Followers

Isnin, 31 Januari 2011

Kemenangan Rakyat Menolak Agen China DAP

Keputusan rasmi PRK DUN Tenang.

BARISAN NASIONAL 6699

PAKATAN HARAM 2992

Undi ditolak: 142
Peratus mengundi: 67%
Majoriti: 3707

TAHNIAH SEMUA PENGUNDI DALAM DUN TENANG
TAHNIAH JENTERA PRK BARISAN NASIONAL

TAHNIAH PARA BLOGGER PRO RAKYAT YANG GIGIH DAN BIJAKSANA
TAHNIAH PRA BLOGGER PRO ANTI NASIONAL MEMBANTU BUAT FITNAH

TERIMA KASIH JUGA CIKGU MAAROF MC YANG TOLONG MENIPU MAJIKAN
TERIMA KASIH NIZAR JAMALUDIN TOLONG TIUP KEBENCIAN
TERIMA KASIH NIK AZIZ BANTU CIPTA FATWA KARUT PAS
TERIMA KASIH NUAR BERAHIM TAMBAH PEMBOHONGAN

KEMENANGAN RAKYAT MENOLAK PAS, 
AGENT SETIA CHINA DAP
 

Ahad, 30 Januari 2011

Selamat Mengundi, Suara Demokrasi Rakyat Tenang


Hak Rakyat untuk meneruskan pembangunan  dan menyingkirkan petualang negara.


Maarof sakit kuat, jiwanya tak senang,
Nak tipu majikan, tapi cara macam bebudak;
Esok hari penentu, Wakil Rakyat DUN Tenang,
Buatlah pilihan, jadilah pengundi  yang bijak.


Kononnya sakit jiwa, Maarof pun mintak cuti,
Rupanya ngikut Normala, selak kain main air bah; 
Turunlah beramai, pakatlah ke pusat mengundi,
Tunaikan kewajipan, kerana kita warga yang bermaruah.


Maarof terror berbohong, walaupun Islam kata jangan,
Pakai songkok putih, punah kemuliaan Islam dia rembat;
Janganlah mengundi sekadar gunakan tangan,
Gunakan fikiran, buat pertimbangan yang cermat


Maarof dengan Normala, pernah duduk bersanding,
Setelah Cikgu Mala, semasa di Penang main kayu tiga; 
Hanya ada dua sahaja, parti yang sah bertanding,
BN yang banyak jasa, dengan Pas yang penderhaka.


Maarof dapat cuti sakit, tapi pergi kempen dengan bebas,
Ngaku kata dia Islam, tapi perbuatan macam tak ada agama;
Masanya sudah tiba, pengundi di Tenang mengajar Pas,
Parti Alat DAP, yang gunanya untuk hancurkan bangsa.


Maarof amalkan  menipu, tapi Islam pun dia suka,
Amalannya  songsang, pintu syurga tentu Allah tak buka; 
Tolak Normala tolak Pas, takkan masuk neraka,
Cuma Nik Aziz, akan jadi bertambah gila dan murka.


Maarof dengan Normala dah macam nak pengsan,
Jentera Pas dah lemah, melihat BN semakin mara;
Selamatlah mengundi, dengan yakin pilihlah Barisan.
Untuk survival Agama,  Bangsa dan Negara kita semua.

Sabtu, 29 Januari 2011

Normala Tenang: Doktor Dalam Bahaya Keluarkan Sijil Cuti Tak Sakit Kepada Maarof


Profile:

NAMA GURU : MA'AROF BIN ABD MUTALIB
GRED/DG :     DGA32
OPSYEN :       BAHASA MELAYU
NO. FAIL JPNJ : 92119
TARIKH BERKHIDMAT DI SMK TENANG STESEN : 12 OGOS 1997

Nampaknya bakal YB Cikgu Mala mendesak dan mencadangkan supaya Para Doktor yang mengeluarkan Sijil Cuti Sakit di hubungi segera.

Menurut Normala, Doktor-Doktor tersebut perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana merekalah yang mengeluarkan sijil berkenaan.

Sijil Cuti Sakit Suami:Sila Rujuk Doktor, Kata Cikgu Mala
Posted on Friday, January 28 @ 02:27:14 PST by paktam
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

LABIS: Calon PAS, Normala Sudirman mendakwa suaminya, Maarof Abdul Mutalib diberikan cuti sakit sehingga tempoh dua minggu berturut-turut disebabkan oleh masalah kemurungan akibat arahan pertukaran dalam tempoh 24 jam ke sebuah sekolah di Johor Bharu sebelum ini.

Beliau berkata, bagaimanapun jika media berminat menyiasat lebih lanjut mengenai kesahihan sijil cuti sakit kepada suaminya itu, dinasihatkan bertemu terus dengan doktor yang berkenaan.


“Lebih baik media berjumpa dengan doktor yang mengeluarkan cuti sakit tersebut kerana sebagai doktor beliau lebih profesional dan tahu kenapa dan mengapa surat itu dikeluarkan kepada pesakitnya.

“Media kalau nak tahu lebih baik tanya pada doktor itu lebih baik dan ada ketelusan,” katanya kepada pemberita di Dataran Wayang Pacak di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan suaminya mendapat cuti sakit selama 21 hari daripada dua pusat kesihatan di Segamat namun pada masa yang sama Maarof sering didapati menemani isterinya sepanjang musim kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Dalam pendedahan yang dibuat oleh sebuah blog http://marahku.blogspot.com/ mendakwa suami calon PAS itu telah mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat-Labis, Johor.

Ia diikuti dengan cuti sakits selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh daripada pusat kesihatan yang sama.

Dalam salinan surat sakit tersebut, dimaklumkan Maarof yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen diberikan cuti sakit selama 2 minggu berturut-turut kerana beliau menghadapi masalah kemurungan yang serius.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala berkata, suaminya berdepan dengan tekanan yang hebat ketika mendapat tahu mengenai pertukaran yang diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Johor sebelum tindakan tersebut ditarik balik dalam tempoh 24 jam selepas itu.

“Ya, hal penukaran itu memberikan kesan di hati suami saya kerana pada hari yang sama juga anak saya dimasukkan ke wad,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana dengan keadaan suaminya ketika ini, Cikgu Mala berkata, emosi suaminya sangat stabil dan beliau juga menegaskan dirinya tidak langsung tertekan dengan isu sijil cuti sakit suaminya yang dijadikan bahan kempen dalam pilihan raya kali ini.

“Saya yakin dengan integriti pihak yang mengeluarkan sijil cuti sakit ini. Apa pun tohmahan atau fitnah yang tidak benar akan berbalik kepada orang yang menyebarkan fitnah itu. Insya-Allah, Allah akan memelihara saya daripada sebarang fitnah dan hasad dengki,” katanya.

Jelasnya isu serangan peribadi sudah tidak relevan untuk memancing undi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Isu ini telah disensasikan dengan kaitan peristiwa yang tidak berasas. Isu sakit ini perlu tanya kepada doktor,” katanya

Komen Pendita:

Bukan Doktor sahaja yang perlu dihubungi:

1. Kerani Pentadbiran SMK Tenang Stesen - Bagaimana boleh menerima sijil sakit luar biasa tanpa menyemak terlebih dahulu dengan Pengetua SMK tenang Stesen.

2. Pengetua SMK Tenang Stesen - Bagaimana boleh menerima cuti sakit luar biasa dari Maarof Abd Mutalib tanpa merujuk kepada Pejabat Pelaran Daerah Segamat.

3. Pegawai Pelajaran Daerah Segamat - Bagaimana boleh menerima cuti sakit luar biasa ini tanpa merujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

4. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor - Mengapa tidak memberi panduan yang jelas mengenai peraturan cuti sakit kepada PPD Segamat. Dengan sebab itu PPD Segamat gagal memberi panduan kepada Pengetua SMKTS. 

5. Pejabat Kesihatan Segamat - Mengapa begitu mudah mengeluarkan cuti sakit yang luar biasa kepada orang ramai tanpa rekod perubatan yang jelas dan lengkap.

6. PIBG SMK Tenang Stesen - Mengapa Pengerusi dan AJK PIBG mengalu-alukan Cikgu Maarof menerima gaji bulanan tanpa perlu menjalankan tugas mengajar anak-anak mereka.

7. Dewan Ulamak Pas Pusat - Mengapa menghalalkan perbuatan yang bercanggah dengan islam.

8. SPRM - Mengapa tidak segera menjalankan siasatan. SPRM mempunyai kuasa menyiasat walaupun berdasarkan surat layang sekiranya mendapati ada keperluan yang berkaitan dengan kepentingan awam.




Analisa Tenang: Kapak DAP Mula Menebang Pokok, Hulunya Pas dan Nuar Berahim PKR


Pendita sering mengingatkan pembaca dan Rakyat Malaysia bahawa Pas dan PKR adalah haiwan tunggangan DAP.

DAP menggunakan Pas untuk melemahkan perpaduan Islam dan ajarannya manakala Nuar Berahim PKR pula untuk melemahkan perpaduan kaum serta menggoncang keutuhan Perlembagaan Persekutuan. 

Matlamat DAP untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura. Kaum China di sana berjaya mendominasi politik, ekonomi dan pemerintahan sepenuhnya.

Baca seterusnya pendedahan oleh Blogger The Unspinners berikut:


Tenang: KOMUNIS PAP S'pork beri bantuan pada Mala!!!

Segamat sedang hujan hampir tiap2 hari. Anda semua lihat gambar baju hujan ini kerana semua petugas DAP akan memakai baju hujan yang sama.

Pasti ini tidak menghairankan dalam usaha DAP untuk menunjukkan kehadhiran mereka di Tenang. Yang anda tidak tahu ialah baju hujan telus berwarna kuning ini disumbang PAP Singapura.

Pada hari Selasa 25hb baru-baru ini, Setyiausaha Pertama Singapore High Commission, di Kuala Lumpur, Ian Mak dilihat bertemu dengan Theresa Kok di bilik Gerakan DAP di Labis.

Disamping itu, seorang lagi Setiausaha SIngapore High Commission, Harold Lee ditemui bersama Tian Chua di Pekan Air Panas.

Ketika kempen ceramah di hadapan Bilik Gerakan tersebut, Harold Lee dan Tham Borg Tsien dilihat bertemu Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Chung Hau.

Pelbagai pertemuan ini menunjukkan Singapura mahu DAP Malaysia berjaya memecah benteng UMNo di Johor melalui kuda mereka, PAS.

Singapura memang diketahui menyalur bantuan kewangan kepada DAP kerana PAS tidak mempunyai dana untuk hadapai pilihanraya.

Bila anda lihat PAS, lihatlah mereka ini sebagai pembelot negara dan bangsa untuk kepentingan musuh di seberang causeway!!!!  

Pendita ingin berpesan:

Selamat mengundi! 

Jumaat, 28 Januari 2011

Pas Tenang Marah DS Najib Kerana Tidak Ziarah Suami Normala Terlantar Sakit Teruk


Patutlah Nizar Jamaludin Lambai tu mengamuk sakan dan marah sangat kat UMNO. Hingga dia menghukum  menolak UMNO adalah Wajib Syarie. Rupa-rupanya DS Najib tidak berlaku adil dan mengamalkan diskriminasi kepada  ahli dan pemimpin Pas.

Semasa Ustaz Haji Nik Aziz terlantar sakit di hospital, YAB DS Najib sanggup bersusah payah datang menziarahi. Malah beliau mengarahkan pihak hospital memberi perhatian yang rapi dan kemudahan rawatan yang terbaik.

Tetapi kini apabila Cikgu Maarof terlantar sakit di hospitak, YAB DS Najib tidak pula kelihatan menziarahinya. Jauh sekali memberi arahan kepada hospital memberikan perhatian dan rawatan terbaik untuknya.

Agaknya YAB DS najib terlupa atau tak perasaan bahawa Cikgu Maarof adalah suamai Cikgu Mala, calon yang bakal mengubah nasib rakyat di Tenang jika memenangi PRK DUN Tenang nanti.

Bagaimanapun mujurlah Cikgu Maarof telah mendapat simpati dan kerjasama yang sangat baik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang membantu beliau mendapatkan Surat Cuti Sakit yang panjang untuknya mendapatkan rawatan.

Manakala pihak Guru Besar, PPD dan Jabatan Pelajaran Johor juga amat priohatin dengan nasib Cikgu Maarof yang dizalimi oleh Peminmpin UMNO-BN ini.   


Doktor Swasta di Pusat Kesihatan Keluarga Labis mengesahkan 
Cikgu Maarof sakit dan mengeluarkan MC untuk 2 hari iaitu pada 6-7 januari 2011


Klinik Kesihatan Kerajaan Bandar Putra Segamat juga mengesahkan 
Cikgu Maarof Sakit Kuat dan memberikan Cuti Sakit 
selama 14 hari berturut-turut pada 10 - 23 Januari 2011

Sakit Cikgu Maarof semakin tenat 
dan Doktor Pusat Perubatan Kerajaan Bandar Putra Segamat 
menambah Cuti  selama 5 hari lagi pada 24 - 28 Januari 2011.

Dijangkakan seluruh ahli, pemimpin dan pengikut Parti Melayu Pas akan mengadakan solat hajat perdana dan mendoakan kemenagna Pas di Tenang dan memulihkan kesihatan suami Cikgu Mala.  

..semoga Cikgu Mala boleh terus bermain air dengan Cikgu Maarof


Khamis, 27 Januari 2011

Normala Dah Mula Menjeling-jeling Sambil Menambah Peruntukan Senyumannya



Pas melatakkan Cikgu Normala sebagai calon kerada dua sebab. 

Pertama Pas berhasrat mengajak semua guru-guru berpaling tadah dan mengkhianati Kerajaan Pilihan Rakyat. 

Keduanya mengajak orang ramai melihat dan menikmati senyuman dan jelingan Normala.

Sebagai bekas Guru Pendidikan Khas dan Pemulihan terlatih, Normala tahu mengenai dasar-dasar Kerajaan yang terbaik untuk pembangunan rakyat dan negara. Tetapi kerana hasutan Pas yang menggunakan agama, dia terpaksa bercakap bohong mengatakan Kerajaan UMNO-BN Pilihan Rakyat ini sangat zalaim, sentiasa menganiayai rakyat dan Pas, PKR serta DAP yang paling baik.  

Dalam menyampaikan fitnah ini, Normala terpaksa iringi ucapannya dengan senyuman supaya orang ramai terpikat. 

Pas sememangnya sangat berminat memanipulasi apa sahaja. Jenazah orang meninggalpun mereka larikan dan imam solat jenazah juga mereka rampas. Kini senyuman Normala juga mereka gunakan untuk memusnahkan umat Islam dan kesejahteraan negara.

Suami Normala adalah juga seorang guru. Dia ke hulu ke hilir mengusung Normala menjelajah kawasan mencaci kerajaan dan menghasut pengundi. Sepatutnya lebih banyak masa dihabiskan berada di sekolah kerana gajinya dibayar dengan wang rakyat. Ataupun berada di rumah menyediakan bahan pengajaran kerana anak-anak murid memerlukan yang terbaik dari gurunya.

Kini Normala tiada pilihan lagi. Banyak program ceramah Pakatan Pembangkang dipulaukan oleh pengundi. Tidak banyak pengundi yang dapat ditemui oleh Normala kerana majlis yang dianjurkan tidak dikunjungi orang. Terpaksalah Normala dikendung oleh sumainya mengejar pengundi dari pagi hingga ke malam, melawat air banjir dan melempar senyuman di merata tempat.

Bagi menyelamatkan situasi yang semakin tidak menyebelahinya, Normala terpaksa meningkatkan peruntukan dan pemberian senyuman dan terus menerus berlabalas senyuman dengan pengundi.

Tok Ai semakin mara meninggal Normala yang masih terkial-kial. Tok Ai sememangnya sudah berada dalam hati pengundi, cuma menunggu masa untuk menyatakannya di atas kertas undi. 

Normala risau tetapi hanya mampu memberikan jelingan kepada Tok Ai.


Hasrat Pas mencalonkan Normala hampir tercapai.

Normala hanya untuk dilihat tetapi Undi adalah untuk Tok Ai.

Rabu, 26 Januari 2011

Normala dan Mazlan Aliman Anak Yang Tak Sudi Menimbang Rasa


Perjuangan hidup kedua-dua ibubapa Normala dan Mazlan Aliman sangat berliku-liku. Samalah seperti pasangan lain yang senasib pada zaman mereka. 

Walaupun miskin serba kekurangan, tetapi Allah maha pemurah lagi amat mengasihani. Pada asalnya seluruh warga Felda dan Felcra hanya miskin kebendaan tetapi kaya semangat dan memiliki hati yang tulus. Dengan semangat ini mereka bertekad  ingin mengubah taraf hidup yang lebih bermaruah di tanahair sendiri. Mereka bulat hati melakukannya bersama kerana mengubah nasib bangsa tidak boleh dilakukan seorang diri.

Mereka bersatupadu menguatkan solidariti bangsa, mengamalkan ajaran agama mengukuhkan perpaduan yang akhirnya berjaya bermuafakat menguatkan Kerajaan. Kejayaan inilah yang mendorong meningkatkan keyakinan mereka bahawa rezeki secupak boleh diusahakan menjadi bergantang-gantang.

Dengan dokongan mereka, Kerajaan menjadi kuat dan stabil. Rakyat berbilang kaum dan agama dapat meneruskan hidup dengan lebih terancang. Kerajaan yang mereka pilih benar-benar melaksanakan amanah yang diberi sehingga berjaya mengeluarkan mereka dari belenggu penjara kemiskinan tegar.

Hari ini sebahagian besar mereka sudah tua. Pejuang-pejuang ini sudah tidak berupaya lagi. Bagaimanapun perjuangan mereka telah meninggalkan khazanah besar yang mempertaruhkan maruah anak-anak warisan tercinta untuk diteruskan.

Kini, apalah sangat perasaan orang tua,melainkan hanya mampu melihat gelagat anak-anak cucu generasinya berpencak di pentas tanpa sempadan ini. Kadangkala ternampak langkah yang amat sumbang yang kalau dibiarkan boleh menumpaskan bangsa sendiri.

Apa yang mereka harapkan hanya semoga anak-anak warisan sudi menimbang rasa. Rasa hati dan denyut sanubari orang tua yang sudah menyumbangkan khidmat bakti memelihara maruah pribumi.

(Sila klik video clip di bawah sambil teruskan membaca)



Namun hakikatnya Normala Sudirman dan Mazlan Aliman tidak sudi untuk menimbang rasa orang-orang tua mereka. Walaupun kedua-duanya adalah generasi yang menikmati hasil perjuangan orang-orang tua yang sudah tidak berupaya ini. 

Jika ada secebis kesenangan hari ini, itulah titisan peluh perjuangan mereka. Jika ada sedikit kemewahan dinikmati kini, itulah keringat yang menitis kebumi bersama embun pagi satu ketika dahulu.

Seluruh warga Felda dan Felcra sentiasa kasih dan setia menyayangi anak-anak generasi mereka. Pada mereka tiada lain yang dapat diwariskan, melainkan rasa kasih sebagai pengikat cinta turun temurun.

Cuma sayangnya, masih adakah lagi dihati Normala dan Mazlan, perasaan syahdu untuk menimbang rasa sebagai balasan kasih sayang yang mereka terima selama ini.

Warga tua di Felda dan Felcra berasa amat bimbang dengan perlakuan sumbang Normala bt Sudirman dan Mazlan Aliman. Segala usaha perit jerih mereka seumpama terbiar begitu sahaja. Seluruh Warga Tua merindui kehidupan yang tenang yang dinikmati selama ini berterusan selama-lamanya.

Rupa-rupanya Normala bt Sudirman dan Mazlan Aliman tidak mengerti kerinduan yang melanda dalam jiwa orang-orang tua mereka. Kebimbangan merasa terbuang di kampung sendiri akibat pergolakan yang tidak sepatutnya berlaku. Normala dan Mazlan Aliman tidak mengerti apakah akibat dari perbuatan mereka itu.

Akan musnah segala kehidupan yang penuh kasih sayang selama ini kerana Normala dan Mazlan membawa masuk musuh ke dalam Felda dan Felcra. Musuh yang tidak diperlukan sama sekali. Musuh yang hanya menghancurkan agama, bangsa dan negara.

Akhirnya akan terlepas dari tangan dan yang tinggal hanyalah nostalgia rindu pada kehidupan masa silam yang aman damai.

Perbuatan Normala dan Mazlan hanya menyebabkan kejayaan yang dicapai oleh Warga Felda dan Felcra tidak akan kekal dan abadi.

Selasa, 25 Januari 2011

Normala: Ayam Sabung Betina Pas Dari Reban Kerajaan..


Normala seperti sudah ditakdirkan menjadi Ayam Betina Pas. Daripada wajah seorang Guru Kerajaan, Normala kini bertukar menjadi seorang Pejuang.

Normala memerlukan ketangkasan dan ilmu tempur untuk menewaskan lawannya. Pas sudah tentu membantu mengasah taji Normala setajam mungkin untuk menusuk lawan. Jika tidak Normala akan menggelupur di tengah gelanggang yang terlalu asing baginya. 



Cikgu Mala adalah anak didik kesayangan kerajaan. Dari dalam perut maknya lagi kerajaan dah jaga dengan baik. Klinik disediakan, bidan dilatih dan kesihatan ibu diperiksa setiap bulan.

Semasa dia dilahirkan, maknya terpaksa bertarung nyawa. Tetapi, alhamdulillah kerajaan telah menyediakan lebih awal kemudahan moden dan ubat-ubatan yang diperlukan secara percuma. Maknya selamat dan Normala berjaya dilahirkan dengan sifat-sifat fizikal yang sempurna.

Kerajaan tahu Normala dari keluarga miskin yang perlu dibantu seperti orang lain juga. Maka sekolah disediakan dengan guru terlatih serta kemudahan belajar yang lengkap. Normala pun bersekolah seperti rakan-rakan yang lain. Atas janji menunaikan amanah rakyat, Kerajaan menyediakan Normala dengan buku teks percuma dan program susu percuma untuk membantunya tumbesaran fizikal dan mentalnya.

Begitulah sayangnya Kerajaan pada Normala dengan keluarganya. Apabila sampai masa memberikan khidmat kepada masyarakat, Kerajaan sediakan pula kerjaya yang baik dalam Kementerian Pelajaran. Normala pun didaftarkan sebagai guru terlatih dan diberi latihan tambahan dari semasa ke semasa untuk memantapkan profesyennya sebagai guru.

Normala adalah anak didik Kerajaan sehinggalah Normala bertukar menjadi Ayam Betina PAS.

Kini sebagai Ayam Sabung Betina Pas, Normala terpaksa masuk gelanggang. Normala terpaksa menggunakan taji beracun yang tajam untuk menusuk ke tubuh Kerajaan yang selama ini tidak sikuman pun bersalah padanya.

Normala masuk ke gelanggang kerana terpengaruh dengan hasutan dan dakyah Parti Melayu Pas yang kerjanya hanya untuk menghancurkan perpaduan orang Melayu, umat Islam dan keharmonian negara.

Normala adalah ayam kerajaan yang terlepas ke tangan Pas. 

Normala Serbasalah!

UMNO menzalimi rakyat...Pas banyak membela rakyat...
tolak UMNO sokong Pas...
Normala: Isshhh...betul ke aku cakap ni??

Cikgu Mala dah serbasalah. Tapi kempen kena teruskan juga. Kalau tak kempen apa pulak orang kata. 

Bila keluar berkempen kenalah jumpa orang ramai. Kenalah bercakap. Bila sampai bab bercakap ni maka timbullah serbasalah.

Ikut ajaran agama Islam yang diajar oleh ustazah sejak dari sekolah rendah lagi, orang Islam kena cakap benar. Orang Islam tak boleh cakap bohong walaupun sepatah ayat. Begitu juga kena sampaikan kebenaran dan bercakap benar walaupun pahit.

Semasa menjadi guru dulupun Cikgu Mala selalu hadir kursus. Semua pegawai pelajaran sering beri nasihat, motivasi yang baik-baik untuk kemajuan pendidikan negara. Tidak ada pegawai yang cakap bohong atau mengajak menzalimi rakyat. Jauh sekali menipu murid-murid yang masih mentah.

Tapi bila dah jadi calon pilihanraya mewakili Pas, Cikgu Mala sudah serba-salah. Dia dikehendaki bercakap dengan orang ramai setiap hari.

Nak cakap ikut ajaran agama Cikgu Normala kena beritau orang ramai Kerajaan yang ada sekarang ini sangat bertanggungjawab. Membela rakyat sejak dari dulu sampai sekarang. kerajaan tidak pernah menzalimi rakyat malah berjaya membantu menaikkan taraf hidup rakyat.

Tetapi kalau Cikgu Mala cakap begitu tentulah dia dianggap mengkhianati perjuangan Parti Melayu Islam Pas yang diwakilinya.

Dia kenalah bercakap mengikut ajaran Parti. Terpaksalah tinggalkan sekejap ajaran Islam yang dianutinya sejak turun temurun itu.

Bila bertemu orang ramai Cikgu Mala kenalah beritahu sebaliknya. Kerajaan hari ini menzalimi rakyat, tidak adil dan menyiksa hidup rakyat. Kerajaan hari ini anti Islam, anti Nabi Muhammad. Kerana itu kena tumbangkan UMNO dan sokong Pas.

Cikgu Mala kenalah cari hujjah yang power supaya naik kebencian dan terbakar emosi pengundi terhadap UMNO. Kena ajak mereka membenci UMNO dan Kerajaan walaupun kena langgar prinsip ajaran agama Islam.

Majlis Sambutan Bulan Patriotik SK Kemelah 2010
(Gambar Ehsan oleh Normala Sudirman)

Serbasalah betul Cikgu Normala bila dah tersilap memilih parti untuk berjuang kerana Allah.


Isnin, 24 Januari 2011

Normala Bakal Adakan Majlis Sumpah Muhabalah Selepas Menang PRK


Bekas Guru Pendidikan Khas, Cikgu Mala dikatakan tidak selesa dengan pendedahan berzina yang dibuat oleh Penulis "Suara Dari Bumi".

Pendedahan itu menyebabkan ramai ahli dan pengikut Pas sendiri mula berasa curiga terhadap kredibiliti dan sahsiah calon PRK DUN Tenang itu.

Bagi mengatasi masalah keruntuhan moral calon tersebut, ramai yang berpendapat supaya Cikgu Mala mengadakan majlis "Sumpah Muhabalah" disertai dengan "Solat Hajat Perdana" sebagai usaha membersihkan nama buruknya.

Bagaimanapun, ada juga pengikut parti itu yang mencadangkan supaya majlis itu diadakan setelah Cikgu Pendidikan Khas itu menang. "Beri dia menang dahulu, kemudian kita buat majlis angkat sumpah itu"

Ramai juga pemberita yang beranggapan jika dihubungi, Cikgu Mala akan mengelak dari menjawab soalan berkaitan dengan pendedahan itu dan menganggapnya sebagai cerita lama dan tiada kaitan dengan hasratnya ingin mengubah kehidupan seluruh pengundi dalam kawasan DUN Tenang. 

Baca seterusnya:
   
Sumber dari Blog: Apa Yang Tersirat

Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman menegaskan bahawa dakwaan zina yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak berasas sama sekali.

“Bukan satu perkara yang menghairankan kerana isu fitnah dan provokosi merupakan perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana PRK.

“Serangan peribadi ini sengaja dilakukan untuk melemahkan parti lawan sedangkan hakikatnya mereka membangkitkan isu yang tidak berasas dan tidak berlaku sama sekali,” jelas calon Pas itu.

Normala berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook yang menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib.

Penulis yang dikenali sebagai ‘Suara Dari Bumi’ mendakwa bekas guru itu meninggalkan bekas suami pertamanya kerana mengejar harta dan kebendaan.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan penulis blog itu, Normala yang juga Ketua Muslimat PAS kawasan Labis berkata perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya dan beliau percaya Allah akan memberinya perlindungan daripada fitnah tersebut.

“Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah SWT dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata isu fitnah ‘zina’ itu timbul sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon PAS.

“Saya sangat terkejut dengan fitnah tersebut yang digunakan pihak tertentu untuk perang psikologi kalangan pengundi di sini.

“Justeru itu persiapan mental dan fizikal telah dipersiapkan untuk menghadapi segala kemungkinan serta tidak tergugat dengan fitnah tersebut,” katanya.

Tegasnya, peribadi dan keterampilannya sebagai calon akan sentiasa dititik beratkan dalam memastikan imejnya sebagai wanita muslimah tidak terjejas.

Normala turut menggesa mereka yang terlibat dalam fitnah segera meminta maaf kepadanya kerana telah membuat tuduhan palsu tanpa bukti kukuh.


Anda juga meminati:

Oleh Ujang Ranggi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...