Followers

Isnin, 7 Mac 2011

Makna dan Kesan PRK: Pas Semakin Ditolak Umat Islam, Dap Kekal Mantap Menguasai Mood Kaum China

...lolongan yang semakin menakutkan ummah..

TEMERLOH, 7 Mac: Walaupun amat pahit kerana kalah, PAS dan Gerombolan Pakatan Pembangkang terpaksa menerima hakikat mereka tidak mampu memenangi PRK Dun Kerdau dan Merlimau malah juga  Pilihan raya Umum ke-13 yang akan datang.
PAS juga terpaksa menerima hakikat bahawa mereka telah menggunakan sepenuhnya dasar kebebasan bersuara di negara ini dengan berkempen sepanjang masa. Oleh yang demikian,  ruang kempen seminggu untuk kedua-dua PRK tersebut hanyalah kemuncak kepada usaha manaburkan benih-benih anti nasional yang destruktif untuk ia hidup subur bagi menghadapi PRU ke-13.
PAS terpaksa mengakui bahawa bukan mudah untuk mengajak rakyat membenci kerajaan yang mereka pilih dan terus disayangi. Dengan berbagai-bagai tohmahan yang dibuat-buat, fitnah yang tidak menjadi serta provokasi yang memakan diri, Pas terpaksa berhadapan dengan gelombang penolakan yang amat ketara.
Pola sokongan pengundi muda di kalangan umat Islam nampaknya tidak seperti yang mereka harapkan walaupun usaha membakar emosi dan meningkatkan kebencian dilakukan secara berterusan sepanjang tahun. Dengan sokongan PKR dan perancangan strategi yang diatur oleh DAP, Pas semakin jauh dari penerimaan umat Islam. Sehingga meletakkan Pas merupakan Parti Melayu yang tidak relevan lagi.
Kelemahan
PRK kali ini juga telah berjaya mendedahkan kelemahan Parti Melayu Pas dan Gerombolan Pakatan Pembangkang. Penceramah yang terdiri daripada ustaz-ustaz politik dan bukan ustaz masih menggunakan kaedah lama iaitu menghasut, memfitnah,  mempolitikkan tafsiran ayat dan ajaran Islam, menghasut emosi untuk menyuburkan kebencian dan menyerang peribadi tanpa asas kebenaran.
Paling ketara, Pas masih mengekalkan budaya politik negatif mengajak rakyat membenci UMNO, BN dan kerajaandan tanpa alasan yang kukuh. Pas tidak berupaya membina persepsi dengan hujah yang positif dan konstruktif untuk menidakkan kejayaan UMNO, BN dan Kerajaan mentadbir negara berbilang bangsa dan agama.
Pas dan komponen Gerombolannya masih berputar-putar di sebalik harga barang, kenaikan harga minyak, demostrasi yang berlaku di luar negara dan beberapa kenyataan berkaitan ekonomi dan politik yang kabur dan tidak meyakinkan.
Kaedah lama lama menggunakan demonstrasi dan provokasi untuk menunjukkan kekuatan dan kehebatan, semakin meloyakan orang ramai. Kaedah mengutip derma hanyalah untuk pengesahan sokongan dan DAP juga telah mula menggunapakai untuk menguji sejauh mana sokongan orang ramai.
Kekuatan
Bagaimanapun terdapat juga kekuatan yang menyerlah hasil dari keputusan PRK baru-baru ini. Jika diambilkira keputusan terdahulu bagi PRK Parlimen Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Batang Ai, Sibu dan batu Sapi serta PRK DUN Batang Ai, Penanti, Permatang Pasir, Bagan pinang, Tenang dan Merlimau ternyata DAP berjaya mengekalkan sentimen kaum China menolak BN.
Di kalangan kaum China, DAP tidak perlu bersusah payah berkempen berlebihan kerana mereka amat tertarik dengan gagasan Malaysian Malaysia yang ingin ditegakkan oleh DAP dan menghapuskan Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan punca ketidakadilan di negara ini.
DAP dilihat berjaya mempengaruhi Parti Melayu Pas supaya meneruskan agenda memecahbelahkan umat Islam di samping mengistiharkan parti itu tidak lagi berminat meneruskan perjuangan Islam dan hudud. 
Manakala kejayaan DAP ke atas PKR pula ialah memanipulasi keinginan peribadi Nuar Berahim yang begitu terdesak untuk melepaskan dirinya dari masalah politik peribadi, kes mahkamah dan penolakan  rakyat terhadap pengkhianatan demi pengkhinatan yang dilakukannya melemahkan keutuhan kuasa politik Melayu-Pribumi.
Makna
Makna yang boleh difahami dari keputusan-keputusan PRK Parlimen dan DUN selama ini ialah hakikat bahawa Parti Melayu Pas semakin ditolak oleh umat Islam tetapi DAP kekal berjaya memantapkan penguasaannya mengekalkan mood pengundi China menolak BN.
Matlamat Pas ingin menggantikan UMNO sebagai Parti mewakili bangsa Melayu semakin terpinggir.  
Manakala  hasrat DAP menafikan 2/3 penguasaan UMNO-BN dalam Parlimen untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan semakin dan berjaya mara setapak lagi.
Pas perlu terus memecahbelahkan umat Islam dan DAP terus menigkatkan solidariti kaum China tanpa mengira parti dan agama mereka.


5 ulasan:

  1. dinturtle berkata...
    salam tuan pendita,

    mohon disambung link blog saya dirumah tuan. Blog tuan sudah saya linkkan.

    TerimaKasih.

    BalasPadam
  2. Salam sdra Dinturtle,

    Blig sdra telah saya link.

    Teruskan perjuangan

    BalasPadam
  3. Tolong linkkan blog saya tuan..like your articles..

    BalasPadam
  4. AKU TERINGAT SEJARAH MELAKA, MELAKA DIJAJAH BUKAN KERANA PORTUGIS KUAT TAPI MELAYU JADI DALANG

    HARI INI PAS JADI DALANG KEMARAAN DAP

    NANTI ANAK CUCU KITA AKAN TANYA KENAPA TANAH MELAYU DIPIMPIN OLEH BANGSA LAIN

    MAKA KITA AKAN JAWAB, SEJARAH SERING BERULANG

    MAKA KITA PUN AKAN MENANGIS SAMBIL MENADAH TEMPURUNG

    BalasPadam
  5. Salam sdra Hammer

    Janganlah kita biarkan ini berlaku.
    Tidak dapat dibayangkan betapa hinanya keturunan kita nanti.

    Bangsa yang membangun dersama Islam akhirnya tersungkur di kaki bangsa lain yang anti Islam. Ironinya kejatuhan kita disebabkan satu puak yang berfikiran songsang.

    Mereka jadikan agama bahan dan alat politik bukan agama dijadikan faktor penguat bangsa.

    Marilah bersama kita berjuang menyelamatkan seluruh rakyat Malaysia untuk hidup aman sejahtera tanpa mengira kaum dan agama sebagaimana yang telah kita nikmati selama ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...