Followers

Khamis, 20 Januari 2011

Pas Semakin Dekat Dengan DAP TETAPI Semakin Jauh Dari Islam


Pas sekarang bergantung hidupnya pada DAP. Tanpa kerjasama dengan DAP, parti Melayu Islam itu akan menjadi sebuah pertubuhan politik melukut di tepi gantang di pentas politik negara. 

Dengan bantuan DAP, sedikit undi daripada kaum China akan diperolehi. Pas terpaksa menyusu pada DAP untuk mengekalkan daya hayat politiknya.

Untuk mencapai matlamat ini Pas terpaksa melaksanakan strategi yang berbahaya. Mereka terpaksa  mempolitik agama Islam supaya kaum China mahu memberi undi. Persoalan hukum dan perlanggaran syar'ie bukan halangan asalkan DAP berpuashati bahawa Pas mengekalkan dan membuktikan setiakawan yang tidak berbelah-bahagi.

Untuk mengalahkan UMNO dan memecahkan undi umat Islam, Pas terpaksa mengistiharkan bahawa  perjuangan membela bangsa itu bukan dari ajaran Nabi Muhammad  dan bertentangan dengan agama Islam. Pas mentafsir assobiah dan kebangsaan mengikut hukum akalnya demi menyesuaikan hasratnya mengalahkan UMNO.

Kini Pas berada semakin dekat dengan DAP tetapi semakin jauh dari agama Islam.

Pas berusaha menunjukkan mereka begitu mesra, seiya sekata dan sehati sejiwa dengan DAP. Pas akur apa sahaja kehendak DAP atau mendiamkan diri terhadap semua kerenah provokasi parti cauvinist itu terhadap agama Islam. 

DAP boleh berbuat atau berkata apa sahaja tentang agama Islam dan Pas tidak mampu menyatakan yang benar walaupun perbuatan biadap DAP terhadap agama Islam menyayat hati ahli-ahli dan umat Islam yang lain.

Pas juga semakin dekat dengan DAP apabila bersama-sama merancang sesuatu yang tidak masuk akal bersama DAP. Tujuannya sama iaitu untuk meracuni fikiran rakyat atau menambah kebencian rakyat terhadap kerajaan. Pas sanggup bersama-sama DAP merekacipta dan mengada-adakan isu untuk menimbulkan keresah dan kebencian.

Pas dilihat sanggup melaksanakan semua arahan dan perancangan DAP tanpa berlengah, semata-mata mahu menunjukkan parti itu sangat komited menghancurkan pihak lawannya. Walaupun kadangkala tindakan Pas itu hanya ditertawakan sahaja oleh cauvinist China DAP yang mengganggap perbuatan paling bodoh apabila menghancurkan bangsa dan agamanya sensiri.


Pas dilihat semakin jauh dari Islam.

Tindakan pemimpin Pas tidak menggambarkan mereka mengamalkan ajaran Islam. Tutur kata dalam ceramah atau penjelasan sesuatu isu kadangkala jauh menyimpang dari panduan dan acuan Islam sebenar. Mereka menggunakan akal fikiran dan emosi dalam menghadapi apa sahaja isu. Semua perkara dipolitikkan dan semua urusan politik memperalatkan agama.

Ahli-ahli dan pengikut diperkudakan dengan hasutan yang bertubi-tubi. Mereka mudah terpedaya kerana Pas menggunakan majlis yang dilabelnya sebagai majlis ilmu, aktiviti agama atau sebagainya. 


Pas semakin jauh dari Islam apabila mula mengambil tindakan menaiktaraf Mesjid dan Surau tempat suci orang Islam sebagai Dewan Pelbagai Guna.

Kesannya sedang memakan diri Parti Melayu Islam itu sendiri apabila didapati ahlinya semakin berkurangan. Penyokong-penyokong Senyap juga telah megundurkan diri. Manakal di sesetengah markaz telah menjadi sepi tanpa penggiat tegar seperti dahulu.

Sekiranya Pas menganjurkan program ceramah, aka akan kelihatan pengikut-pengikut tegar yang sama sahaja yang hadir, itupun setelah diusahakan tambang dan kemudahan yang lain.

Segala-gala kejadian yang menimpa Pas hari ini membuktikan Pas semakin dekat dengan DAP tetapi semakin jauh dari Islam. 


    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...