Followers

Jumaat, 22 April 2011

Nuar Berahim: Wistle Blower Yang Kena Blow


Sejak pembogkaran dan pendedahan jitu pada 21 Mac, kumpulan Datuk T dikagumi kerana tindakan mereka sebagai pencetus atau ‘whistle blowers’ yang menggugat Nuar Berahim dan sekaligus pihak Gerombolan Pakatan Pembangkang.
Keberanian, kesungguhan dan keikhlasan mereka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay dan Shuib Lazim menunjukkan bukti melalui rakaman video kepada media dan individu terpilih, telah membuka mata masyarakat terhadap kemungkinan besar  Nuar Berahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.
Berita terbaru dari pihak polis membayangkan bahawa tiga individu berkenaan mungkin dihadapkan ke mahkamah jika perbuatan menunjukkan bukti melalui video itu dianggap sebagai menayangkan video lucah. 

Bagaimanapun dalam masa yang sama siasatan yang teliti juga telah dijalankan untuk mempastikan siapakah pelakon lekaki dalam video tersebut. Tindakan ini diambil kerana Nuar Berahim telahpun membuat aduan polis menafikan dirinya terlibat. maka polis perlu menjalankan siasatan sebagaimana yang pernah berlaku dahulu di mana Nuar Berahim membuat aduan apabila tersebar buku 50 Dalil.
Persoalan yang timbul sekarang adalah bertumpu kepada siapakah lekaki yang terlibat dalam video tersebut, yang menyebabkan kumpulan Datuk T mengambil inisiatif untuk mendedahkannya.

Sama ada Kumpulan Datuk T perlu dihukum atau tidak kerana menunjukkan bukti video tersebut secara terpilih dan tertutup, tidaklah mendapat perhatian ramai. Yang menjadi fokus adalah mengapa Nuar Berahim dengan begitu cepat dan tergopoh-gapah menafikan dirinya terlibat. Orang ramai ingin tahu mengapa penafian dibuat secara tergesa-gesa walaupun pengadu belum lagi menonton video yang dimaksudkan. Adakah Nuar Berahim ingin mempertahan dirinya atau menghalang Kumpulan datuk T dari terus mengeluarkan bukti yang jelas, nyata dan sangat meyakinkan rakyat tentang keburukan dirinya.

Rakyat tidak berminat mengetahui siapa Kumpulan Datuk T, tetapi rakyat inginkan jawapan adakah lelaki itu Nuar Berahim ataupun bukan. Rakyat juga ingin tahu milik siapakah jam Omega yang diserahkan oleh Datuk Eskay yang didakwanya sebagai jam tangan milik Nuar Berahim.

Kumpulan Datuk T, merupakan pihak yang memiliki bukti dan sudahpun menyerahkan kepada pihak polis. Maka sudah sampailah masanya pihak Nuar Berahim membuktikan kepada polis dan orang awam bahawa dia tidak berada di tempat kejadian rakaman itu dilakukan dan  menafikan jam tangan yang kini berada di tangan pihak polis bukan kepunyaannya.

Tindakan Kumpulan Datuk T sangat bersesuaian dalam usaha menuntut keadilan kerana itulah cara dan kaedah Nuar Berahim bermain politik dengan memperalatkan retorik keadilan dan reformasi.  Menggunakan medium awam untuk mendapatkan sokongan, walaupun kes liwatnya masih dalam perbicaraan di mahkamah. Nuar Berahim mempolitikkan apa sahaja untuk membela dirinya dengan membentuk mahkamah rakyat sesuka hatinya.

Pembongkaran Kumpulan Datuk T telah berjaya menggugat Nuar Berahim dan Gerombolan Pakatan Pembangkang, yang selama ini hidup dengan berbohong, meletakkan ajaran dan panduan agama Islam ke tepi, serta bermain dengan politik ugutan dan kemusnahan terhadap pihak yang dimusuhinya.

Semakin banyak kecacatan-kecacatan Nuar Berahim dan Gerombolan Pakatan Pembangkang dapat dipamerkan kepada rakyat bersabit dengan pembongkaran dan pendedahan video tersebut. Sekurang-kurangnya mereka cuba membohongi rakyat dengan ulasan dan penafian yang tidak masuk akal dan semakin menebalkan lagi kesangsian orang ramai terhadap Nuar Berahim dan Gerombolannya.

Tidak timbul apakah motif pendedahan ini. Dengan jelas Kumpulan Datuk T telah mengumumkan bahawa tujuan mereka mendedahkan video tersebut adalah untuk menghalang Nuar Berahim daripada terus berpolitik. Mereka dengan terang menyatakan hasrat untuk menamatkan hayat politik Nuar Berahim yang tidak diperlukan oleh bangsa, agama dan negara. 

Niat dan tindakan Kumpulan Datuk T adalah satu agenda besar yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakayat. Sebenarnya agenda besar untuk menamatkan hayat politik Nuar Berahim bukanlah hasrat Kumpulan Datuk T sahaja, malah itulah hasrat seluruh rakyat yang cintakan negara ini.

Samada Nuar Berahim mahu terus menuduh UMNO atau DS Najib sebagai dalang, terpulanglah kepadanya kerana rakyat sudah tidak berminat untuk memberi perhatian.

Apa yang rakyat mahukan sekarang adalah mengekalkan Kerajan Pilihan Rakyat yang membela nasib mereka selama ini. Rakyat tidak memerlukan seorang yang sangat rendah moralnya untuk berada di pentas politik negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...