Followers

Selasa, 8 Februari 2011

Tak Mau Sokong Pas Tak Apa...Tapi Tolong Jangan Berterima Kasih Pada Kerajaan

...ajaran Islam tidak terletak pada serban dan kopiah putih..
harap maklum..

Rajinya Ustaz-Ustaz Politik Parti Melayu Pas mengadakan majlis ilmu. Antara ilmu yang diajarkan termasuklah yang membawa maksud "kalau tak mau undi Pas pun tak apalah, tetapi tolonglah jangan berterima kasih kepada Kerajaan".

Kosa kata "terima kasih" adalah sebahagian budaya asas yang wujud dalam kehidupan bangsa Melayu dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Sejak kecil dan di bangku sekolah "terima kasih" dipraktikkan. Misalnya "terima kasih cikgu", 'terima kasih ibu", "terima kasih Jib", telah diamalkan berulangkali sehingga telah sebati dalam jiwa.

Kata-kata "terima kasih" wujud dalam hubungan interpersonal di antara manusia. Kata-kata yang diucapkan oleh bibir yang datangnya dari hati dan fikiran yang bersih.

Menyampaikan ucapan "terima kasih" melambangkan keindahan hati dan budi pekerti penuturnya terhadap sumbangan, pertolongan atau perkhidmatan yang diterima daripada orang lain.

Misalnya tidak salah mengucapkan "terima kasih" kepada penjual tiket bas ekspress walaupun memang dia dibayar gaji untuk tugasnya itu ataupun kepada penjaga tanda awam yang memungut wang 20 sen dari kita setelah menggunakan tandas jagaannya.

Sama juga, tidak salah mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Simpanan Polis Daraja Malaysia (FRU) kerana tidak membawa kereta kebal melanyak para demonstrator yang mengganas di negara kita, seperti yang berlaku di Tianament Square China pada 1989 yang mengorbankan 2,000 - 3,000 penunjuk perasaan.



Parti Melayu Pas nampaknya berjaya mentarbiah supaya jangan berterima kasih kepada kerajaan walaupun seluruh Rakyat tahu Kerajaan sememangnya menjalankan amanah dan tanggungjawab yang dimandatkan selama ini.

Sumber: Forum Detikdaily

salam... 

rata2 org malaysia yg kebanyakannya org melay dr dulu diperbodoh2kan..
sebabnya.. kenapa kita perlu berterima kasih kepada kerajaan ??
kerajaan sepatutnya berkhidmat utk rakyat.. kita yg bayar gaji mereka, drpd cukai..
kalau mereka tanak berkhidmat utk rakyat.. turun !!! org lain akan gantikan tmpt anda !!
kenapa rakyat kena berterima kasih..padahal mmg dah kerja kerajaan.. utk menjaga kebajikan rakyat..


Tetapi ada juga yang kerajaan buat dengan menggunakan wang rakyat, tidak boleh diucapkan terima kasih. Misalnya:

Misalnya, janganlah kita mengucapkan terima kasih bila kerajaan menggunakan duit rakyat untuk membayar perbelanjaan proses mahkamah kepada individu yang melakukan kesalahan menderhaka. 

Pada 4 Februari lalu, kerajaan negeri dilaporkan tidak akan membiarkan Shuhaimi berseorangan menghadapi tuduhan itu dan akan membantu membiayai kos perundangan untuk "menyokong usahanya menegakkan keadilan".

Begitu juga kita tidak sesuai mengucapkan "terima kasih" kepada Cikgu Maarof kerana menerima wang gaji dari duit rakyat tetapi tidak menjalankan tugas. Sebaliknya membuat kerja lain yang bukan dikehendaki oleh rakyat yang membayar gajinya.

...ambilk gaji dari duit rakyat tapi tak payah ke sekolah..

Tidak sesuai juga kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan jika habis semua hasil khazanah rakyat, balak dan tanah rakyat dirompak dan wang hasilnya masuk ke dalam poket kroni dan sanak saudara. Kemudahan dan kebajikan untuk rakyat tidak disediakan tetapi pemimpin kerajaan bertambah mewah.

Lojing kelantan Serambi Mekah

Bagaimanapun, Apalah salahnya jika kita mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana menyediakan kemudahan pinjaman pendidikan tinggi PTPTN untuk mahasiswa kita melanjutkan pelajaran, atau paling terkini usaha kerajaan membantu kesulitan pelajar-pelajar di Mesir.

Tapi Pendita nak ingatkan, jika dah dapat keluarkan duit dari mesin ATM, jangalah pula ucap terima kasih pada mesin tu. Bimbang kalau ada orang ternampak dan terdengar ucapan kita.

Takut nanti kita akan diberi nasihat:

"Ambil je...jangan cakap terima kasih".


  ألله اكبر الله  أكبر  الله أكبر الله أكبر  .
أشهد أن لا إله إلا الله  أشهد أن لا إله إلا الله
أشهد أن محمدا رسول الله  أشهد أن محمدا رسول الله
حي علي الصلاة  حي علي الصلاة
حي على الفلاح  حى على الفلاح
الله أكير الله أكبر
لا إله إلا الله


Akhirnya Pendita nak tanya, sesuai tak kita ucap terima kasih kepada muazin kerana ingatkan kita dah masuk waktu solat?




4 ulasan:

  1. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    BalasPadam
  2. diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, 218. sabda Rasulullah s.a.w.“Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!”

    Hatta jahillah mereka yang tidak mahu berterima kasih

    BalasPadam
  3. anak-anak ah lipas tak payah la nak berterima kasih kat mak bapak depa. sebab dah tanggung jawab mak bapak bela anak. tak payah nak ucap terima kasih kat n.ajis sebab dah bagi sorga. tak payah la dok terpa salam, blah terus je ... otak tarak guna. asyik pikir negatif aje...

    BalasPadam
  4. Salam viewers semua,

    Semua kita berharap Pas berada di pentas berpolitik untuk mengukuhkan lagi AGAMA Islam yang didokongi oleh BANGSA Melayu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...