Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Kerajaan berjaya mematahkan pertembungan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969. Kejadian ini membawa kepada penubuhan MAGERAN untuk memulihkan kestabilan dan penyususnan semula masyarakat.
Kerajaan juga berjaya cemerlang menghapuskan tindakan militan Ustaz Politik Ibrahim Libya dalam Peristiwa Memali 1985 dan Kumpulan Al-Maunah pada tahun 2000.
Pada tahun 2007 satu percubaan membangkitkan huru-hara melalaui Demonstrasi Bersih 1 telah berjaya diadakan oleh Gerombolan Parti Pembangkang semasa pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, pihak Polis sekali lagi berjaya membanteras gerakan yang tidak diperlukan di negara kita ini.
Hari ini para Pemimpin Perusuh dari Gerombolan Pakatan Pembangkang sekali lagi cuba mengadakan gangguan sivil untuk mewujudkan suasana kucar-kacir yang tidak dikehendaki oleh seluruh Rakyat Malaysia.
Mereka lupa bahawa sekarang adalah era DS Najib mengetuai kerajaan. DS Najib sentiasa mengutamakan kesejahtyeraan rakyat mengatasi segala-galanya.
Gerombolan Pakatan Pembangkang cuba melupakan bahawa kuasa yang ada pada DS Najib adalah kuasa dan mandat yang diamanahkan oleh Rakyat untuk kepentingan rakyat. Maka sebagai langkah permulaan pihak polis sudah merayu, memohon dan memberi amaran supaya demonstrasi ini tidak diteruskan.
Rayuan dan larangan oleh pihak polis ini nampaknya tidak disenangi oleh para Pemimpin Perusuh dari Gerombolan Pakatan Pembangkang di negara kita
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pakatan Rakyat amat kesal dengan tindakan pihak polis yang akan melakukan tangkapan awal atau tangkapan pencegahan terhadap penganjur Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, memandangkan ia jelas merupakan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak polis di negara ini.
Tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis kerana tangkapan yang dilakukan itu bukan sekadar bercanggah dengan amalan demokrasi, tetapi juga melakukan tangkapan terhadap orang yang belum terbukti bersalah.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Himpunan Bersih 2.0 diadakan atas tujuan yang murni bagi mendesak kerajaan melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.
Menurut beliau, pihak polis perlu faham perkara itu dan sepatutnya memberikan kerjasama yang baik kepada pihak penganjur, bukannya dengan menangkap individu yang belum terbukti bersalah bagi menghalang perhimpunan itu....
Pandangan Pendita:
Tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis kerana tangkapan yang dilakukan itu bukan sekadar bercanggah dengan amalan demokrasi, tetapi juga melakukan tangkapan terhadap orang yang belum terbukti bersalah.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Himpunan Bersih 2.0 diadakan atas tujuan yang murni bagi mendesak kerajaan melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.
Menurut beliau, pihak polis perlu faham perkara itu dan sepatutnya memberikan kerjasama yang baik kepada pihak penganjur, bukannya dengan menangkap individu yang belum terbukti bersalah bagi menghalang perhimpunan itu....
Pandangan Pendita:
1. Tindakan tegas kerajaan sangat tepat kerana rakyat pasti akan menjadi lebih marah kepada kerajaan jika tidak dihalang budaya yang tidak bertamadun ini yang akan mencetuskan suasana lebih buruk di tanah air kita.
2. Tindakan polis untuk membuat tangkapan awal adalah selaras dengan tuntutan rakyat untuk memelihara keharmonian, keamanan dan kesajteraan. Rakyat tidak mahu keadaan yang lebih buruk akan berlaku jika agenda kotor ini dibiarkan.
2. Tindakan polis untuk membuat tangkapan awal adalah selaras dengan tuntutan rakyat untuk memelihara keharmonian, keamanan dan kesajteraan. Rakyat tidak mahu keadaan yang lebih buruk akan berlaku jika agenda kotor ini dibiarkan.
3. Tindakan polis untuk membuat tangkapan awal ini akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap polis yang tegas berusaha menjamin kehidupan rakyat pada sebarang masa mengikut undang-undang yang ada.
4. Jika pihak Gerombolan Pakatan Pembangkang meneruskan juga hasrat mereka, rakyat akan berdiri bersama-sama kerajaan kerana jelas sikap pembangkang yang sengaja menunjukkan siukap bermusuhan dengan pihak polis yang menjaga keselamatan dan keamanan.
5. Jika segelintir para Pemimpin Perusuh mendakwa SPR gagal mengadakan pilihanraya yang bersih, majoriti rakyat Malaysia tidak menganggapnya begitu. Ini hanya cubaan pengkhianat untuk menimbulkan rasa benci yang tidak bersebab, manaikkan kemarahan yang tidak ada asas serta sengaja menanam persepsi yang salah terhadap SPR dan kerajaan pilihan rakyat.
6. Pihak polis tidak perlu mengadakan perjumpaan atau perbincangan dengan pihak penganjur kerana tiada keperluan berbuat demikian. Pihak polis hanya perlu menjalankan tugas mereka sebagaimana yang diharapkan oleh majoriti rakyat di negara ini.
7. Rakyat akan menganggap polis melakukan kesilapan besar jika tidak melakukan tangkapan awal untuk tujuan pencegahan. Polis tidak akan dianggap melakukan kesalahan tetapi para Pemimpin Perusuh itulah sebenarnya yang bersalah kerana melanggar amalan demokrasi dan cuba menerapkan budaya kuku besi parti mereka dalam menentang kerajaan Pilihan Rakyat negara ini.
8. Rakyat akan bertambah yakin kepada institusi Polis di negara ini kerana bersikap amat peka dan bertindak merayu, memohon dan akhirnya memberi amaran akan membuat tangkapan awal jika berdegil.
9. Rakyat akan berasa kagum sekiranya bibit-bibit kotor yang menggugat sistem demokrasi berparlimen di negara ini dapat dihapuskan oleh kerajaan yang mendapat mandat rakyat untuk memerintah dan metadbir negara demi menjamin kehidupan rakyat agar terus menikmati kehidupan yang sejahtera seperti sebelum ini.
8. Rakyat akan bertambah yakin kepada institusi Polis di negara ini kerana bersikap amat peka dan bertindak merayu, memohon dan akhirnya memberi amaran akan membuat tangkapan awal jika berdegil.
9. Rakyat akan berasa kagum sekiranya bibit-bibit kotor yang menggugat sistem demokrasi berparlimen di negara ini dapat dihapuskan oleh kerajaan yang mendapat mandat rakyat untuk memerintah dan metadbir negara demi menjamin kehidupan rakyat agar terus menikmati kehidupan yang sejahtera seperti sebelum ini.
10. majoriti Rakyat Malaysia tidak mahu para Pemimpin Perusuh dari Gerombolan Pakatan Pembangkang cuba menawan parlimen dengan cara yang "kotor" walaupun menamakan demonstrasi jalanan mereka dengan nama "bersih".
Rakyat Malaysia di bawah pimpinan DS Najib semakin bersatu menolak agenda China DAP dan Nuar Berahim. Rakyat trelah semakin sedar dan insaf bahawa Parti Melayu Pas telah berjaya dijadikan haiwan politik tunggangan yang tidak ada maruah dan arah tuju perjuangan lagi.
Teruskan ke Blog sahabat: Ujang Ranggi
comments:
- Setiap kata2 yang keluar dari Mahfuz Omar, selalu nya susah nak di percayai. Mendesak supaya pilehan raya lebeh bersih dan adil????? Selama ini PR perintah 4 negeri ...tak adil??? Mahfuz ...sebenar nya kau ni memang badut. Dengan membuka mulut....kau menunjokkan kebodohan kau sendiri. Tidak hairan PAS sekarang jadi hamPAS...kerana memileh kau menjadi sorang daripada naib presiden hamPAS.
- Assallamualaikum...harus dingat pemikiran liberalisme ini lebih berbahaya dari ideologi lain lainnya , lihat saja perkembangan akhir akhir ini , gerak kerja halus mereka dalam jangka masa yang singkat telah mewarnai pelbagai medium dan menggamit kesantunan adab dan kesopanan Muslim disetiap penjuru dunia . Mereka bergerak dengan kehalusan kata dan perlakuan yang akhirnya memusnahkan persekitaran kehidupan bangsa , lebih lebih lagi kaum Muslimin dan Muslimat yang memang dijadikan target untuk memusnahkan kemurniaan peradaban Islam dan ketentuan Allah yang menciptakan Alam . Kekecohan dan kemusnahan dari sebuah negara Islam ke satu negara Islam lain lansung tidak dijadikan ikhtibar oleh pemerentah(Pengusa Islam ) dalam menegakan ketegasan undang undang bagi melindungi kedaulatan persekitarannya. Adalah harapan saya muga Malaysia masih mampu mengekalkan kuatkuasa undang Undang bagi menjamin keutuhan Perlembagaan negara ini dan melindungi warganegaranya dari terus diracuni pemikiran golongan liberalisme ini . Parti Parti Politik juga kini tak terkecuali telah lama diresapi kefahaman dan ideologi liberalisme . Warganegara Malaysia seharusnya bangkit dan mendesak pemerintah bertindak tegas keatas golongan yang memang terang terang telah dijadikan alat untuk memporak perandakan keamanan dan ketenteraman negara ini .
- Salam Tuan Pendita, Saya bersetuju dgn Tuan Wadironi bahawa pluralisme, liberalisme, fahaman khawarij adalah seangkatan dengan fahaman komunis (berdasarkan sejarah). Saya juga sangat setuju dgn pandangan Tanpa nama 10:15 yang menganggap Pas adalah parti hamPAS yang tidak relevan dan tidak berfaedah kepada umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Manusia pengkhianat seperti Ambiga, Nik Aziz, Nuar Berahim, Nizar Jamaludin, adalah haiwan politik peliharaan China DAP...walupun mereka tidak emnyedarinya. Saya yakin seluruh rakyat Malaysia yg cintakan keamanan dan kesejahteraan akan menghukum mereka ini, kecuali Pulau Pinang yang akan selamanya menjadi hak milik PAP-DAP.
- Assallamualaikum...demonstrasi jalanan adalah metode yang dicetuskan oleh orang orang yahudi , jesteru semua muslimin dan muslimat mesti memahaminya . Hanya orang orang Islam yang sesat saja mengikutinya ...
- Salam Tuan, Mana2 Manusia yang mengucap dua kalimah syahadah bermakna mereka rela beraqidahkan agama tauhid. Maka dengan itu bermulalah perjalanan hidup insan yang dipandu oleh al-quran, hadith, ijmak dan sirah. Mereka hanya akan terpesong aqidah apabila terpesong pemahaman dari ajaran dan maksud Islam sebagai addeen. Pemesongan ini dilakukan oleh ustaz-ustaz politik yang cenderung menjadikan agama sebagai gerakan politik. Setuju dengan Bro Wadironi...umat Islam tidak sesat setelah melafazkan kalimah syahadah, tetapi disesatkan oleh ustaz-ustaz politik dari semasa ke semasa. Hal ini berlaku di mana sahaja semenjak selepas kewafatan Rasulullah SAW. Marilah kita peliharan ahli2 keluarga, jiran dan sahabat handai dari tersesat oleh gerakan2 agama politik yang sedang aktif di negara kita.
- kalau polis tak rela tangkap awal penganjur bersih dan penganjur rusuhan, apa kata kita sebagai rakyat malaysia pakat sama2 tangkap jer diaorang hantar ke balai polis..baru diorang tahu betapa fed-up rakyat tentang pembangkang yang tak reti2 bahasa ni...
Aku amat kesal dengan Menteri Amaran yang pondan. Awwwww!
BalasPadamnampak sangat ambigauos ni dipacu oleh neo cons dari usa...
BalasPadammenakutkan sekiranya hanya melayu shj yg jadi mangsa nanti!
wahai melayu Islam,
elakkan diri kita dari menjadi keldai suruhan ambigauos yg memang ternyata anti Islam, anti melayu & anti kerajaan yg sah dipilih oleh majoriti rakyat melalui peti undi.
kalau iya pun kita nak suruh spr ubah beberapa perkara, jgnlah ikut acuan ambigauos krn dia ada agenda lain yg dah lama dirancang oleh neo cons...
pergila baca di sini:
gopal raj kumar has it all for us!
http://takemon.wordpress.com/2011/06/24/a-foreword-to-ambiga-sreenivasans-july-riot/
Islam adalah agama yang mementingkan keamanan, menggalakkan sikap bertolak-ansur & mengajar ummatnya bermusyawarah. jgn bawa perkara sensitif ke jalanan krn natijahnya kelak tidak terduga...
jika kita tunduk kpd hasutan ambigauos ni, akhirnya Islam yg dihina...melayu pulak dipanggil 'bodoh' krn sanggup menggadai maruah utk membantu pengkhianat! tolongla dekatkan diri dgn AlQuran & baca ayat2 dari Surah Ali-Imran :173 tentang orang yg ditambah iman mereka; Surah Ibrahim :34 tentang nikmat Allah yg tidak terhitung & Surah AtTaubah: 40 yg mengajak kita yakin kpd Allah atas segala urusan. namun jgnlah kita melampaui batas krn hanya orang kafir shj yg berperangai demikian... Wallahuaklam.
* nasihat ini juga ambo tujukan kpd semua yg pro kerajaan krn ambo rasa ada yg termakan hasutan utk membalas demo haram tu..baiklah tak payah krn ini akan membuatkan kita sama spt mrk yg kita benci. biarkan anjing menyalak bukit!!