Followers

Selasa, 25 Januari 2011

Normala Serbasalah!

UMNO menzalimi rakyat...Pas banyak membela rakyat...
tolak UMNO sokong Pas...
Normala: Isshhh...betul ke aku cakap ni??

Cikgu Mala dah serbasalah. Tapi kempen kena teruskan juga. Kalau tak kempen apa pulak orang kata. 

Bila keluar berkempen kenalah jumpa orang ramai. Kenalah bercakap. Bila sampai bab bercakap ni maka timbullah serbasalah.

Ikut ajaran agama Islam yang diajar oleh ustazah sejak dari sekolah rendah lagi, orang Islam kena cakap benar. Orang Islam tak boleh cakap bohong walaupun sepatah ayat. Begitu juga kena sampaikan kebenaran dan bercakap benar walaupun pahit.

Semasa menjadi guru dulupun Cikgu Mala selalu hadir kursus. Semua pegawai pelajaran sering beri nasihat, motivasi yang baik-baik untuk kemajuan pendidikan negara. Tidak ada pegawai yang cakap bohong atau mengajak menzalimi rakyat. Jauh sekali menipu murid-murid yang masih mentah.

Tapi bila dah jadi calon pilihanraya mewakili Pas, Cikgu Mala sudah serba-salah. Dia dikehendaki bercakap dengan orang ramai setiap hari.

Nak cakap ikut ajaran agama Cikgu Normala kena beritau orang ramai Kerajaan yang ada sekarang ini sangat bertanggungjawab. Membela rakyat sejak dari dulu sampai sekarang. kerajaan tidak pernah menzalimi rakyat malah berjaya membantu menaikkan taraf hidup rakyat.

Tetapi kalau Cikgu Mala cakap begitu tentulah dia dianggap mengkhianati perjuangan Parti Melayu Islam Pas yang diwakilinya.

Dia kenalah bercakap mengikut ajaran Parti. Terpaksalah tinggalkan sekejap ajaran Islam yang dianutinya sejak turun temurun itu.

Bila bertemu orang ramai Cikgu Mala kenalah beritahu sebaliknya. Kerajaan hari ini menzalimi rakyat, tidak adil dan menyiksa hidup rakyat. Kerajaan hari ini anti Islam, anti Nabi Muhammad. Kerana itu kena tumbangkan UMNO dan sokong Pas.

Cikgu Mala kenalah cari hujjah yang power supaya naik kebencian dan terbakar emosi pengundi terhadap UMNO. Kena ajak mereka membenci UMNO dan Kerajaan walaupun kena langgar prinsip ajaran agama Islam.

Majlis Sambutan Bulan Patriotik SK Kemelah 2010
(Gambar Ehsan oleh Normala Sudirman)

Serbasalah betul Cikgu Normala bila dah tersilap memilih parti untuk berjuang kerana Allah.


2 ulasan:

  1. ulasan:

    blogenstarz berkata...

    Dia dah tertelan air ludah PAS.
    Terpaksalah mengikut skrip yang telah ditetapkan.
    Mala mala
    Malang sungguh kamu !
    2011 Januari 25 00:32

    Penditakainsingkat berkata...
    Memang malang sejarah hidup Cikgu Mala ni.

    Masalahnya dia ajak orang lain sama ikut malang seperti dia.

    Yang paling malang maka ayahnya yang terpaksa menerima hakikat anaknya menyertai gerombolan DAP memusnahkan agama, bangsa dan negaranya sendiri.
    2011 Januari 25 00:53

    Tanpa Nama berkata...

    Kesiankan..apabila akal fikiran diberikan Allah SWT untuk berfikir dan membezakan antara kebenaran dan kebathilan tertutup oleh ketaksuban dengan sesebuah ideologi politik sempit katak dibawah tempurung....sgt memalukan sedangan diri sendiri dibesarkan dan hidup dgn kesejahteraan dari kerajaan-parti yg ditentang!!

    Kalau Msia ada banyak guru2 sekolah,pengajar2 macam dia nih dan masih mengajar memang rosaklah generasi mendatang....umpama harapkan pagar, pagar makan padi!!

    Terutama profession perguruan, harap2 kerajaan akan lebih ketat tentang pengambilan calun2..habis nti anak bangsa disogok dgn anti-kerajaan...seelok2nya laki dia nih siMaarof tuh pun patutnya reisgn aje sebab haii tak kanlah laki tak sokong bini, ye tak??
    2011 Januari 25 01:47

    sgray berkata...

    Mala nie tahu dan masih ingat pesan guru dia tu..cuma terikat dan tersilap membuat pilihan.Pertama cuba menjadi isteri yang taat ke suami.[pengikut tegar PAS]..kenalah korbankan diri jadi calon PAS,walhal bertentangan dengan naluri dia tu..Kedua..dah terikat lak dengan Baiah Talak 3....[kesian Mala diperkudakan ] ..kalau masih tak sedar dan menarik diri akan semakin punahlah masa depan dia nie..

    'Utk, Mala tu..Taat biarlah bertempat jangan sampai bersubahat dalam kemungkaran...."

    BalasPadam
  2. cik gu normala dipengaruhi maarof.maarof memang hebat . maarof pejuang .semasa diampang jaya 80an maarof handal terbilang . TERIMAKASIH.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...