Followers

Sabtu, 12 Februari 2011

Dato' Dr Mashitah Ibrahim: Jangan Nafi Usaha Murni Kerajaan

YB Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim
B.A. Hons, Al-Azhar University, Egypt.
M.A., International Islamic University Malaysia,
PhD, Cairo University, Egypt.

Operasi memindahkan kira-kira 13,000 penuntut Malaysia, sama ada tajaan kerajaan atau swasta yang belajar di Mesir sudah selesai. Terima kasih kepada Penerba­ngan Malaysia (MAS), syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja itu tanpa wujud sebarang sikap prejudis.

Selain penuntut, rakyat negara ini yang bekerja di sana juga sudah dibawa pulang dengan selamat ke Jeddah, sebelum dibawa balik ke tanah air secara berperingkat. Proses membawa pulang semua mereka itu juga menggunakan pesawat yang dihantar Malaysia. Di samping itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut memberi jaminan setiap perbelanjaan pulang penuntut berkenaan dari Jeddah ke Malaysia akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Sekali lagi ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Malaysia dengan kerjasama Pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri, Kelab Putera UMNO, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan sukarelawan kerana bertindak cepat dan pantas menghantar bantuan menerusi misi menyelamat warganegara kita yang berada di negara bergolak itu.

Namun, ketika jentera kerajaan, sayap parti, NGO dan badan sukarelawan bekerja keras siang malam memastikan penuntut dan rakyat kita di sana berada dalam keadaan selamat, masih ada suara-suara sumbang berkokok di sebalik tabir. Tanpa rasa malu atau rasa tanggungjawab, mereka melemparkan pelbagai tuduhan negatif atas usaha murni kerajaan.
Amat sedih dan sungguh mengecewakan apabila Malaysia mempunyai pembangkang yang tidak ada ciri-ciri sifat kemanusiaan.

Tidak cukup dengan kapal terbang, Perdana Menteri turut menimbangkan untuk menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah bagi operasi pemindahan itu. Kapal berkenaan diguna untuk memindahkan pelajar di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

Apa yang pembangkang mahu atau tidak berpuas hati dengan usaha kerja kerajaan? Hanya Allah sahaja yang tahu. Mereka asyik mengkritik, menegur, memperlekeh dan mempersendakan apa sahaja yang dilakukan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka melemparkan pula pelbagai tuduhan dan tohmahan kononnya kerajaan mengamalkan sikap pilih kasih dalam misi membawa pulang penuntut Malaysia. Ini semua kerja karut dan dimurkai Allah.

Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” - Ali-Imran: 200.

Baca seterusnya KLIK SINI 
sumber dari Sinar harian

Komen Pendita:

Tidak wujud keikhlasan dalam perjuangan Parti Melayu Pas. Mereka gagal memisahkan antara kepentingan politik kepartian dengan tuntutan ajaran agama.

Pas lebih berminat melihat sesuatu dari sudut politik sempit dan membelakangkan perpaduan, persaudaraan dan tuntutan dalam ajaran Islam itu sendiri. Kelihatannya mereka lebih takut kehilangan sokongan dan undi daripada takut pada Allah.

Pendirian ini sangat disokong, dialu-alukan dan amat diperlukan oleh Parti Cauvinist-Racist China DAP untuk mempercepatkan kehancuran umat Islam di negara ini.

Ahli dan Pemimpin Parti Melayu Pas tidak menyedari bahawa kaedah yang digunakan oleh parti Komunis Malaya satu ketika dahulu untuk mengambilalih kuasa politik di negara ini, sedang berkembang subur dalam bentuk yang lebih dahsyat. 

Pendita berharap seluruh Rakyat Malaysia terutama umat Islam mempertimbangkan perkembangan politik pembangkang yang tidak sihat dan amat berbahaya kepada kehidupan kita semua. Kehancuran yang sedang mereka usahakan, akan memberi kesan yang sukar dijangkakan kepada anak cucu kita di kemudian hari. 


Sejarah tidak pernah menipu.


Bukan semua kaum China 
berpendirian seperti yang digambarkan 
di dalam clip video di atas. 
Sebahagian besar mereka 
adalah warganegara yang bertanggungjawab.


4 ulasan:

  1. AKU INGAT LAGI MASA MASHITAH JADI CALON BN DI PARLIMEN BALING 2OO4..MENANG BESAQ..HANGPA TAU TAK PASAI PA...MAKLONG2 KAMPUNG KATA DIA SEGAK DAN LEMAH LEMBUT SAMPAI MAKCIK2 PAS PUN PANGKAH DIA...MAI 2OO8 PI BUBUH AZIZ PENCACAI KJ PULA, TERUS BUNGKUS

    KALAU BOH DIA LAGI SEKALI AKU RASA MENANG PULA

    BalasPadam
  2. amboi ustazahhhh..dulu ustazah..skang nihh dato..smkin singkat tudung ehh...bgos!prubahan yg baik..

    BalasPadam
  3. dah jadi ustazah terlampau dah..cukur kening tayang tetek, berpakaian tetapi telanjang..

    BalasPadam
  4. Kepada Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang hormati sekian,
    Bahawa saya, peguam Yip Jiun Hann, Pemuda MCA Gombak seorang anak Yip Kum Fook ingin bertanya mengapa orang ramai begitu dengki bapa saya beristeri lebih dari tiga? Ini sebuah Negeri demokrasi, dia mahu sepuluh isteri pun hak dia sendiri, sekiranya dia bolih bertanggujawab.

    Demi Islam pun bolih berkahwin lebih daripada empat perempuan. Saya harap orang ramai berfaham dan jangan bodoh.

    Kalau semua mahu cabar demokrasi dan hak asasi, orang ramai bolih bertanya pada YB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak and Pengurusi MCA Malaysia Datuk Dr. Chua Soi Lek, kerana memperbuatan mereka sama dengan bapa saya.

    Yang benar

    Pemuda MCA Gombak
    Sdr. Yip Jiun Hann

    http://margeemar.blogspot.com/2012/06/malaysia-between-les-majeste-treason.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...