Penafian atau mengelak dari bertanggungjawab?
Itulah antara soalan yang bermain di fikiran orang ramai apabila Nik Aziz memberikan respons terhadap masalah pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kelantan sekarang.
Nik Aziz dengan tegas mengatakan masalah pelacuran dan kegiatan maksiat yang berleluasa di Kelantan adalah di sebabkan oleh UMNO. Beliau juga menyalahkan media massa yang sengaja menyuburkan kegiatan itu .
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.
Nik Aziz (gambar) juga berkata wujudnya kegiatan itu adalah juga hasil peninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning.
Jelaslah bahawa Nik Aziz tidak tidak mahu mengaku bertanggungjawab sebagai pemerintah. Sebaliknya dengan cepat menyalahkan pihak lain.
Manakala anaknya, Nik Abduh, menerima kewujudan kegiatan pelacuran serta sebarang bentuk maksiat yang berleluasa di Kelantan itu adalah perkara biasa. Rasululullah sendiripun tidak mampu mengatasi masalah maksiat semasa baginda mentadbir Kota Madinah. Inikan pula Kerajaan Pas yang tidak mempunyai kuasa dan kelebihan setaraf Rasulullah.
Petikan posting dalam blog Nik Abduh bin Nik Aziz (Feb. 17, 2011)
"Sebelum anda menunjuki saya pusat-pusat pelacuran dan gambar-gambar bogel pelacur Kelantan, mari saya perkenalkan anda dengan apa yang anda telah ketahui.
Adakah bandar Madinah di zaman al Rasul bebas maksiat? Tidakkan? Bagaimana dunia ini bebas maksiat sedangkan dosa itu sentiasa melekat di badan, apatah di hati. Bukankah keimanan kita adalah bahawa hanya al Rasul sahaja yang maksum dan bebas dosa dengan izin tuhannya?
Bukankah nabi pernah melaksanakan hudud yang membawa erti telah berlaku maksiat zina di Madinah? Bukankah nabi pernah menyebut kepinginnya untuk membakar rumah-rumah yang kaum lelakinya tidak keluar untuk solat berjamaah bersama baginda yang bererti seruannya diingkari juga di Madinah? Bukankah nabi pernah mencela peniaga di pasarnya yang menipu dalam perniagaan?
Kesimpulan Pendita:
- Ustaz Nik Aziz tidak suka orang ramai menyalahkan Kerajaan Pas Kelantan berkaitan berleluasanya kegiatan pelacuran dan maksiat di negeri itu.
- Kegiatan pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kelantan adalah disebabkan oleh UMNO.
- Berkembangnya kegiatan pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kelantan adalah didorong oleh media massa.
- Nabi Muhammad sebagai Rasulullah yang dibekalkan kuasa yang tertinggi oleh Allah juga gagal membanteras maksiat di Kota Madinah. Jadi tidak logik menyalahkan Kerajaan Pas yang tidak sehebat kerajaan Rasulullah.
- Pelacuran dan maksiat di Kelantan memang tidak boleh dihapuskan kerana Rasulullah sendiri gagal menghapuskannya di Kota Madinah.
- Negeri Kelantan tidak akan bebas dari maksiat kerana perbuatan maksiat itu sudah melekat pada badan dan hati manusia.
- Hukum hudud yang dijalankan oleh Rasulullah di Kota Madiah juga tidak mampu dan gagal membanteras maksiat.
- Kegagalan Kerajaan Pas Kelantan menangani pelacuran dan maksiat tidak patut dibangkitkan kerana Rasulullah sendiri tidak mampu membanteras kegiatan mungkar tersebut kecuali jika menggunakan mata pedang (baca entri Nik Abduh).
- Nik Aziz tidak maksum dan kerana itu pelacuran dan maksiat mestilah berlaku berbanding Rasulullah yang maksum tetapi masih berlaku maksiat di zaman pemerintahannya di Kota Madinah.
- Nik Abduh tidak menyalahkan UMNO dan Media tetapi menerima baik kewujudan pelacuran dan maksiat di Kelantan kerana ianya juga wujud di zaman Rasulullah. Dengan itu tidak timbul sama sekali bagi mana-mana pihak menyalahkan pemerintahan kerajaan Pas yang diketuai oleh ayahandanya.
Tanpa Nama berkata...
BalasPadamAstargfirullah......
Apa nak jadi dengan n ajis ni..
Dia cuba membandikan Kota Suci Madinah dengan Kota Bharu Kelantan... bawa mengucap n ajis?????
" Kalaulah saperti yang difitnahkan- Kota Suci Madinah mengambil masa lebih seribu tahun untuk menjadi bersih dan suci daripada maksiat serta kemungkaran saperti hari ini.. adakah Kota Bharu akan mengambil masa seribu tahun juga untuk menjadi dan bersih dan suci daripada maksiat???"
Apa punya jenis perbandingan yang dibuat oleh wali selipar ini...
Nauzubillah.... WalAllahualam.
21 Februari 2011 11:29 AM
usin berkata...
sambung kata Tanpa Nama. itu tanda egonya seorang manusia yg tidak akan mengakui kelemahan pemerintahan sendiri. hanya beberapa ratus meter sahaja dari pusat pemerintahannya dimana sarang pelacuran itu terletak. sebahagian pelanggannya adalah anak buah tok guru sendiri. kelemahan itu bukan untuk diperbaiki, tetapi gunakan anak untuk menutup kelemahan dan buat perbandingan dengan kota madinah. aku cuma setuju dgn 1 sebab knp sarang maksiat begitu berleluasa di kb, iaitu kerana media massa. media pas iaitu harakah memberi ruang begitu banyak dengan iklan2 UBAT KUAT SEX!!!
21 Februari 2011 12:40 PM
Penditakainsingkat berkata...
Sdra Tanpa Nama 11:29,
Memang benar hujah sdra bahawa apakah Pas memerlukan seribu tahun lagi untuk membersihkan Kelantan dari maksiat?
Pada saya jika Pas diberikan sejuta tahun lagi pun mereka akan tetap tidak mampu kerana percaya bahawa maksiat adalah ciptaan Allah untuk menguki manusia. Samalah seperti mereka berpendapat kemiskinan adalah ciptaan Allah dan tidak mungkin manusia boleh mengubah apa yang Allah tetapkan.
Memang mansuia tidak boleh mengubah apa yang telah ditetapka Allah, tetapi rakyat Kelantan mampu mengubah kerajaan negeri dari Pas kepada UMNO-BN yang lebih berwibawa dan bertanggungjawab.
Sdra Usin,
Penyiaran Iklan Ubat Kuat yg terdapat dalam media Pas adalah salah satu tanda betapa pemikiran dan perasaan mereka dikuasai oleh unsur-unsur sex.
Mereka memperdagangkan unsur nafsu, syahwat dan fokus kepada isu kemaluan lelaki yang kesemuanya menuju ke arah perhubungan jantina.
Minda Pas dikuasai oleh emosi melampau yang dikawal oleh fantasi.
Nik Abduh patut tukar nama kepada Nik Bodoh.
BalasPadamPENDITA...BUKANKAH MUDAH JIKA MEREKA MENGAKU KELEMAHAN DIRI DARIPADA MEMBABITKAN RASULULLAH DALAM HAL NI. JIKA MEREKA MENGATAKAN HUDUD GAGAL MEMBERI KESEDARAN KEPADA MANUSIA, BERMAKNA MEREKA SENDIRI TELAH MENGHINA HUDUD YANG DITETAPKAN OLEH ALLAH. BERMAKNA MEREKA SENDIRI MENOLAK KEBERKESANAN HUDUD ITU! TERNYATA MEREKA HANYA MENJADIKAN HUDUD SEBAGAI SANDARAN POLITIK SEMATA-MATA! MEREKA ADALAH MANUSIA BONGKAK. INGATLAH WAHAI NIK AZIZ DAN NIK ABDUH, DALAM AYAT 18 SURAH LUQMAN ALLAH TELAH MELARANG KITA MEMALINGKAN WAJAH DAN BERJALAN DENGAN ANGKUH DI MUKA BUMI INI.
BalasPadamJADILAH ULAMA TERSOHOR SEPERTI IMAM AL-GHAZALI YANG SENTIASA ZUHUD DAN MERENDAH DIRI PADA ILMU YANG MEREKA MILIKI.
PERGHH RUPENYA DAH 21 TAHUN WALLY SLIPOR PEGANG KUNCI MAKSIAT KAT KELANTAN SEYHH HUHUHU
BalasPadamPeninggalan kerajaan dulu? 21 tahun sudah? dan tua ganyut dah pelacur tu oiiii... ada selera lagi ker? atau ada ubat kuat pakej dengan ubat kelabu mata ke? kah kahkah
BalasPadamSalam Anak Sufi,
BalasPadamInilah bala yang Allah timpakan kepada hamba yang mempermainkan agamaNya. Bala ini akan berjangkit turun temurun dan menjadi musuh kepada roh Islam yang sebenar.
Bro Tun Jeans, Jeffry and Bingai,
Kita berharap rakyat kelantan dapat melihat dengan mata hati. Bukan hanya mendengar dengan telinga dan mempercayai membabi buta.
Pas bukan Islam, Pas adalah parti politik seperti DAP. Nik Aziz bukan ulamak, dia hanyalah seorang ustaz yang berpolitik seperti Karpal dan Kit Siang.
saya tak tahu penulis blog ini berugama apa tapi klau di lihat dari ayat tulisan nya kalau nak kata yahudi terok sangat mirip2 yahudi tu blh lah memang tk penah degar tok guru baca kitab kot
BalasPadam