Saiful Syazani Saiful Sopfidee
Parti Melayu Khawarij Pas bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Tragedi Memali pada 19 November 1985 di Kedah. Mereka membunuh polis dan orang awam yang terpengaruh dengan fahaman politik yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
Tragedi Memali adalah konspirasi politik pemimpin Pas untuk menumbangkan Kerajaan Pilihan Rakyat. Tetapi perbuatan ustaz Pas di Perlis adalah konspirasi merisakkan imej Islam di Malaysia.
Walaupun jelas bahawa Islam sama sekali tidak menyeru umatnya melakukan pengkhianatan, permusuhan, keganasan dan pembunuhan atas nama agama, tetapi ustaz Ibrahim Libya melakukannya atas nama Parti Pas, dan ustaz Pas di Perlis melakukannya atas nama institusi tarbiyah Parti Pas.
Seluruh pemimpin, ahli-ahli dan penyokong Pas sememangnya menyanjung, memuja dan menghormati Tragedi Memali sebagaimana puak-puak Syiah memuja Peristiwa Karbala. Perbuatan di luar ajaran Islam telah diangkat sedemikian mulia dan dipuja sehingga hari ini.
Pada hakikatnya, matlamat pendidikan adalah untuk membantu manusia memahami dan mengetahui sesuatu ilmu, menguasai dan berkemahiran melakukan sesuatu dengan betul dan dengan itu mampu memberi sumbangan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negaranya. Kesemua ini adalah untuk mencapai satu matlamat terakhir iaitu mendapatkan keredhoan dan kerahmatan Allah.
Bagaimanapun, benih-benih ganas dan tidak berperikemanusiaan masih tumbuh subur dalam minda dan jiwa pengikut yang ditarbiyah oleh kefahaman politik Pas.
Kini kita dihidangkan dengan bukti perlakuan devian dalam zaman manusia hidup bertamadun, beragama dan mengamalkan etika kemanusiaan sejagat, tetapi minda para ustaz dan pengikut Parti Melayu Khawarij Pas kelihatan masih terpenjara.
KANGAR: PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan kematian seorang pelajar tujuh tahun kelmarin yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.
Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin, berkata pihaknya juga memohon maaf kepada guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar kelmarin selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis lalu ketika menyiasat kes kecurian.”Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti,” katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.
Siasatan dan perbicaraan perlu dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.
Institusi pendidikan milik parti politik tidak harus digalakkan beroperasi di negara ini kerana sistem pendidikan kebangsaan sudah memadai. Pengajaran agama Islam sudahpun diserapkan dalam kurikulum sekolah di peringkat pra lagi.
Kerajaan bertanggungjawab melaksanakan dasar pendidikan untuk rakyat semua. Kerajaan juga bertanggungjawab mengembangkan pendidikan Islam sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perbuatan ustaz di Perlis itu bukan sahaja mencemarkan kemuliaan agama Islam tetapi juga mengukuhkan pandangan bukan Islam bahawa ustaz-ustaz yang selalu bercakap mengenai agama tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan apa yang mereka ceramahkan.
Perbuatan itu juga membantu mengukuhkan persepsi bukan islam bahawa Islam mengajar keganasan, tidak berperikemanusiaan, tidak bertoleransi dan jumud. Menguatkan kepercayaan mereka bahawa agama Islam tidak mampu menyesuaiakan diri di zaman globalisasi ini.
Sebenarnya, hal ini hanya berlaku di kalangan ahli-ahli dan penyokong Parti Melayu Pas sahaja. Kerana mereka terpedaya dengan fahaman politik khawarij yang menjadi pegangan kuat pemimpin parti itu.
Sejarah negara kita telah merakamkan bahawa 23 tahun dahulu, anggota polis dibunuh di Memali, dan hari ini kanak-kanak berumur 7 tahun pula dibunuh di Perlis. Kedua-dua peristiwa itu adalah hasil sumbangan Parti Melayu Khawarij Pas kepada rakyat Malaysia.
Tuan,
BalasPadamMengapa Teah beng Hock dipercayai membunuh diri tetapi DAP, PKR dan Pas mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan.
Tetapi bila Pas terbukti membunuh pelajar berumur 7 tahun, mereka tidak pula berbuar demikian.
Pada saya jelaslah Pas, DAP dan PKR adalah parti politik yang ganas dan rakyat hanya menjadi alat untuk mendapatkan undi sahaja.
6 April 2011 2:03 AM
Antibarua berkata...
Pembunuh mesti dibunuh.... itu saja hukuman yang ada.. budak 7 tahun kau beranila.. tak dak teloq macam cifut babi juga..
alfatihah untuk adik saiful
6 April 2011 2:08 AM
vulcan933 berkata...
dia tdk takut membunuh kerana bagi members PAS mereka dijamin masuk surga.jadi apa takut buat dosa.semasa GE undi PAS jadi pintu surga gerente terjamin.sila tanya nik ajis