Setelah berjaya tolong DAP di Sarawak, Pas dah mula berjihad untuk menolong DAP di Sabah pula.
KENINGAU, 9 Mei: Yang DiPertua PAS Keningau, Hisammuddin Sulaiman mengingatkan seluruh ahli PAS Khususnya di Sabah agar memperbanyakkan program 'santuni rakyat pedalaman' menjelang pilihan raya umum akan datang.(Sumber: harakahdaily)
Pas sudah mula berbohong dan menaikkan kebencian rakyat di Sabah dengan menghasut bahawa kerajaan yang memerintah sedang menindas dan menzalimi mereka.
Tujuan utamanya adalah untuk mengganggu dan menghakis penerimaan rakyat terhadap pembangunan dan program pembelaan untuk rakyat yang begitu berjaya dan dilaksanakan secara berterusan di negeri di bawah bayu itu.
Pas memberi tumpuan kepada masyarakat di pedalaman kerana percaya mereka lebih mudah dipengaruhi dan dihasut. Bagi komuniti Islam Pas dijangka akan terus memperlatkan agama Islam manakala bagi komuniti bukan Islam pula Pas akan mengapi-apikan sentimen agama.
Parti Melayu Khawarij itu akan terus menjalankan agenda China DAP bagi menguasai masyarakat Pribumi Islam dan bukan Islam di Sabah. Isu yang mudah dimainkan adalah seperti isu tanah NCR yang kebetulan kini sudah mula dibangkitkan semula oleh Suhakam menjelang PRU ke-13.
DAP akan dibantu oleh Pas memainkan kata-kata popular mereka menuduh bahawa kerajaan "tidak adil", "menindas rakyat", "merampas hak rakyat", "mengutamakan kroni", "pengagihan ekonomi tidak mengutungkan rakyat" dan sebagainya bagi menaikkan rasa marah dan benci kepada kerajaan.
Sebagaimana di Sarawak, DAP berjaya mengawal undi kaum China, mereka juga akan beroleh keuntungan yang sama di Sabah. Dalam waktu yang sama Pas akan membantu kemaraan DAP dengan terus menghasut rakyat beragama Islam supaya terus berpecahbelah dan jangan menyokong Kerajaan Pilihan Rakyat yang ada.
Manakala DAP akan memainkan isu supaya berlaku pertembungan antara Islam dan Bumiputera Bukan Islam .
Kehadiran Pas di Sabah tidak lebih dari hanya untuk menolong DAP mencapai kejayaan sebagaimana yang dicapai di Sarawak.
Baca seterusnya: Mengapa Rakyat Benci Komunis
comments:
- assalamualaikumDiharap dapat menglinkkan DAN follow blog kami di blog anda.. dan jika kami belum menglinkkn blog anda diharap memberi maklum balas.. terima kasih- PEJUANG REVOLUSI 1957 ( BLOGGER BARU DARI PULAU PINANG )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan