Followers

Selasa, 25 Januari 2011

Normala: Ayam Sabung Betina Pas Dari Reban Kerajaan..


Normala seperti sudah ditakdirkan menjadi Ayam Betina Pas. Daripada wajah seorang Guru Kerajaan, Normala kini bertukar menjadi seorang Pejuang.

Normala memerlukan ketangkasan dan ilmu tempur untuk menewaskan lawannya. Pas sudah tentu membantu mengasah taji Normala setajam mungkin untuk menusuk lawan. Jika tidak Normala akan menggelupur di tengah gelanggang yang terlalu asing baginya. 

video


Cikgu Mala adalah anak didik kesayangan kerajaan. Dari dalam perut maknya lagi kerajaan dah jaga dengan baik. Klinik disediakan, bidan dilatih dan kesihatan ibu diperiksa setiap bulan.

Semasa dia dilahirkan, maknya terpaksa bertarung nyawa. Tetapi, alhamdulillah kerajaan telah menyediakan lebih awal kemudahan moden dan ubat-ubatan yang diperlukan secara percuma. Maknya selamat dan Normala berjaya dilahirkan dengan sifat-sifat fizikal yang sempurna.

Kerajaan tahu Normala dari keluarga miskin yang perlu dibantu seperti orang lain juga. Maka sekolah disediakan dengan guru terlatih serta kemudahan belajar yang lengkap. Normala pun bersekolah seperti rakan-rakan yang lain. Atas janji menunaikan amanah rakyat, Kerajaan menyediakan Normala dengan buku teks percuma dan program susu percuma untuk membantunya tumbesaran fizikal dan mentalnya.

Begitulah sayangnya Kerajaan pada Normala dengan keluarganya. Apabila sampai masa memberikan khidmat kepada masyarakat, Kerajaan sediakan pula kerjaya yang baik dalam Kementerian Pelajaran. Normala pun didaftarkan sebagai guru terlatih dan diberi latihan tambahan dari semasa ke semasa untuk memantapkan profesyennya sebagai guru.

Normala adalah anak didik Kerajaan sehinggalah Normala bertukar menjadi Ayam Betina PAS.

Kini sebagai Ayam Sabung Betina Pas, Normala terpaksa masuk gelanggang. Normala terpaksa menggunakan taji beracun yang tajam untuk menusuk ke tubuh Kerajaan yang selama ini tidak sikuman pun bersalah padanya.

Normala masuk ke gelanggang kerana terpengaruh dengan hasutan dan dakyah Parti Melayu Pas yang kerjanya hanya untuk menghancurkan perpaduan orang Melayu, umat Islam dan keharmonian negara.

Normala adalah ayam kerajaan yang terlepas ke tangan Pas. 

2 ulasan:

  1. Matt berkata...
    cik gu normala memang bertuah kerna kebajikan dibela oleh kerajaan. namun apakan daya apabila dewasa setelah berdikari beliau dipengaruhi persekitaran dan kawan2.maarof umpamanya adalah aktivis pas semasa belajar diuniversiti dan kononnya pejuang islam semasa diampang jaya tahun 80an.sayang normala terpengaruh dengan perjuangan maarof.maarof bertanggungjawab pengaruh normala. TERIMAKASIH..
    2011 Januari 25 18:22

    Penditakainsingkat berkata...
    Terima aksih Tuan Matt.
    Kita ambil iktibar di atas kesilapan anak bangsa kita.

    Perjuangan yg paling sukar ialah mempertahankan bangsa, agama dan negara oleh anak2 kita sendiri. Kekuatan kita bergantung pada mereka kerana merakalah tanah, darah dan nadi kita.

    Teruskan perjuangan sdra.
    2011 Januari 25 18:36

    mrakunman berkata...
    salam. Blog sdr sudah dilinkkan di AYT. linkkan juga AYT diblog sdr. TKS Salam perjuangan.
    2011 Januari 25 18:56

    Tanpa Nama berkata...
    dan apakah hukumnya mentedarah hasil kerajaan yang bagi beliau kekenyangan dgn hasil yg halal bertukar jadi haram maka 7 keturunan mala menjadi malang.....jika dia tak bertaubat secepat mungkin sebelum nasi menjadi bubur...insyaalah

    BalasPadam
  2. Tahniah Bro...teruskan perjuangan...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...