Followers

Rabu, 27 April 2011

Nuar Berahim akan buktikan fitnah dan konspirasi terhadapnya


Perkembangan terbaru Kes Liwat Berulang dan Penemuan Hasil Forensik Video yang melibatkan Nuar Berahim telah menjadi sangat penting. 

Nampaknya segala bukti-bukti yang telah berjaya ditimbulkan, akan memudahkan Nuar Berahim berusaha untuk membuktikan dakwaan wujud siri fitnah, rekayasa politik dan konspirasi jahat untuk menjatuhkannya.

Samada dia bersalah, tidak bersalah, mengaku salah, tidak mengaku salah, sudah tidak penting kepada rakyat. Kerana selama ini rakyat telah memberi dia peluang yang sangat luas untuk berpusing ke sana ke mari membina persepsi bahawa dia tidak bersalah.

Sudah tiba masanya dia akan membuktikan semua dakwaan terhadap dirinya itu adalah tidak benar, sengaja diada-adakan, hasil rekayasa yang keji dan berniat jahat. 

Antara penjelasan Nuar berahim termasuklah:

1. Dia tidak meliwat Pembantu Khasnya Mohd Saiful. Kes itu hanyalah konspirasi pihak tertentu bagi memenuhi kehendak Perdana Menteri Malaysia dan isterinya sahaja. Tidak perlu diberikan bukti kerana memang sah merupakan konspirasi yang berniat jahat terhadapnya.

2. Kes Liwat Berulang yang sedang dibicarakan sekarang sebenarnya tidak ada asas sama sekali. Hanya direkayasa untuk memuaskan nafsu jahat Perdana Menteri dan Isterinya serta parti UMNO, Utusan Malaysia dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. Juga tidak perlu diberikan buktik kerana memang sah merupakan satu konspirasi yang berniat jahat.

3. Terbukti bahawa Peguam Negara serta seluruh kakitangan pejabatnya, seluruh pegawai dan anggota PDRM dan Sistem Mahkamah di Malaysia adalah alat kepada Perdana Menteri dan Isterinya yang jahat serta pihak-pihak lain yang berkepentingan. Tidak perlu diberikan bukti kerana memang sah merupakan satu konspirasi yang berniat jahat.

4. Bukti tentang konspirasi Peguam Negara, Mahkamah dan PDRM tidak perlu didedahkan kerana telah sah mereka berkonspirasi dan orang ramai perlu dipercayai sepenuhnya tanpa ragu-ragu. 

5. Semua pertuduhan, pendedahan, pembongkaran yang membabitkan Nuar Berahim adalah fitnah jahat Perdana menteri, isterinya, UMNO, BN, Peguam Negara, Mahkamah, PDRM, Hospital, Peguam Pendakwa dan semua pihak yang berkepentingan menjatuhkannya. Ini juga tidak perlu dibuktikan kerana memang sah satu konspirasi yang berniat jahat

6. Semua agensi berita, portal berita maya, bloggers, journalis, pemberita, stesyen radio dan tv adalah kroni dalam konspirasi bagi menjatuhkan maruah dan kesucian dirinya. Hal ini tidak perlu ditunjukkan bukti kerana memang sah satu bentuk konspirasi dan berniat jahat. 

7. Semua bukti seperti sample DNA, rakaman litar tertutup, sengaja diada-adakan untuk merosakkan reputasi, kredibiliti, maruah dan kesuciannya supaya Perdana Menteri dapat berkuasa. Perkara ini tidak perlu diberikan bukti bukti kerana memang sah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin menyekatnya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

8. Pihak yang bertanggunhjawab itu juga tidak perlu dibuktikan dan didedahkan kerana memang sah mereka berkonspirasi dan berniat jahat.

Demikianlah, Nuar Berahim akan buktikan fitnah dan konspirasi terhadapnya selepas perkembangan mutakhir baru-baru ini.


2 ulasan:

  1. Wakakaka! kira macam satu negara berkonpirasi la pulak..macam takder kerja lain ker...nuar oh nuar oii

    BalasPadam
  2. orang lain semua konspirasi, dier sorang jer kongsi rasa.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...