Followers

Rabu, 26 Januari 2011

Normala dan Mazlan Aliman Anak Yang Tak Sudi Menimbang Rasa


Perjuangan hidup kedua-dua ibubapa Normala dan Mazlan Aliman sangat berliku-liku. Samalah seperti pasangan lain yang senasib pada zaman mereka. 

Walaupun miskin serba kekurangan, tetapi Allah maha pemurah lagi amat mengasihani. Pada asalnya seluruh warga Felda dan Felcra hanya miskin kebendaan tetapi kaya semangat dan memiliki hati yang tulus. Dengan semangat ini mereka bertekad  ingin mengubah taraf hidup yang lebih bermaruah di tanahair sendiri. Mereka bulat hati melakukannya bersama kerana mengubah nasib bangsa tidak boleh dilakukan seorang diri.

Mereka bersatupadu menguatkan solidariti bangsa, mengamalkan ajaran agama mengukuhkan perpaduan yang akhirnya berjaya bermuafakat menguatkan Kerajaan. Kejayaan inilah yang mendorong meningkatkan keyakinan mereka bahawa rezeki secupak boleh diusahakan menjadi bergantang-gantang.

Dengan dokongan mereka, Kerajaan menjadi kuat dan stabil. Rakyat berbilang kaum dan agama dapat meneruskan hidup dengan lebih terancang. Kerajaan yang mereka pilih benar-benar melaksanakan amanah yang diberi sehingga berjaya mengeluarkan mereka dari belenggu penjara kemiskinan tegar.

Hari ini sebahagian besar mereka sudah tua. Pejuang-pejuang ini sudah tidak berupaya lagi. Bagaimanapun perjuangan mereka telah meninggalkan khazanah besar yang mempertaruhkan maruah anak-anak warisan tercinta untuk diteruskan.

Kini, apalah sangat perasaan orang tua,melainkan hanya mampu melihat gelagat anak-anak cucu generasinya berpencak di pentas tanpa sempadan ini. Kadangkala ternampak langkah yang amat sumbang yang kalau dibiarkan boleh menumpaskan bangsa sendiri.

Apa yang mereka harapkan hanya semoga anak-anak warisan sudi menimbang rasa. Rasa hati dan denyut sanubari orang tua yang sudah menyumbangkan khidmat bakti memelihara maruah pribumi.

(Sila klik video clip di bawah sambil teruskan membaca)



Namun hakikatnya Normala Sudirman dan Mazlan Aliman tidak sudi untuk menimbang rasa orang-orang tua mereka. Walaupun kedua-duanya adalah generasi yang menikmati hasil perjuangan orang-orang tua yang sudah tidak berupaya ini. 

Jika ada secebis kesenangan hari ini, itulah titisan peluh perjuangan mereka. Jika ada sedikit kemewahan dinikmati kini, itulah keringat yang menitis kebumi bersama embun pagi satu ketika dahulu.

Seluruh warga Felda dan Felcra sentiasa kasih dan setia menyayangi anak-anak generasi mereka. Pada mereka tiada lain yang dapat diwariskan, melainkan rasa kasih sebagai pengikat cinta turun temurun.

Cuma sayangnya, masih adakah lagi dihati Normala dan Mazlan, perasaan syahdu untuk menimbang rasa sebagai balasan kasih sayang yang mereka terima selama ini.

Warga tua di Felda dan Felcra berasa amat bimbang dengan perlakuan sumbang Normala bt Sudirman dan Mazlan Aliman. Segala usaha perit jerih mereka seumpama terbiar begitu sahaja. Seluruh Warga Tua merindui kehidupan yang tenang yang dinikmati selama ini berterusan selama-lamanya.

Rupa-rupanya Normala bt Sudirman dan Mazlan Aliman tidak mengerti kerinduan yang melanda dalam jiwa orang-orang tua mereka. Kebimbangan merasa terbuang di kampung sendiri akibat pergolakan yang tidak sepatutnya berlaku. Normala dan Mazlan Aliman tidak mengerti apakah akibat dari perbuatan mereka itu.

Akan musnah segala kehidupan yang penuh kasih sayang selama ini kerana Normala dan Mazlan membawa masuk musuh ke dalam Felda dan Felcra. Musuh yang tidak diperlukan sama sekali. Musuh yang hanya menghancurkan agama, bangsa dan negara.

Akhirnya akan terlepas dari tangan dan yang tinggal hanyalah nostalgia rindu pada kehidupan masa silam yang aman damai.

Perbuatan Normala dan Mazlan hanya menyebabkan kejayaan yang dicapai oleh Warga Felda dan Felcra tidak akan kekal dan abadi.

5 ulasan:

  1. ulasan:

    Penditakainsingkat berkata...
    ulasan:

    ISAC berkata...
    Singkat betul kain engkau ni bro!
    2011 Januari 26 00:28

    Tanpa Nama berkata...
    salam tuan.
    xpe...bg saye, ade hikmah ny segala tuduhan mazlan aliman trhadap felda tu.
    ini mnjadikan warga staff Felda lebih tulus bkerja.kerana dlm hati mereka mesti x mahu di gelar pengkhianat bangsa. setiap perkara msti ade check & balance.cume cara mazlan ini terlampau & mengarah kpd fitnah n mghentam membuta tuli.
    ape pun,spt saya kate d atas, segala sesuatu itu ade hikmah ny.

    .....joyjoyah
    2011 Januari 26 00:35

    eM JaY... berkata...
    ambo minta nak linkkan blog demo d ruangan blog kawe.harap demopun berbuat begitu juga.sama-sama kita bertukar pendapat dan buah fikiran

    http://suaratimur.blogspot.com/

    MJ
    2011 Januari 26 00:36

    masbi berkata...
    Salam semua

    Catitan Pendita Kain Singkat saperti diatas sememangnya mengusik jiwaku...Satu kupasan nostalgia yang patut diberi perhatian dan diambil berat oleh semua.

    Tetapi apa yang menarik disini adalah gambar saorang ibu dengan dua orang anaknya.Bukan gambar pono yang menaikan syawat. Gambar ini sungguh menyentuh jiwa dan perasaan. Bukan perasaan shahwat kepada gambar yang separoh bogel itu, tetapi lihatlah betapa malangnya siibu yang terpaksa membesarkan kedua anaknya ( mungkin akan bertambah lagi kot )dengan serba kekurangan jika dibandingkan dengan masyarakat kita hari ini.

    Gambar yang dipaparkan mungkin gambar orang asli / peribumi dari Malaysia atau pun dari negara lain, tetapi bukan itu persoalannya.
    Lihatlah betapa dhaifnya saorang "IBU" yang dipaparkan. Insaflah... kita semua yang hidup didalam alam yang serba mewah ini.

    Berilah peluang kepada ibu ini sekurang-kurangnya dengan beristigfar kerana kita tidak ditakdirkan menjadi sebagitu rupa...

    Wallahhualam..
    2011 Januari 26 00:53

    org felda seri jaya berkata...
    haha...lawak la...aku rase org bukan felda n kaya raya je yg akan kata sebegitu...realiti nya..org felda mundur n miskin...mane ad dapat sampai rm3000 sebulan...tipu je la org umno nie... haha...weh, aku yg keje noreh pagi n menyawit selepas noreh pun xdapat rm3000 la...haha...umno, tlg la jgn tipu rakyat lg...dah muak kowt dengan penipuan ko...
    2011 Januari 26 01:25

    BalasPadam
  2. Penditakainsingkat berkata...
    Salam Bro Isaac,
    Kain singkat ni susah,
    Tarik ke atas nampak yang bawah,
    Tarik ke bawah nampak yang atas.
    Sama seperti Pas ngan PKR.

    Sdra Tanpa Nama 26:00
    Saya sangat setuju, mesti ada check and balance.
    Cuma yang mengecheck kena la juga balance..
    Yang kena balance kena ikhlas bila dicheck..TQ Bro.

    Bro Em Jay,
    Amboo doh lamo link, bakpo mu tak keleh molek..

    Bro Masbi,
    Tajam pemerhatian sdra, menangkap firasat dgn tepat...TQ..teruskan perjuangan.
    2011 Januari 26 01:26

    Penditakainsingkat berkata...
    Salam Sdra org felda seri jaya,

    Macam mana orang felda boleh jadi miskin dan mundur? Sedangkan setiap peserta mendapat kemudahan yang sama.

    Sikap peribadi kot...
    Atau memang Kerajaan Pilihan Rakyat dan UMNO sengaja menzalimi mereka. Sengaja dirancang dan buat konspirasi supaya mundur dan miskin.

    Kita kena siasat elok2 dan baiki mana yang tak kena.

    Salam
    2011 Januari 26 02:18

    Tanpa Nama berkata...
    dulu betul FELDA memang ditubuhkan untuk rakyat tapi sekarang ni tak taulah bapak felda kalau tak silap aku pernah ada kes rasuah jangan nati FELDA dijual dahlah
    2011 Januari 26 02:42

    Lintau Perak berkata...
    Salam Sdra Tanpa Nama 02:42,

    Eloklah sama2 kita jaga jangan sampai Felda dijual.

    Kalau dengar ada rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa atau apa sahaja yang merugikan Felda, marilah sama2 kita ambil tindakan untuk perbetulkan harta kesayangan kita itu.

    Kemudian sama2 juga kita jaga jangan beri peluang penghasut, pemfitnah, pengkhianat masuk dan berada dalam Felda. Kerana mereka ini bukan beri apa2 sumbangan pun.

    Misalnya Di Felda Sg Tengi Lim Kit Siang, China DAP tu masuk hanya untuk menghasut peneroka supaya membenci UMNO dan Kerajaan. Sedangkan bukan dia yang membangunkan Felda. Kitalah yang mengusahakannya dengan bantuan Kerajaan Pilihan Rakyat ni.

    Salam.
    2011 Januari 26 02:58

    Wake UP! berkata...
    Sedarlah diri tu sikit, siapa yang tubuhkan Felda?
    2011 Januari 26 03:39

    Sahabat-Gunung berkata...
    Kesian cikgu Mala nie...kena hentam depan dan belakang...takpe, kita hentam biasa-biasa sahaja, jangan sampai Bro Nuar Brahim HENTAM dan BALUN depan belakang, sudahlahx.....

    Bro, blog awak saya dah linkkan kat blog saya. Tq bro
    2011 Januari 26 12:29

    Tanpa Nama berkata...
    gambar tu boleh dikategorikan sbgai gmbar lucah.

    BalasPadam
  3. Pendita Kain Singkat.
    Blog aanda sudah dilinkkan keblog saya !
    T K banyak2.

    BalasPadam
  4. Orang Felda Seri Jaya.

    Betul ke kau tak dapat RM3000.00. Felda kau dapat berapa ekar?
    Bapak aku kait kelapa sawit seluas 3 ekar dapat 4 tan X RM450 = RM1800 sekali kait. Bayangkan jika 10 ekar, pasti dapat lebih kurang RM6000.00.

    Aku rasa kau ni jenis masuk ladang nak kait sawit je. Tidak peduli nak membaja. Tidak peduli nak meracun rumput. Tidak peduli nak racun serangga. Tidak peduli nak ubat pokok yang berpenyakit.

    Kau ni sebenarnya MALAS nak selenggara ladang kau. Sebab tulah buah tak banyak. Dah lah tak banyak, kecik-kecik pulak tu.

    Ruginya bapak aku tak masuk Felda. Mungkin rezeki bapak aku hanya 3 ekar sawit je.

    BalasPadam


  5. DAFTAR FREECHIPS SITUS RESMI IDN POKER INDONESIA TERMURAH DAN TERPECAYA


    DAFTAR SLOT ONLINE DEPOSIT PULSA MURAH DAN TERPECAYA INDONESIA S1288POKER

    MASIH BANYAK PERMAINAN CASINO LIVE POKER CEME SABONG AYAM DAN PERMAINAN LAIN SERUNYA !! TENTUNYA EVENT BONUS PROMO SETIAP BULAN NYA YANG MANTAPPP ^^
    CS 24jam Online
    JANGAN SAMPAI KEHABISAN FREECHIPSNYA !!

    SEHAT SELALU UNTUK KITA SEMUA ...ALWAYS THANKFULL AND GRATEFULL ^^

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...