Followers

Jumaat, 18 Februari 2011

Mari Berdemonstrasi...Mari!...Mari!...Mari...


Raja Reformasi, Jenderal Demonstrasi dan Taukeh Konspirasi sedang nazak dibedah dalam mahkamah.

Bekas banduan ini juga sedang berdepan antara hidup dan mati kerana masalah besar yang berkaitan dengan punggung. 

Eloklah pejuang-pejuang pembebasan rakyat, kedaulatan rakyat, kerajaan rakyat, suara rakyat dan segala-gala yang berkaitan dengan rakyat berdemonstrasi. 

Sekurang-kurangnya menyatakan perasaan simpati kepada Tokoh Rakyat yang memerlukan pembelaan dari rakyat. 

Baca seterusnya entri menarik dari blogger  Keadilan Untuk Sarawak

Dengar-dengar pihak pembangkang nak buat demonstrasi di Padang Merdeka Ahad ini. Maklumlah...election dah dekat. Macam-macam cara nak tarik perhatian dan tunjuk kekuatan. Anda ada keinginan nak ikut serta? Manalah tau kalau anda pun inginkan  perhatian dan diangkat sebagai 'hero' rakyat.

Kalau bertindak liar, silap-silap anda akan jadi begini
Kalau rasa nak tunjuk gagah,  pergilah...  Kalau ada rezeki, nama anda akan cepat popular, jika ditangkap di bawah sekyen 27 Akta Polis. Selepas itu anda akan dikenakan denda RM5,000 atau 5 tahun penjara. Kalau anda melakukan kerosakan harta benda awam atau mendatangkan kecederaan pada orang lain ketika perhimpunan itu pula anda akan dapat lebih lama lagi duduk penjara. Demi nama, lebih lama lebih baik kan?


Peduli apa kebajikan anak isteri anda. Inikan perjuangan? Hehehe... Biarkanlah anak isteri anda di rumah kelaparan. Biarkanlah anak isteri anda meraung kesedihan. Biarkanlah isteri anda 'kehausan dan kesepian' di waktu malam sementara anda tidur beralaskan simen dan bertemankan nyamuk dan lipas.  Anda juga pasti akan kehilangan kerja. Waktu itu, berdoalah banyak-banyak agar ada keajaiban dimana pemimpin pembangkang akan datang menjenguk anak isteri anda dengan bantuan.




Kalau nak rasa semburan air dari  water cannon atau gas pemedih mata, persilakan... Waktu itu, anda akan lihat kulit anda akan menjadi kemerahan. Terlalu pedih  dan gatal.   Mata, hidung dan mulut  anda  pula akan terasa bagaikan ditenyeh dengan cili padi. Nafas anda pula sesak. Anda bagaikan orang kelemasan.  Lebih-lebih lagi jika anda ada penyakit lelah dan asmatik.  Tapi, tak apa lah andaikata anda mati kerananya, jangan susah, anda akan diisytihar syahid oleh Nik Ajis.

Dalam perhimpunan sebegitu pasti ada provokasi. Pasti ada yang bertindak kasar. Dan, polis pula akan bertindak 'wajar'.  Kalau anda lebih kurang ajar  dan liar, polis pula akan bagi anda 'senyuman lebar'. Silap-silap lepas tu anda akan terlantar  di atas katil. Mungkin buat sementara, mungkin juga lumpuh buat selama-lamanya.  Waktu itu anda akan merindui  belaian Anwar, Kit Siang, Karpal, Baru Bian dan semua pemimpin pembangkang yang sampai kiamat pun takkan kunjung datang. 





Satu lagi, kalau anda teringin sangat nak dilihat sebagai "bodoh"..........pergilah!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...