Followers

Sabtu, 5 Mac 2011

Dondang Sayang Merlimau, Ngape Bio Semok Kerdau


Selamat mengundi diucapkan kepada semua para pengundi di PRK DUN Merlimau Melaka dan DUN Kerdau Pahang.

Memasukkan kertas undi ke dalam peti undi bermaksud menyatakan keinginan, harapan dan pandangan peribadi kita terhadap masa depan.

Proses menanda kertas undi amat mudah. Memasukkan kertas undi ke dalam peti undi juga mudah. Kemudian kita meninggalkan tempat mengundi dan meneruskan kerja-kerja kita.

Cuma fikirkan selepas itu apa yang akan berlaku?

Dapatkah segala nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita semua berkekalan. Mampukah kita meneruskan pencapaian sekarang dengan lebih baik di masa depan. atau mungkinkah kita akan mengundur ke belakang.

Hari ini Allah berikan kita dahan tempat berpaut. Dengan izin Allah juga segala perancangan dan program yang disediakan untuk kita selama ini telah terbukti membantu kita meneruskan kehidupan yang selesa dan berkembang maju. Allah mudahkan urusan kita mencari rezeki dan membesarkan anak-anak.

(Pendita mohon izin gunakan clip ini dari tuanpunya)

Bagimanapun kehidupan tidaklah semudah yang disangkakan. Manusia perlukan perancangan dan pelaksanaan. akhirnya kita kena percaya bahawa sebagai manusia kita hanya mampu berusaha tetapi Allah menentukan segala-galanya. Bantulah diri kita semogaa Allah sentiasa bersama kita kerana kita adalah warganegara yang tahu berterima kasih dan bersyukur.  

Tanpa usaha dan perancangan yang wajar, mungkin kita akan gagal. Malah akan kehilangan sesuatu yang telah kita miliki yang Allah telah kurniakan sebelum ini.

(Pendita mohon izin gunakan clip ini dari tuanpunya)

Para pengundi sekalian, 
Keluarlah mengundi dengan niat untuk berbakti kepada agama, bangsa dan tanahair tercinta. Anak-anak warisan kita akan berfikir dan mengkaji tindakan kita pada hari ini kerana kesannya ditanggung oleh mereka di kemudian hari.

Pendita ucapkan Selamat Mengundi.

2 ulasan:

  1. Salam Tuan Pendita,

    Semoga pengundi dapat membezakan antara yang bernas dengan hamPAS..

    BalasPadam
  2. Bro.

    Lagu Ngape Bio Semok tu dalam maknanya...
    kerajaan bantu dan sediakan bermacam2 bentuk kemudahan dan bantuan...tetapi kalaw kita tidak insaf dan bersungguh2...akhirnya kita sendiri yg merana dan kehilangan...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...