kaum lain. Dengan itu perjuangan orang-orang Melayu "adalah halal" dan dinikmati oleh semua pihak.

Tun menegaskan bahawa sejarah Malaysia moden telah membuktikan negara ini berjaya kerana kesediaan orang Melayu berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum lain sepanjang 50 tahun sejarah negara ini.
(foto ehsan dari blog taipingmali)

“Kami sedia untuk berkongsi (kuasa) pemerintahan negara ini,” katanya yang mendapat sambutan hangat dari hadirin.

Dr Mahathir juga mengingatkan kesediaan ini merupakan pengorbanan yang sangat tinggi daripada bangsa Melayu kerana kedudukan orang Melayu adalah lebih buruk berbanding kaum-kaum lain.

Tun menegaskan bangsa Melayu tidak pernah mempersoalkaan apa yang dimiliki oleh kaum lain, kerana itu adalah hak mereka. Bagaimanapun,  hak yang cuma sedikit yang diperuntukkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang ada pada bangsa Melayu, janganlah dirampas. 

Bangsa Melayu berjuang untuk menentukan hak mereka dijamin dan tidak dirampas dengan apa cara sekalipun. Kerana itu Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa tidak pernah  pihak kerajaan yang ditunjangi UMNO menggunakan pendekatan yang keras untuk menidakkan atau mengambil hak orang lain sebagaimana yang berlaklu di negara-negara lain.

Dalam apa situasipun Tun Dr. Mahathir selaku mantan presiden Umno, mengingatkan bahawa perjuangan bangsa Melayu di negara ini adalah untuk mempertahankan hak orang Melayu tidak dirampas atau dinafikan.

“Perjuangan kami adalah halal. Kami hanya berjuang untuk tempat di negara ini. Bukan banyak yang diminta walaupun kami merangkumi 60 peratus penduduk negara ini, kami hanya meminta 30 peratus, hanya separuh daripada itu,” katanya.

“Saya tidak fikir ia sesuatu yang tamak untuk meminta (hanya) separuh daripada apa yang menjadi hak kami,” katanya lagi.

Pasir Salak, dan beberapa lagi monumen sejarah bakal dikunjungi lebih ramai Pahlawan-Pahlwan Melayu atas nama mempertahankan agama, bangsa dan tanah tumpah darah.

2 ulasan:

  1. Jeffry berkata...
    TAPI ADE PULAK MELAYU CELANAT YG TERANG2 NAK SAKAU HARTA NEGERI TERMASUK WANG ZAKAT UTK DI JADIKAN HABUAN..ADOIYAIII
    26 Februari 2011 9:38 PM

    Tanpa Nama berkata...
    Sedih...Melayu PAS diperbodohkan oleh DAP dan PKR...Moga-moga mereka cepat sedar dan insaf...
    26 Februari 2011 10:46 PM

    Tanpa Nama berkata...
    Jeffry...adakah anda Jeffry Damien? Macam mana saya nak hubungi awak?

    BalasPadam
















  2. Awak apa hal ni bodoh kah bahlul, Pemikiran ISLAM TIDAK JUMUD,Islam bukan KHAS untuk orang Melayu sahaja,Lihat orang Melayu sendiri banyak menjatuhkan maruah Islam, yang di beri rahmat oleh Allah S.W.T, begitu luas sehingga kepada yang bukan Melayu beragama Islam lebeh cerdek dari orang Melayu Islam itu sendiri yang banyak lebeh kedepan dari orang Melayu.
    Paling mudah ,diakhirat kelak,adakah ALLAH akan tanya bangsa kamu (MELAYU)tetapi Allah S.W.T. akan tanya Apakah Agama Kamu.









    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...