Followers

Sabtu, 16 Julai 2011

Jom Pakat Pakai Baju Kuning...Jommm!


Warna kuning adalah International Colour for Cancer Survivorship. Ini adalah warna antarabangsa yang digunakan untuk mengingati pesakit kanser.

Warna Pink pula adalah warna dikenali untuk Kanser Payudara. Manakala warna "teal", warna hijau dll dikenali sebagai warna sokongan kanser kanak2, kanser prostate dan macam2 lagi

Hari ini (Sabtu 16 Julai ) mulai pukul 6.00 petang akan diadakan Relay For Life di UKM Bangi anjuran National Cancer Society of Malaysia (NCSM/Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia).

Relay ini adalah acara International di 22 buah negara dan di negara kita sudah 7 tahun berturut-turut dilaksanakan. Tahun diadakan di tiga tempat iaitu di Melaka pada 4 -5 Jun, di UKM Bangi pada 16 Julai dan di Penang pada1-2 Oktober. 

NCSM sudah merancang RELAY FOR LIFE setahun yang lepas. Semuanya dikelolakan oleh volunteers/sukarelawan. Ini adalah acara Kesedaran Kanser, untuk memberi sokongan kepada pesakit kanser, mengingati mereka yang tiada bersama akibat kanser, dan juga untuk mencari penderma/penaja untuk sentiasa menaiktaraf peralatan "Screening Facilities" yang canggih di Kampung Baru (Mammography machines & Nuclear Medicine Facilities), untuk kebajikan. Perkhidmatan screening (mammogram & pap smear untk wanita) juga diberikan secara percuma kepada mereka yang kurang mampu. Terdapat juga "Children's Home Of Hope" iaitu  tempat tinggal untuk kanak2 kanser yg sudah melalui proses "bone marrow treatment" dan memerlukan tempat tinggal semasa menjalani rawatan pesakit luar. 

Singgahlah di:
66 Jln Raja Muda Abdul Aziz (depan Naza motor), Kampung Baru Kuala Lumpur dari pukul 9 pagi - 4 petang pada hari Sabtu & Ahad.

Pendita menyokong penuh usaha NCSM dan teruslah memberi sepenuh sokongan terhadap usaha murni ini.


Keluarlah beramai-ramai dan jangan takut memakai baju kuning yang merupakan warna tema International Colour for Cancer Survivorship itu.

Usaha ini jauh lebih mulia, lebih murni dan lebih berwibawa berbanding dengan pihak yang menganjurkan pemakaian baju kuning untuk tujuan yang hina, keji dan merugikan seperti yang berlaku pada minggu lepas.

Semoga Dato' Zuraidah Atan terus tabah dan sentiasa cekal meneruskan perjuangan ini. Allah sentiasa bersama dengan golongan yang berbuat kebajikan. 




.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...