Followers

Isnin, 4 Julai 2011

PAS Tersepit: Sanggup Guna Penawar Barah Yang Haram


Parti Melayu PAS kini diancam wabak kepupusan. Parti yang pada asalnya ditubuhkan oleh segelintir ustaz-ustaz politik Melayu sedang bergerak menuju kehancuran di mamah iklim dan luluhawa politik  semasa.

Wabak kepupusan ini berlaku dari dalam tubuh parti itu sendiri. Menjadi semakin tenat dan tidak mampu lagi melawan barah yang sudah meratah parti itu. Dengan lain perkataan parti ustaz-ustaz politik ini akan berkubur dengan sendirinya atau menjadi parti Melayu yang hidup segan mati tak mahu akibat virus komunis dan khawarij yang meratah tubuhnya sekarang.

Penyakit barah (cancer) yang memakan diri Parti Melayu PAS tidak mempunyai ubat dan penawar. Pakar-pakar perubatan PAS hanya mampu berusaha memanjang hayat untuk terus bernafas. Malah pakar-pakar terkenal dari DAP dan PKR juga digunakan untuk membantu memanjangkan hayat Parti Melayu itu.

Penawar terbaru yang ditemui dikatakan sejenis penawar yang dinamakan "9 Julai". Iaitu ramuan yang diadun oleh bahan-bahan utama dari ideologi DAP cauvinisme, PKR Pluralisme, PSM Komunisme dan PAS Khawarij. 
Masalahnya penawar yang mereka harapkan dapat merawat penyakit kepupusan ini telah dikenalpasti sebagai penawar yang "haram". Terlalu ramai ahli-ahli dan penyokong PAS sudah tidak rela untuk menelannya lagi dan mula meninggalkan parti itu.
Apabila "penawar' itu dikategorikan sebagai "haram" maka kerajaan terpaksalah mengambil tindakan mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan diri dari perkara-perkara yang haram itu.
Bagaimanapun kerana tidak tahan menanggung sakit kepupusan yang menggigit tubuhnya, PAS memaksa ahli-ahli, penyokong dan orang ramai menelan penawartersebut walaupun ternyata haram dan semakin tidak disukai.
Malah ada yang dipaksa dan disogok dengan upah supaya menelan juga penawarl haram itu.
Di pihak PKR. PSM, Ambiga dan DAP terus menerus berusaha meyakinkan pengikut mereka dan orang ramai, bahawa penawar haram itu selamat dimakan. Memujuk mereka terus memakannya untuk mengubati penyakit barah kepupusan yang sudah tidak dapat dihalang lagi.
Oleh kerana Kerajaan Pilihan Rakyat sekarang sentiasa mengambil tindakan yang tepat untuk menjamin keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat, maka PAS tersalah anggap mengatakan kerajaan mahu membunuhnya walaupun hakikatnya Parti Melayu PAS memang sudah hampir mati bersama dengan ideologi komunis yang dianutinya.
Faktor Rakyat berdiri teguh bersama Kerajaan kerana mereka begitu yakin bahawa Kerajaan berpegang kepada falsafah "Prevention is better than cure". Rakyat memahami bahawa tindakan Kerajaan itu berasaskan keyakinan bahawa "It is better to try to keep a bad thing from happening than it is to fix the bad thing once it has happened'.
Maka pihak Gerombolan Pakatan Pembangkangpun terus-terusan memujuk ahli-ahli, pengikut dan orang ramai supaya mempercayai bahawa:
  1. Merusuh dan menggunapakai kaedah komunis untuk menjatuhkan kerajaan bukan bermaksud "melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong".
  2. Menyebar risalah menghasut adalah hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan.
  3. Membawa senjata semasa perhimpunan haram tidak salah di sisi undang-undang selagi senjata itu tidak diugunakan untuk mencedera atau membunuh orang lain.
  4. Rakyat hendak menganggap KerajaanPilihan Rakyat hari ini sangat tidak adil kerana demonstrasi haram pada tahun 2007 telah berlaku tetapi mengapa perhimpunan haram 9 Julai tidak dibenarkan berlaku dan disekat dari berlaku.
  5. Semua para penghasut berhak menghasut kerana mereka adalah dari golongan "marhaen" iaitu rakyat yang tertindas, miskin, hina, tidak cukup makan, tidak mendapat pembelaan hidup dan dinafikan kebajikan.
  6. Pilihanraya bukan bermakna proses membuang undi sahaja. Pilihanraya juga bermakna pertandingan di atas padang yang rata, iaitu kerajaan tidak dibenarkan menjalankan mandat membela rakyat, memberi bantuan, menyediakan kemudahan dan kebajikan. Jika Kerajaan menjalankan tugasnya Membela Rakyat bermakna Kerajaan sedang merasuah rakyat.  
  7. Jabatan Kerajaan hendaklah berkecuali dan tidak boleh memihak kepada Kerajaan. Dengan itu Kementerian Kerajaan, Jabatan Kerajaan dan Agensi Kerajaan hendaklah memberhentikan serta merta tugas dan peranan mereka dan jangan melaksanakan Dasar-Dasar Kerajaan untuk Membela Rakyat. Mandat yang diberikan oleh Rakyat kepada Kerajaan dianggap sebagai rasuah politik jika didapati Agensi Kerajaan cuba melaksanakan mandat tersebut.
  8. Mencaci dan memaki hamun anggota keselamatan, terutama Polis, adalah hak individu yang dihalalkan oleh demokrasi. Sekiranya polis betindakbalas hendaklah dianggap sebagai penganiayaan dan penyalahgunaan kuasa yang diarahkan oleh UMNO untuk menindas rakyat.
  9. Memberi keyakinan bahawa Para penghasut mempunyai kuasa sehingga boleh menyebabkan Polis terpaksa melutut kepada para penghasut seperti yang berlaku di Mesir.
  10. Jika Polis bertugas menjaga keselamatan dan mengawal keamanan dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada dilaksanakan untuk menghalang perhimpunan haram, maka tindakan Polis itu hendaklah dianggap sebagai berkonfrontasi dengan para perusuh.

Setelah berhempas-pulas menukar retorik dan dasar parti, kini Parti Melayu Pas sedang menghadapi penolakan yang serius daripada bangsa Melayu-Bumiputera-Islam. 
Barah yang memakan dari dalam tubuh PAS itu sendiri cuba dirawati dengan menggunakan penawar politik yang "haram". 
Ahli-ahli dan penyokong Parti Melayu PAS, beringatlah sebelum menjadi bahan yang amat hina dalam sejarah agama, bangsa dan tanahair kita .
China DAP memang mahu kekalkan peranan Parti Melayu PAS seperti sekarang ini kerana walaupun China DAP tidak dapat memerintah negara kita tetapi mereka berjaya mengekalkan umat Islam tidak bersatu.

comments:


Adnan Pilah berkata...
Tak tau ler apa nak jadik pd hamPAS nih.. trlampaw minat jadi lembu DAP dan peliwat negara tu..
YB Raz berkata...
puak pas dah semakin jauh tersesat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...