Followers

Ahad, 16 Januari 2011

Pas Sibuk Doakan Rakyat Tunisa, Tetapi Menyemai Kebencian di Malaysia


Pas mendoakan kemenangan rakyat Tunisia tetapi dalam masa yang sama terus meningkatkan usahanya menyemai kebencian dan memecahbelahkan umat Islam di malaysia.

KUALA LUMPUR, 15 Jan: “PAS mendoakan kemenangan rakyat di Tunisia dan akan mendapat perlindungan Allah SWT,” kata Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad.
Katanya, PAS mengikuti dengan teliti perkembangan di Tunisia dan melahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Tunisia yang telah menggulingkan rejim Ben Ali yang merupakan rakan akrab Amerika Syarikat dalam menentang 'terroris Islam'. 
“Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim Ben Ali dengan membunuh serta memenjara ribuan para ulama serta para cendekiawan adalah kemuncak kezaliman rejim yang mendapat sokongan kuasa Barat ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Tegasnya, rakyat Tunisia dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan sepanjang pemerintahan 'kuku besi' Ben Ali.
“PAS yakin dengan kebangkitan rakyat ini akan menjadi pengajaran kepada mana-mana rejim yang zalim dengan menafikan hak serta kebebasan termasuk di Malaysia dan kepada setiap suara rakyat,” ujarnya.

Rakyat Tunisa bangkit dan menentang kerajaan mereka kerana tidak tahan lagi ditekan, ditindas dan dinafikan hak kebebasan dan keadilan mereka.

Kita di Malaysia amat bersyukur kerana hak kebebasan dan keadilan untuk seluruh rakyat dipelihara oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat. 

Setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama mendapat pembelaan yang adil di sisi undang-undang dan perlembagaan negara. Sistem kehakiman dan peroses keadilan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Hakim dan Peguam bebas mempraktikkan profesion mereka untuk mempertahankan keluhuran perlembagaan dan mendaulatkan undang-undang.

Di Malaysia juga para cendekiawan, alim ulama, pendakwah dan guru agama diiktiraf tugas dan peranan mereka. Kerajaan menyediakan skim gaji yang lumayan dan kebajikan secukupnya untuk mereka menjalankan tugas dengan selesa mendidik rakyat.

Kerajaan Pilihan Rakyat di Malaysia terbukti mampu melaksanakan mandat dan amanh yang diberikan oleh rakyat selama 53 tahun. 

Sebaliknya, segala usaha Kerajaan Pilihan Rakyat ini sentiasa di sabotaj dan dikhianati oleh Pas dan PKR yang diketuai oleh Parti cauvinist-racist DAP.

Para Cendekiawan, Mufti, Pengetua dan ramai lagi ahli-ahli Profesional dimaki hamun dan dihina sesuka hati mereka. 

Kebencian dan perpecahan di kalangan umat Islam sentiasa menjadi agenda utama program dan aktiviti Pas di surau di kampung-kampung, Felda, mesjid, dan di mana sahaja ada umat Islam.

Kebencian rakyat Tunisia adalah kerana kerajaannya zalim.

Kebencian Rakyat Malaysia terhadap parti pembangkang Pas dan PKR yang menjadi haiwan tunggangan DAP kerana menzalimi umat Islam dengan cara memecahbelahkan mereka sehingga hampir kehilangan kuasa politik di negaranmya sendiri.

Apalah ertinya Pas mendoakan kemenangan Rakyat Tunisia sedangkan Rakyat di Malaysia sudah maklum bahawa Pas adalah agen DAP untuk melenyapkan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesejahteraan rakyat berbilang bangsa dan agama dan menggantikannya dengan Perlembagaan Malaysia Malaysia yang menobatkan Ketuanan Racist DAP di tanahair kita.

Pemimpin dan Ahli Pas harus bertaubat.
Nuar Berahim harus bertaubat.


Kenali Negara Tunisia diSINI dan SINI - Tunisia Riots



5 ulasan:

  1. salam,saya sudah link kan blog anda,anda kena lihat show all baru anda nampak link anda sekiranya posting anda sudah melepasi 5 jam

    BalasPadam
  2. Salam, salam perjuangan. Saya sudah linkkan blog tuan di blog saya. Singgah2lah selalu dan kita boleh bertukar2 pendapat...

    BalasPadam
  3. Salam,

    Terima kasih atas kesudian PKS ziarah blogger nyamuk macam GT nih...

    Saya telah link n follow blog PKS.

    Jom lanyak fuckatan sampai lumat.. yeehaaaa!!!!

    BalasPadam
  4. Salam,

    Coretan Tuan amat membanggakan.

    Saya sudah link blog Tuan di Blog saya.

    Mohon di link http://pemudatg.blogspot.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...