Followers

Sabtu, 8 Januari 2011

Pelik: Pas Nak Berperang Tapi Pihak Lawan Tak Boleh Menyerang

 ...nak lawan tak boleh nii...baik aku guna polis...

Parti Melayu Islam Pas ada hati nak terlibat berperang di Tenang. Tetapi tidak sanggup ditentang dan diserang oleh musuhnya.

Akibatnya Pas mencari jalan supaya pihak lawan dihalang dari menyatakan kebenaran kepada pengundi secara bebas dan demokratik.

Pengarah Pelajaran Johor dijadikan mangsa dengan harapan jentera kerajaan itu tidak berfungsi menyampaikan kebenaran dan dasar-dasar kerajaan Pilihan Rakyat.

Apa yang berlaku di Labis adalah contoh bahawa Pas sangat takut rakyat tahu dan memahami kejayaan-kejayaan yang telah dicapai selama ini yang diusahakan oleh kerajaan Pilihan Rakyat. Pas tidak mahu kebenaran dan realiti dijelaskan. Pas lebih gemar jika orang ramai hanya membaca Harakah dan mempercayai segala pendustaan yang dibekalkan di dalamnya.

Markom Giran, Pengarah Pelajaran Johor itu hanya menjalankan tugas biasanya memberi ingatan, nasihat dan pandangan kepada warga pendidikan. Markom bukan ahli politik. Markom hanya pegawai kerajaan yang mengetuai Jabatan Pendidikan Johor. Tugasnya memelihara dan melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa untuk kepentingan rakyat.

Dalam ucapan Markom dan juga ketua-ketua jabatan yang lain adalah untuk mempastikan warga jabatan masing-masing menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan penuh tanggungjawab. Mereka berkhidmat untuk rakyat dengan peruntukan wang rakyat. Mereka telah melaksanakan tugas ini dan akan terus melaksanakannya demi kebajikan dan kepentingan hidup rakyat yang telah memilih kerajaan.

Rupa-rupanya, mengajak kakitangan bekerja dengan baik untuk rakyat, menjadi satu kesalahan besar kepada Parti melayu Islam Pas sehingga perlu dilapor kepada polis.

Jelas, Pas sudah kehilangan semangat bekerja untuk partinya tetapi berusaha menghalang pihak musuhnya melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Pas sepatutnya menerangkan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh partinya untuk rakyat. Menjelaskan kejayaan-kejayaan yang telah dinikmati oleh rakyat atau mendedahkan program-program yag terbaik yang selama ini membantu kesejahteraan hidup rakyat.
Malangnya Pas tidak mampu berbuat demikian. Mereka terpaksa menghalang UMNO-BN menjelaskan kebenaran kepada rakyat.

Sumber: Harakahdaily
 
LABIS, 7 Jan: PAS Johor hari ini membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.

Laporan polis itu dibuat oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkefly Ahmad di Balai Polis Labis kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Turut hadir bersama-samanya, pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mahfodz Mohamed dan ketua penerangannya Mazlan Aliman.

Mazlan memberitahu wartawan, dalam laporan polis itu Markom telah didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai pengarah pelajaran Johor untuk berkempen secara terang-terangan untuk BN.


Sikap ini membuktikan bahawa Parti Melayu Islam Pas adalah sebahagian dari ranting atau cabang DAP yang ingin menggantikan Perlembagaan Persekutuan kepada Perlembagaan Malaysian Malaysia.

3 ulasan:

  1. Salam 1 malaysia...saya telah paut kan blog anda utk blog saya..salam perjuangan dari penulis BADUT RAKYAT.

    BalasPadam
  2. Salam Perjuangan,

    Saya telah linkkan blog anda.. JUTAAN TERIMA KASIH kerana melayari dan menjadi follower di blog saya..

    Blog kau MANTAP bro..


    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum Tuan.... saya dah linkkan blog Tuan di blog saya...salam perjuangan dari Sahabat-Gunung ....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...