Nik Aziz meminta supaya jangan aibkan Nuar Berahim. Alasannya kerana Nuar Berahim ada keluarga yang perlu dihormati perasaan mereka. Mengaibkan mana-mana pihak adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam dan berdosa.
KOTA BHARU, 13 Mei: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta mana-mana pihak yang merancang memburukkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menghentikan tindakan itu bagi menghormati perasaan keluarga Ketua Pembangkang itu.
Menurutnya, beliau memahami perasaan ahli keluarga Anwar termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang begitu tersiksa dengan apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap suaminya sejak sekian lama.
"Sudah lebih 10 tahun maruah Anwar dilanyak, dihentak, dilenyek begitu tanpa ada rasa belas kasihan, isteri mana yang tidak menderita dengan apa yang berlaku,”ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azizah dalam sebuah akhbar harian semalam bahawa beliau begitu terseksa dengan fitnah itu.
Menurutnya, beliau memahami perasaan ahli keluarga Anwar termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang begitu tersiksa dengan apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap suaminya sejak sekian lama.
"Sudah lebih 10 tahun maruah Anwar dilanyak, dihentak, dilenyek begitu tanpa ada rasa belas kasihan, isteri mana yang tidak menderita dengan apa yang berlaku,”ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azizah dalam sebuah akhbar harian semalam bahawa beliau begitu terseksa dengan fitnah itu.
Pandangan Pendita:
Baguslah jika ustaz Nik Aziz memahami bahawa seseorang yang ditimpa musibah keaiban, akan juga ditanggung oleh ahli keluarga.
Kerana itu eloklah Wan Azizah (Presiden Parti PKR) dan Nik Aziz memberi nasihat kepada Nuar Berahim supaya menghentikan hobbynya yang suka mengaibkan DS Najib-Rosmah dengan pembunuhan Altantuya. DS Najib-Rosmah juga mempunyai anak-anak dan keluarga yang perlu dihormati.
Keaiban yang menimpa Nuar Berahim adalah hasil dari usahanya sendiri sehingga dituduh melakukan perbuatan liwat terhadap Azizan Bakar dan Saiful Bukhari yang lengkap dengan bukti kukuh.
Terkini tersebar pula video perlakuan seks di antara seorang yang wajahnya 100% menyerupai Nuar Berahim dengan seorang pelacur China. Ditambah pula dengan bukti jam tangan omega yang dikatakan kepunyaan pelaku seks dalam video tersebut.
Ustaz Nik Aziz dan Wan Azizah juga patut menasihatkan Nuar Berahim supaya menyaman Umi Hafilda yang didapati sering dijemput oleh rakyat menyampaikan ceramah di seluruh negara mengenai perlakuan buruk Nuar Berahim. Ini juga boleh memalukan Wan Azizah, Nurul Izzah serta keluarganya yang lain. Maka eloklah diberhentikan perbuatan yang boleh mengaibkan Nuar Berahim dan keluarganya ini dengan cara menyaman Umi Hafilda.
Kalau Wan Azizah dan Ustaz Nik Aziz berasa bahawa perasaan keluarga Nuar Berahim perlu dihormati, maka Nuar Berahim juga eloklan berhenti dari melakukan sesuatu yang yang boleh menyebabkan dirinya ditimpa musibah keaiban. Misalnya:
- Melakukan perbuatan aib dengan berbohong mengenai YDP Agung sudah bersedia menerima perlantikannya sebagai Perdana Menteri 16 September dan mendapat sokongan pula dari Angkatan Tentera Malaysia serta lebih dari 40 orang Ahli Parlimen BN akan mengkhianati Kerajaan Pilihan rakyat.
- Melakukan perbuatan aib dengan mendakwa dirinya akan dibunuh sebaik sahaja Saiful Bhukhari membuat laporan polis kerana diliwat.
- Melakukan perbuatan aib dengan menuduh tidak berhenti-henti bahawa DS Najib, UMNO, BN, Polis, Mahkamah dan banyak pihak lagi berkonspirasi untuk mengaibkannya sedangkan tidak mampu mengemukakan apa-apa bukti.
Eloklah Wan Azizah dan ustaz Nik Aziz memberi nasihat supaya Nuar Berahim jangan melakukan perkara-perkara yang aib yang boleh mengaibkan dirinya, isteri serta keluarganya.
Alhamdulillah, semakin ramai rakan-rakan Nuar Berahim telah berjaya melepaskan diri dari terus terpalit sama dengan perbuatan aib Nuar Berahim. Cuma Wan Azizah dan ustaz Nik Aziz yang masih belum mendapat ilham dari Allah untuk melepaskan diri dari keaiban ini.
comments:
- SLM BRO..SEPATUTNYA WALLY SLIPAU SUH LA BALACI2 DIA TANGKAP DAN SULA JEK DI PELIWAT TU SBG BUKTI NAK LAKSANA HUDUD..DIORANG ADE BERANI? HUHUHU
segala yang berlaku semua nya atas gerak siapa???dulu masa anuar mainkan rahim thamby chik tak ke terfikir maruah keluarga dia??anuar mainkan mike tyson? mainkan tun ghafar baba? bila kena batang hidung sendiri dahhhh konspirasi?najib rosmah? mahakamah tak adil? semua orang tak betul!!!!cermin cermin la diri mu wahai anuar, tak kan allah menginiaya hamba nya...tak kan allah menzalimi hamba nya melainkan diri sendiri.ANUAR HARUS BERTAUBAT.
BalasPadamTG Nik Aziz jgn double standard... bagaimana dengan maruah dan perasaan mangsa-mangsa Anwar... klu anak TG kene dgn Anwar adakah TG masih nk kata Anwar bermaruah...pikir lah...kenapa banyak tuduhan kepada Anwar??? Mesti ada perkara yang dilakukan Anwar...
BalasPadamilham utk generasi baru
BalasPadamPolitik BN Politik Setan - Undi BN Undi HARAM. Adik2 wajib sebarkan kpd mak ayah dan kawan2. Sayang adik :-)
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<
Pandangan utk PAS :
BalasPadamWahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (A-li'Imraan 3:118)
Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. (Al-Anfaal 8:73)
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu). (Ar-Ruum 30:32)