Penyair yang bijak...menukil
Penyair yang rajin...berkhayal
Penyair yang hilang peta...meminta
Pendita terima email dari seorang belia, minta supaya surat yang dikarangnya disiarkan dalam blog ini. Setelah dibaca dan diteliti, Pendita rasa eloklah diberi perhatian kerana penulisnya masih muda tetapi menguasai pemikiran dan perasaan yang sangat mendalam terhadap negaranya.
Email belia ini (nama dirahsiakan) adalah sebagai respons kepada ucapan A. Samad Said berkaitan dengan Gerakan Haram Gerombolan Penghasut yang menamakan tindakan mereka sebagai 'bersih 2.0':
“Setelah membaca ucapan Pak Samad yang disiarkan dalam blog, saya rasa terpanggil untuk menulis sebagai menyatakan fikiran dan perasaan saya. Saya hanyalah anak muda biasa yang kini sedang meneruskan pengajian di peringkat ijazah pertama di universiti tempatan.
Saya tidak dapat menahan tekanan perasaan kecewa sebaik tamat membaca puisi dan ucapan Pak Samad. Saya tidak menyangka sama sekali bahawa seorang yang begitu berpengalaman dalam bidang penulisan, khususnya dalam genre puisi dan karya kreatif, telah gagal memberi tafsiran yang berasaskan kebenaran dan realiti.
Ucapan Pak Samad mengingatkan saya dengan novel 'shit' yang juga hasil karya seorang yang berpengalaman dan berkarya dalam zaman pemerintahan negara yang telah memberinya ruang dan penghargaan seluas-luasnya.
Pada saya kedua-dua penulis ini sangat rajin tetapi telah telah tersesat dalam dunia khayalan sehingga akhirnya perahu mereka ditarik oleh pihak tertentu dan dipengaruhi supaya terlibat sama menuju ke destinasi tertentu.
Kami anak-anak generasi muda Malaysia juga tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kami juga ingin menghantar pesanan yang sangat waras dan realistik. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan untuk menjamin masa depan kami yang masih panjang. Kami ingin anugerah Allah ini diteruskan.
Kami hairan, kenapa ada pihak yang suka merosakkan situasi? Kenapa mereka terus berminat untuk terus memperkuda kebebasan demokrasi? Perlukah segelintir manusia yang rakus kuasa ini kita biarkan bermaharajalela?
Sekian lama kita hidup bahagia dengan aliran demokrasi yang semakin ditambahnilai ini. Telah lama kita bersama-sama menikmati keindahan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni yang selama ini kita perjuangkan bersama.
Kami amat sedar bahawa inilah demokrasi yang amat berjasa yang telah membentangkan jalan yang luas dan mudah yang telah kita lalui selama ini generasi demi generasi. Maka itu, kita patut menjadi lebih berazam bersama dengan majoriti rakyat arus perdana. Kita patut menjadi lebih garang menghempit dan mengekang penghasut-penghasut yang bertindak semakin durjana.
Kita sedang berlawan dengan keangkuhan dan kedegilan pejal para penghasut yang bersembunyi disebalik tabir demokrasi. Saban hari mereka menggambarkan diri mereka sebagai kumpulan “siasah” yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, mereka adalah kelompok gerombolan yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat. Sangat buruk hajat dan cita-cita mereka.
Kami anak-anak generasi muda yang sedari mula bernafas dengan takdir demokrasi ini akan terus mempertahankan jalan dan jentera demokrasi agar lebih mantap, disegani, sesuai dengan generasi kami yang bukan dilahirkan di tepi-tepi jalan. Kami adalah anak-anak muda yang membesar dalam keluarga yang bermaruah di tanahair yang merdeka dan berdaulat.
Kami anak-anak generasi muda yang sedari mula bernafas dengan takdir demokrasi ini akan terus mempertahankan jalan dan jentera demokrasi agar lebih mantap, disegani, sesuai dengan generasi kami yang bukan dilahirkan di tepi-tepi jalan. Kami adalah anak-anak muda yang membesar dalam keluarga yang bermaruah di tanahair yang merdeka dan berdaulat.
Kami tidak inginkan penghasut-penghasut tegar yang semakin hari semakin berani mengotorkan demokrasi dengan fahaman yang kasar dan perlakuan yang sombong. Mereka berkelakuan luar biasa dan bukan budaya negara dan generasi kami.
Kami bersyukur kepada Allah yang menjadikan kami anak-anak di bumi Malaysia dan kami berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin yang sentiasa berusaha menjadikan negara dan rakyat negara kami menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.
Kami tidak rela membiarkan negara dan keharmonian yang di nikmati selama ini dinodai oleh tangan-tangan penghasut yang sedang mencipta penderitaan dengan gerak hati yang kasar dan angkuh. Kami akan terus mengagumi kerja-kerja manusiawi hasil dari tangan yang insani dan pemikiran yang waras selama ini. Kami dibimbing dengan ikhlas seperti menatang minyak yang penuh sehingga kami mengerti siapakah pembela dan siapakah penghasut.
Kami generasi muda tidak memerlukan dan tidak mengizinkan sama sekali suara-suara angkuh dalam era yang demokrasi yang amat mesra ini. Kami akan terus bersama dengan tangan-tangan kuasa yang begitu berhemah, seringkali memimpin dan berjaya mendamaikan hidup kami yang berbilang bangsa dan agama. Kami akan tetap mempertahankan iklim demokrasi yang harum yang selama ini kami hidu bersama.
Realitinya kita sememangnya hidup dalam dunia yang indah.
Realitinya kita sememangnya hidup dalam dunia yang indah.
Tetapi para penghasut mengkhayalkan kuasa di dunia dan sanggup mentafsir keindahan yang kita kecapai selama inhi sebagai api-api neraka yang sedang membakar kita. Mereka mentafsir dalam khayalan.
Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams: “It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people’s minds.”
Kita telah lama menyalakan unggun api itu semenjak menikmati kemerdekaan lagi.
Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams: “It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people’s minds.”
Kita telah lama menyalakan unggun api itu semenjak menikmati kemerdekaan lagi.
Kami anak-anak generasi muda akan meniupkan bara api kejayaan.
Di tangan kanan kami adalah cita-cita besar sebagai anak bangsa di bumi bertuah
dan di tangan kiri kami adalah api perjuangan dengan jiwa besar meneruskan apa yang sudah diwariskan kepada kami.
(Mohon Tuan Pendita siarkan dalam blog tuan jika memberi faedah kepada generasi kami. terima kasih)
comments:
- Satu penulisan yang baik dari anak muda berwawasan yang melihat kehadapan. buat orang tua gila babi berambaut dan janggut putih yang pada hakikatnya lebih hina dari babi sekandang adalah lebih baik duduk diam-diam atau mendekati kepada Allah. Anak2 muda sudah mula menjadi biadap disebabkan nafsu babi situa kutuk. Belajar2lah mendekati diri di pondok2 agama kecuali kau situa memang seorang munafik yang penuh darah daging kau sumbat dgn daging babi. Tak malukah dgn anak2 muda yang dahagakan ilmu dan keamanan. disebabkan sifat kebabian yang ada dalam diri situa babi ni,negara dan agama akan hancur hancur ibarat dihumban kekubang babi yang dicipta oleh situa babi dan seangkatan dengannya. Wahai situa kutuk bawa2lah bertaubat dan berfikir sebaik2nya. Apa kelebihan ambiga peternak babi dibanding dgn nikmat Allah. Cukup2lah dgn usia yang diberi pada kau.Beri dan tinggallah dunia ini dgn amal dan nama terpuji bila kau mampus nanti agar tidak dimaki hamun oleh anak bangsa kau sendiri. Sedar2lah wahai penganut ajaran ambiga babi.
- Dah dah lah tu Pak Samad Said usah lah nak berseh kan tu ini diri sendiri pun tak terurus beserabut beserabai dan lagi ingatlah umur umur kita banyakan ibadat dekat diri dgn Allah sebelum dijemput berpindah kealam barzah. dulu saya amat menhormati Pak Samad dlm pemikiranya sekarang mengapa jadi begini otak yg begitu baik dikurniakan Allah dicabut dari kepala dan di letakan dalam tong sampah...
- Pak Samad menyara hidup dari hasil penulisan kreatif. Untuk berkarya Pak Samad perlu berfikir. Untk berfikir perlu ada minda. Kualiti minda seseorang ditentukan oleh sebarang input yg akhirnya membina sistem kepercayaan. Jelaslah sistem kepercayaan Pak Samad sudah dipengaruhi oleh unsur-unsur politik kepartian. Maka Pak Samad tidak lagi dimiliki oleh pemikiran alam sarwajagat, tetapi dimiliki oleh kelompok atau gerombolan tertentu. Kalau selepas ini Pak Samad tidak menjadi penulis upahan pun...tetapi nampaknya akan menjadi penulis hamba abdi kepada gerombolan dengan sistem kepercayaan yang terkawal. Shanon Shit telah membuktikannya dengan baik sekali dan pengajaran yg amat berharga kepada kami golongan muda.
- Melihat rupa paras mu jelas sekali menunjukkan keperibadian mu yang membuatkan fikiran mu yang bercelaru, bagi ku terlihat SYAITAN / IBLIS bergantungan di seluruh janggut mu, jasa mu selama ini telah hilang begitu sahaja tanpa menjadi tauladan saperti mereka mereka yang telah bershukur kepada ALLAH. Balik lah kepangkal jalan.
- Kita yakin kebanyakan anak2 generasi muda kita pelbagai kaum sudah mengalami pendidikan sepanjang hayat remaja mereka. Pasti mereka dapat berfikir dengan baik berdasarkan realiti dan mampu mengasingkan antara fakta kebenaran dengan retorik penghasut. Demokrasi di negara kita amat subur dan dinamik...sebab itulah para penghasut ini mendapat peluang melakukan tindakan2 yang di luar amalan demokrasi. Kalau kerajaan kita tidak mengamalkan demokrasi, sudah tentu para penghasut ini akan menerima padah. Syabas anak-anak muda kita yang bertanggungjawab dan sayangkan pencapaian yang kita sudah nikmati selama ini. China DAP sentiasa bijak menjadikan PAS dan Melayu PKR sebagai haiwan politik ternakan mereka. Matlamatnya hanyalah untuk menggagalkan kejayaan yang dicapai di bawah Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang. Mereka mahu gantikan dengan Perlembagaan Malaysian Malaysia yang mereka cipta sendiri.
- Kalau bukan alat penyebaran surat kabar kerajaan UMNO yg mengiktirafkan tulisan dan karya tak mungkin si tua janggut ni dgn rambut berserabut seperti sami Hindu dapat tempat di hati Melayu. Ceh.... Dayus kau Pak Samad , berani kau hina wadah parti Umno yg telah banyak membantu kaum mu...setelah kau dan kelurga mu dah kecapi semua yg telah diberikan kini kamu seumpama se ekor anjing yang tersepit ekor nya... dan menggigit tangan yg membantu mu....
- Tun Dr Mahathir pernah menyebut berulangkali...bangsa yang melupakan sejarah akan kehilanagan maruah.. Syabas anak muda yg memahami sejarah dan menjaga maruah sebagai satu bangsa yang berjiwa besar..
- Samad Serabai (maaf kerana bersifat sedikit kurang ajar) Samad Serabai adalah antara yang kuat menentang PPSMI, bermakna Samad Serabai menentang Melayu yang mahukan progressif, bermakna Samad Serabai mengkhianati bangsanya Aku bukan nak mendewa dewakan bahasa inggeris, tetapi kita harus sedar, bahasa inggeris boleh menjadikan Melayu semakin hebat. Samad Serabai harus insaf, ini dunia realiti bukan fantasi, ini dunia realiti bukan dunia puisi. Berpuisilah kamu tapi jangan sampai minda dan otak kamu menghalang kemajuan anak bangsa Berjalan jalanlah kemana mana,Shopping Mall, Recreation Centre cina keling bangga bercakap inggeris, masuklah ke mana mana kantor swasta, majikan bangga melihat resume calon yang mahir berbahasa inggeris. Jumpalah mana mana majikan , bukan puisi tapi resume yang diminta. Samad Serabai Kalau kamu menentang bahasa inggeris, aku cabar kamu agar membantah penggunaan bahasa inggeris di UITM juga. Aku cabar kamu membantah penggunaan dialek negeri dan bahasa rojak distesen stesen tv dan radio, perjuangkanlah kalau kamu rasa bahasa melayu itu adalah segala galanya Sedarlah Samad Serabai Ini dunia realiti bukan Fantasi, lalang jangan dikatakan padi, pokok jangan dikatakan rumah, bulan bukan lagi dirindukan pungguk tetapi angkasawan, Jalan kaki bukan lagi pilihan, mandi telaga dah dijauhi, sawah bendang dah diganti inilah realiti, Samad Serabai Dipenghujung usia ini jadilah manusia yang dihormati bukan dibenci supaya mati tetap abadi. PERJUANGKANLAH ISLAM MU GO TO HELL TO YOU SAMAD SERABAI SHAME ON YOU SHAME TO THE YOUNG ONES
- salam pendita... semalam anak sufi terpandang papan iklan elektronik di kota raya kuala lumpur berkaitan dengan forum "...China and India rising will benefit your business". kenyataan ini telah meruntun emosi anak sufi. betapa besarnya pengorbanan kita orang melayu tapi orang china dan orang india tidak pernah mahu menghargainya. carilah di mana-mana peta dunia ini satu negera yang bergelar tanah melayu. di dunia ni ada negara china dan negara india tetapi tidak ada negara melayu. Inilah satu-satunya negara kita orang melayu. kini negara ini mahu terus dikuasai oleh bangsa lain melalui kekutatan politiknya. apakah kita tidak menyayangi negara kita? mengapa kita perlu berpecah wahai orang melayu? Hanya kerana perbezaan politik kita menggadai warisan anak bangsa yang seharusnya mempusakai bumi malaysia ini selamanya. adakah agama dan semangat cintakan negara itu terpisah? jika tidak, mengapa nik aziz tidak mengaku melayu? mengapa nik aziz dan orang melayu pas dan pkr memperjuangkan sama rata di kalangan orang melayu dan bukan melayu? mengapa? mengapa melayu pas dan pkr sanggup mati kerana bukan melayu (bukan islam juga). kenapa orang melayu pas dan pkr membuta tuli mempercayai kata-kata orang kafir hingga lupa pada amaran Allah bahawa orang kafir akan terus berusaha menyesatkan kita dan mereka hanya akan bersama kita jika kita mengikut telunjuk mereka. anak sufi tidak faham mengapa manusia yang dikurniakan Allah tinggi ilmu agamanya, tinggi ilmu bahasanya, tinggi ilmu dunianya tapi gagal memahami makna cinta pada negara, gagal memahami sayangkan negara dan bangsa. Gagal untuk menunjukkan hikmah bermakna?
- Pemimpin Pas cari makan dengan menjual agama. Samad Said pula cari makan dengan jual bahasa. Nuar Berahim dan keluarga jual temberang. Kit Siang dan DAP jual demokrasi dan sentimen perkauman. Lengkaplah sudah kedajalan gerombolan pakatan penghasut di negara kita. InsyaAllah seluruh Rakyat akan terus bersama Kerajaan Pilihan Rakyat.
- Sudahlah A.Samad diri kau juga tidak terurus dan muka mu juga tak kelihatan caya keimanan islam Setahu aku sunah nabi adalah pada jangut sahaja tapi kau ikut sunah apa? lagi pun sejak aku ada di bumi Bertuah ini tak pernah pun lihat kau berkunjung keMesjid jadi tak heranlah perangai kau macam tu,seboleh-bolehnya jangan lah kau bertaubat moga mati mu dijalan yang sesat. amin.
- Nampaknya sejarah kemanusiaan berulang lagi. Shahnon Ahmad sanggup menulis novel shit semata-mata untuk memenuhi khayalan dan desakan kebencian yg amat sangat kepada YBhg Tun Dr Mahathir dan UMNO. Seluruh daya khayalnya diperah dan diadun dengan kebolehan menulis hanya untuk melepaskan ghairah emosi kebencian. Akhirnya terjerumus kelembah paling hina iaitu menjadi calon dan wakil rakyat parti yg memperalatkan agama untuk dptkan undi. Samad Said juga nampaknya sedang mengalami syndrom yg sama. Shahnon dan Samad lupa bahawa kebolehan menulis yg Allah anugerahkan kepada mereka tidak dianugerahkan kpd Rasulullah. Tetapi baginda berjaya memakmurkan dunia dengan ajaran dan seruan yg benar. Berbeza dengan Samad Said yg memiliki kebolehan berkhayal yang tinggi dan dianugerah pula dengan kebolehan menulis (yg tiada pada Nabi) tetapi menyeru kpd kemungkaran dan kebathilan.
- SiSamad ini tak habis habis merengek .... jangan lah terlampau nak subsidi penuh sepenuh hidup cukuplah bagi karyawan baru pula...DBP sepatutnya menilai kerja dia secara pro... agar tak merugikan dan kementerian pendidikan juga..supaya buku tek dia...tak membosankan...
Dia ....mogok....merajuk tak hadir acara...tu semua gimik syok sendiri... Karyawan tetap maju kehadapan....Harap pihak tertentu ambil ittibar lain kali biar tiada Anugerah Sasterawan Negara sekiranya tiada yg layak dan sesuai untuknya. Ini kesan meletak benda ni bukan ditempatnya..Zalim lah tuuuu. Dan ternyatalah kesan negativenya terzahir ini... - Catatan ini telah dibuang oleh pentadbir blog.
- Sasterawan bila hati dah tak jujur & ikhlas akan menjadi sasterawan yang penuh dengan 'shit'.
Saya mewakili warga senior mengucap syabas kepada
saterawan muda ini...layak untuk dinobatkan penganti kepada sasterawan sasterwan yang penuh dengan shit. - Tahniah..Karya tuan lebij berisi dari Samad...dan lebih membena..
Sebenonya sastrawan macam dia ni apabila sesat...memang sesesatnya...begitu juga Guru Agama atau Ostd-ostad bila sesat...mereka kan jadi paling menyesatkan dan menghuruharakan..dan akan SPIN agama semaksimum yang boleh..Ayat Quraan akan ambil mana yang ngam..tak takut mengkafirkan sesama islam..mengelar org Islam lain munafik..sedangkan allah hanya melihat siapa yang paling bertakwa..bukan title Ustad/lebai..guru agama...dsb. kekadan merteka yg. nampak biasa-biasa tu lebih bertaqwa..Ustad-ustad ni mesti ingat ..Surga neraka bukan pasal berjubah atau berserban atau gelaran ustad, tok guru dsb... - Tak ada Samad said ni tak memberi bekas pon pada kesusteraan..
- Syabas semua!!!! kita bersatu selamatkan agama, bangsa dan negara. Kita doakan agar umat Islam kita yang tersasar itu diberikan petunjuk oleh Allah. Syabas penulis muda.
- Samad! Samad! cukup-cukuplah. Ingatlah Ibu dan Ayah perlukan amalan kamu yang baik untuk jariah kepada kami di alam barzah ini.
Akan sampai ketikanya bila kamu bersama kami jua.
Bawalah kepada kami harum kasturi amalan yang mulia.
Jangan sesekali bawakan kami yang kusut dan masai. Serabut dan serabai. Kerana kamu telah menjadi manusia yang lalai... - mummy dari dulu tak berkenan tgk Samad ni, selekeh! misai sampai masuk ke dalam mulut. ustaz2 Pas tu tak tegur ke? tak bagi tau dia hukum ke simpan misai mcm tu sekali? misai janggut tak terurus mmc mana nak bagi nasihat kat orang
- isu bahasa melayu yg buatkan org tua ni marah..soalan buat sijanggut putih, sejauh manakah PR yg didominasikan oleh DAP akan memperjuangkan bahasa melayu seandainya ditakdirkan pihak PR menang?...lihatlah mereka skrg hebat sgt bahasa melayu mereka, selalukah mereka menggunakan bahasa melayu bila bercakap...gunakan otak tuk berfikir jgn gunakan janggut putihmu itu tuk berfikir bagi dirimu..
- jahat sangatkah umno tu? baik dan betul semuakah pas ,dap dan pkr tu? tak cukup teluskah spr dengan tertawannya 4 negeri tu?tak cukup punahkah bangsa melayu dan penganut agama ISLAM dengan sikap gila kuasa orang melayu dalam pembangkang?
- Allah mengHARAMKAN apa juga bentuk kemusnahan, kerosakan , kezaliman terhadap diri sendiri dan juga ke atas hak - hak sesama manusia dan makhluk yang lain di atas muka bumi ini. yakinlah setiap inci perbuatan itu akan di persoalkan..mampukah kita menjawapnya ketika tanah menghimpit jasad, ketika tiada bantuan lain yang datang membantu?
JANGAN DI SOKONG KAFIR YANG BERNIAT MEROSAKKAN KITA UMAT ISLAM.SAYA PENYOKONG KEAMANAN.
Kami generasi muda amat sukar utk menerima sikap sasterawan seperti Pak Samad Said ini.
BalasPadamJelaslah pd kami rupa-rupanya selama ini Pak Samad hanya bermain dengan bahasa mengikut rentak khayalan fikirannya sahaja.
Hakikatnya Pak Samad mempunyai kekuatan berkhayal dan mengatur-atur kosa kata baris demi baris melayani imaginasi di awang-awangan dunia fantasinya.
Rupa-rupanya Pak Samad dipandu oleh intuisi bebas tanpa acuan agama dan nilai yang luhur.
Kami tidak akan terikut-ikut dengan contoh sasterawan seperti ini. Masih ramai lagi ahli bahasa, sasterawan, budayawan yang berjaya memabngunkan minda kami yg boleh diteladani.
Terima kasih Tuan Pendita yang sudi menyiarkan suara hati yang mewakili generasi kami.
Sastera itu indah lagi mulia kewujudannya.
Saya amat bersetuju bahawa Rasulullah tidak pandai menulis, tetapi kata-katanya membawa manusia ke arah yg lebih baik di serata dunia.
semua awk ni jahil dan sesat.
BalasPadamorg nak bawak kbenarn kenapa awk tidak sokong.
islam tu kbenaran..tolak kbenarn makna toalk Islam..
awk mati dlm Umeno-UPCO...mati sia2...amalan awk Tuan Guru dah sebut...tidak boleh bawak masuk kubor...
Salam sejahtera dan perhatian untuk pak samad atau yang serupa pemikiran seperti pak samad,
BalasPadam1. Ambiga, Lim Kit Siang, Karpal yang tuan-tuan sokong sangat tu, PANDAIKAH BERBAHASA MELAYU?
2. Kenapa jadi sampai buta tak nampak bahawa mereka ini, kalau disuruh bercakap dalam Bahasa Melayu selama 15 minit pun rasanya tak lepas. Orang MALAYSIA kah mereka ini?
3. Jangan pandai nak sokong mereka dan hentam UMNO saja, tanpa fikir sedikit lagi, cuba tengok pula BAHASA MELAYU orang-orang PAS dan PKR.
4. Penuh maki hamun, sumpah seranah, mencarut. Pernah dengar "BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA"? Mereka ini bangsa apa bila bercakap asyik mencarut dan memaki hamun?
5. Jawabnya: BANGSA KURANG AJAR.
6. Anda, PAK SAMAD, nak saya undi orang-orang macam ini? Cuba tengok pula NAJIB dan Muhyiddin berucap. Ada bunyi macam mereka-mereka ini?
7. Akhir kata, Lu pikirlah sendiri.....
setuju sangat dengan sikenit..
BalasPadamorg lain kerja setengah mati nak cari duit tanggung anak bini..
Samad serabai ni senang2 berkhayal dan gunakan bahasa Melayu cari makan...kerajaan yang dia tuduh zalim dan tak guna ni pulak tolong jual bukunya..beri penghargaan...beri kemudahan..
org macm ini ada maruah ker?