...Parti Melayu Pas hanya pentingkan Islam politik ciptaannya
...tidak utamakan pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat
"Undi didahulukan - Islam Tak diutamakan"
Ustaz Politik Haji Hadi Awang, yang juga Ketua Kaum parti itu, memberi jaminan akan menyertai kempen "Datuk Najib Altantuya" yang akan dilancarkan oleh Parti Nuar Berahim PKR.
Agenda konspirasi Nuar Berahim ini nampaknya masih berterusan. Parti DAP terus membekalkan peguam untuk beraksi di mahkamah dan kini Parti Melayu Pas membekalkan tentera jihad fisbilillah untuk beraksi dijalanraya.
Ustaz Politik Haji Hadi nampaknya sudah melupakan ayat Allah yang dijaja dalam blognya sendiri.
Larangan Allah duduk bersama orang jahat - Surah al-An'am ayat 68-69
Ditulis oleh Presiden Pas
Isnin 19 Julai 2010 15:07
ALLAH berfirman yang bermaksud,“Dan jika engkau dilupakan oleh syaitan.” (Surah al-Aníam: 68) Ertinya jika syaitan menyebabkan kamu lupa untuk menghindarkan diri daripada majlis seumpama itu, kamu dimaafkan kerana sebab lupa. Bagaimanapun Allah berfirman yang bermaksud, “Maka jangan kamu duduk selepas ingat semula bersama kaum yang zalim itu.” (Surah al- An’am: 68)
Selepas kamu ingat akan amaran Allah, maka berkewajipan kepada kamu menghindarkan diri daripada majlis tersebut melainkan mereka tidak lagi bercakap menghina Islam, menghina hukum Allah SWT dan menghina Nabi s.a.w.
Kemenangan UMNO- Barisan Nasional dalam PRK Manik Urai, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau sangat memeranjatkan PAS-Gerombolan Pakatan Pembangkang. Jelaslah bahawa kasih sayang rakyat kepada UMNO-BN sukar dihakis dengan tipudaya pembohongan dan fitnah yang tidak bertamadun.
Mesej dari kajadian politim di bumi Allah ini sekurang-kurangnya membawa maksud kemusnahan dan hancur berkecai angan-angan dan fantasi Gerombolan Pakatan Pembangkang menjahanamkan rakyat dan negara dari Putrajaya.
Bagaimanapun Pakar-pakar dan strategist konspirasi tidak berputus asa. Mereka dengan cepat menyalahkan perkara lain dan mengenepikan realiti dan kenyataan yang perlu mereka hadapi. Gelagat dan cara pemikiran sebegini tidak menyebabkan UMNO-BN berasa bimbang sebaliknya membantu BN untuk terus mara.
Faktor yang paling menyakitkan hati Parti Melayu Pas ialah pertambahan mendadak sokongan umat Islam terhadap UMNO-BN di samping penolakan kaum China terhadap politik tidak menentu Pas. Semakin kerap Pas menukar matlamat perjuangan parti itu, semakin hilang keyakinan kaum China.
Setelah gagal memperalatkan agama Islam dengan berbagai cara, gagal juga dalam eksperimen memujuk bangsa Melayu dengan berpura-pura berjuang sebagai nasionalist, kini Pas berasa benar-benar terdesak dan kehilangan arah untuk meneruskan jangka hayat politiknya.
Atas pertimbangan itulah Presiden Parti Melayu Pas mengumumkan persetujuan parti itu untuk menyertai Agenda Konspirasi dengan membantu berkempen "Datuk Najib Altantuya" ke seluruh negara bersama parti perosak ummah, PKR.
Ustaz Hadi tahu kempen yang bakal disertainya itu hanyalah Mainan Fitnah dan Agenda Konspirasi Nuar Berahim semata-mata. Kaedah ini bukan sahaja bertentangan dengan amalan politik demokrasi dan etika sosial kemasyarakatan, malah bertentangan dengan ajaran agama Islam yang dijadikan alat oleh Parti Melayu Pas.
Hilangnya asas-asas Islam dari pegangan Ustaz Politik Haji Hadi adalah semata-mata didorong oleh kegelisahan dan ketakutan akibat dari kehilangan undi yang berterusan. Maka para penyokong perlu diikat dan ditambat dengan lebih kemas dengan cara membawa mereka menyertai Kempen Agenda Konspirasi yang akan didendangkan oleh Nuar Berahim.
Pas berasa hampa kerana gagal menumpang undi yang sepatutnya dibekalkan oleh China DAP. Maka dengan itu Agenda Konspirasi Nuar Berahim adalah yang paling sesuai digunakan dalam situasi sekarang walaupun hanya untuk mengekalkan pengikutnya sahaja.
Jelaslah Parti Melayu Pas sudah tidak mempunyai kekuatan sendiri dan terpaksa menumpang taktik PKR walaupun mereka sedar sangat bertentangan dengan ajaran Islam dan anti nasional.
Komen Pendita:
Selepas tsunami kecil yang lepas, Pas dan Gerombolan Pakatan Pembangkang kini sebenarnya bukan menghadapi UMNO-BN sahaja sebagai pihak yang perlu mereka tangani di atas pentas politik. Mereka sedang menghadapi tsunami yang lebih besar dan lebih sukar.
Rekod Peratusan keluar mengundi yang meningkat di Merlimau dan Kerdau menunjukkan tiga perkara.
Pertama kesedaran rakyat untuk keluar mengundi bagi membantu kemenangan UMNO-BN dan menyekat kerusnahan dan kerosakan yang dibawa oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang. Kesedaran ini bukan konspirasi tetapi peningkatan kesedaran demokrasi dan solidariti dalam jiwa rakyat. Juga merupakan satu amaran massa terhadap pembangkang yang anti nasional dan memperalatkan agama.
Kedua, membuktikan telah wujud jaringan, rangkaian dan kecekapan jentera parti UMNO-BN menjalankan tugas dan peranan mereka. Ini juga bukan satu konspirasi tetapi kematangan dan kesetiaan nilai perjuangan yang tulen untuk mempertahankan ancaman terhadap agama, bangsa dan tanahair.
Ketiga, UMNO-BN dengan agenda pembangunannya yang menyeluruh dan holistik, lebih meyakinkan rakyat untuk bersama kerajaan berbanding Parti Melayu Pas yang retorik, Parti China DAP yang caunisit-racist dan PKR yang berjuang untuk Nuar Berahim.
Parti Melayu Pas sedang berhadapan dengan malapetaka sebagaimana tsunami dan gempa bumi yang melanda jepun baru-baru ini.
Tetapi mampukah Parti Melayu Pas menghalang malapetaka ini dengan cara menyertai Agenda Konspirasi yang tidak bermaruah ciptaan Nuar Berahim itu?
Nampaknya Pas akan kehilangan semakin ramai ahli dan pengikut setia yang berjaya dijumudkan pemikiran mereka selama ini. Konspirasi Nuar Berahim yang sudah layu, diberi nafas jihad fisabilillah oleh ustaz Politik Haji Hadi Awang.
Salam Tuan,
BalasPadamSaya tertarik dengan..."Konspirasi Nuar Berahim yang sudah layu, diberi nafas jihad fisabilillah oleh ustaz Politik Haji Hadi Awang..."
Memang benar, konspirasi ciptaan Anuar Ibrahim adalah semata2 utk kepentingan peribadinya yang bermasalah. Rakyat diajak bersama membela dirinya dan menyelesaikan masalah peribadi.
Anuar mencipta masalah dan berkonspirasi dengan semua pihak yang mampu dihasutnya.
Kini kita lihat Pas sudah terpengaruh 100% semata2 kerana undi Pas semakin merosot.
Jelaslah perjuangan Pas adalah untuk mendapatkan UNDI, bukan seperti yang dijeritkan kerana Islam.
Pas berjaya menipu ahli dan pengikutnya selama ini. Tetapi telah merosot dan saya yakin akan terus merosot.
TUAN PENDITA, ANWAR BRAHIM SEDANG BERADA DI TAHAP KRITIKAL EMOSINYA. TIDURNYA SUDAH TIDAK TENANG DAN JIWANYA SUDAH SANGAT TERGANGGU KERANA DESAKAN UNTUK MENDAPATKAN DNA NYA.
BalasPadamOLEH ITU, UNTUK MENUTUP KELEMAHAN DAN KETAKUTANNYA, MAKA DIAJAKNYA BERSAMA PAS DAN PENGANUTNYA UNTUK MENGAITKAN PULA DS NAJIB DALAM HAL ALTANTUYA.
APAKAH MEREKA LUPA, BUTA, TULI ATAU SENGAJA MEMBODOHKAN DIRI DAN MEMEKAKKAN TELINGA DARIPADA MENDENGAR SUMPAH YANG DILAFAZKAN OLEH DS NAJIB MENGENAI FITNAH YANG DITABUR.
SEPATUTNYA PUAK PAS MENDESAK NUAR BRAHIM MENYERAHKAN DNA ATAU BERSUMPAH UNTUK MENGELAKKAN FITNAH, INI BERSEKONGKOL DENGAN PENDUSTA DAN PEMUSNAH BANGSA DAN NEGARA BERPAKAT BERSAMA MENGAITKAN DS NAJIB YANG TELAH BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH BAHAWA DIA TIDAK BERSALAH DENGAN DOSA YANG TIDAK DILAKUKAN. RAKYAT SEMAKIN BIJAK MENILAI! PARTI PAS ADALAH PARTI POLITIK SEMATA-MATA.
MARI KITA BERPAKAT DEMOSTRASI RAMAI-RAMAI MINTA SUPAYA PARTI PAS MELUCUTKAN NAMA AGAMA DALAM PARTI MEREKA. LEBIH BAIK TUKAR NAMA JADI PARTI AJARAN SESAT (PAS) DARIPADA MENJAJA NAMA ISLAM TAPI PERLAKUAN LEBIH BURUK DARIPADA MASYARAKAT JAHILIAH YANG JAHIL DAN SUKA MENABUR FITNAH!