Followers

Selasa, 5 Julai 2011

Takut Hilang Sokongan, PAS Sanggup Jadi Lembu Politik Kelas Rendah


Rakyat akan terus bersatu pertahankan Kerajaan Pilihan Rakyat melalui pilihanraya
Rakyat akan terus membenci penghasut yang MENGOTORKAN demokrasi di jalanraya

SRI GADING, 4 Julai : Kemenangan yang semakin hampir kepada PAS dan Pakatan Rakyat sangat menakutkan pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) sebab itu mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kuasa mereka.

Mereka bukan sahaja memperalatkan semua agensi kerajaan untuk kepentingan mereka bahkan mereka juga sanggup membelakangkan amalan demokrasi yang jelas terkandung di dalam Perlembagaan Negara. 
Demikian ditegaskan Naib Ketua Ulamak PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Muhamad  di sini, baru-baru ini. (Sumber: harakahdaily)
Pandangan Pendita:
1. Sokongan para penghasut yang ketuai oleh Ambiga, Cauvinist China DAP, Sosialis-Komunis PRM dan Leberalis Nuar Berahim bertujuan mengajak rakyat berbilang kaum memporak-perandakan sistem demokrasi di negara kita. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk menumbangkan Kerajaan Pilihan Rakyat yang dimenangi melalui proses demokrasi dan sistem pilihanraya yang sah. 
2. Walau pun berbagai usaha serta tindakan tidak demokratik yang dilakukan oleh PAS dan sekutu Gerombolan Pakatan Pembangkang, namun mereka gagal untuk mengajak rakyat menumbangkan kerajaan melalui proses keganasan jalanraya. Malah Rakyat semakin kuat mendesak Kerajaan mengadakan tekanan, halangan dan tangkapan kepada para penghasut yang tidak demokratik ini.
3. Walaupun terpaksa melanggar undang-undang dan mengenepikan Perlembagaan Negara, PAS dan Gerombolan Pakatan Pembangkang meneruskan juga hasrat mengajak rakyat memberontak. Ini menguatkan lagi bukti betapa takut dan terdesaknya mereka yang telah kehilangan sokongan rakyat yang cintakan keamanan, kesejahteraan dan keselamatan bersama.bahawa.
4. Rakyat semakin gembira dan bertambah yakin bahawa Kerajaan akan bertindak tegas menjamin keselamatan Rakyat dengan menggerakkan pasukan keselamatan untuk menghadapi puak-puak pelampau dan para penghasut yang tidak bertanggungjawab ini. Rakyat mahu Kerajaan terus meningkatkan penguatkuasaan dan medahulukan kepentingan Rakyat terbanyak dari melayan kehendak para penghasut dan puak-puak pelampau itu.
5. PAS dan sekutu pembangkangnya akan terus mengadakan porak-peranda politik untuk mengelakan sokongan terhadap mereka semakin merudum . Untuk mencapai matlamat itu mereka akan terus meracuni pemikiran orang ramai dengan slogan dan frasa berikut:
  1. Kerajaan sekarang sangat zalim
  2. Kerajaan tidak demokratik
  3. Kerajaan menipu dalam pilihanraya
  4. SPR adalah alat Kerajaan
  5. Polis adalah anjing kerajaan
  6. Jangan takut ditangkap, peguam sedia membela
  7. Menentang pihak berkuasa adalah hak rakyat dan amalan demokrasi yang bersih
  8. Jalan ke Putrajaya semakin dekat
  9. Kemenangan sentiasa memihak kepada gerombolan pembangkang
  10. Kerajaan hanya boleh ditumbangkan melalui protes di jalanraya.
Akibatnya rakyat pelbagai kaum dan agama kini menjadi semakin akrab dengan Kerajaan Pilihan Mereka.
Seluruh Rakyat telah menyeru dan mendesak Kerajaan supaya menggerakkan lebih ramai anggora polis dan FRU dikerah untuk membanteras para penghasut dan pemberontak ini.
Rakyat juga sangat gembira apabila pihak Polis menggeledah segenap tempat dan sarang tersembunyi dan melakukan tangkapan secara tegas supaya gerakan Anti Nasional ini dapat dihapuskan sama sekali untuk kepentingan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

comments:


usin berkata...
pas ni semakin banyak lupa dan semakin lalai dgn Islam. persekongkolannya @ al-walad dgn musuh Islam sama seperti memusnahkan Islam anutannya. adakah dgn menukar Islam kpd kebajikan telah menghalalkan apa yg haram sebelum ini. di Kelantan sendiri, tok2 guru pondok sudah mula bersuara menentang pas alaf baru kerana semakin menyesatkan diri @ tersesat.
Angah Pudin berkata...
akhir-akhir ni kita lihat..Pas seperti menyamar Islam tetapi sebenarnya alat kpd DAP dan Nuar Berahim. Bahaya nih..
Haji Rashid Yan berkata...
salam, setuju dgn pandangan Angah Pudin... sifat2 khawarij yang ada pada Pas, sangat bersesusaian dengan ideologi komunisme. Cuma bezanya komunis menolak agama tetapi Pas sanggup menyamar beragama tetapi melakukan yang bertentangan dengan suruhan dan ajaran agama yang sebenar. Saya kasihankan ahli2 dan penyokong Pas yang teraniaya dengan fahaman yang tidak selaras dengan ajaran Islam. Mereka hanya terikut2 dan terpengaruh dengan kata2 ustaz2 politik dan menganggapnya sebagai jalan Islam. Kita doakan mereka terselamat dari kesilapan yang mereka tidak sedari itu...amin
Tanpa Nama berkata...
~Takut Hilang Sokongan, PAS Sanggup Jadi Lembu Politik Kelas Rendah~...iyerrr kerrrrr....hehehehe
Tanpa Nama berkata...
Idea Perhimpunan Kotor ini tidak akan berlaku jika Ambiga, DAP dan Nuar Berahim tidak yakin mereka mampu memperalatkan Pas. Ternyata kini PAS yang bersungguh2 manakala china DAP hanya melihat dan tersengih bertepuk tangan melihat kebodohan umat Islam melawan kerajaan dan YDP Agong mereka sendiri.


2 ulasan:

  1. Melayu Pas semakin bodoh tak boleh di ajar.Di hitamkan oleh illahi kerana mengkafirkan sesama Islam dan 2 Imam" Amanat haji Hadi".terima lah balasan dari yang maha berkuasa.

    BalasPadam
  2. Orang yang mengeluarkan amanat itu sendiri yang akhirnya terbalik mengamalkan apa yang di amanatkannya. Begitulah bagaimana Allah membalikkan kan tuduhan dalam amanat tersebut kepada Pengeluar amanat itu sendiri ( sungguh mengaibkan )

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...