Parti Melayu PAS sedang berkeliaran tanpa arah...
tak tahu ke mana nak dituju..
Dr. Mujahid, anak arwah ustaz Yusof Rawa, menuduh UMNO parti racist kerana UMNO sebuah parti yang memperjuangkan bangsa Melayu.
Anak aruah Yusof Rawa itu juga menegaskan bahawa amalan UMNO itu sangat berbahaya kerana boleh menggugat keharmonian negara.
Sumber petikan Harakahdaily (tulisan Fakhri Ali)
KEPALA BATAS, 27 Feb: Sistem politik kuno yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah bersifat perkauman yang sempit dan menyemarakkan kebencian antara sesama kaum dalam negara ini.
Amalan yang dipraktikkan Umno dan BN ini bukan saja merbahaya untuk diamalkan dalam sebuah negara berbilang kaum, malah ia memberi implikasi negatif yang begitu buruk kepada perpaduan dan hubungan antara etnik dalam negara ini.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr.Mujahid Yusof Rawa berkata demikian ketika berceramah di Dewan Millenium, Kepala Batas malam tadi dalam program Penang Harmoni 2, anjuran Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang.
Menurut Mujahid lagi, Pakatan Rakyat (PR) yang bermati-matian untuk mendapatkan kuasa pemerintahan bukannya untuk menggantikan Umno dan BN dengan menjadikan amalan mereka sebagai ikutan.
Sebaliknya kerajaan PR meletakkan kepentingan semua golongan masyarakat berdasarkan kepada keadilan dan keharmonian kaum yang tidak pernah dilaksanakan oleh Umno dan BN semasa memerintah negara ini.
Katanya lagi, berlakunya perpecahan kaum dalam masyarakat negara ini adalah kerana amalan yang dipraktikkan oleh BN dan komponennya seperti Umno, MCA, MIC dan juga Gerakan yang mengamalkan sikap pecah dan perintah.
Anak arwah ustaz Yusof Rawa ini rupa-rupanya masih tidak faham asas-asas politik di negara ini.
Memang pada asasnya parti UMNO ditubuhkan adalah untuk bercakap mengenai Melayu, MCA pula bercakap mengenai orang Cina dan MIC bercakap mengenai India, begitu juga komponen parti-parti yang lain.
Samalah dengan parti Pas ditubuhkan oleh segelintir kecil orang-orang Melayu khas untuk menentang UMNO, DAP pula oleh sekumpulan kecil kaum China khas untuk melenyapkan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga nampaknya tidak menyedari hakikat bahawa sebagai sebuah parti, UMNO bukanlah kerajaan. MCA dan MIC juga bukan kerajaan dan begitulah parti-parti lain.
Yang menjadi kerajaan adalah Barisan Nasional (BN). Di dalam BN terpadunya Suara Rakyat yang diwakili oleh Melayu UMNO, China MCA, India MIC dan parti suku kaum yang lain.
Sebagai sebuah kerajaan, BN tidak memperjuangkan Melayu, tidak juga China, India atau kaum-kaum lain secara terpisah. BN memperjuangan Rakyat Malaysia yang pelbagai agama dan budaya mengikut ketetapan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kerana itulah BN berjaya menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini. Memerintah dengan jayanya lebih dari 50 tahun dengan mencipta kejayaan demi kejayaan membangunkan negara dan kehidupan seluruh rakyat. Termasuklah kejayaan yang dinikmati oleh ahli-ahli Pas dan DAP dalam pelbagai bidang.
Kejayaan ini berlaku kerana BN bukan diperintah oleh UMNO. Bukan juga oleh MCA atau MIC atau mana-mana parti, tetapi kejayaan ini adalah Kejayaan Rakyat yang bersatu di bawah BN yang berkongsi kuasa memerintah bersama-sama.
Mujahid dan pemimpin Pas tidak nampak hakikat ini atau sengaja menyelweng dari fakta dan kebenaran untuk meneruskan kemungkaran politik mereka.
Ataupun mereka sedang menghadapi krisis identiti kerana Parti Melayu Pas dan Parti China DAP bermain sandiwara untuk mendapatkan undi.
Setelah melihat Parti Melayu Pas ditolak oleh bangsanya sendiri, kemudian mengalami kegagalan demi kegagalan, Mujahid terpaksa mengarang buku "Menuju Pas Baru".
Buku ini dihasilkan adalah sebagai bukti bahawa sebagai sebuah Parti Melayu, Pas gagal meletakkan dirinya di pentas politik Malaysia. Pas terpaksa memikirkan daya hayat politiknya yang semakin diketepikan masyarakat. Akhirnya Pas nampak bahawa langkah-langkah yang telah diambil oleh UMNO lebih berjaya menubuhkan kerajaan bersama-sama rakan-rakan lain dalam kompionen BN.
Mujahid sebenarnya sedang bergelut dengan tekanan daripada DAP yang tidak mempunyai cita-cita dan matlamat parti yang sama dengan Parti Melayu Pas. DAP memperjuangkan dominasi kaum China dalam merebut kuasa pilitik di negara ini, manakala Pas hanya berhasrat menumbangkan UMNO melalui retorik slogan agama Islam.
Titik pertemuan mereka hanyalah satu iaitu hasrat mengubah Perlembagaan Persekutuan kepada perlembagaan Malaysian Malaysia ciptaan China DAP.
Berdasarkan cita-cita politik dan matlamat parti yang tidak sama inilah maka buku ciptaan Mujahid ditolak mentah-mentah oleh Dewan Ulama Pas Kedah. Antara sebab-sebab penolakan Dewan Ulama Pas Kedah adalah seperti berikut:
1. Mujahid cuba membina persepsi bahawa hakikat sebenarnya PAS berjuang tanpa berpijak di bumi nyata. Sentiasa berfantasi dengan mengaitkan perjuangan di zaman lampau terutama zaman Rasulullah sedangkan hakikat kehidupan semasa matlah berbeza.
2. Mujahid beranggapan kewujudan Pas adalah terpisah dibatas dalam skop tempurung kecil dan hanya untuk segelintir kelompok bangsa Melayu yang menganut agama Islam. Maka Pas perlu dinasionalkan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas demokrasi di negara ini.
3. Mujahid merasakan Pas tidak realistik dalam perjuangannya tetapi menggunakan slogan retorik bahawa Islam itu syumul. Sememangnya agama Islam itu syumul tetapi Parti Melayu Pas hanya berfantasi dan beretorik tanpa berpijak pada realiti semasa.
4. Mujahid merumuskan bahawa Konsep "Kepimpinan ulama" sejak lebih 20 tahun lalu didapati sangat lemah dan retorik yang keterlaluan terhadap keistimewaan ulama dalam Pas telah mula menimbulkan kebencian masyarakat terhadap ustaz-ustaz politik. Masyarakat mula menolak dan membenci ustaz-ustaz politik ini kerana terlalu mengutamakan matlamat parti sehingga sanggup mengenepikan nilai dan ajaran agama Islam.
5. Mujahid mendedahkan bahawa Pas menganggap Perlembagaan Persekutuan adalah Perlembagaan Thagghut. Maka dengan itu Pas akan memerintah Malaysia menggunakan al-Quran sebagai Perlembagaan Negara.
6. Mujahid mengutarakan bahawa Pas perlu memujuk DAP sebagai komponen dalam Pakatan Rakyat supaya menerima al-Quran sebagai Perlembagan Negara untuk memerintah Malaysia bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang thaghut.
7. Dewan Ulama Kedah menegaskan Pas berjuang bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Dewan itu amat yakin Pas mampu meyakini DAP untuk membantu Pas merealisasikana matlamat dan cita-cita parti itu kerana Pas berpegang kepada kepercayaan bahawa tidak ada gunanya ke Putrajaya jika perjuangan menegakkan hukum Allah tiudak dapat direalisasikan.
8. Mujahid mendedahkan sikap anti nasional Pas yang tidak akan menyanyikan lagu Negaraku, tidak akan mengibarkan Jalur Gemilang dan tidak akan memamakai pakaian kebangsaan kerana Pas hanya memperjuangkan perbezaan antara ah-haq dan al-batil.
Wahai Dr. Mujahid (anak arwah Yusof Rawa),
betulkan dahulu maksiat politik Pas,
sebelum menghasut rakyat mempercayai
bahawa Parti Melayu Pas lebih baik dari UMNO.
9 comments:
BalasPadamwadi berkata...
assallamualaikum...rencam kebejatan , penyokong dan pemimpin telah hilang peradaban , tingkah laku semakin tak dihiraukan . Apakah adab dan sopan santun Islam menyuruh kita terkinja kinja dijalanan ..tak kira dia UMNO atau PAS ..malang sungguh pekerti mulia makin hanyut merenggut dahan yang makin reput. Telusurilah dengan matahati agar bangsa kita hidup dengan akal dan budi pekerti mengikut acuan Islam yang murni.
28 Februari 2011 12:23 PM
Jay Tee berkata...
Jika UMNO adalah parti rasis seperti yag didakwa...aku sokong. Melayu memerlukan satu parti yang benar-benar mantap dan berkuasa untuk membela nasibnya. kalau bukan dari golongan kita...siapa lg. takkan nak harap DAP, MCA, MIC, PKR....??? Tak perlu la nak pujuk depa ni. Mereka akan teruskan agenda membela 'golongan' masing2.
28 Februari 2011 12:38 PM
Dahlia berkata...
Tuan Pendita,
Saya sangat bersetuju Tuan menyebut Pas itu adalah Parti Melayu. Pas ditubuhkan oleh orang2 berbangsa Melayu sebagaimana UMNO.
Cuma saya dapati bezanya ialah UMNO ditubuhkan oleh bangsa Melayu untuk menentang penjajahan dan menjaga survival bangsa Melayu, agama Islam dan tanahair.
Manakala Pas ditubuhkan untuk menentang UMNO.
Sebab itu saya dati matlamat perjuangan Pas sentiasa berubah2. Pas terpaksa mengubah matlamatnya setiap kali apabila mendapati undi dan sokongan kepada parti itu merosot.
Paling sedih, sekarang ini Pas langsung tidak ada matlamat dan cuba meniru cara dan kaedah UMNO dan BN.
Akibatnya Pas terpaksa menipou orang Melayu dan mengajak mereka mempoercayai bahawa Pas lebih baik dari UMNO.
Sedangkan hakikatnya semua rakyat sedia maklum bahawa Pas langsung tidak layak untuk dibandingkan dengan prestasi dan kejayaan UMNO membawa bangsa Melayu dan rakyat Malaysia maju di negara ini.
Masalah Pas sekarang, bagaimana nak mengekalkan partinya supaya sentiasa disayangi oleh DAP.
Pada saya, Pas perlu terus memperalatkan agama Islam dan memecahbelahkan umat Islam. Kejayaan ini akan menyebabkan DAP terus menyayangi Pas kerana matlamatnya sama dengan matlamat parti DAP.
28 Februari 2011 12:44 PM
Paksi berkata...
Assal'kum Tuan pendita,
Saya tertarik dengan kenyataan bahawa Pas akan menggunakan al-Quran sebagai Perlembagaan Negara menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan Perlembagaan Thaghut.
Persoalan saya betulkah anggapan Pas ini?
Perlembagaan Persekutuan memang digubal oleh manusia untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran. Rasulullah sendiri pun tidak menggunakan al-Quran sebagai Perlembagaan, tetapi menggubal Piagam Madinah untuk tujuan itu.
Saya berpendapat Pas keliru dan bercelaru dalam mentafsirkan fungsi al0Quran dan Perlembagaan Persekutuan.
Begitu juga pas gagal memahami konsep "nasional" sehingga hari ini telah wujud di kalangan mereka sendiri supaya Pas bergerak seperti UMNo dan BN di peringkat nasional supaya diterima rakyat.
28 Februari 2011 12:53 PM
Tanpa Nama berkata...
BalasPadamCakap-cakap bodoh macam ini hanya akan menguntungkan kaum bukan Melayu sahaja. Bilalah orang Melayu yang masih mengaku Melayu ni berhenti dari bercakap benda-benda yang merugikan bangsa sendiri? Demi nak menang, semua dia redah.
28 Februari 2011 1:15 PM
Aisanda berkata...
Cantik gambar tu bang. Perangai dua mahkluk tu sama. serupa....pinjam ya utk entry akan datang.
Tq.
28 Februari 2011 2:38 PM
Penditakainsingkat berkata...
Salam Aisanda,
Pinjam gombo tu takpe..jangan join sama duduk atas pokok udah ler..
28 Februari 2011 2:53 PM
Tanpa Nama berkata...
Saudara Wadi..UMNO dan PAS lahir dari perut yg sama.ahli yg sama, bangsa yg satu iaitu majoritinya melayu dan diasaskan dari wadah untuk merdeka dan mentadbir negara sendiri..mereka berjuang sebagai nasionalis..
Perpecahan berlaku apabila timbul antara satu puak bersikap kesederhanaan dan satu lagi berkrofantasi..Puak-puak ultra menubuhkan persatuan islam dan meninggalkan Parti UMNO yg baru ditubuhkan.
Sikap pendesak dan pemberontak..lahir kekumpulan ini dan dibawa oleh beberapa pemimpin persatuan yg terpinggir..contoh Dr Burhanuddin alHelmi..Hadi,Fadzil Nor,Nik Aziz...dan ramai tokoh yg lain..sesetengah menurut dan mempraktik beberapa ikon pejuang luar negara spt kumpulan Ikwanul Muslimin diMesir..pejuang-pejuang Afgan,Taliban,AlQeada serta nas-nas perjuangan Abu Bakar Bashir diIndonesia..
Permasalahan timbul kerana pengertian Islam telah dicampur adukkan kedalam adap dan budaya Melayu M'sia..sementelah orang-orang Melayu yg masih mundur dari celik huruf telah dipergunakan seterusnya secara licik memanupulasikan kebodohan bangsa Melayu itu..
28 Februari 2011 4:35 PM
Penditakainsingkat berkata...
Salam Tanpa Nama 4:35pm
Huraian sdra sangat tepat. Pas keluar daripada perut bangsa Melayu yang beragama Islam sama seperti UMNO.
Bezanya Pas mengambil sikap menentang, memberontak dan cuba mengasingkan bangsa Melayu dari realiti kehidupan semasa.
Akibatnya berlaku pertembungan idea yang disengajakan oleh Pas semata-mata untuk mendapatkan simpati dan undi bangsa Melayu.
Hakikatnya Pas adalah parti berasaskan bangsa Melayu. Pas bukan sekadar menjadi saingan kepada UMNO, tetapi Pas mampu merosakkan kuasa politik yang ada sedikit di tangan bangsa Melayu.
Tanpa kuasa politik di tangan bangsa Melayu, agama Islam akan tergugat teruk kerana bangsa di Malaysia yang menjaga Islam dengan berkesan adalah bangsa Melayu walaupun Islam itu untuk semua manusia tanpa mebgira kaum.
Kepala lutut tu tolong la tutup! Kalau pun otak tu letaknya dikepala lutut. Malu!
BalasPadamSalam Tuan TabuanMas,
BalasPadamKepala lutut tu tak tutup pun takpe...sbb Nik Aziz akan halalkan dengan berkata.."Zaman Rasulullah pun ada orang tak tutup kepala lutut"..
Dalam Pas semua halal..ajaran agama tolak ke tepi...matlamat parti diutamakan.
Pada pandangan saya:-
BalasPadamJangan dipercayai mereka-mereka yang bersekongkol dengan pihak-pihak yang telah terbukti menekan bangsa Melayu.
Jangan dipercayai mereka-mereka yang telah menjatuhkan maruah Tanah Tumpahnya Darahku ini dimata dunia.
Jangan dipercayai mereka-mereka yang mengatakan bahawa Tuhan juga mencarut.
Tetapi percayalah pada akhirnya,
Hanya UMNO sahaja yang akan mempertahankan serta menjaga kesucian Agama Islam di Tanah Tumpahnya Darahku.
Hanya UMNO sahaja yang akan menjaga dan mempertahankan kedaulatan raja dan sultan serta Yam Tuan Besar.
Hanya UMNO sahaja yang akan mempertahankan maruah serta kedaulatan Tanah Tumpahnya Darahku ini.
Hanya UMNO sahaja yang akan mempertahankan perlembagaan persekutuan dari sebarang pencerobohan.
Hanya UMNO yang akan bermati-matian mempertahankan hak dan bangsa Melayu.
Percayalah.
Salam Sdra ShamsulS2,
BalasPadamBenar apa yang sdra katakan.
UMNO tidak pernah mendabik dada mendakwa sebagai pejuang Islam, tetapi UMNO sentiasa berfikir dan bertindak mengikut panduan dan tuntuan Islam.
UMNO tidak meretorikkan slogan Islam tetapi mempraktikkan suruhanNya dalam bentuk tindakan yang terancang dan berterusan.
Islam pada pegangan Pas adalam Islam ceramah dan laungan takbir. Islam pada pegangan UMNO adalah the way of life.
UMNO percaya bahawa untuk memajukan dan mendaulatkan Islam, umat islam perlu menguasai ilmu, pengetahuan, kemahiran, ekonomi, dan segala aspek kehidupan di muka bumi. Di samping itu terus mengukuhkan kefahaman dan penghayatan agama untuk menjaga aqidah.
Dalam negara kita, Pas tahu mereka tidak mungkin boleh memerintah negara ini kerana Allah berikan sebuah negeri kecil pun mereka gagal melaksanakan mandar rakyat (majoroti umat Islam).
Kerana itu Pas hanya ingin berpolitik kerana Islam itu modah dan bahan yang paling mudah untuk mereka guna sebagai alat.
Pas kini terpaksa mengikut telunjuk parti China DAP untuk menyambung hayatnya.
Sebab itu Pas redho menggugurkan perjuangan Islam dan hudud serta menafikan bangsa Melayu dalam perjuangan dan matlamat parti mereka walaupun Pas ditubuhkan oleh bangsa Melayu 100%.
Pas sebenarnya menghina bangsa Melayu ciptaan Allah dan agama Islam agama Allah.
Salam
BalasPadamApe kata saudara PnditaKainSingkat buat sikit ulasan mengenai Tun Mahathir mengenai Tuan Guru Nik Aziz dan kenyataan beliau mengenai Tengku Zafrul, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd dalam Utusan Malaysia Online pada 27 Febuari baru-baru ini.
Kenyataan beliau;
"Orang Melayu keliru dan tidak tahu hendak pergi ke mana. Kerajaan tolong pun mereka masih keliru.
"Ada negara yang kerajaannya langsung tidak tolong rakyat. Kerajaan kita wujudkan peluang kerja sampai ada banyak pekerjaan tetapi orang tidak mahu kerja," katanya.
Pada sidang akhbar sama, Dr. Mahathir berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu meletak jawatan kerana mempertikai pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda.
"Saya tidak fikir dia perlu letak jawatan. Itu dia punya pendapat, kita tidak perlu dengar," katanya.
orang tak sedar diri. dulu belajar sampai jadi doktor sapa tanggung PAS ke..? kepala bapak kau sekarang dah jadi dr angkuh tak tentu pasal. insaf lah...jangan2 PTPTN pun berutang lagi ngan kerajaan. harapkan serban ngan punai jeerrrr besor akal tarak pakai punya. apa pas ingat syurga tu bapak korang punya ikut sesuka hati jerrr nak bagi org tu lah, org ni lah. aku la kalau berjumpa ngan N ajis mualazah sekor ni gerenti nangis org tua ni. dr mujahid baik jumpa nuar al punggung wal juburi. tonggeng baik baik dapat jugak duit nua bayar tau lumayan leh bayar PTPTN. lagi satu teman nak habaq, melayu yang ada dalam pakatan semua pokaimak punya orang, haram jadah lagi.
BalasPadam