Followers

Rabu, 4 Mei 2011

Nuar Berahim Lepaskan Banyak Peluang Kemasan Yang Allah Beri Padanya


Nuar Berahim telah melepaskan banyak peluang keemasan yang Allah berikan padanya selama ini. 

Perancanaan Allah amat baik, tetapi nampaknya Nuar Berahim terikat sangat dengan perancangan dirinya. Sangat percaya dan yakin dirinya lebih berkuasa, lebih besar dan mampu mengatasi perancangan Allah.

Kali pertama, Allah telah memberikan isyarat yang sangat jelas kepada Nuar Berahim supaya berfikir dan insaf, iaitu setelah selesai menjalani tahanan ISA 1974 - 1976. Ketika itu Nuar Berahim berjaya menghasut pelajar IPT berdemonstrasi hanya dengan berlandaskan fitnah palsu bahawa kemiskinan di Baling amat teruk sehingga ada penduduk yang mati kebuluran. Siasatan membuktikan tuduhan itu hanya fitnah. 

Malangnya selepas dibebaskan dari tahan ISA, Nuar Berahim tidak insaf.

Dengan perancangan Allah jua, pada tahun 1982, Nuar Berahim ditakdirkan meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO yang benderanya pernah dipijak. Kemudiannya mengurniakannya menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Ahli parlimen Permatang Pauh dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Allah kurniakan kepada Nuar Berahim menikmati kedudukan yang amat sukar dinikmati oleh orang lain. Malangnya Nuar Berahim tidak insaf dan bersyukur.

Sekali lagi Allah kurniakan jawatan Presiden UMNO kepada Nuar Berahim walaupun menang dengan sokongan 1067 undi dan yang menolaknya 1703 undi. Dengan kedudukan ini Allah permudahkan perjalanan politiknya sehingga dikurniakan nikmat sebagai Menteri Kewangan pada 1991.

Allah adalah sebaik-baik perancang tetapi Nuar Berahim tetap tidak bersyukur malah mula menjadi semakin takbur, bongkak dan tamak. Maka pada tahun 1993 Allah undurkan Tun Ghafara Baba dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO untuk digantikan oleh Nuar Berahim.

Nuar Berahim mengenepikan perancangan Allah, tetapi meneruskan perancangannya sendiri. Keangkuhan, kekejaman politik, salahguna kuasa, penyelewengan, lupa diri dan konspirasi mula menjadi mainan untuk terus ke puncak kuasa.

Perancangan Allah adalah terlalu sempurna dan perancangan Nuar Berahim tidak dapat mengatasi perancangan Allah.

Apabila telah berada di puncak kuasa, disanjung dan dipuja, Nuar Berahim tidak mampu menyembunyi dua wajah dan dua karektornya. Allah lebih berkuasa dari segala-galanya.

Maka pada tahun 1997, Allah mula membongkar kisah-kisah kehidupan dua alam yang menjadi amalan hidup makhluknya yang bernama Anwar bin Ibrahim.

Allah maha mengatahui!

Cerita skandal setebal 30 halaman mula memasuki pasaran politik yang mendedahkan penglibatan Nuar Berahim dengan isteri orang serta amalan homoseksual.

Inilah saat keemasan yang dilepaskan oleh Nuar Berahim. Allah telah membuka jalan dan memberinya peluang untuk mengundurkan diri dan bermuhasabah sambil bertaubat. Bersyukur dengan kekayaan yang telah berjaya dikumpulnya serta rakan-rakan kroninya. Tetapi Nuar Berahim belum puas dengan apa yang telah diperoleh dan digenggamnya.

Allah adalah perancang yang maha hebat dan Nuar Berahim membuat aduan polis pada 15 Ogos 1997. Maka apabila penyiasatan dilakukan, terbongkarlah segala-galanya. Terbukti perancangan Nuar Berahim tidak dapat mengatasi perancangan Allah. Walaupun menggunakan Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pemuda UMNO ketika itu, untuk menjatuhkan Dr mahathir dengan memfitnahnya mengamalkan nepotisma dan kronisma. 

Allah lebih berkuasa dari Nuar Berahim. Habis semua jawatanya Allah tarik semula. Hilanglah kedudukannya sebagai Menteri Kewangan, Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri dan hasratnya menjadi Perdana Menteri bagi rakyat Malaysia. 


Perancangan Allah memelihara rakyat Malaysia ternyata lebih baik dari perancangan Nuar Berahim untuk memenuhi nafsunya sendiri.

Setelah Allah memberinya peluang keemasan, kini nikmat itu ditarik satu persatu secara tunai.

Pada 1998 Nuar Berahim berdepan dengan kes liwat pemandunya Azizan Abu Bakar yang membawanya ke Penjara Sungai Buloh selama 9 tahun.

Bagaimanapun Allah Maha Mengasihani dan masih memberi peluang lagi kepada Nuar Berahim dengan memendekkan tempoh penjara kepada 6 tahun sahaja dengan hanya masalah teknikal. Peluang keemasan ini patut disyukuri, tetapi Nuar Berahim masih berpegang kepada perancangan nafsunya dan menafikan peluang yang Allah berikan padanya.

Tanpa bersyukur dan bermuhasabah, Nuar Berahim meneruskan perancangan syaitan dengan melemparkan berbagai tuduhan, tohmahan dan rekayasa yang tidak berperikemanusiaan terhadap pihak-pihak lain.

Allah maha mengetahui lagi maha berkuasa. Nuar Berahim adalah makhkluk biasa yang sangat lemah untuk meminda perancangan Allah terhadapnya. Allah merencanakan Nuar Berahim menjadi banduan selama 6 tahun dan Nuar Berahim sepatutnya insaf...insaf dan insaf.

Selesai menjawat jawatan sebagai banduan pada tahun 1999 - 2004 di Penjara Sungai Buloh, Nuar Berahim menghadapi pulak Kes Liwat Kedua apabila Allah bukakan pintu hati Haji Saiful untuk membuat aduan polis terhadapnya pada 28 Jun 2008.

Walaupun membuat helah mengatakan ada pihak mahu membunuhnya dan melarikan diri ke Kedutaan Turki pada 30 Jun 2008, perancangan Allah tidak mampu diubah oleh Nuar Berahim.
Dia ditahan Polis pada 16 Julai 2008 dan dituduh secara rasmi di mahkamah atas tuduhan meliwat Saiful. 

Sekali lagi Allah memberi peluang keemasan kepada Nuar Berahim untuk melepaskan dirinya dari bencana yang tidak diduganya itu. Nuar Berahim hanya perlu menyerahkan DNA dan mahkamah membuktikan dia tidak bersalah. Dengan sendirinya Nuar Berahim akan terbela sebagai makhluk Allah yang dianiayai dan kemungkinan boleh mendapatkan semula kuasanya yang hilang.

Malangnya Nuar Berahim sekali lagi menolak pulang keemasan yang Allah berikan padanya.

Terbaru, setelah kembali dari menunaikan Haji di Mekah, Allah membuka pula pintu hati Datuk Eskay pula untuk mendedahkan video seks yang melibatkan Nuar Berahim. Walaupun  niat Datuk Eskap adalah untuk menyelamatkan rakyat Malaysia dari kemusnahan tetapi juga boleh membantunya Nuar Berahim keluar dari kemelut skandal-skandal yang sangat memalukan diri, anak isteri, keluarga dan penyokongnya dengan cara berundurlah dari pentas yang panas membakar dirinya itu.

Tetapi Nuar Berahim tetap mengenepikan perancangan Allah dan terus mengajak orang ramai menyokong perancangan peribadinya sendiri.

Akhirnya, pada pandangan Pendita, bahayanya Nuar Berahim ini adalah:

Kegilaanya menentang perancangan Allah, telah menyebabkan DAP berjaya menambah penguasaan politik di Sarawak dan berjaya menguasai hati nurani kaum China di negara ini untuk tidak menyokong Barisan nasional lagi. Mereka berjaya menenggelamkan 1Malaysia dengan slogan baru mereka 1China.

DAP sedang bersiap sedia untuk meruntuhkan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kehidupan berbagai bangsa dan agama selama ini, untuk digantikan dengan Perlembagaan Malaysian Malaysia dengan dominasi penguasaan China DAP.

Nuar Berahim lepaskan banyak peluang kemasan yang Allah beri padanya, tetapi Rakyat Malaysia tidak ada peluang kedua jika membenarkan DAP menegakkan Malaysian Malaysia di Bumi keramat ini!




comments:


wadi berkata...
Assallamualaikum...DSAI patut sedar akan kepentingan Islam dan perpaduan Melayu untuk menegakan kebenaran . Jalan kembali masih terbentang luas . Keterampilan dan kekuatannya masih mampu untuk menyatukan Melayu dan menghindari radicalisme yang beberantakan kini . 2. Selipar Jepun itu masih ramai orang yang memakainya , jesteru ikhtibarkan kebesaran Allah , buangkan keegoaan dan kekalkan jatidiri. Cukuplah apa yang telah dilalui , kembalilah menyakini kebesaran Illahi . 3. Radikalisasi dan liberalisasi ada batasan yang tersendiri dalam mengungguli kemurniaan dan kesucian Islam , seni dan ketekalanmu ( DSAI ) masih bisa membantu , jauhi keegoaan rakan dan taulan , dekatilah kebesaran tuhan . Kekufuran itu bukan jalan kebaikan , terang dan jelas ia adalah musuh Islam.
Haji Rashid Yan berkata...
Setuju dengan sdra Wadi, Anwar patut kembali kpd ajaran agama Islam (sekiranya dia masih beriman dengan agama itu). Tindaktanduknya menyimpang jauh dari roh ajaran Islam. Kembali ke pangkal jalan, bertaubat dan serahkan kepada Allah menentukan nasib masa depannya. Entry ini mendedahkan betapa selama ini Allah telah memberinya pekuang, ruang dan nikmat yang tidak terhingga. Tetapi telah ditarik semula sekelip mata. Belajarlah dari peristiwa ini wahai anwar. Berfikirlah dari peristiwa ini wahai penyokong tegar, anda masih berpeluang kembali ke jalan yang benar.

2 ulasan:

  1. Saya setuju dengan pendapat saudara-saudara. Sudah-sudah lah... Mahu diporak perandakan negara ke?

    BalasPadam
  2. jom ngundi di sini

    http://mari-mengundi.blogspot.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...