Followers

Ahad, 9 Januari 2011

Kesian Pas!! Terjatuh Ke Dalam Kandang Harimau ganas


Ramai pemerhati politik sedang memerhatikan apakah yang akan terjadi kepada Pas apabila merelakan dirinya masuk ke kandang yang dibina oleh DAP.

Ramai yang berpendapat Pas akan terus menjadi mangsa cita-cita poltik kaum China yang ingin menegakkan Ketuanan DAP di Malaysia sebagaimana yang berjaya mereka lakukan di Singapura.

Pas terlalu yakin bahawa DAP sangat kagum kepada slogan Islam Politik yang diamalkannya untuk membantu mendapatkan undi. Pas tidak sedar bahawa sebenarnya DAP hanya memperalatkan pemimpin dan ahli-ahlinya sahaja. 

Pas dikurung dalam kandang dan kerana kelaparan undi, Pas terpaksa makan apa sahaja yang disuruh oleh DAP dalam kandangnya.

Tidak mungkin DAP yang begitu tebal dengan semangat kechinaan mampu mempercayai Pas yang tidak mempunyai apa-apa kekuatan. Kelemahan Pas dapat dilihat dalam berbagai-bagai bidang samada dalam bidang politik, sosial, ekonomi dan agama.

Kepura-puraan Gerombolan Pakatan Pembangkang 
..ehsan dari Blog Badut Rakyat

Pas di mata DAP hanyalah parti tepi longkang yang hanya berguna untuk memecahbelahkan umat Islam yang menjadi cita-cita uatama DAP. Pas langsung tidak memperlihatkan dirinya sebagai sebuah organisasi politik yang sempurna. Pas hanya mampu memperlihatkan kebolehannya menabur fitnah dan menyembur racun kebencian sesama umat Islam.

Pas tidak mantap dari segi politiknya kerana prinsip dan matlamat perjuangannya sering berubah mengikut keadaan. Pas juga dilihat sanggup memperalatkan agamanya dan menderhaka kepada bangsanya sendiri asalkan dapat merosakkan UMNO. 

Pas juga dilihat tidak boleh mentadbir dengan baik malah sanggup pula melibatkan diri dengan rasuah dan merompak harta rakyat. Kebosanan rakyat kelantan menjadi bukti penyelewengan dan kedurjanaan Pas berpolitik di negeri itu.
Paling dahsyat Pas juga sanggup berpura-pura bekerjasama dalam Pakatan Pembangkang tetapi dalam masa yang sama menjadikan DAP yang diisytihar sebagai kawan tetapi ditikam dari belakang.

DAP sangat menyedari sentimen Pas terhadap parti cauvinist-tacist itu, tetapi kerana strategi untuk mendapatkan undi mereka sanggup sama-sama berpura-pura.

Setiakawan tidak wujud dalam Pakatan Pembangkang. Yang wujud hanya lakonan dan kepura-puraan.

Siapa yang akan makan siapa sudah dapat diramal. Pas akan hancur dirobek harimau ganas dalam kandang DAP jika anak didik PAP Singapura ini berkuasa.

Yang malangnya, agama dan umat Islam terpaksa dikorbankan oleh Pas apabila terpaksa masuk ke dalam kandang harimau DAP.

2 ulasan:

  1. Salam.. mohon jasa baik tuan untuk link kan blog saya di dalam blog tuan
    www.malaysianutd.blogspot.com
    TQ

    BalasPadam
  2. Namun PAS selalu menganggap dia yang menjadi kepala.Hakikatnya dia yang menjadi KALDAI DAP.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...