Followers

Khamis, 27 Januari 2011

Normala Dah Mula Menjeling-jeling Sambil Menambah Peruntukan Senyumannya



Pas melatakkan Cikgu Normala sebagai calon kerada dua sebab. 

Pertama Pas berhasrat mengajak semua guru-guru berpaling tadah dan mengkhianati Kerajaan Pilihan Rakyat. 

Keduanya mengajak orang ramai melihat dan menikmati senyuman dan jelingan Normala.

Sebagai bekas Guru Pendidikan Khas dan Pemulihan terlatih, Normala tahu mengenai dasar-dasar Kerajaan yang terbaik untuk pembangunan rakyat dan negara. Tetapi kerana hasutan Pas yang menggunakan agama, dia terpaksa bercakap bohong mengatakan Kerajaan UMNO-BN Pilihan Rakyat ini sangat zalaim, sentiasa menganiayai rakyat dan Pas, PKR serta DAP yang paling baik.  

Dalam menyampaikan fitnah ini, Normala terpaksa iringi ucapannya dengan senyuman supaya orang ramai terpikat. 

Pas sememangnya sangat berminat memanipulasi apa sahaja. Jenazah orang meninggalpun mereka larikan dan imam solat jenazah juga mereka rampas. Kini senyuman Normala juga mereka gunakan untuk memusnahkan umat Islam dan kesejahteraan negara.

Suami Normala adalah juga seorang guru. Dia ke hulu ke hilir mengusung Normala menjelajah kawasan mencaci kerajaan dan menghasut pengundi. Sepatutnya lebih banyak masa dihabiskan berada di sekolah kerana gajinya dibayar dengan wang rakyat. Ataupun berada di rumah menyediakan bahan pengajaran kerana anak-anak murid memerlukan yang terbaik dari gurunya.

Kini Normala tiada pilihan lagi. Banyak program ceramah Pakatan Pembangkang dipulaukan oleh pengundi. Tidak banyak pengundi yang dapat ditemui oleh Normala kerana majlis yang dianjurkan tidak dikunjungi orang. Terpaksalah Normala dikendung oleh sumainya mengejar pengundi dari pagi hingga ke malam, melawat air banjir dan melempar senyuman di merata tempat.

Bagi menyelamatkan situasi yang semakin tidak menyebelahinya, Normala terpaksa meningkatkan peruntukan dan pemberian senyuman dan terus menerus berlabalas senyuman dengan pengundi.

Tok Ai semakin mara meninggal Normala yang masih terkial-kial. Tok Ai sememangnya sudah berada dalam hati pengundi, cuma menunggu masa untuk menyatakannya di atas kertas undi. 

Normala risau tetapi hanya mampu memberikan jelingan kepada Tok Ai.


Hasrat Pas mencalonkan Normala hampir tercapai.

Normala hanya untuk dilihat tetapi Undi adalah untuk Tok Ai.

2 ulasan:

  1. Patutlah masa teman diTenang,Nyonya,Nenek dan aci2 disana berbibir merah menyala.Nak sama dengan Malalah tu....

    BalasPadam
  2. Diorang tu silap la...patutnya guna lipstick hijau..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...