Followers

Khamis, 30 Jun 2011

Rakyat Semakin Bangkit Untuk Mengganyang Gerombolan Penghasut Pakatan Pembangkang


Kuasa Rakyatlah Yang  Memilih Kerajaan Pilihan Rakyat Hari ini 

Hasrat para penghasut dari Gerombolan Pakatan Pembangkang untuk memanipulasi dasar mesra demokrasi kerajaan semakin menjadi luntur dan hilang arah.
Seluruh rakyat bukan sahaja sukar menerima taktik kotor para penghasut untuk menumbangkan Kerajaan Pilihan Rakyat , tetapi juga turut bangun di seluruh negara bagi menghalang konspirasi tidak bertamadun ini dari menjadi subur di negara ini.
Yang Di-Pertuan Agong adalah payung negara, payung pelindung bagi rakyat segenap lapisan masyarakat. Institusi Yang Di-Pertuan Agong bukan untuk para penghasut tepi jalan yang sengaja mahu mengotorkan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Rakyat telah jelas bahawa himpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini ialah satu himpunan para penghasut untuk mencipta iklim dan meningkatkan kebencian serta menghakis kepercayaan awam terhadap SPR dan Kerajaan Pilihan Rakyat.
Ruh demokrasi yang diperuntukkan dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia dicemar dan ditafsir secara hina oleh para penghasut dari Gerombolan Penghasut Pakatan Pembangkang ini. Mereka berusaha berterusan, dengan sikap degil meneruskan penghinaan terhadap perlembagaan yang dijunjung oleh seluruh rakyat Malaysia. Perlembagaan yang menjamin hak semua rakyat untuk menikmati kehidupan yang aman, selamat, sejahtera dan membangun.
Perhimpunan Para Penghasut ini selain daripada cuba menyuburkan dan menanam pemikiran ganas, telah cuba menggunakan kemesraan demokrasi kerajaan untuk mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan. Satu teknik yang dicipta untuk menanam kebencian dan menggunakan huru-hara sebagai kaedah menjatuhkan Kerajaan Pilihan Rakyat yang sah.
Bagaimanapun Rakyat di seluruh negara tetap bersama dengan Kerajaan Pilihan Rakyat menghadapi untuk mengganyang Gerombolan Penghasut Pakatan Pembangkang ini. Hasrat mereka untuk merosakkan demokrasi di negara ini akan tetap ditentang habis-habisan:
a)      Pada 13 Jun 2011, PERKASA telah berjaya membentuk satu kumpulan rakyat yang cintakan negara, dan dengan beraninya mengistiharkan untuk bertembung dengan Gerombolan Penghasut Pakatan Pembangkang jika ingin meneruskan rancangan menghasut mereka pada 9 Julai nanti.
b)      Pada 15 Jun 2011, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mewakili aspirasi Rakyat Malaysia telah memberi amaran untuk tidak mengeluarkan permit termasuk membuat tangkapan awal sebagai langkah pencegahan sebelum Para Penghasut ini semakin besar kepala.
c)       Pada 17 Jun 2011, Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) pula mencadangkan kepada pihak polis supaya mengambil tindakan yang lebih tegas dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada perancang Gerakan Pakatan Para Penghasut ini.
d)      Pada 18 Jun 2011, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim telah memberi maklumat bahawa serangan siber  terhadap laman web kerajaan adalah bermotifkan politik dan mempunyai kaitan dengan Gerombolan Pakatan Para penghasut.
e)      Pada 18 Jun 2011 juga, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mengingatkan bahawa himpunan Gerombolan Pakatan Para Penghasut pada 9 Julai ini adalah agenda yang sama seperti yang telah dilakukan pada tahun 1998. Tujuannya untuk menanam kebencian melalui huru-hara dan pelbagai ancaman provokasi.
f)       Pada 19 Jun 2011, Timbalan Perdana Menteri mewakili kerajaan Pilihan Rakyat telah mendakwa himpunan Para Pakatan Penghasut ini adalah agenda himpunan untuk membangkitkan kemarahan rakyat seterusnya menjatuhkan kerajaan sah hari ini.
g)      Pada 19 Jun 2011 juga, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dengan tegas mendakwa bahawa perhimpunan pada 9 Julai nanti adalah idea manipulasi Para Penghasut yang cuba mencontohi perhimpunan rakyat di negara Asia Barat seperti Mesir, Syria dan Libya sedangkan Rakyat tahu senario di negara tersebut tidak sama dengan di negara ini.
h) Lebih 1800 aduan polis oleh rakyat telah dibuat dan sehingga hari ini ratusan ulat-ulat yang tekah berjaya dihasut oleh para penghasut, telah ditangkap dan rakyat berasa amat gembira kerana terbukti Kerajaan Pilihan Rakyat telah melaksanakan mandat dan kuasa yang telah diberikan untuk menjamin keamanan, keselamatan dan kesejahteraan semua.
Gerombolan Pakatan Penghasut cuba menafikan hak rakyat yang telah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menikmati kehidupan yang semakin bertambah baik sekarang ini. Mereka menggunakan kebebasan demokrasi untuk mencemari kedaulatan undang-undang. Malah, mereka menggunapakai  undang-undang rimba. 
Ingatlah, para penghasut yang angkuh dan menggunakan kaedah huru-hara dan menanam kebencian untuk mendapatkan undi rakyat tidak akan mendapat tempat di bumi ini. Rakyat tidak boleh dibohongi dan disekat kerana akal, budi dan jiwa mereka sebenarnya bebas. Kerana itu mereka mampu memiliki sebuah Kerajaan Pilihan Rakyat yang berkesan selama ini.



Nuar berahim kesal tak dapat huru-harakan negara, 
Ambiga masih nak tunjuk keras kepala,
dan PAS semakin hilang arah dan mula dibenci oleh ahli parti sendiri, 
...tetapi China DAP tetap tidak berputus asa.




1 ulasan:

  1. Salam. Kalau begitu, semua yang menentang Bersih patut keluar beramai-ramai 9 Julai ini untuk buktikan lebih ramai yang tak sokong BerSHIT.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...