Followers

Khamis, 3 Mac 2011

Pas Akui Demokrasi Hidup, Aktif dan Subur Di Malaysia


Berita 12 orang menyertai Parti Melayu Pas di Kerdau mendapat perhatian para blogger terutama yang pro Gerombolan pembangkang.

Kemasukan di saat parti-parti sibuk berusaha memancing undi adalah fenomena biasa dalam mana-mana Pilihanraya di negara ini.  

Ini membuktikan amalan demokrasi di negara ini amat sihat dan dinikmati sepenuhnya oleh rakyat, terutama parti pembangkang.

TEMERLOH, 2 Mac: Bekas Ketua Umno yang juga Pengasas Umno Jengka 25 telah meninggalkan Umno dan menyertai PAS bersama 11 ahli Umno yang lain malam tadi.

Muzamil Mualip, yang juga Naib Pengerusi JKKR bersama 11 ahli Umno yang lain telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumah beliau sendiri.

Majlis itu yang turut dihadiri beberapa wartawan dan pemimpin tertinggi PAS itu  dipercayai bakal mencetuskan satu fenomena baru perkembangan PAS di Jengka 25, yang sebelum ini dianggap kubu kuat Umno.

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya Kecil Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan perkembangan ini sebagai satu tekanan terhadap Umno.

Ulasan Pendita:
  1. Sdra Muzamil Mualip berhak membuat keputusan untuk dirinya menyertai mana-mana pertubuhan politik kerana hak itu dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan tidak pula menyalahi Akta Pilihanraya.
  2. Perbuatan Muzamil membuktikan sistem demokrasi di negara ini hidup subur dan aktif bebas tanpa kongkongan oleh mana-mana pihak.
  3. Walaupun Muzamil telah menikmati kehidupan yang selesa di Felda Jengka 25, beliau boleh meneruskan kehidupannya di situ walaupun menentang pihak yang membantunya selama ini dan menyokong Gerombolan anti nasional yang tidak berfaedah kepada rakyat.
  4. Kerajaan UMNO-BN telah melaksanakan amal makruf kepada Muzamil dan keluarga serta rakan-rakannya. Muzamil pula memilih untuk melakukan kemungkaran dengan menyertai Partiu melayu Pas yang menjadi sekutu Gerombolan Pakatan Pembangkang yang kini menjadi Musuh Rakyat di negara ini.
  5. Pas mengalu-alukan kemasukan Muzamil yang dikatakan orang berpengaruh di kawasan itu. Pas berharap Muzamil akan menjadi faktor perkembangan baru yang boleh menekan UMNO.
  6. Pas terlupa bahawa Muzamil akan hilang pengaruhnya sebaik sahaja dia mengambil sikap menentang pemerintah yang adil dan menyertai parti yang dari Gerombolan yang zalim memecahbelah perpaduan umat islam. Rakan-rakan dan saudara maranya yang lain akan menilai Muzamil sebagai seorang yang lupa daratan, kacang lupakan kulit, tidak berterima kasih dan paling malang, tidak bersyukur kepada Allah.
  7. Pas sepatutnya memperluaskan kaedah "baiah politik" yang mensyaratkan ahli Pas menceraikan isteri dengan talaq tiga sekiranya melompat parti. Walaupun bertentangan dengan amalan demokrasi dan Akta Pilihanraya, Pas perlu mengawal ahlinya dari menyertai UMNO kerana semakin ramai ahli Pas meninggalkan parti itu.
  8. Kalau Pas boleh menerima ahli UMNO menyertai parti mereka, maka Pas tidak boleh marah-marah ahli parti DAP dan PKR keluar meninggalkan parti masing-masing seperti yang berlaku di Perak sehingga Kerajaan DAP tumbang.
  9. Pas rasional dalam sebahagian perkara tetapi irrasional dalam perkara yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...