Followers

Khamis, 26 Mei 2011

Pemikiran PAS Masih Terperangkap Dengan Keinginan Mendapatkan Undi China DAP


Parti Melayu Pas masih terperangkap dengan keinginan agar terus mendapat undi dari kaum China DAP. Pemimpin Parti Melayu PAS terus beretorik apabila dipelawa berbincang mengenai masa depan politik bangsa Melayu-Bumiputera dan umat Islam di negara ini.

Ternyata mereka amat takut dipandang serong oleh China DAP sekiranya PAS berani duduk semeja dengan UMNO yang juga sebuah Parti Bangsa Melayu-Bumiputera.

Parti Melayu PAS dengan sengaja menjadikan agama Islam sebagai halangan untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin Islam yang lain dan sanggup mentafsir bahawa "bangsa Melayu" tidak harus disebut dan diberi perhatian dalam perbincangan itu.


KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Umno bila-bila masa tetapi bukan atas dasar ketuanan Melayu tetapi mengajak parti itu melaksanakan keadilan Islam.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, beliau yakin PAS sejak dari awal bersedia berbincang dan berdiskusi dalam semangat dan tuntutan ‘agama itu nasihat’, semangat ‘at-Tawaasi- ingat mengingait’ dan ‘at-Tadaafu’-semak dan imbang’ seperti yang tuntut al-Quran. 

"Ajaran agama inilah yang menjadi dasar dan asas kami bertindak sekaligus merupakan tuntutan Allah SWT dalam Al-Quran," kata beliau.

Bagaimanapun, kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor, tentunya pertemuan ini perlu melepasi hanya isu dan topik kesatuan Melayu "kerana ada yang lebih penting, lebih besar dan lebih dhoruri dan menekan hari ini untuk dibincangkan."

Dr Dzulkefly menjawab pelawaan Umno melalui ketua penerangannya, Datuk Ahmad Maslan yang sekali lagi mengundang PAS untuk berbincang atas nama kesatuan Melayu.(Sumber: Harakahdaily)

Pendita berpendapat bahawa Umno amat serius tentang isu perpaduan umat Islam dan Melayu-Bumiputera ini kerana kedua-dua parti tersebut mewakili umat Islam di negara ini. 

Adalah amat tepat sekali UMNO mempelawa PAS kerana sebagai sebuah parti, nyawa politik PAS juga berada di tangan bangsa Melayu yang juga beragama Islam. Tentulah tidak salah jika parti yang mewakili bangsa Melayu bercakap dan berbincang mengenai hal ehwal yang berkaitan dengan perpaduan dan masa depan bangsa Melayu-Bumiputera dalam kontek mengekalkan kuasa politik dan pemerintahan.

Malangnya PAS hanya mampu melihat dari sudut negatif yang amat kecil dan terus menganggap pelawaan ini hanyalah sebagai satu strategi Umno untuk memenangi hati dan undi orang Melayu.

Nampaknya PAS gagal melihat secara rasional dan ikhlas bagaimana Islam hari ini telah berjaya dibangunkan dan berkembang sebagai agama dan cara hidup masyarakat dalam  kehidupan bernegara yang berkat dan sejahtera. Kaum lain juga berjaya hidup bahagia dan berjaya di negara ini dan tanggapan yang baik terhadap Islam berjaya ditanamkan selama lebih 50 tahun pemerintahan yang ditunjangi oleh UMNO dan BN.

Kejayaan Parti Melayu UMNO menterjemahkan Islam sebagai agama dan Rasul sebagai ‘Rahmatan lilL ‘Aalamin’ secara praktikal telah membawa negara dan rakyat menikmati kehidupan yang dituntut oleh ajaran Islam walaupun rakyat menganut agama yang berlainan dan mengamalkan budaya yang berbeza.

UMNO tidak pernah menzalimi kaum dan penganut agama lain malah mengamalkan perkongsian kuasa yang telah memungkinkan semua pihak memajukan diri dalam pelbagai bidang kehidupan termasuklah dalam soal beragama dan berbudaya. UMNO terbukti mengamalkan secara konsisten ajaran Islam yang bersifat Rahmah dan penuh Ihsan kepada semua peringkat rakyat di negara ini

Kesederhanaan Umno sebagai paksi pemerintahan BN hari ini terus-menerus memberi manfaat kepada parti pembangkan dan pihak-pihak yang berkepentingan menggunakan media perdana cetak-elektronik bagi mewujudkan iklim dan suasana yang tidak sihat dan merosakkan perpaduan dan keharmonian kaum. Sikap pembangkang ini merosakkan cara berfikir positif  di kalangan rakyat khususnya generasi muda. Sikap pembangkang ini juga  menonjolkan tindakan-tindakan jelek dan keji, mereka menggunakan kebebasan media  sehingga menampakkan akhlaq serta imej yang tidak baik sebuah parti yang berslogankan Islam di Negara ini.

PAS juga gagal melihat kejayaan UMNO-BN yang berjaya mengembangkan ekonomi makro dan mikro untuk faedah seluruh rakyat. Pembelaan UMNO-BN terhadap seluruh rakyat terutama yang berpendapatan rendah, kurang upaya, rakayat termiskin, anak-anak yatim, warga tua, telah  dijalankan berterusan melalui berbagai-bagai program.

PAS dan parti pembangkang yang lain hanya berminat bermainkan dengan emosi rakyat ketika harga barang naik 10 sen atau 20 sen, sedangkan apa yang diperolehi oleh rakyat jauh lebih besar dan bermakna dari kenaikan harga yang tidak dapat dielakkan itu.

Maka inilah masanya Bangsa Melayu bersatu atas dasar pegangan akidah, sebagaimana seruan  dan tuntututan Allah SWT  "Wa’tasimu bi HabliLah,  bersatu berpegang tali Allah yakni tuntutan ajaran Islam yang diterjemahkan dalam bentuk praktikal dalam semua bidang kehidupan.

PAS dan UMNO perlu duduk semeja untuk membincangkan masa depan politik bangsa Melayu-Bumiputera yang juga akan menentukan nasib agama Islam di negara ini. Banyak sudut yang boleh dibincangkan untuk menguat dan mengukuhkan lagi kuasa politik kita untuk kepentingan dan kesejahteraan semua kaum, sebagaimana yang telah dinikmati selama ini. 

Parti Melayu PAS tidak perlu takut kepada China DAP kerana mereka lebih takut jika PAS tidak meneruskan peranan memecahkan solidariti umat Islam di negara ini.



2 ulasan:

  1. pas bulan parti melayu,
    P,A,S parti islam samamalaysia.
    islam bukan semata2 untok orang melayu islam untok semua bangsa cuma umno saja yang menutup pintu islam supaya orang bukan melayu tidak memehami islam.
    umno bukan parti islam,
    U.M.N.O united malay nition organysition
    disabah ramai ahli umno dikalangan bukan islam.

    BalasPadam
  2. Org bukan Islam telah memahami Islam...sbb itu sejak merdeka lagi semua kaum dan agama hidup dlm aman sepakat tanpa masalah dlm negara ini.

    Kepimpinan UMNO berjaya mengamalkan keadilan Islam dlm konteks negara ini sehingga bukan Islam juga bertambah maju dan berjaya dlm semua lapangan hidup.

    Sejak PAS bersekongkol dgn DAP dan PKR dah jadi kelamkkabut. DAP memang parti racist yg perjuangkan kaum china. DAP gunakan Pas utk pecahkan umat Islam.

    Pas cuma nak dptkan undi dari china dan india.

    Pas adalah parti Melayu sbb semua ahlinya org Melayu.

    Pas hanya jadi alat kpd DAP dan Anuwar Iberahim saja sbb mereka tahu Pas tak boleh hidup sendirian.

    Orng Islam dah tolak Pas...mereka anggap Pas parti sesat yang peralatkan agama Islam untuk dptkan undi sahaja.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...