Nampaknya cahaya bulan di Kelantan semakin samar-samar. Kebangkitan kesedaran di kalangan rakyat telah mula menggusarkan Parti Melayu Islam Pas, yang menguasai negeri itu selama 20 tahun.
Rakyat negeri Che Siti Wan Kembang itu sudah jemu dan muak dengan gelagat pemimpin Pas di Kelantan. Mereka secara terang-terangan atau seyap-senyap sedang menunggu BN kembali menyelamatkan Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Wang hasil minyak Petronas terus mengalir membantu meningkatkan kehidupan rakyat Kelantan dengan pelbagai program dan aktiviti, tetapi Pas mahukan duit itu diberikan kepada partinya. Sebab itu Rakyat Kelantan sudah muak dengan tipu helah Pas memperdayakan mereka dengan berbagai-bagai kerenah dan tipu muslihat. Pemimpinnya bertambah kaya, khazanah negeri semakin terhakis, hak rakyat dirompak tetapi rakyat dibiar menderita tanpa pembelaan.

Dalam masa yang sama, Rakyat Kelantan nampak apa yang berlaku di Selangor juga menyedarkan mereka terhadap sikap campur tangan Pas dalam merancang untuk mengukuhkan penguasaan Ketuanan DAP iaitu parti perkauman yang berasaskan kaum China. Sehingga Pas sanggup menderhaka kepada Raja-raja Melayu dan mengenepikan Perlembagaan Persekutuan. Sikap anti nasional ini adalah warisan dari ajaran politik DAP, bukan ajaran Islam.
Rakyat kini tidak begitu mudah ditipu ustaz-ustaz dan pemimpin Pas melalui ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah politik yang memperalatkan agama. Kalau dahulu pidato ustaz-ustaz ini diiringi dengan tepukan dan jeritan nama Allah, tetapi kini tidak lagi begitu. Kesedaran, keinsafan dan pemikiran rasional telah menguasai minda Rakyat Kelantan sebagai akibat dari kegagalan dan pembohongan Pas yang berterusan.
Perjuangan Parti Melayu Islam Pas juga dilihat sudah terpesong jauh dari slogan asal. Sekarang mereka sudah terjebak mengejar kekayaan, melibatkan diri dalam maksiat, mengamalkan rasuah dan berterusan memperbodohkan ahli-ahli dan pengikut yang tidak bersalah.

Inilah antara punca mengapa semakin ramai rakyat benci dan berazam tidak akan memberi mandat kepada Parti Melayu Islam Pas itu. Gerakan Rakyat dan perubahan besar secara terang dan senyap sedang berlaku ke arah menyokong BN yang dilihat jauh lebih mantap dan berwibawa membela rakyat.
Rakyat kelantan sudah nampak dengan jelas dan terang-terangan, pemimpin Pas ini dikelilingi ramai tukang ampu dan tukang kebas. Mereka semakin kenyang dijamu dengan projek dan anugerah hutan balak, tanah rakyat serta tender tertutup. Kerja mereka setiap hari adalah memikirkan bagaimana harta dan khazanah rakyat ini dapat dikaut masuk ke poket sendiri dan kroni. Tidak mampu memikirkan program yang boleh membela kehidupan rakyat.
Rakyat Kelantan sudah mula sedar betapa selama ini mereka bersalah membuat perhitungan politik. Selama 20 tahun negeri Kelantan dibuai dengan ceramah retorik dan pidato yang berapi-api. Apa yang rakyat perolehi hanyalah perasaan benci kepada UMNO sedangkan kehidupan mereka sangat bergantung kepada program-program ekonomi untuk rakyat yang dijalankan oleh Kerajaan Pusat.
Rakyat sudah bosan dengan sikap memusuhi polis, memfitnah pemimpin, menabur kebencian dan memperalatkan agama. Rakyat sudah nampak warna sebenar pemimpin Pas yang kelihatan alim, warak, tidak rasuah dan seolah-olah tidak kaki betina.
Bukan itu yang rakyat perlukan. Bukan lakonan sandiwara di pentas politik selama 20 tahun. Rakyat mahukan kehidupan mereka dan anak-anak generasi dibela, diperjuangkan dan didahulukan.
Dengan itu Rakyat Kelantan merasakan bahawa kewujudan Parti Melayu Islam Pas di Kelantan sudah tidak relevan lagi. Apatah lagi setelah Pas membuat bai'ah menjadi haiwan ternakan dan tunggangan DAP.
Rakyat sudah memulakannya di Galas dan akan meneruskan jihad ini di seluruh Kelantan dan tanahair.
Rakyat sudah memulakannya di Galas dan akan meneruskan jihad ini di seluruh Kelantan dan tanahair.
salam perjuangan.. blog tuan telah dipautkan.
BalasPadamjangan lupa pautkan blog pantau kalau belum berbuat demikian.
terima kasih salam perjuangan
sudah di linkkan dalam ruangan my blog list.
BalasPadam