Followers

Ahad, 10 Oktober 2010

Pas Nak Tingkatkan Islam Dengan Menambah Solat dan Khutbah Jumaat Diadakan Setiap Hari

...kesiannya pengikut-pengikut yang terpengaruh
...DAP gelak dan bertepuk tangan melihat gelagat PAS bodohkan pengikutnya

Hanya Solat Jumaat, Solat Sunat Aidilfitri dan Aidil Adha sahaja yang ada KHUTBAH.
Pas terpaksa guna KHUTBAH solat jemaah untuk AGENDA POLITIKnya.

PeristiwanPAS sangat marah kepada SPR kerana tarikh pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November membuktikan sikap PAS sebenar yang suka memperalat agama Islam.

PAS berharap SPR menjadikan hari sabtu 6hb November sebagai hari membuang undi dengan alasan hari Sabtu adalah cuti umum.


Bagaimanapun, PAS sememangnya terkenal memutar-belitkan isu untuk kepentingan parti. SPR aklan tetap disalhkan dan kerajaan serta UMNO akan dituduh bersekongkol kalau tarikh yang dikehendaki oleh PAS tidak termakbul.

Sekiranya SPR pilih hari minggu, PAS akan menuduh UMNO-BN mengkhianati orang kristian yang hendak ke gereja. Jika SPR memilih hari Jumaat pula, ustaz-ustaz politik PAS dengan lidah yang faseh akan menabur dan sebarkan fitnah mengatakan UMNO-BN sengaja menzalimi orang Islam hendak menunai solat Jumaat.


Perkara ini disahkan sendiri oleh kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau menyifatkan tarikh 4 November yang jatuh pada hari Khamis sebagai boleh menimbulkan rasa marah rakyat kerana ia adalah hari bekerja.
Sumber harakahdaily


PAS berharap hari mengundi diadakan pada hari Sabtu 6hb Nov, kerana mereka hendak menukar dan menggunakan MIMBAR KHUTBAH Solat Jumaat pada 5hb November sebagai PENTAS POLITIK.

Kalau boleh PAS ingin luluskan cadangan supaya solat Jumaat diadakan pada tiap-tiap hari di Kelantan dan Kedah.

Antara kaedah berpolitik amalan PAS adalah mempopularkan  SOLAT POLITIK dan sanggup menukar fungsi MIMBAR sebagai PENTAS Politik mereka.


Anda juga meminati:

  1. Pas Paksa Rakyat Tutup Mata Dengan Isu Nasional
  2. Pas Kelantan Semakin Ditolak Kerana Pemimpinnya Rasuah dan Rampas Hak Rakyat

Jumaat, 8 Oktober 2010

Rakyat Kelantan Menderita, Kroni ustaz Nik Aziz Semakin Kaya Raya


Penderitaan Rakyat Kelantan Dibayar Dengan Penjualan Balak Rakyat Yang Masuk Ke Poket Kroni Ustaz Nik Aziz

Penderitaan Rakyat Kelantan terutama dalam isu air bersih, seperti sudah tidak dapat dibendung lagi. Di sana sini, di kedai kopi, di mesjid dan surau, di rumah kematian, di pasar, malah di mana-mana sahaja seluruh rakyat menyatakan kekesalan mereka.

Kerajaan Pas Kelantan didapati bukan sahaja tidak mampu mentadbir negeri, malah dilihat tidak langsung memberi keutamaan terhadap kebajikan dan kesusahan yang ditanggung mereka.

Kekesalan sudah mula diluahkan secara senyap kerana mereka takut dipulaukan sekiranya didapati bercakap sesuatu yang negatif terhadap Kerajaan Islam Kelantan. Bagaimanapun kesusahan hidup harian yang mereka deritai selama ini tidak dapat membendung kemarahan dan rasa benci terhadap kerajaan yang hanya memberi tumpuan kepada majlis-majlis ceramah politik sahaja.

Baca seterusnya...

PUTRAJAYA 7 Okt. - Kelantan terus ketinggalan dalam aspek penerimaan bekalan air bersih apabila hanya 55.7 peratus daripada populasi negeri itu menerima bekalan air terawat.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, peratusan penduduk yang menerima bekalan air terawat di negeri itu jauh di belakang kadar nasional iaitu 91.6 peratus.

Menurutnya, keadaan di Sabah dan Sarawak juga lebih baik berbanding Kelantan apabila masing-masing mencatatkan 76.3 peratus dan 86.2 peratus dari segi liputan air terawat untuk penduduk.

"Liputan bekalan air terawat di Kelantan adalah 57.7 peratus di kawasan bandar dan 54.7 peratus di kawasan luar bandar.

"Kelantan paling rendah dari segi peratusan penduduk yang menerima air terawat," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Peter berkata, Kerajaan Persekutuan ketika ini sedang giat melaksanakan projek bekalan air luar bandar di negeri Kelantan melalui kerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di bawah program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Bagi negeri Kelantan, kesungguhan Kerajaan Persekutuan terbukti melalui pelaksanaan projek-projek bekalan air di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) melibatkan pembinaan loji rawatan air serta menaiktaraf loji, tangki air dan sistem pengagihan," katanya.

Dalam pada itu, Peter berkata, secara keseluruhannya, Malaysia merupakan negara paling baik dari segi perkhidmatan bekalan air di kalangan negara-negara membangun di Asia.

"Secara purata, 91.6 peratus penduduk negara ini menerima bekalan air terawat iaitu 96.8 peratus bagi kawasan bandar manakala 86.5 peratus untuk kawasan luar bandar.

"Purata liputan perkhidmatan bekalan air bagi kebanyakan negeri melebihi 90 peratus. Hanya Kelantan, Sabah dan Sarawak yang masih mempunyai liputan bekalan air yang rendah berbanding negeri lain," katanya.

Dijangkakan, pilihanraya kecil DUN Galas akan merupakan medan di mana rakyat akan menentang kemungkaran Kerajaan Partai Islam Semalaysia yang mengkhianati mandat rakat selama 20 tahun pemerintahan yang membazirkan.



Khamis, 7 Oktober 2010

Pas halalkan perbuatan mengutuk sesama Islam

ustaz Nik Aziz:  "Kuan Yew good...UMNO no good..."


Sumber harakahdaily
Dr Charles Rank  
7 Sept 2010
 
Perkara ini ialah asam garam berpolitik.....

Pas dan Harakahdaily menganggap perbuatan mengutuk sesama pemimpin itu adalah asam garam politik yang tidak salah samada dari segi sosial maupun agama.

Terbaru, Pas dan Harakahdaily menghalalkan perbuatan Azmin Ali yang mengutuk Ybhg Tun Dr. Mahathir yang menerima rawatan di Australia.

Hujah Pas dan Harakahdaily ialah perbuatan mengutuk itu tidak salah dan dibolehkan dalam parti politik.

Akhbar itu, melalui penulis samarannya Dr. Charles Rank mengakui bahawa ustaz Nik Aziz dan ustaz Hadi Awang seringkali mengutuk UMNO dengan menuduh UMNO dengan bermacam-macam tuduhan tidak berasas.

Mengakui juga, bahawa semasa masih menjalankan tugas sebagai PM, Ybhg Tun Dr Mahathir pernah menjawab balik segala tuduhan dan kutukan Pas termasuklah mengunjungi Kelantan untuk bertemu dengan rakyat.

Akhbar harakahdaily juga melaporkan bahawa ustaz Nik Aziz ini pernah mengutuk Umno dan menghinanya dengan perkataan "barua".

Pas dan Harakahdaily menganjurkan supaya Ybhg Tun Dr. Mahathir tidak perlu dihormati kerana Tun Mahathir yang menyebab berlakunya penagihan dadah, peragut, mat rempit, pembuangan bayi, perogol dan rasuah.

Pas dan Harakahdialy yakin jika ditakdirkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa pada Pilihan Raya Umum 13 yang akan datang ini, parti PAS dapat membentuk kerajaan dengan berpandukan al-Quran dan Hadis.

Masalah serta gejala penagihan dadah, mat rempit, pembuangan bayi, peragut, perogol dan rasuah akan pasti dapat dikurangkan, insya Allah.

POOOOraaahhhh!!

  • Nik Aziz lantik Arif Fahmi CEO PMBK...kronisme
  • Nik Aziz pergi Mekah guna duit orang lain yang bagi...rasuah
  • Nik Aziz biarkan balak ditebang, duit masuk poket kroni....tidak amanah
  • Nik Aziz biarkan rakyat minum air berkarat....zalim
  • Nik Aziz sokong Nuar Berahim meliwat...assobiah
  • Nik Aziz marah duit Petrronas dari diberi kepada Rakyat Kelantan, mesti beri pada Pas....perompak
  • Nik Aziz kaut untung lumayan dari projek Dinar Emas, rakyat tak dapat apa-apa...pemnipu

Pas halalkan perbuatan mengutuk sesama manusia tetapi mengharamkan duit Petronas diberi terus kepada rakyat Kelantan.

Pas sangat marah rakyat Kelantan menerima faedah dari duit Petronas. Pas mahukan duit Petronas untuk Parti Islam Semalaysia.

Anda mungkin berminat membaca:

  1. Gerombolan Pakatan Pembangkang adalah Pemusnah Rakyat
  2. Pas semakin kesal bersubahat dengan Nuar Berahim

Rabu, 6 Oktober 2010

Mahfuz Gagal Lagi Buktikan Pas Bukan Parti Ekstrem Ganas


DS Najib amalkan Islam persaudaraan
Pas menganjurkan Islam Politik
Solat hajatpun dipolitikkan di depan pejabat DAP

Sumber: harakahdaily
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan supaya menggalakkan penyebaran faham Islam yang sebenar sekiranya Malaysia mahu menangani Islamofobia di peringkat antarabangsa dan setempat.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, faham Islam yang Umno serta Perkasa popularkan di tanah air adalah faham yang salah serta mengundang Melayufobia.

Fahaman Pas yang salah terhadap ajaran Islam yang sebenar boleh menggalakkan maraknya api perkauman serta penghinaan yang berterusan terhadap kesucian agama Islam. Pas menyelewengkan ajaran Islam yang sebenar untuk mendapatkan undi masyarakat bukan Islam. Perbuatan ini meningkatkan lagi Islamofobia di kalangan  bukan Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Fenomena yang dahsyat ini berlaku kerana Pas menyebarkan ajaran Islam yang salah melalui pentas politik kepartian.

Kalau lihat kepada fahaman ekstrem yang dianuti oleh Pas, mereka menjadikan orang Melayu, China dan India serta kaum-kaum Bumiputera yang lain hanyalah sebagai alat untuk mendapatkan undi sahaja. Rakyat yang perlu dibela diketepikan sahaja apabila diberi mandat. Nasib yang menimpa Rakyat Kelantan adalah contoh terbaik untuk memahami hakikat ini.

UMNO-BN bukan sahaja terbukti dapat mengekalkan syariat dan mengembangkan syiar Islam di negara ini, tetapi juga berjaya mempertahankan kehidupan yang sejahtera rakyat berbilang kaum dan agama. Rakyat Malaysia bukan Islam terus maju dalam pelbagai lapangan hidup malah sangat menyerlah pencapaian mereka dalam bidang ekonomi. Inilah bukti ajaran Islam sebenar yang diamalkan oleh UMNO-BN mendorong ke arah muhibbah dan maju sebagaimana yang diamalkan di zaman Rasulullah S.A.W.

Islamphobia yang berlaku sekarang adalah hasil dari perlakuan ganas dan ekstrem yang ditunjukkan oleh Partai islam Semalaysia dalam percaturan politik mereka untuk mendapatkan undi dan simpati masyarakat. Permaianan politik keji yang menjadi sentiman perkauman dan manipulasi agama adalah sebahagian daripada ciri-ciri assobiah yang menjadi pegangan Pas selama ini.

Akibat dari salah fahaman tersebut, telah mengakibatkan lahirnya perbuatan ekstrem seperti berdemonstrasi di jalanraya, menghasut orang ramai sehingga berlaku Peristiwa Memali, menyokong penjenayah bersenjata dalam Peristiwa al-Maunah Jenalik, mengagungkan pembunuh Datuk Sosilawati tetapi menghina dan merendah-rendah tugas Polis serta menyediakan program dengan menjemput orang kafir menghulurkan rasuah politik sambil memijak sejadah tempat sujud orang Islan dalam surau dan mesjid yang telah mereka rampas.

Jelaslah bahawa Pas hanya mampu memperalatkan Islam untuk tujuan politik murahannya tetapi gagal memahami maksud keadilan, kedamaian, kehormatan, kejujuran, kepelbagaian, kasih sayang serta kesederhanaan yang diajarkan oleh Islam.

Kerana itulah Pas terpesong jauh dari landasan agama dan muncul sebagai sebuah parti politik perkauman yang mengajar ahli dan penyokongnya menjadi pelampau agama serta taasub pada gerakan menyemarakkan api perkauman bersama parti DAP dan PKR serta terus menggubal agenda perpecahan yang dijadikan kurikulum dalam proses tarbiyyahnya islamiahnya.

Kita amat bersyukur, hari ini kaum Melayu, China, India dan kaum Bumiputera yang lain hidup maju dalam kesejahteraan dan penuh kebajikan. Hal ini berlaku kerana UMNO-BN mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Anda juga meminati:


Selasa, 5 Oktober 2010

Rakyat Terkejut Beruk! Harga Air Naik Melambung

 Reuters, CNN news, bloomberg...dirty water supply -


Gerombolan Pakatan Pembangkang bertindak zalim terhadap rakyat Negeri kedah dan Pulau Pinang yang mengundi PAS dan Pakatan Pembangkang kerana menzalimi mereka dengan cara menaikkan harga air di negeri itu. Di Kelantan pula rakyat sukar mendapat bekalan air walaupun hanya bekalan air berkarat yang mampu dibekalkan oleh Partai Islam Semalaysia itu.

Rakyat terkejut beruk kerana inilah rupanya konsep negara berkebajikan yang dijeritkan oleh ustaz-ustaz penceramah politik Pas dan reformis PKR selama ini.

Paling melucukan MB Gerombolan Pakatan Pembangkang di Kedah, Azizan menuduh kerajaan BN dahulu yang bersalah kerana tidak menaikkan tarif air dan ini menyebabkan kerajaan hamPAS dimarahi kerana menaikkan tarif air. Rakyat ditipu mentah-mentah kerana semua orang tahu kenaikan harga Air adalah di bawah tanggungjawab dan kuasa kerajaan Negeri.

Rakyat Kedah pening kepala dan berasa amat menyesal kerana dihukum dengan kenaikan tarif air di Kedah yang terlalu tinggi sehingga 27 peratus. Dasar kerajaan Pas Kedah menzalimi rakyat ini rupa-rupanya telah dimulakan dengan usaha membebankan rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah.
UMNO-BN tidak pernah naikkan tarif semenjak 1993 iaitu selama 17 tahun kerana dasar rakyat didahulukan telah lama diamalkan oleh UMNO-BN yang begitu prihatin dan tidak mahu rakyat terbeban. Berbeza dengan dasar Gerombolan Pakatan Pembangkang yang menjadikan rakyat hanya untuk mendapatkan undi secara pembohongan dan janji palsu.


Rakyat Kedah, Pulau Pinang seluruh rakyat Malaysia mula berasa takut kerana baru dua tahun Gerombolan Pakatan Pembangkan memerintah beberapa negeri, tetapi rakyat telah hidup dalam keadaan sengsara, dizalimi dan tidak mendapat keadilan seperti yang dijerit-jeritkan selama ini.

Gelombang Rakyat Menghukum Pas, DAP dan PKR semakin meluap-luap.

Kalau dahulu Gerakan Rakyat berjaya menghalau Gerombolan Pengganas Komunis, kini seluruh rakyat bersama UMNO-BN berpadu menolak Gerombolan Pakatan Pembangkang


Anda mungkin meminati:


Maki Berapi-api tapi ikut contoh dasar UMNO-BN juga
Najib terus mara ke hadapan
Pas Kedah Bakal Lingkup
Ceritalah: majalis bersama 250 veteran UMNO

Isnin, 4 Oktober 2010

Isu Perkauman: Pas, Dap dan PKR Saling Melengkapi


Naib Presiden Pas Mahfuz Omar tidak mempunyai idea dan hujah yang bernas tetapi masih bernafsu untuk terus menyerang UMNO. Mungkin dia berharap seluruh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan Bumiputera akan membenci dan menjauhkan diri dari UMNO.

Sumber: harakahdaily

Abd Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Tindakan-tindakan perkauman pegawai awam akan berterusan selagi Umno memerintah negara ini, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.


Menurutnya, Umno tiada pilihan lain untuk terus kekal berkuasa selain terus meniupkan api perkauman seperti mereka lakukan sejak dahulu lagi.....

Apa lagi yang pemimpin Pas hendak cakap selain memutarbelitkan isu perkauman? Bila bercakap soal demokrasi, rakyat mencemuh Pas dan Gerombolan Pakatan Pembangkang mereka tidak demokratik. Sekarang seluruh rakyat Malaysia sedang menyaksikan betapa demokrasi tidak pernah wujud dalam PKR. Mesyuarat pemilihan mereka berantakan dan penuh dengan aksi-aksi ganas, peras ugut dan rasuah.


Bila bercakap soal ekonomi, ahli-ahli dan penyokong Pas, khususnya di Kelantan sendiri mempersendakan Nik Aziz yang mengamalkan nepotisme, kronisme dan salahguna kuasa. Berbanding dengan UMNO-BN berjaya merancang masa depan negara kita melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.


Dari segi ketelusan pula Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telahpun memberi amaran kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai awam yang menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama. Kerajaan akan mengambil tindakan dan tidak akan berdolak-dalik mengambil tindakan terhadap pihak yang bertindak mengapi-apikan perkauman.


Contohnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan dengan tegas supaya siasatan dilakukan terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang dianiayai oleh pembangkang yang sengaja mendakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman.

Bagaimanapun kerajan tetap bersikap lembut dengan kakitangan kerajaan yang menyokong Pas atau Gerombolan Pakatan Pembangkang. Ini terbukti sudah berpuluh-puluh tahun didapati mereka menikam kerajaan dari belakang tetapi terus kekal dalam perkhidmatan dan menikmati kenaikan pangkat di samping keselesaan kerjaya.


Cuma apa yang tidak fahami oleh Mahfuz ialah perbezaan dan pemisahan bidang kuasa antara Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


Mahfuz dilihat akan terus menggunakan idea kelas rendah dan hujah kedai kopi untuk menentukan ahli-ahli dan penyokong Pas kekal dalam jemaah yang berbahaya itu.

Rakyat sudah maklum bahawa dasar dan prinsip UMNO-BN selama ini telah berjaya menyatupadukan rakyat yang berbeza kaum dan agama, hidup bersama dengan aman dan sejahtera.

Pas hanya menggunakan orang Melayu dengan memperalatkan agama Islam. Pas juga mengelirukan orang-orang China dan India dengan memperalatkan agama Islam. DAP sememangnya parti racist-cauvinist yang berjaya memperalatkan Pas dan PKR.

Sememangnya Pas, DAP dan PKR adalah parti perkauman sempit yang saling lengkap melengkap.

UMNO-BN tetap di hati rakyat dan inilah yang sangat ditakuti oleh Mahfuz dan Gerombolan Pakatan Pembangkang.

Anda tentu minat membaca:

  1. Raja Petra Alat Politik Yang Semakin Tidak Laku
  2. Raja Petra Gasak Nuar Berahim, Nik Aziz Ketar Lutut
  3. Nuar Berahim Bakal Melarikan Diri

Ahad, 3 Oktober 2010

Indoktrinasi Menanam Kebencian dan Manipulasi Ajaran Islam Untuk Politik Murahan

Projek Indoktrinasi Menanam Kebencian
diberi nama dan warna Islam

Pas Meneruskan Tradisi Menanam Kebencian dan Manipulasi Agama Islam.

Sumber:  harakahdaily
Rusli Yasmin   
MARANG, 3 Okt: Umno yang menolak Islam sebagai dasar perjuangannya kosong dan tidak mempunyai roh tarbiah, berbeza dengan PAS yang menjadikan tarbiah sebagai asas perjuangannya.

Justeru itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, program tarbiah seperti Ijtima' Tarbawi yang dianjurkan oleh Pemuda PAS tidak dapat dianjurkan oleh Umno kerana parti itu tidak mengambil Islam sebagai teras perjuangan.


Umno  melaksanakan tuntutan Islam secara sistematik. Roh Islam disuburkan ke dalam jiwa masyarakat melalui perancangan dan pelaksanaan dasar yang konsisten. Risalah ajaran Nabi Muhammad yang berpandukan al-Quran diterjemah secara praktikal sepanjang masa.

Inilah yang membezakan kefahaman Islam yang dipegang oleh UMNO dengan yang difahami oleh Pemimpin dan pengikut Pas. 

Pas menganggap pelaksanaan Islam itu adalah program ceramah, tazkirah, pidato, usrah dan gerakan demonstrasi tunjuk rasa secara besar-besaran. Semakin ramai yang hadir mendengar atau menunjuk perasaan, ditafsirkan sebagai sudah berjaya menegakkan Islam. 

Kerana itulah Pas menganggap usaha mereka mengadakan Ijtimak Tarbawi di Terengganu baru-baru ini sebagai satu kejayaan dalam perjuangan Islam. Dengan ini mereka beranggapan perjuangan UMNO tidak ada roh kerana tidak mengadakan ijtimak seperti itu.

Pendekatan UMNO-BN sangat berbeza. Pada tahun 2009 kerajaan telah memperuntukkan hampir RM 2.4 bilion (3.399 bilion) kepada Kementerian Pelajaran untuk memenuhi keperluan pendidikan rakyat Malaysia.

Maka jelaslah kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh UMNO menggunakan kuasa mandat dan kuasa berpolitik, untuk menyelamatkan rakyat (khusus Islam) dari siksa di dalam kubur, persediaan ke Padang Mahsyar, dan jambatan ke syurga.

Dilaporkan pakar-pakar penghasut dalam program indoktrinasi menanam kebencian dan manipiulasi ajaran Islam untuk tujuan politik murahan itu termasuklah  Datuk Mahfuz Omar, Ustaz Idris Ahmad dan Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

_________________________________________________

Baca juga di sini: DAP Berjaya Mentarbiah PAS 

sumber: theunspinners.blogspot.com 

dan

di sini: Lidah Ustaz Pas Lebih Berkuasa Dari Perintah Allah

dan di sini: Pas Nak Rampas Duit Petronas Dari Rakyat!
_______________________________________________

Jumaat, 1 Oktober 2010

Kalau Rakyat Sejahtera, Pas Akan Kata Rakyat Menderita, Kalau Tidak Tak Dapat Undi


Kesesakan lalulintas pada setiap sambutan perayaan pelbagai kaum dan agama, membuktikan tahap kesejahteraan rakyat yang semakin meningkat. Anugerah Allah ini tidak datang begitu sahaja tetapi adalah hasil dari kecekapan dan amanah kerajaan dalam pemerintahan yang adil dan saksama.

Bagaimanapun pejuang Partai Islam Semalaysia melihatnya secara yang sangat berlainan. Lihat petikan di bawah ini:

DI MALYSIA INI SEBENARNYA BUKAN CHINA TIPU MELAYU
BUKAN INDIA TIPU MELAYU

YANG TIPU MELAYU IALAH GEROMBOLAN
LIMA PULUH TAHUN…. INI LAH KERJANYA… MENIPU
FELDA FELCRA…. SEMUA AJEN MENIPU MELAYU
SELESAI GEROMBOLAN TIPU MELAYU… GEROMBOLAN TUDUH ORANG CHINA YANG TIPU MELAYU
CHINA MISKIN.. INDIA MISKIN DAN MELAYU MISKIN MULA GADUH
YANG SENANG LENANG GEROMBOLAN DAN ANAK BINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...