Tetiba ada pula video seperti (semacam, lebihkurang, seakan-akan) yang dibuat aduan pilos itu, tersebar melalui internet.
Pening jugak memikirnya!
Pucuk palas lentuk ke hutan,
Tumbuh terbiar di perdu rumbia;
Berbadan emas, bersalut intan,
Hati yang resah apa ubatnya.
Tumbuh terbiar di perdu rumbia;
Berbadan emas, bersalut intan,
Hati yang resah apa ubatnya.
Nampaknya kena buat sidang media sekali lagi. Sekurang-kurang untuk mengimbangi sidang media PDRM tentang hasil siasatan ke atas video tersebut.
Atau sekurang-kurang membantu mengekalkan persepsi rakyat bahawa Nuar Berahim adalah mangsa konspirasi yang berniat jahat.
Kapal selam tak susah dicari,
Komik kartun dah jadi petualang;
Makin ramai yang cabut lari,
Lembah Pantai dah macam nak hilang.
Komik kartun dah jadi petualang;
Makin ramai yang cabut lari,
Lembah Pantai dah macam nak hilang.
Ataupun, kena cari di mana ada kapal selam yang tidak mahu timbul untuk dihebahkan di luar negara. Supaya persepsi rakyat dapat dipertahankan bahawa kerajaan sangat lemah, zalim pada rakyat, tidak adil, menindas dan korupsi sehingga negara perlu diselamatkan.
Paling tidak, boleh minta pada ustaz politik Nik Aziz dari Parti Melayu Khawarij Pas, tolong adakan solat politik di Mekah pula, dan bacakan doa yang lebih power didengar oleh para pengundi.
Hish...tak percaya lah....yang pakai seluar tu bukan si Nuar. Lain sangat.....
BalasPadamTapi yang pakai towel sambil gosok-gosok totey tu confirm nuar....
cer cite...cer cite...