Wan Ahmad selaku Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilaporkan oleh laman portal Malaysiakini.com semalam bertajuk "SPR: Ambiga diperalat, BERSIH kian kusut".
Wan Ahmad mendakwa bahawa Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan telah diperalatkan oleh pemimpin politik pembangkang untuk membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Kenyataan Wan Ahmad adalah sangat tepat dan berjaya bertanggungjawab dalam menzahirkan watak sebenar Ambiga yang semakin ketara dilihat sebagai alat kepada pemimpin gerombolan pakatan pembangkang sebagai agen perosak dan penghasut yang berselindung di sebalik kebebasan demokrasi.
Sebagai seorang yang profesional dan memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas, Wan Ahmad menyatakan yang sebenar berdasarkan pengalaman beliau melayani kerenah Ambiga selama ini.
Kenyataan dan pandangan beliau telah menyebabkan gerombolan pakatan pembangkang menjadi semakin risau di samping kebangkitan Barisan Nasional yang semakin diterima rakyat pelbagai kaum semenjak beberapa pilihan raya kecil yang lalu.
Kenyataan tegas Wan Ahmad itu memberi gambaran kepada rakyat bahawa SPR berpegang teguh kepada peranan dan tanggungjawabnya seperti yang termaktub dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Wan AShmad berjaya memberi gambaran jelas bahawa SPR merupakan sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab bagi menyelia dan mengelola pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia.
Beliau turut memberi contoh bahawa Kelantan telah dikuasai Pas selama lebih 20 tahun dan pada PRU 2008, 5 buah negeri berjaya dikuasai pembangkang. Jika SPR tidak bersih dan berpihak kepada Kerajaan, pasti hal ini tidak akan berlaku.
Kenyataan dan penjelasan Wan Ahmad dilihat sebagai respon yang sangat wajar kerana Ambiga cuba meniupkan sentimen kebencian dan keraguan terhadap SPR. Malah kini terbukti dengan jelas beliau sedang diperalatkan oleh gerombolan pakatan pembangkang untuk tujuan politik mereka.
Seluruh Rakyat Malaysia amat faham bahawa lapan tuntutan Ambiga itu adalah hanya nyanyian lagu politik untuk membantu gerombolan menguasai Putrajaya.
- Pembersihan senarai pengundi sememangnya berlaku sepanjang masa dan perlu melibatkan kerjasama dari banyak pohak termasuk pemilioh itu sendiri. Reformasi undi pos tidak perlu kerana hal mengundi pos juga adalah hak rakyat Malaysia yang kekang oleh tugas rasmi mereka.
- Penggunaan dakwat kekal bukanlah idea yang terbaik malah kelihatan berundur ke belakang bagi sebuah negara yang telah jauh membangun seperti negara kita, selain menimbulkan masalah kepada umat Islam.
- Tempoh berkempen minima 21 hari juga bukanlah budaya politik yang sihat kerana pihak gerombolan pakatan pembangkang sentiasa berkempen [politik sepanjang masa, siamg dan malam, kerana mereka tidak ada tanggungjawab memerintah, mentadbir dan membela kehidupan rakyat.
- Institusi awam sentiasa dinamik dan pengukuhan organisasi sentiasa berlaku selaras dengan dasar kerajaan semasa yang berintegriti.
- Rasuah, samada rasuah pilihan raya atau apa sahaja bentuk rasuah, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membanterasnya. Semua pihak bertanggungjawab melaporkan isu rasuah dengan bukti yang jelas dan tindakan boleh diambil oleh Suruhanjaya bebas yang sedang berfungsi dengan baik.
- Amalan politik kotor adalah sebahagian daripada nyawa dan tunggak perjuangan gerombolan pakatan pembangkang. Mereka boleh membawa kes ke mahkamah apabila terbukti wujud amalan politik kotor oleh mana-mana pihak semasa pilihanraya atau sepanjang penggal pemerintahan.
Rakyat melihat tuntutan Ambiga yang disokong oleh gerombolan pakatan pembangkang adalah bertujuan untuk mengelirukan rakyat. Sedangkan rakyat telah mengalami proses pilihanraya dalam suasana demokrasi yang subur. Rakyat yakin kerajaan sentiasa berusaha memperkukuhkan sistem pilihan raya yang bebas dan adil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan