Followers

Isnin, 14 Februari 2011

Borang Keahlian Pas Tidak Dicetak Lagi

Tan Sri Dr. Nordin Kardi

Nampaknya apabila semakin ramai pemimpin Parti Melayu Pas bercakap, maka semakin jauh parti itu dari orang-orang Melayu. Sebabnya kerana semakin terserlah hakikat bahawa parti itu hanya berfantasi dengan  retorik yang tidak ada penghujungnya.

Bukti terbaru telah disahkan oleh Datuk Mustafa Ali, semasa diberi peluang bercakap di dalam sesi forum Simposium Dilema Melayu di PWTC baru-baru ini.

Sumber petikan: Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Feb:PAS mendesak Biro Tata Negara (BTN) agar mengolah semula kurikulum yang selalu mengasak para peserta kursusnya agar bimbang dan takut bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa politik di negara ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika menyertai forum 'Masa Depan Kepimpinan Melayu' di Putra Word Trade Centre (PWTC) lewat petang semalam berkeyakinan penuh kuasa Melayu akan kekal sekurang-kurangnya 50 tahun lagi.

Mustafa mengambil peluang menyerang kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh UMNO membela umat Islam di negara ini. Beliau mengupas dari perspektif negatif yang bersandarkan tafsiran poltik sempit Parti Melayu Pas yang semakin dipinggirkan oleh umat Islam.


Sebagai agen setia yang membawa hasrat parti cauvinist-racist China DAP, Mustafa yang mewakili Parti Melayu Pas, tanpa segan silu menyerang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu. Perjuangan Pas sekarang menjurus kepada grand design yang disediakan oleh China DAP.

Beliau dilihat menggunakan peluang yang diberikan itu untuk mempromosikan poltik parti melalui retorik  dan fantasi yang tidak realistik. Mustafa bercakap dengan nada dan mood tradisi pembangkang,  iaitu menghujah isu positif dengan mentafsir dan memberikan definisi negatif.

Beliau lupa bahawa di hadapannya adalah pemimpin-pemimpin pelajar yang berjiwa besar, berpandangan jauh, berfikiran kritis dan lebih realistik dari budaya minda kongkongan tarbiah Pas.

Di akhir forum, Tan Sri Dr. Nordin menyimpulkan,

Pengerusi forum ini, Dr Nordin Kardi ketika memberikan kata-kata ketika menutup forum ini berkata, selepas mendengar hujjah-hujjah Mustafa, beliau bersedia untuk mengambil borang menjadi ahli PAS namun kerana ia datang dari orang politik, ia telah membantutkan hasrat itu.

Kata-kata Tan Sri Nordin membawa maksud bahawa  ucapan pemimpin politik seperti Mustafa Ali memang menarik, indah, hebat, mengiurkan dan penuh dengan janji-janji yang luar biasa, tetapi semuanya adalah retorik dan fantasi yang tidak pernah menjadi realiti.

3 ulasan:

  1. ALahaI sI LunCAi berkata...
    ELOKLAH. MAMAT MUSTAFA NI PULAK BERCAKAP DENGAN ANAK ANAK MUDA. BILA MEREKA KELUAR, MEREKA HAIRAN MENGAPA MUSTAFA BERCAKAP DI LUAR TAJUK.

    LEBIH MALANG SETIAP KALI NAMA MAHATHIR DISEBUT
    ( DNG MAKSUD MEMPERLEKEH) ANAK MUDA SEBALIKNYA MEMBERIKAN TEPUKAN.

    JIKA KITA NAK KATA MUSTAFA ALI WAKIL PAS, MAKA NAMPAK SANGATLAH PAS DAH NAK RUNTUH.
    2011 Februari 14 15:18

    BalasPadam
  2. Salam Tuan,

    pd pandangan saya semua pemimpin Pas memiliki mentaliti yang sangat rendah dan tidak layak mentadbir negara.

    Mereka mentadbir sekolah agama dan pondok pun tidak bberjaya, banyak kejadian kebakaran dan keganasan disiplin telah dilaporkan.

    Saya sangat setuju Pas adalah sebuah parti Melayu dan bergantung pd org Melayu. Tanpa org Melayu Pas akan berkubur.

    tetapi yg peliknya Pas mengaku tidak berjuang untk bangsa melayu kerana dikatakan assobiah.

    Rupa2nya Pas tidak faham bhwa Melayu itu adalah BANGSA dan Islam itu AGAMA.

    Mcm mana aghama nak ditegakkan klw takde BANGSA.
    Karutlah kefahaman Pas ni.

    saya dan rakan2 perempuan anak2 muda yg lain tidak akan terpengaruh dan terjerumus ke lembah kejahilan Pas ini. Insyaallah.

    BalasPadam
  3. Rupa2nya Pas tidak faham bhwa Melayu itu adalah BANGSA dan Islam itu AGAMA. Petikan dari Dahlia dan bukan itu sahaja, hakikat nya pengikut dan ahli PAS pun tidak dapat membezakan bahawa PAS adalah parti politik tidak lebih dari itu dan Islam adalah agama yang dianuti.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...