Followers

Ahad, 29 Mei 2011

PAS Kekal Bermain Politik Pemusnah Bangsa, Agama dan Negara


Parti Melayu PAS benar-benar ingin menjadi jaguh pemusnah agama, bangsa dan tanahair.
Dengan menggunapakai segala arahan-arahan dan idea daripada parti china DAP, PAS begitu tertekan untuk memecahkan umat Islam di negara ini.

Parti Racist China DAP sangat berharap supaya Parti Melayu PAS terus menerus berusaha untuk menggagalkan Skim Felda kerana Felda telah berjaya muncul sebagai sebuah entiti korporat besar yang tidak dikuasai oleh kaum China.

Strategi DAP untuk menggagalkan apa sahaja pencapaian yang dicipta oleh Melayu-Bumiputera akan disabotaj sebelum dikuasai oleh mereka. Parti Melayu Pas digunakan kerana Pas sanggup menggunakan pendekatan ala agama bagi mencapai maksud ini.

Misalnya, sebaik sahaja Parti Racist China DAP berjaya menguasai dan menawan kuasa memerintah di negeri Perak, mereka dengan pantas mengenepikan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi kerajaan dan menggantinya dengan model lain. Tujuannya untuk menghilangkan rasa bangga terhadap kejayaan dan pencapaian produk tempatan yang bukan berasal dari penguasaan mereka. Mereka sengaja mencari alasan untuk merasionalkan tindakan dan Parti Melayu Pas digunakan dengan berkesan.

Baru-baru ini di Perak juga, Nik Aziz sekali lagi mengucapkan kata-kata politiknya yang bertentangan dengan ajaran Islam:

"Saya ucap syukur kepada Allah S.W.T. dapat sampai ke sini walaupun dalam keadaan keletihan, letih pun sekadar  nak lawan Umno tu boleh sangatlah," katanya disambut gelak ketawa para hadirin yang ternanti-nanti ucapan daripada Menteri Besar Kelantan itu...".

Ajaran Islam yang manakah yang menghalalkan Nik Aziz memerangi UMNO. Seluruh umat Islam memahami bahawa jasa dan komitmen UMNO membela umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia tidak dapat dinafikan. UMNO berjaya membawa kemakmuran dan perpaduan antara kaum dan agama di samping mengamalkan dasar-dasar yang dituntut oleh Islam untuk kesejahteraan seluruh rakyat.

Nik Aziz terus menerus mengasak pemikiran ahli dan penyokongnya dengan menuduh UMNO menolak Islam sedangkan hakikatnya seluruh umat Islam menyedari bahawa syariat dan syiar Islam di negara ini terus berkembang dan terpelihara. UMNO telah melakukannya dengan cara yang terbaik manakala Pas hanya beretorik untuk mendapatkan undi semata-mata.

Hari ini Pas sekali lagi menunjukkan keazamannya memusnahkan pencapaian umat Islam dengan cara  menggagalkan Skim Felda semata-mata untuk memuaskan hati Parti Racist China DAP yang boleh membantunya mendapatkan undi bukan Melayu dan bukan Islam.

Pas terus berangan-angan ingin menjadi juara, walaupun seluruh rakyat tahu bahawa parti itu tidak ada apa-apa sumbangannya pada penubuhan dan pembangunan Felda yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Parti racist China DAP akan terus memantau tingkahlaku Pas dan akan terus menyokong serta mengapi-apikan supaya Pas terus berjuang menjadi Jaguh Pemusnah agama, bangsa dan tanahair kita.

Tidak mustahil jika Perlembagaan Persekutuan ini berjaya mereka musnahkan, tentulah DAP akan anugerahkan tanah-tanah tersebut kepada "rakyat" secara "adil, saksama, samarata" dengan pajakan 999 tahun bagi yang mampu membayar royalti yang tinggi.

Di Perak, Pas hanya menang 6 kerusi tetapi berjaya membantu Parti Racist China DAP memenangi 18 kerusi. Pas sangat  berpuashati dilantik menjadi Menteri besar yang darjatnya hanya sebagai haiwan politik peliharaan dan tunggangan DAP.

Nampaknya PAS Kekal Bermain Politik Pemusnah Bangsa, Agama dan Negara

DAP dah ada shadow cabinet untuk kuasai negara ini, tapi Pas tak nampak

Baca seterusnya:

Sumber: harakahdaily

TEMERLOH, 28 Mei: PAS komited untuk terus memperjuangkan nasib peneroka dan keluarga mereka selari dengan keperluan asasi mereka yang tidak boleh diperniagakan.
Justeru, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa apa yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah semata-mata janji politik pilihan raya tetatpi merupakan tuntutan agama yang wajib dipenuhi oleh pemerintah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.
"Namun kesemua ini hanya akan berlaku apabila rakyat memberi kuasa kepada kita bagi memerintah negara," ujarnya sempena Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang


Baca Seterusnya dari Blog Akar Umbi - azlantaib

Felda bukan lahir terus jadi kaya dan punya bisnes besar.

Felda ditubuhkan untuk elakkan pusaka tanah menjadi kecil bila dipusakai oleh generasi yang berikut. Contoh datuk ada 12 ekar, turun kepada anak seramai 4 orang maka mengecil jadi 3 ekar seorang. Andaikan tiap-tiap anak tadi ada pula anak 2 orang dapat 1.5 ekar seorang.

Jika dari generasi ke generasi diturunkan, akhirnya tiap-tiap waris hanya dapat 3 batang kelapa sawit atau getah seorang.

Ini sebenarnya sebenarnya idea asal Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ditubuhkan, iaitu mengelakkan pecahan pemilikan kepada unit-unit yang kecil dan tidak ekonomik.

Tapi PAS tidak berfikir dan mengkaji asas dan tujuan Felda ditubuhkan. Dek kerana hasutan 'jembalang tanah', PAS jadi 'Pak Angguk Sengal' terjebak dengan idea bebal Mazlan Aliman.

Pemimpin Perikatan dan kemudian BN bukannya nak lahirkan petani-petani kecil dari generasi ke generasi. Ada akal kurnian Allah tolong gunakan dan bukannya menunggu habuan insan 'anugerah tuhan' untuk ubah nasib masa depan.

Dari situlah, Felda mengambil pendirian untuk pelbagaikan aktiviti dalam perniagaannya.

Hal ini 'ANAK' manja Mazlan Aliman tak pernah terfikir. Yang dia tahu nak minta tanah. Kerajaan Perikatan (dulu) & BN (sekarang) asalnya mahukan orang-orang kampung yang hendak jadi petani kecil, tapi tak punya tanah untuk diwarisi berupaya menjana pendapatan yang lebih tinggi dan mampu hantar anak pergi sekolah. Tapi bila kena tang Mazlan Aliman, bapa hantar pergi sekolah, dia main-main dan akhirnya kantoi. Sudahnya jadilah satu orang yang kesana-sini umpama orang mereng nak jadi orang kaya segera.

Langkah pertama Mazliman dah berjaya, bila PAS dah bagi dia satu pejabat selesa di tingkat 3, Ibu Pejabat PAS (lihat gambar bawah). Langkah kedua yang dia belum dapat ialah jadi menteri jaga Felda kalau Anwar Ibrahim jadi PM. Sorry Mazlan, jangan mimpilah!

Mazlan dah dapat pejabat yang selesa, orang-orang yang dia hasut dapat apa? Jawapannya mudah, kau orang akan jadi hamba abdi.

p/s artikel ini adalah menjawab laporan Harakahdaily, klik [SINI].

comments: 


Tanpa Nama berkata...
Komunis telah lama meletakkan perjuangan bersenjata mereka akan tetapi ideologi dan daktrin komunis masih menebal didalam jiwa mereka dan sekarang dengan suara suara sumbang yang di suarakan oilh PAS dan PKR menunjukkan ideologi karl marx yang bermula dengan mempersoalkan hak asasi, makanan, dasar pembelajaran dan juga hak istimewa orang melayu sedang hangat di permainkan olih juru cakap mereka parti yang konon nya memperjuangkan Islam akan tetapi hanya bertopengkan sahaja demi undi dan kuasa yang tidak menguntungkan bangsa agama dan malahan tanahair yang tercinta ini. Wallahualam
Jauhi PAS kerana PAS sesat dan menyesatkan umat. Tolonng sebarkan tentang kesyaitanan PAS.
PAS hanya lah SYAITAN bertopengkan manusia memusnahkan agama dan bangsa demi menjayakan agenda DAP komunis,aman kah malaysia di tangan mereka????kita tengok nanti....


4 ulasan:

  1. bagaimanakah nanti nasib anak2 melayu nanti sekiranya Pakatan yang memerintah...kuota bumiputera di hapuskan...sekarang jelas sekali kita tengok siapa pelajar2 yang memperolehi gred yg cukup cemerlang.Kaum bumiputera dapat masuk IPT dan IPTS hanya cukup2 makan saja.DAP sekali jeling saje PAS dan PKR dah kecut telur...ccccubeeeee bayangkan le.JANGAN NANTI MINTA SEDEKAH DI BUMI SENDIRI..

    BalasPadam
  2. skrang ni pun anak2 aku yang dah masuk ipt dan yang dah keluar punya utang puluhan ribu... ni angkara pkr dan pas le...

    BalasPadam
  3. Utang kena lah bayar ustad..Islam kan ajar kita..klw berhutan kenalah bayar..
    Mana ada Islam ajar nak dptkan sesuatu dgn mintak sedekah..
    Kan Islam dah ajar kita..tangan yg memberi lebih mulia dari tangan yg menerima..
    Sekarang anak ustad tu kenalah bayar hutang yg dia dah nikmati hingga dpt ijazah...klw dia Islam la..

    Yg herannya bangsa lain yg bukan Islam tak pulak begitu..mereka amanah dan dan berikhtiar utk membayar semula hutang..

    Kan gitu ustad..

    BalasPadam
  4. Assallamualaikum, UMNO,PAS@PKR dan parti yang sewaktu dengannya sepatutnya peka keutamaan dan kepentingan KETUANAN TANAH MELAYU ( Malaysia ) jangan sekali kali digadai golokan dengan keserakahan mengaut keuntungan untuk kroni dan kepentingan diri serta mengungguli ekonomi orang asing.

    UMNO sebagai tunjang kuasa Melayu semestinya tekal dengan halatuju membantu kepentingan Melayu bukan mengikut telunjuk isu isu dipersekitarannya dalam melaksanaklan dasar dan strategi dalam membangunkan negara ini .

    Kepentingan majoriti Melayu perlu ditegakkan dengan apajua cara kerana ianya telah disepakati bersama dengan kaum kaum lain sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

    Kepemimpinan UMNO perlu tegas mengusulkan dasar yang memberikan ruang untuk orang Melayu mendapatkan keseimbangan ekonomi dalam apajua pembangunan dan perlaksanaan sesuatu dasar kerajaan. Jika kepemimpinan UMNO terus gagal memonopoli suara mengungguli kepentingan majoriti , lama kelamaan sokongan akan menghilang dan bertaburan , mereka akan mencari haluan masing masing tanpa memikirkan ukhuwah dan persaudaran Islam .

    ISU MERITROKRASI memang jelas menjejaskan kepentingan majoriti orang Melayu untuk mampu mendaki dan mengisi ruang bagi mengimbangi apajua bidang dan kemajuan pembangunan dalam negara ini .Hanya segelintir Melayu saja yang mampu bersaing , sedangkan majoriti Melayu akan terus dinafikan hak dan kepentingannya sebagai warganegara yang dilindungi bagi mendapatkan kembali ekonomi dan keilmuan yang telah hilang akibat sistem yang diterapkan penjajahan.

    Natijahnya , walaupun penjajah telah lama pulang tetapi majoriti Melayu masih memperhambakan diri mengelusi nasibnya sendiri bergerak kesana sini mencari rezeki dipekan sehari.

    Sudah sampai masa UMNO tak perlu fikir tentang PAS@PKR@DAP dll..kepemimpinan UMNO mesti tegas melaungkan kembali perjuangan dan kepentingan Melayu , bukan melaungkan keterlanjuran PAS@PKR dsbnya ..gerakan kekuatan dan jelaskan dasar dasar yang benar benar membantu perkembangan orang Melayu , bukan berlindung dibalik tabir kuasa dan menyembunyikan kegagalan perlaksanaan dan tujahannya. NISBAH KUOTA MAJORITI MESTI SEIMBANG DAN DIJELASKAN DENGAN KEBERANIAN SEJATI SEORANG MELAYU ISLAM DAN DITERAPKAN PERLAKSANAANNYA DALAM APAJUA DASAR DAN PEMBANGUNAN KERAJAAN ATAU SWASTA .

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...