Followers

Ahad, 24 April 2011

Nuar Berahim Semakin Musnah, Semakin Reput dan Terpaksa Dipugar.


Dengan berbekalkan kelemahan, keterlanjuran dan kegagalan mengawal nafsu serakahnya, Nuar Berahim kini sedang mengalami fenomena kemusnahan diri sendiri.
Sehingga itu, para penyokong tegar dan juak-juak pencacai terpaksa mengambil tindakan memugar kerosakan agar survival Nuar Berahim terpelihara, juka masih boleh dipertahankan.
Di pihak rakyat pula, demi survival kesejahteraan rakyat, maka politik Nuar Berahim mesti dihapuskan. Watak jahat dan perosak ini mesti dihapuskan dari pentas politik Malaysia. Kerana  inilah tokoh perosak yang mengotorkan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang dan dikagumi oleh pengamal sistem demokrasi seluruh dunia. 
Sama ada orang tahu atau tidak, Anwar terpaksa mengupah balacinya di luar negara supaya namanya disenarai dalam TIME MAGAZINE 2008 supaya nampak sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain. Tetapi hari ini beliau gagal kerana satu demi satu kawan-kawannya telahpun berpaling tadah.
Dalam masa yang sama, kini rakyat telah membuat kesimpulan bahawa Nuar Berahim hanyalah seorang pengkhianat yang hanya mampu bertindak sebagai penggugat kestabilan, pengancam perpaduan, perakus kuasa dan pendendam yang tegar. Rakyat telah mengambil keputusan bahawa dia perlu disingkirkan atas nama keadilan untuk rakyat dalam negara bangsa untuk menjamin hak asasi yang tulen.
Seluruh lapisan Rakyat telah maklum bahawa sebenarnya Nuar Berahim bukanlah pejuang keadilan. Dia adalah manusia dua wajah yang hidup dalam kepuraan dan kepalsuan. Nuar Berahim kini dikenali sebagai pemimpin desperado yang akan terus memberontak untuk memenuhi kepuasan hatinya sendiri. Tema keadilan hanya tema palsu yang dimainkan untuk menarik perhatian tetapi kini telah menjadi hambar dan tidak dipedulikan lagi.
Jenayah dan dosa politik paling besar yang dilakukan oleh Nuar Berahim adalah merelakan dirinya dan mengheret parti Pas menjadi anjing politik kepada parti China DAP. Tujuannya hanya untuk menghancurkan UMNO tetapi dia lupa akan menghancurkan kuasa Melayu-Bumiputera. 
Untuk mencapai tujuan perpecahan ini Nuar Berahim memperalatkan semua kaum dan agama. Dia meningkatkan rasa benci dan ketidakpercayaan antara kaum juga memainkan sensitiviti antara agama. Dalam masa yang sama mempamerkan dirinya sebagai penganut tegar pluralisme agama yang bertentangan dengan pprinsip agama Islam.
Walaupun Nuar Berahim berjaya melunturkan sedikit kepercayaan orang-orang Tionghua terhadap MCA dan Gerakan supaya beralih kepada DAP tetapi diri beliau sendiri gagal dan dihukum oleh  aorang Melayu, Malanau, Iban dan Kardazan. 
Selain daripada merekayasa fitnah bersiri terhadap pemimpin UMNO, Nuar secara berterusan  menukarkan pentas politik matang kepada pentas yang penuh dengan cacian, tohmahan dan membakar isu-isu perkauman. Dia cuba menindas kestabilan hidup rakyat dengan melaungkan slogan dan kata-kata perangsang palsu, semata-mata untuk memenuhi hajat dirinya. 

Fitnah bersiri yang dilancarkan oleh Nuar Berahim terhadap DS najib akhirnya memakan dirinya sendiri. Walaupun Pas bersungguh-sungguh membantu penyebaran fitnah ini, tetapi  parti itu juga menerima hukuman dari rakyat. Anwar terjerat dengan tindakannya apabila akhirnya yang mendapat untung dari percaturannya adalah DAP.
Lebih 50 tahun PAS dan DAP berlaga dan berkelahi seperti anjing dengan kucing. Anwar telah menukar perangai anjing dan kucing ini hingga akhirnya DAP berjaya memainkan peranan menjadi penternak dan gembala kepada parti Pas dan PKR. 
Ternyata isu video lucah yang dikatakan melibatkan Nuar Berahim, telah berjaya membongkar siapakah Nuar Berahim yang sebenar. Sekurang-kurangnya pengundi Sarawak berjaya menyelamatkan Serawak dalam PRN baru-baru ini dari tertipu dengan gerombolan Nuar Berahim yang cuba membentuk kuasa di negeri itu. 
Tayangan video ini telah berhenti. Kerajaan Sarawak telah sempurna ditubuhkan. Rakyat telah membuat keputusan. Dan Nuar Beahim menjadi semakin musnah.

Ternyata Nuar Berahim telah gagal walaupun bersungguh-sungguh menyalahguna media milik mereka malah memperlekehkan dan menghina lembaga-lembaga awam seperti Polis, Pejabat Peguam Negara, Lembaga Kehakiman Suruhan-jaya demi kuasa. Tanpa mempeduli tunjang sebuah negara demokrasi semata-mata untuk menghapuskan Perlembagaan Persekutuan dan mengajak rakyat memenuhi tuntutan nafsu serakahnya bersama parti China DAP. 
Sudah 13 tahun Nuar Berahim bergelumang dengan tindakan-tindakan dalam usaha menghina dirinya sendiri. Kini dia terhina dan mula  dibenci sebagai hasil konspirasi yang direkayasanya sendiri. Kes video lucah hanya salahsatu perancangannya sendiri yang telah mendedahkan kejahatan peribadinya selama ini. 

Bangsa Melayu dan Bumiputera akan kekal dengan semangat keris dan sumpah keramat jati dari darah pribumi yang mengalir di tubuh turun temurun. Anwar akan reput akan mati dengan penderhakaan dan pengkhianatannya kterhadap bangsa, agama dan tanahairnya sendiri.

Dicatatkan di Pantai Merdeka Beach Resort Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...