Followers

Sabtu, 26 Mac 2011

Nurul Izzah Malu dan Tetap Tidak Mahu Pertahankan Anwar Ibrahim


Semua pihak dalam Gerombolan Pakatan Pembangkang berharap kepimpinan tertinggi PKR berusaha mempertahankan Anwar Ibrahim dalam isu pendedahan video seks yang dipercayai telah dirakam secara sulit yang melibatkan dirinya.

Anwar Ibrahim sendiri selaku Penasihat Parti PKR telah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa lelaki dalam video itu adalah dirinya. Beliau lantas menamakan DS Najib, Polis dan Kementerian Dalam Negeri adalah di antara yang terlibat dalam pengeluaran video tersebut untuk menjatuhkan maruahnya.


Selepas itu diikuti pula oleh kenyataan daripada Dr. Wan Azizah, Presiden Parti Keadilan yang juga isteri Anwar Ibrahim. Beliau mengulangi penafian dengan menggunakan skrip yang sama seperti yang telah disebut oleh Anwar Ibrahim. 

Selepas itu, malangnya tidak ada seorangpun yang mampu menampilkan pembelaan yang bernas dan meyakinkan. Kalaupun ada yang bersuara, hanya sekadar mampu menyebut ayat-ayat yang pernah dilafazkan oleh Anwar Ibrahim.

Hampir semua pemimpin PKR yang bersuara hanya mengulangi ayat yang sama, iaitu:
  • Anwar Ibrahim tidak terlibat
  • Lelaki itu bukan Anwar Ibrahim
  • Perut Anwar Ibrahim tidak sebuncit itu
  • Warna kulit Anwar Ibrahim tidak secerah itu
  • Dada Anwar Ibrahim tidak sebidang itu
  • Video itu adalah alat konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim
  • Pihak yang terlibat termasuklah Polis, Kementerian Dalam Negeri, DS Najib, Rosmah, Tun Mahathir
  • Tidak logik dan perbuatan politik kotor
  • Dibuat kerana Perbicaraan Liwat II telah menghadapi kegagalan
  • Dihebohkan kerana PRN Sarawak telah hampir
  • Konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim masih berterusan
  • Rakyat hendaklah terus menentang BN dan Kerajaan.
Tetapi, yang paling menghairankan ialah, tidak ada sepatah katapun yang keluar dari celah bibir YB Ahli Parlimen Lembah Pantai mengenai perkara ini. YB PKR Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR dan kebetulan juga anak perempuan bekas banduan yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat Ekonomi Selangor, yang ditonjolkan dalam video tersebut. 


YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai membisu seribu bahasa, lidah kelu tidak dapat berkata. Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan keadaan papanya yang sedang menghadapi satu lagi bencana. Laman web peribadinya dibiarkan kosong dan tidak digunakan untuk membela ayahnya yang sedang menghadapi masalah besar.

Paling tidakpun, Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang melantik Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Bergaji RM1.00 itu ada mengeluarkan kenyataan yang berupa pandangan Menteri besar mewakili Rakyat Selangor dan PKR:

"Walaupun ahli politik perlu bersih dalam tingkah lakunya, namun kita juga perlu beri ruang kepada orang dan kita tidak boleh sentiasa ikut (mereka) malahan hingga ke tandas. Terdapat kehidupan peribadi dan kehidupan politik," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis minum petang sempena penghargaan kepada pegawai jabatan teknikal Selangor anjuran SSIC Bhd di sini, Isnin.

Kenyataan Menteri Besar yang sedang ditolak oleh Rakyat Selangor ini memperakui bahawa Anwar Ibrahim sebagai seorang individu berhak melakukan apa sahaja dalam kehidupan peribadinya.

Menurutnya pendedahan video seks tersebut adalah tidak wajar kerana mengganggu hak individu Anwar Ibrahim kerana boleh menyebabkan Anwar Ibrahim akan kelihatan tidak bersih.

Menteri Besar itu juga mengeluarkan kenyataan bahawa kehidupan peribadi tidak boleh  diganggu kerana akan memberi kesan kepada kehidupan politik.  Oleh itu Anwar Ibrahim perlulah diberi ruang dan masa melakukan apa sahaja dalam kehidupan peribadinya dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan kehidupan politik.


Kita masih menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai dan juga Naib Presiden parti PKR mengenai isu bapanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Ibunya Wan Azizah yang juga Presiden Parti PKR sudahpun membantu mengulangi skript penafian bekas banduan itu.

Rakyat dan pengundi di Lembah Pantai sudah semakin ramai yang menyesal kerana memberi ruang kepada Parti Keluarga ini dalam PRU 2008 yang lalu. Lain yang mereka harapkan, lain pula yang diterima. 

Di manakah akan disembunyikan air muka rakyat di Lembah Pantai apabila mereka bertentang mata dengan rakan-rakan setempat. Mampukah mereka menyatakan kesilapan besar kerana memilih Nurul Izzah, iaitu anak kepada Anwar Ibrahim yang dikatakan sebagai lelaki yang beraksi dalam video seks tersebut.

5 ulasan:

  1. comments:


    Barulah kami tahu bahawa Nurul Izzah tidak memiliki apa-apa kekuatan sebagai seorang pemimpin berbanding DS Sharizat.

    Kesilpan mengundi beliau tidak akan berulang lagi, InsyaAllah.
    26 Mac 2011 1:00 AM


    Pengundi Lembah Pantai;

    PRU13 tolong jangan pangkah PKR or any PR party.

    Baik kita sama-sama sekarang mintak Nurul Izzah letak jawatan, senang cerita kita boleh buat pilihan raya awal.

    -artis-
    26 Mac 2011 1:02 AM


    Tanpa Nama berkata...
    KHALID IBRAHIM PUN TAK SUKA ORANG KACAU HAL PERIBADI DIA DENGAN ELLY, DENGAN SUPOL DIA DAN DENGAN SAPA-SAPA SAJA YANG DIA NAK LAKUKAN.

    JADI, KITA MENYERU KAPADA KHALID MB SELANGOR NIIIHHH... KO BUAT LAH APA KO NAK BUAT, DALAM BILIK MB, DIA DENGAN SUPOL YANG COME LOTE KO NAK BUAT APO KO BANTAI LAH.... JANGAN BAGI TAHU HASSAN ALI DAAAAHHHH... NANTI HASAN BUANG KO PULAK...
    26 Mac 2011 1:29 AM


    adf55650 berkata...
    Kalau Nurul Izzah bersuara, takut pulak nanti Anwar akan cakap dia tak pernah mengnali NUrul Izzah.
    26 Mac 2011 6:03 AM


    wadi berkata...
    Pendedahan apajua kebejatan adalah wajar dan biarkan penguatkuasa menjalankan siasatan dan badan kehakiman mengadili fakta yang dibentangkan .
    Menegakan kebenaran disanggah dan diterjah , politik berubah wajah . Kebebasan dibenturkan dan dipersalahkan adalah natijah minda kecetekan ilmuan yang menggusur peradaban tanpa kajian . Pemerintah tetap gah dan perlu didokong tanpa ketakutan dikuburkan sejarah. Demokrasi itu indah , tapi ramai yang gundah jesteru serakah yang terarah menujah kekuasaan minda .
    Selamat mengiyakan apa saja , biarkan mereka terus bersengketa asalkan negara tetap aman dan terpelihara .
    26 Mac 2011 11:50 AM


    AlHaq berkata...

    Benar apa yg dikatakan oleh WADI, kita perlu mempertahankan negara kerana di sinilah tanah tempat tumpah darah kita.

    Semuga kita dapat hidup bersama dengan kaum lain sebagaimana yg kita telah nikmati selama ini.
    26 Mac 2011 11:53 AM


    JeyHanifah berkata...
    Salam,

    PKR adalah parti keluarga Anuwar Ibrahim dan rakan2 kroninya.

    Untuk mendapatkan undi dia hanya berucap dengan retorik yg tak habis2 sampai bila2 pun.

    Kitalah sebagai rakyat yg akan memberhentikan permainan anti nasional dan mengkhianati rakyat ini.

    Kesilapan yang lalu tidak akan kita ulangi demi kesejahteraan rakyat bersama semua kaum.

    Kami golongan muda tidak akan mudah diperbodohkan lagi. Kami ada pemikiran dan semangat juang seperti yg dikehendaki oleh pemimpin kita.

    Diharap ayahanda Tun Mahathir dapat menyampaikan ceramah kepada kami satu hari nanti. Kami berjanji akan mengumpul anak2 muda untuk bersatu membangunkan negara kita, khususnya Lembah Pantai, tempat kami dilahir dan dibesarkan.
    26 Mac 2011 12:01 PM

    Tanpa Nama berkata...
    DS Annuar tidak salah, yang salah adalah kita yang menjadi penyokongnya, kekuatan sesaorang bergantung kepada sokongan yang ramai , jika banyak orang yang penyokong bermakna banyak yang mempercayai kita, biar pun diri kita dan tuhan sendiri saja yang boleh menilai buruk baik budi perkerti kita.Dalam hal ini lumrah dipersalahkan DS Najib , Tun , datin sri Rosmah , Dato Hishammudin , UMNO/BN ,KDN dan Polis . Malang sekali rakyat kita yang bijak dan pandai pun mempercayainya, sebelum perkara saperti ini di siasat tuduhan telah di buat.Ternyatalah alim ulamak pun turut mempercayainya. Sia sialah kerajaan membelanjakan wang yang banyak setiap tahun untuk pendidikan tapi pemikiran kita maseh saperti orang yang tidak berpelajaran. Sehingga kini maseh banyak orang mukmin yang maseh berdoa akan keamanan kemakmuran dan kesejahteraan negara walau pun ada anasir jahat yang cuba untuk melihat negara dlm keaadaan huru hara. Pada DS Najib kuatkan semangat dan tadbirlah negara secara adil dan saksama inshaalah tuhan dan majoriti rakyat akan bersama datuk Sri.

    BalasPadam
  2. walau sakit belakang tapi masih terlihat jantannya,syabas...

    BalasPadam
  3. masa i kat U dulu i duduk sebilik ngan anuar tak pun kena liwat tipu2 dunia tak tahu malu............

    BalasPadam
  4. anon 12.20PM...

    masa kat U dulu, hang pun kalau macam SAM KETOT, pastu tak tau jaga kebersihan diri, bau bacin + masam semacam je...maner dia nak seleranya....cuba hensem sikit + jambu gitu...aparah...

    BalasPadam
  5. Pada satu ketika dahulu, semasa Tun Mahathir jadi PM puaka PAS buat fitnah kata beliau dan cucu tonton filem lucah. Heboh satu M'sia.Masa tu tak ada sorang "ustad" PAS pun semasa berceram.ah mengatakan itu satu fitnah. Semua puaka PAS dok sokong. Apa yang jadi? Ingat tak? yang menuduh "menemui ajal" memanglah kerana sakit dan merupakan ketentuan Illahi. Yang kena fitnah sihat walafiat hingga sekarang. Jawablah! Mungkin ada yg akan kata "macam firaun" nak hidup menongkat langit.Kalau orang lain semuanya salah. Diri sendiri? Semuanya betul ke?. Itulah akibat bersahabat dengan syaitan2 DAPig. Muhasabahlah diri masing2 dan mohon petunjuk dari Allah SWT sebelum terlambat.
    Dah ada dikalangan pemimpin PAS yang mula sedar, itu pun "golongan syaitan" mula menghasut supaya jangan memandai-mandi membuat kenyataan itu dan ini. Mula goyah pendirian pulak kerana takut hilang jawatan dlm parti!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...