tengkorak manusia sebangsa seagama...
dibunuh semasa era Komunis di Cambodia 1975
Pendita berasa sangat hairan, mengapa Parti Melayu Pas naik angin bila dikaitkan dengan komunis.
Entri ini tidak mengambilkira sejarah komunis di negara lain, tetapi hanya berdasarkan pengalaman Rakyat Malaysia seperti yang telah tercatat dalam sejarah. Di negara ini istilah "komunis" adalah bermaksud gerombolan yang didominasi oleh kaum China melakukan keganasan bersenjata menentang kerajaan yang sah. Akibatnya ramai askar Melayu, penduduk dan pemimpin kampung Melayu dibunuh, disembelih, rumah mereka dibakar, harta dan kemudahan awam dimusnahkan. Kehidupan rakyat diselubungi ketakutan di tanahair mereka sendiri.
Yang menghairankan mengapakah sekiranya Parti Pas dikaitkan dengan ciri-ciri pendekatan komunis, mereka akan melenting marah-marah. Pendita mendapati Blogger Pas akan respons dan mengupas habis-habisan (SINI. Mengulas dengan maksud bahawa mempertikaikan komunis itu tidak baik, tidak wajar dan patut dihentikan.
Bila Pendita buat sedikit kajian, barulah dapat dibuat sedikit kesimpulan.
Hakikat bahawa Parti Melayu Pas adalah sahabat satu saf seperjuangan Parti Cauvinist-Racist China DAP. Manakala DAP adalah peminat dan sympathizer Parti China Komunis Malaya yang telah diharamkan. Mereka berulangkali menggesa supaya Chin Peng dibenarkan bebas di Malaysia.
Saki baki pengganas komunis telah didinginbekukan di Kampung Sukhirin Thailand. Tetapi mereka kerap menerima wakil dari Malaysia yang datang menziarahi. Laman web diwujudkan dan blogger disediakan hanya untuk menyebarkan dakyah bahawa Komunis itu adalah sebahagian dari Rakyat Malaysia.
Sedangkan seluruh Rakyat negara ini, terutama di Tanah Melayu dan di Sabah dan Sarawak tidak dapat melupakan sejarah hitam yang penuh dengan kekejaman, pembunuhan, penyembelihan, keganasan yang tidak berperikemanusiaan yang telah dilakukan oleh pengikut-pengikut Parti china Komunis Malaya ketika itu. Mereka bermaharajalela dan menggunakan Perlembagaan hukum Rimba.
...mereka sanggup lakukan apa sahaja..
termasuk menubuhkan Kerajaan Bawah Pokok
dengan Perlembagaan Hukun Rimba..
Parti Melayu PAS rupanya tidak berperasaan sebagaimana perasaan Rakyat Malaysia yang lain. Rupanya mereka telah membangunkan perasaan tersendiri hasil dari tarbiah indoktrinasi yang berterusan selama ini. Dan kini bertambah mantap dengan indoktrinasi halus Parti China DAP.
DAP melihat kelainan perasaan Parti Melayu Pas bersama umat Islam yang menyokongnya sebagai amat memberangsangkan. Maka dengan segera DAP mengiktiraf Parti Melayu Pas sebagai aset berharga ke arah membunuh kuasa umat Islam dan digantikan dengan Malaysian Malaysia.
Api permusuhan, sentimen perkauman, menimbulkan ketidakpuasan hati, mengungkit untuk membakar emosi adalah sebahagian daripada kaedah komunis pada masa lampau di negara kita. Kini kaedah tersebut digunakan oleh Parti China DAP dan Parti Melayu PAS setiap masa. Mereka menggunakan semua isu sebagai modal menghasut dan menggunakan Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Mesjid-Surau, majlis kematian dan di mana sahaja.
inilah para sahabat seperjuangan Parti Melayu Pas..
Marilah kita berwaspada, sebelum bencana yang lebih besar menimpa kita hanya kerana kita menghormati demokrasi.
Rencana berkaitan:
- China Komunis Sembelih Bapa Saya - Prof. Dr. Johari Moain
- Jangan Lupa Kekejaman Komunis Di Tanah Melayu
- Mengusung Jenazah Askar Melayu Dibunuh China Komunis
- Kejamnya China Komunis Di Bukit Kepong
- DAP Mungkin Desak PAS dan PKR Mengiktiraf Chin Peng Sebagai Hero Rakyat
- Chin Peng: Kami Berhak Bunuh Kamu Sebab Kamu Juga Bunuh Kami
- Komunis Nak Jadikan Malaysia Negara Republik Dominasi Kaum China
Sedikit catatan sejarah tentang Komunis:
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 30 April 1930 di Singapura dengan dihadiri oleh pemimpin Parti Komunis Vietnam, Ho Chi Minh. Ia sebagai kesinambungan dari penubuhan Parti Komunis Nanyang yang ditubuhkan di Singapura pada tahun 1922.
PKM diarahkan melebarkan fahaman bukan sahaja kepada orang Cina malahan juga orang Melayu bagi tujuan menubuhkan Republik Soviet Malaya
Akhirnya, lahirlah tokoh Komunis dari kalangan orang Melayu seperti Abdullah CD, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh. Lahirlah satu rejimen yang diberi nama rejimen ke 10 iaitu pasukan tentera Melayu di bawah pimpinan Abdullah CD yang berpusat di Temerloh dan Mentakab dan mengandungi 500 anggota.
PKM menggunakan taktik pemogokan pekerja, boikot, sabotaj, demontrasi dan akhirnya pemberontakan bersenjata untuk mencapai matlamatnya. PKM menyusupkan aggotanya ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja.
Ketika Jepun menjajah tanah Melayu, British telah memberi pelbagai kemudahan dan bantuan seperti senjata, latihan ketenteraan, kemudahan logistik dan perubatan. PKM bekerja sama dengan British melalui perjanjian di antara John Davies dan Lai Tek serta Chin Peng.
PKM menubuhkan pasukan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan membantu British di dalam perang gerila bersama-sama Force 136.
Setelah kekalahan Jepun, PKM telah diterima sebagai sebuah parti politik yang sah di Tanah Melayu. Peluang itu digunakan oleh PKM untuk meluaskan lagi pengaruhnya. PKM telah menguasai 75% kesatuan sekerja dan banyak melakukan mogok bagi melemah dan menjatuhkan pengaruh British.
Bagi mengekang kegiatan PKM, British telah memperkenalkan Ordinan Kesatuan Sekerja dan serba sedikit telah menyekat pengaruh PKM dalam kesatuan sekerja.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union dilihat sebagai merosakkan peluang untuk PKM menubuhkan republik komunis. Keadaan ini mendorong PKM mengubah dasarnya kepada dasar yang lebih agrasif. Pada awal tahun 1948, PKM telah mengambil keputusan melancarkan perang secara terbuka di atas nama pembebasan Nasional.
PKM menyingkirkan pemimpin mereka Lai Teck dan digantikan dengan Chin Peng yang lebih agresif. Pada 17-21 Mac 1948, Chin Peng dan ahli PKM telah bersetuju untuk menjayakan matlamat menubuhkan Republik Soviet Komunis Tanah Melayu dengan cara kekerasan.
Sebagai permulaan, ekonomi Tanah Melayu dan pengawasannya mesti dilemahkan. Oleh itu PKM telah melancarkan serangan ke atas ladang-ladang dan kawasan lombong, melakukan pembunuhan ke atas pengurus ladang dan lombong, menyerang balai polis, pusat kawalan, pasukan keselamatan, mengugut, menculik orang ramai dan merosakkan kemudahan awam. Ramai orang Melayu, India dan Cina diancam dan dibunuh bagi memaksa mereka meninggalkan pekerjaan mereka. Mereka juga menyerang sistem perhubungan dan menawan pengkalan pasukan keselamatan di kampung-kampung dan pekan kecil.
Maka pada 18 Jun 1948, Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British telah mengisytiharkan darurat. Undang-undang darurat diperkenalkan secara rasmi pada 32 Julai 1948 iaitu sesiapa yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis akan dihukum.
Keadaan agak reda menyebabkan darurat ditamatkan pada tahun 1960. Melihat keadaan ini, PKM menyusun kembali anggotanya dan pada tahun 1968, mereka sekali lagi melancarkan pemberontakan bersenjata kali kedua di Tanah Melayu.
Perkara ini berterusan hinggalah kerajaan bersetuju mengadakan rundingan perdamaian dengan pemberontak komunis bermula pada tahun 1988. Abdullah CD mewakili Rejimen ke-10 dan Tun Ghaffar Bab mewakili negara. Akhirnya pada 2-3 Febuari 1989, perjanjian damai telah berjaya dipersetujui yang mana pihak komunis bersetuju meletakkan senjata dan menamatkan pemberontakan selama lebih kurang 41 tahun. Pada 2 Disember 1989, di Lee Gardens Hotel, Hadnyai, uapacara menandatangani perdamaian dapat dilaksanakan.
Kerajaan Thailand telah menyediakan penempatan bagi bekas-bekas ahli komunis di satu kawasan dikenali sebagai Kampung Perdamaian Betong, Kampung Perdamaian Banlang, Kampung Perdamaian Shkhirin dan Kampung Perdamaian Yaha.
Sepanjang peristiwa yang membabitkan PKM dari 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960, korban mencatatkan seramai 2947 Pasukan Polis Tanah Melayu, 1478 Pasukan Keselamatan, 4668 orang awam, dan 10699 anggota PKM.
Di atas adalah bilangan yang mati, ini tidak masuk ribuan yang cedera, yang cacat, yang hilang upaya dan sebagainya.
Kita mungkin boleh melupakannya begitu sahaja. Tetapi, apabila doktrin komunis mula dilagang kembali, propaganda mengenainya telah mula wujud kembali, ia menyentuh banyak pihak, bermula dari isu keselamatan hingglah imbauan kisah silam keganasan mereka. Isu yang dibangkitkan bukanlah isu pulangnya Chin Peng sangat, tetapi doktrin yang pernah menumpahkan ribuan darah di Tanah Melayu ini cuba ditiupkan semula.
Tanpa Nama berkata...
BalasPadammmg komunis pun PAS nie.semua melayu tahu dh.kawan dgn cina yg ckp islam celaka.dia menang pun undi cina..tu sebab dia bole buat masjid mcm pasar babi..dulu dok atas sejadah duit tak da..alih alih jd yb kelabu mata cina bagi duat jd la haram jadah,,mcm nik aziz..
sebab masa pilihanraya yang lalu, pas cakap korang jangan undi calon MCA dia komunis.
BalasPadamPAS menggunakan cara komunis utk menyusup masukkan ahli2 PAS ke dalam Kementerian2, Universiti2, Maktab2, Jabatan2 Negeri utk mensabotaj Kerajaan yg dilantik oleh rakyat.
BalasPadamKerajaan BN tak sedarkah lagi atau buat2 tak sedar kerana hanya menjaga kepentingan diri sendiri bukannya rakyat yg didahulukan?