Keluarga Trio
Akhirnya lengkaplah satu hikayat mengenai sebuah keluarga trio yang luar biasa.
Ketiga-tiga mereka ini adalah tuan punya Parti Keadilan Rakyat (PKR). Walaupun banyak kawan-kawan yang memanggilnya sebagai Parti Kelentong Rakyat, ramai juga yang menggelarnya Parti Kencing Rakyat ataupun Pakar Kemut Rupanya.
Nuar Berahim (suami dan ayah) adalah Penasihat Parti itu. Dr Wan Azizah (isteri dan ibu) pula sebagai Presiden Parti dan Nurul Izzah (anak sulung) sebagai Naib Presiden parti.
Mereka berjaya bergabung tenaga dan otak geliga dan berjaya pula mengajak orang ramai mempercayai bahawa parti merekalah yang terbaik. Parti merekalah yang mampu membela rakyat, mengubah nasib rakyat, memberi kesenangan kepada rakyat, membangunkan ekonomi rakyat, menghidupkan demokrasi dan keadilan untuk rakyat serta membebaskan rakyat dari kezaliman di negara ini.
Bagaimanapun akhir-akhir ini rakyat sudah tidak percaya lagi kepada parti anak beranak ini. Semuanya disebabkan ketiga-tiga pakatan trio sekeluarga ini didapati tidak boleh dipercayai.
Mereka suka berpakat senada sekata dalam semua hal termasuk hal-hal yang berkaitan dengan maksiat. Mereka akan mengenepikan ajaran agama apabila terpaksa untuk menjaga kepentingan trio.
Cubalah menonton pautan clip video berikut:
Klip itu dengan jelas menunjukkan betapa akrabnya persepakatan trio anak beranak ini membohongan orang-ramai, wartawan dan termasuk ahli dan pemimpin PKR sendiri.
Wartawan: Datin Seri, anda tahu secara sah dimana suami anda berada pada ketika itu (petang, 26 Jun 08)?
Datin Seri: Dia ada mesyuarat.. (tidak pasti dan gugup).....errrrr...
Izzah (dengan pantas mencelah): Dia bersama kami...Sila tanya soalan lain."
Tetapi dalam perbicaraan kes Liwat Berulang pada 28 Feb 2011, ternyata Anwar tidak bersama Nurul Izzah mahupun Wan Azizah.
Anwar di Kondo Desa Damansara. Ada rakaman CCTV menunjukkan beliau masuk ke Kondo dan keluar dari Kondo. Ini semua telah ditunjukkan di mahkamah.
Maksudnya Nurul Izzah sudah menipu.
Habis semua wartawan, depan MB Selangor Khalid, depan ahli-ahli dan pemimpin PKR kena kelentong!
Kini rakyat sudah semakin faham siapa sebenarnya keluarga trio anak-beranak ini:
Nuar Berahim Temberang, Wan Azizah Pembohong, Nurul Izzah Penipu.
Nuar Berahim Ahli Perlimen Permatang Pauh, Wan Azizah Presiden PKR, Nurul Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Nuar Berahim temberang pengundi Permatang Pauh.
Wan Azizah Pembohong kepada Ahli-ahli dan Pemimpin PKR.
Nurul Izzah Penipu kepada pengundi Lembah Pantai
Malang sungguh orang Lembah Pantai dapat Ahli Parlimen yang nampak manis tetapi penipu macam bapa dan ibunya juga! Ibunya pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh yang kini diberikan pula kepada ayahnya.
Bukan semua pengundi Permatang Pauh dan Lembah Pantai sanggup dan redho dengan apa yang ada sekarang...bukan semua.
Bila bapak kencing berdiri, jangan hairan kalau anak kencing berlari....
BalasPadamKalau boleh mohon linkkan blog saya di blog tuan. Saya telah linkkan tuan di blog saya.
http://apakecoh2.blogspot.com/