Followers

Jumaat, 21 Januari 2011

Cikgu Mala Kagumi Tun Mahathir, Tetapi Pas Hasut Supaya Membenci

Pas tidak mengira jantina atau umur untuk dijadikan mangsa..

Cikgu Mala sebenarnya tidak ada alasan langsung untuk membenci Tun Mahathir. Malah Tun adalah ikon dan sumber inspirasi kejayaan hidupnya

Tetapi usaha tarbiah Parti Melayu Islam Pas berjaya memesong pemikiran dan emosi anak muda ini sehingga subur perasaan benci tanpa sebab. 

Cikgu Mala seperti juga anak muda seangkatan dengannya amat menyanjungi Tun Mahathir. Sebabnya kerana selama 22 tahun menjadi pemimpin yang berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama hidup dalam harmoni dan berkembang maju. Cikgu Mala nampak dan sedar hakikat ini.

Cikgu Mala juga seperti rakan-rakannya yang lain menghormati dan menyayangi Tun yang sentiasa menjadikan Tun sebagai sumber motivasi. Sebagai guru Cikgu Mala sangat dekat dengan Tun kerana dasar pendidikan kebangsaan yang dibawa olehnya adalah sebahagian daripada hasil pemikiran Tun Mahathir yang kini diteruskan oleh YAB Dato' Seri Najib.

Tetapi apa nak buat, segala-galanya sudah ditentukan oleh Allah. Kebenaran tidak selalu berpihak kepada yang jujur seperti Cikgu Mala. Semenjak dari Maktab Perguruan lagi dia telah terjerumus ke lembah yang dipenuhi oleh sekelompok rakan remajanya yang terpengaruh dengan politik Pas. Usrah politik berjaya mengabui kefahaman Cikgu Mala dan percaya Pas itu Islam.


Cikgu Mala terpaksa berkawan dengan mereka. Kebetulan pula ketika itu Cikgu Mala merupakan gadis yang masih cetek pengalaman, apatah lagi dalam politik. Kata-kata kawan-kawan yang terpengaruh dengan Parti Politik Pas itu dirasakannya benar kerana amat sedap telinga mendengarnya. Sesuai pulak dengan ayat-ayat quran dan hadis yang diajar oleh ustaz dan ustazah di zaman persekolahannya dahulu.

Tanpa berfikir atau menimbang lebih jauh, Cikgu Mala merasakan itulah perjuangan Islam. Malah sesekali terbetik di hatinya bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Kerana itulah aqidahnya mula terbentuk dan hatinya sudah tertutup untuk berfikir membuat pertimbangan yang lebih rasional. "Takkan kita tak nak kepada Islam" selalu bisikan itu menyapa fantasinya.

Realiti kehidupan yang dilaluinya sudah tidak dapat ditafsir dengan lebih luas dan ikhlas walaupun diberi peluang berkursus menambah ilmu dan kemahiran. Segala yang dilihatnya tidak memberi apa-apa makna lagi.

Akhirnya Cikgu Mala beranggapan dan berkepercayaan Kerajaan yang ada ini adalah pihak yang sangat zalim kepada rakyat. Kerajaan telah menganiaya dan menyusahkan rakyat. Malah kerajaan ini telah menjadikan rakyat menderita, mundur dan tersiksa hidup mereka. 

Dan Parti Melayu Islam Pas yang paling baik kepada rakyat. 

Jadi terpaksa lah setiap hari Cikgu Mala kena berjumpa dengan orang ramai mengajak mereka percaya bahawa Pas  adalah Parti yang terbaik untuk umat Islam.

Berjayakah Cikgu mala berbuat begitu. Kalau berjaya, adakah mendapat keredhaan Allah.

Kita yakin pengundi Tenang tidaklah selemah Cikgu Mala yang boleh dipengaruhi oleh Pas.

Kita juga yakin Pas mungkin boleh mempengaruhi Cikgu Mala, tetapi bukan senang nak mempengaruhi pengundi Tenang yang jauh lebih bijak, lebih berhati-hati, lebih matang dan lebih bersyukur.


Baca Juga Blog Berikut:

BAKA BAIK oleh Ujang Ranggi


6 ulasan:

  1. Bingai @ Bangang berkata...
    Blog tuan telah disenaraikan ke dalam bloglist "Followers" Blog TendangTerajang. Terima kasih kerna menjadi Followers dan memautkan blog saya di sini!

    http://www.tendangterajang.blogspot.com
    2011 Januari 21 02:02

    whiteorange berkata...
    Cikgu Mala , seperti juga melayu melayu lainnya memang mengagumi Tun Mahathir. Aku juga begitu

    Tetapi pemimpin pemimpin Melayu selepas era Tun Mahathir lah yang menyebabkan orang orang Melayu seperti cikgu Mala menjauhkan diri atau menentang UMNO bukan BN

    Pemimpin pemimpin selepas Tun M dilihat sebagai pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai masalah moral, pemimpin yang penuh dengan kontroversi, pemimpin yang dikaitkan dengan salah laku dan salah guna kuasa.

    Kerenah kerenah seperti inilah yang menyebabkan orang orang Melayu seperti cikgu Mala, malah orang Melayu UMNO sendiri merubah persepsi mereka terhadap politik.

    Mengapa pembangkang berjaya mempengaruhi orang orang seperti cikgu Mala? Apa yang UMNO buat untuk mengelakkan orang orang seperti cikgu mala ini termakan hasutan pembangkang.

    Cikgu Mala cumalah satu lambang ketidakpuasan hati sebahagian orang Melayu, baik dia orang kampung , kakitangan kerajaan atau apa sahaja fahaman politik mererka. Cikgu Mala sebenarnya adalah interpretasi ketidakpuasan hati segolongan orang orang Melayu.

    Hakikat inilah yang sering dinafikan oleh pemimpin pemimpin UMNO

    Pemimpin dan ahli UMNO masih lagi leka dibuai dengan kekayaan dunia,leka dengan kuasa yang ada, leka terhadap suara dan kehendak rakyat yang sebenar. Jadi tidak hairanlah jika ada dikalangan orang orang Melayu berasa kecewa.

    Mereka yang punyai kesedaran politik akan beralih pandangan dan memihak kepada pembangkang. Ini bukan soal pembangkang itu betul atau salah, tetapi perasaan muak dan fed up inilah yang menyebabkan mereka menterjemahkan protes mereka cara ini.
    a kecewa tentang pemilihan calon.

    Pilihanraya kecil DUN Tenang adalah salah satu bukti dimana sebahagian pengundi BN berasa kecewa. Bukan satu rahsia lagi apabila sebahagian besar AJK Bahagian UMNO Labis, Pemuda , Wanita dan Puteri berasa kecewa dengan pilihan calon pilihan pucuk pimpinan. Calon yang dikatakan tidak perlu mengeluarkan setitik peluh pun dalam parti, calon yang tak perlu berkhidmat untuk parti telah dipilih mewakili parti dan BN. Calon yang dilihat lembik, tidak bertenaga dan kuat tidur. Calon yang dianggap kroni kepada segelintir orang. Calon yang dipilih kerana dia adalah anak bekas wakjil rakyat, calon yang dipilih kerana dia anak Tenang sehingga wujud slogan Tenang untuk Tenang.

    Kudis yang kecil ini akan menjadi barah yang besar jika tidak ditangani dengan betul. Jika ada dikalangan ahli UMNO yang menunjukkan protes sama ada melalui suara mahupun undi, itu adalah kerana mereka adalah tuan yang berkuasa pada 30 Januari 2011 nanti.

    2011 Januari 21 16:47

    BalasPadam
  2. Tuan Whiteorange,

    Saya amat bersetuju dengan pandangan tuan yang realistik dan kontruktif.

    Kejayaan pembangkang adalah menanamkan kepercayaan bahawa UMNO itu rasuah, UMNO itu tidak bermoral, UMNO itu anti Islam, dan segala macam sifat2 negatif yg mampu mereka kutip.

    Itulah politik persepsi dan emosi.

    Hakikatnya tidak begitu. UMNO tidak izinkan ahli dan pemimpinnya berkelakuan atau berbuat demikian. Jika ada nila setitik, maka inilah yang digunakan oleh pembangkan untuk mencanai persepsi demi meningkatkan emosi kebencian kepada UMNO.

    Saya juga bersetuju dan simpati dengan kekecewaan pemimpin UMNO Bahagian Labis sebagaimana yang Tuan nukilkan.

    Kadangkala kita masih terikat dengan konsep kejayaan pasukan bolasepak. Penjaring goal akan disanjung dan diberi imbuhan serta dikaitkan dengan kemenangan pasukan.

    Sebenarnya kejayaan pasukan adalah hasil kerja teamwork yang terancang, mangambil masa yang lama dan dipraktikkan secara berterusan. Pembancuh air, penjaga garisan, tepukan penyokong, cacian pihak lawan, sehinggalah kepada penjaga goal, pertahanan, dan keseluruhan pemain dan jurulatih memberi sumbangan kepada kejayaan.

    Kejayaan UMNO juga bergantung kepada teamwork dan tidak sama sekali kepada pucuk pimpinan tertinggi sahaja. Pucuk pimpinan hanya melaksanakan kebijaksanaan mereka setelah berpuashati dengan segala data dan fakta yang dibentangkan kepada mereka sebelum membuat keputusan. Inilah amalan pucuk pimpinan di zaman Tun M dan kini diikuti oleh DS Najib untuk meletakkan UMNO di atas pentas yang betul.

    Tum mahathir berjaya kerana keupayaan berfikirnya amat tinggi tetapi kejayaan sebenarnya ialah kepatuhan ahli dan pemimpin menjayakan idea dan buah fikirannya secara teamwork. Tun berjaya mendidik ahli dan pemimpin UMNO berjiwa besar. Meletakkan UMNO di depan dan kepentingan peribadi di belakang.

    Kejayaan parti adalah maruah bersama. Jika parti kalah, bukan maruah calon yang hilang tetapi maruah parti. Orang takkan sebut Normala Kalah, akan disbut Pas Kalah atau pakatan kalah. Samalah dengan UMNO.

    Pada saya, pemilihan calon di luar dari kalangan
    kepimpinan bahagian bukan masalah besar jika kita berjiwa besar dan sayang kepada parti. Calon yang dipilih untuk DUN Tenang adalah ahli UMNO iaitu sebahagian daripada parti. Cuma beliau tidak memegang jawatan dalam Bahagian.
    Beliau tetap sebahagian dari perjuangan. Dalam team Labis mungkin beliau hanyalah pembancuh air atau bantu bertepuk tangan menyokong UMNO selama ini.

    Tetapi bukan semua yang tidak memegang jawatan itu tidak boleh membantu UMNO memenangi kerusi yang dipertandingkan. Calon Tenang dilihat dari sudut sumbangan untuk memenangi pertandingan, bukan masalah kroni atau amalan rasuah sekumpula pemimpin UMNO negeri atau pucuk pimpinan Pusat.

    Saya yakin proses tawar menawar untuk menaikkan calon tertentu oleh UMNO Cawangan, Bahagian Labis, Perhubungan Negeri sudahpun berlaku. Perbincangan, input dan pemurnian sudahpun dibuat. Akhirnya pucuk pimpinan menerima dan mengesahkan cadangan dari bawah.

    Dari sudut psikologi, adalah fenomena biasa apabila wujud rasa tidak puas hati apabila pemikiran dan emosi tidak selari. Inilah yag berlaku di kalangan sebahagian kecil pemimpin Bahagian Labis.

    Diyakini apabila domain kognitif dapat berfungsi dengan baik, insyaallah akan seimbangkan penguasaan domain afektif (emosi) dan akhirnya maruah pasukan akan dipertahankan.

    Pemimpin UMNO Bahagian Labis adalah pemimpin berjiwa besar yang mampu melihat kewajaran keputusan pucuk pimpinan.

    Selamat berjuang
    2011 Januari 21 10:15
    2011 Januari 21 16:48

    Penditakainsingkat berkata...
    dzimba MMIM berkata...
    salam perjuangan.. satu ulasan yang menarik. Cuma hendak tanya sikit..belum berpaut lagi ke http://pantausblog.blogspot.com. Kalau belum lagi,mohon dipautkan yer.

    terima kasih

    BalasPadam
  3. MALAYSIAN UNITED berkata...
    salam.. blog tuan sudah di link kan.. mohon jasa baik tuan untuk link kan blog saya di dalam blog tuan..
    www.malaysianutd.blogspot.com
    TQ

    BalasPadam
  4. Salam sdra dzimba, blog tuan dah lama saya link. Teruskan perjuangan.

    BalasPadam
  5. ORANG MELAYU TOLONG MACAM MANA PUN TIDAK TAHU BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH. BAPA SAYA PERNAH BERTUGAS DI TANAH RANCANGAN PADA KETIKA ITU DIKENALI SEBAGAI FEDERAL LAND DEVELOPMENT AUTHORITY (FLDA ) DI BEBERAPA TEMPAT DI KEDAH DAN PAHANG PADA SEKITAR TAHUN 60AN. KEHIDUPAN PARA PENEROKA AMATLAH SUSAH , TAPI SEKARANG SAYA AMAT KAGUM DGN KESENANGAN YANG TELAH DIKECAPI OLEH PARA ANAK PENEROKA SEKARANG YG TELAH BERJAYA DLM PELAJARAN SERTA MENJAWAT JAWATAN TINGGI DLM KERJAAN DAN SWASTA PADA PANDANGAN SAYA KERAJAAN TELAH BANYAK MENOLONG TERUTAMA ORANG MELAYU JANGANLAH DISEBABKAN KEGAGALAN DIRI SENDIRI DI SALAHKAN KERAJAAN DAN MEMPOLITIK SEMUA ISU.

    BalasPadam
  6. semua ni terjadi bukanlah salah pemimpin semata-mata,juga bukan salah rakyat, tapi pembangkang ternyata bijak bermain fakta dan kata2...mereka di sebelah sana lengkap dengan pasukan khas tanpa senjata hanya bermain kata-kata,tapi kita hanya tahu membisu dan hanya mengharap pada media tradisi berkata,
    mereka reka RBA untuk menghentam kerajaan secukup rasa,kita hanya diam seribu bahasa,alih-alih siapa yg berjaya? Rahsia Tun Mahathir terdedah!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...