Followers

Memaparkan catatan dengan label Pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pas. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Mac 2011

Huru-hara Dalam Pas: Terpaksa Hadapi Masalah Tiga Fahaman Berbeza Dalam Parti


Pas kini sedang menderita diserang penyakit berbagai fahaman yang berbeza dalam parti.

Bermula dengan slogan retorik "daulah Islamiah" Pas menjaja ideologi ciptaanya melalui ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz politik mereka. Diikuti dengan slogan "kepimpinan ulamak" sebaik sahaja dapat menguasai negeri Kelantan.

Bagi menguatkan keyakinan bahawa Pas adalah parti Islam, mereka memainkan lagu "UMNO mengekalkan perlembagaan Lord Reid" dan UMNO "MENOLAK al-Quran sebagai Perlembagaan Negara". Maka bertambahlah keimanan Ahli-ahli dan pengikut terhadap ajaran Pas. Membuak-buaklah lagi kebencian terhadap UMNO kerana tafsirannya UMNO itu adalah kafir kerana mengekalkan perlembagaan kafir.

Dengan berfahaman dan berpakaian "Serban Ekstrem" ini Pas berjaya memusnahkan perpaduan umat Islam dengan mewujudkan fenomena sembahyang dua imam, kenduri dan sembelihan orang UMNO haram di makan, tidak sah nikah di tangan jurunikah UMNO. Kemuncaknya adalah peristiwa Memali dan al-Maunah serta penangkapan beberapa orang yang terlibat dengan kumpulan dan aktiviti militan.

Akhirnya setelah hampir kalah teruk pada PRU 2004, Pas terpaksa meningkatkan kerjasama dengan personaliti Liberal Nuar Berahim dan Parti China DAP. Percaturan pada era ini adalah dilakukan mengikut rentak Nuar Berahim dan diselaraskan dengan matlamat politik cauvinist-racist Parti China DAP yang sedang mara ke hadapan dengan Malaysian Malaysianya.

Bagimanapun sebaik sahaja Tun Dr Mahathir melepaskan teraju kepimpinan kepada Pak Lah,  UMNO telah  dilanda masalah kepimpinan yang amat serius. Parti dan Kerajaan menjadi kucar-kacir dan pembangkang mengambil kesempatan ini sepenunya. Sebahagian rakyat menjadi keliru dan sebahagiannya terjebak dalam perangkap pembangkang. Akibatnya PRU 2008 memihak kepada Pembangkang.

Bagaimanapun kejayaan pembangkang yang mereka sendiripun tidak jangkakan itu, hayatnya tidak begitu lama dan dapat dipudarkan sebaik sahaja DS Najib mengambilalih pucuk pimpinan parti dan kerajaan.


Beberapa siri piliharaya kecil yang diadakan telah memberi petunjuk yang jelas bahawa keadaan telah kembali tenang dan rakyat kembali rasional. Konsep 1Malaysia berjaya mengekalkan momentum keyakinan rakyat kepada UMNO-BN dan sekaligus mengenepikan retorik pakatan pembangkang.

Bermulalah kembali kedudukan asal yang sebenar Parti Melayu Pas di kalangan masyarakat. Kemerosotan dan kekalahan Parti Melayu Pas di Manik Urai dan Galas, telah memaksa Pas mengundur diri dari pentas perjuangan yang berslogankan negara Islam dan hudud yang dihebohkannya selama ini untuk meningkatkan kerjasama dengan parti China DAP.

Pas terpaksa mencampakkan "serban Ekstrem" sebagai prasyarat mengikut telunjuk parti China DAP dan Nuar Berahim, untuk mendapatkan sedikit undi. Dengan penuh rela dan setia Pas terpaksa memakai "Topi Liberal".

Pas sanggup mengaku sebagai parti yang tidak "berbangsa" di hadapan khalayak kaum bukan melayu dan mengistiharkan menganut fahaman "liberal". Pas bermaksud memberitahu kaum bukan Islam bahawa penggunaan nama Allah bukan isu besar, minum arak dan makan babi dibolehkan, berjudi tiada dalam Islam dan tiada masalah dilakukan oleh bukan Islam, mesjid dan surau adalah sama tarafnya dengan dewan pelbagaiguna. Dengan ini Pas berharap mendapat pertambahan undi dari kaum China.


Akibat memakai "Topi Liberal" ini, Parti Melayu Pas semakin dibenci oleh umat Islam kerana pendiriannya yang sering bertukar-tukar mengikut keuntungan, kepentingan dan matlamat politik. Makala di kalangan kaum China pula, mereka bertambah hilang keyakinan kepada Pas kerana melohat parti itu tidak ikhlas dan tidak setia pada perjuangannya sendiri.

Akibatnya Parti Melayu Pas ditolak mentah-mentah di PRK Tenang.

Kekalahan yang memalukan Pas menjadikan rakan-rakan gerombolannya turut berasa cemas. Mereka bersidang dan mencari jalan untuk membaiki keadaan supaya tidak terus ditolak oleh rakyat dan matlamat memecahbelahkan umat Islam dapat diteruskan.

Akhirnya tercetus idea baru yang luar biasa. DAP dan Nuar MBerahim mengarahkan Pas menukar lagi sekali perjuangannya kepada perjuangan kebangsaan. Pas dikehendaki menjilat semula ludah mereka yang menyatakan bahawa dalam perjuangan Pas tidak ada isu memperjuangkan bangsa. 

Tetapi perubahan ini memaksa Pas menjaja slogan baru "memperkasa ekonomi bangsa Melayu" dengan hasrat untuk memperdaya bangsa Melayu memberi sokongan keada parti itu. Pas memaksakan dirinya memakai "Songkok Kebangsaan" untuk bersandiwara di hadapan bangsa Melayu bagi menyelamatkan nyawa politiknya dan membantu China DAP memecahbelahkan perpaduan umat Islam.


Akibatnya mereka telah kehilangan sokongan daripada kaum China kerana berpendapat Parti Melayu Pas itu seperti talam dua muka. Kaum China hilang keyakinan sekali lagi dan bangsa Melayu tetap tidak mudah tertipu dengan sandiwara baru Pas.

Kaum China melihat Pas sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai manakala bangsa Melayu dan umat Islam menganggap Parti Melayu Pas sudah tidak relevan dan tidak perlu wujud dalam dunia politik ummah di negara ini.

Akibatnya Pas kalah teruk di PRK DUN Merlimau Melaka  dan Kerdau Pahang.

Kini, Parti Melayu Pas semakin tertekan kerana terpaksa menghadapi masalah wujud TIGA fahaman yang berbeza dalam parti.

Dalam parti Melayu Pas sekarang, ada yang memakai "Serban Ekstrem', ada yang memakai "Topi Liberal" dan ada yang memakai "Songkok Kebangsaan".    


Selasa, 8 Mac 2011

Masalah Besar Parti Melayu Pas: Rendahnya Mentaliti Ustaz Politik Yang Bernama Hj. Nik Aziz

...dale palo ambo...ado time bomb..

Sudah sampai masanya Parti Melayu Pas mengeluarkan nama ustaz Haji Nik Aziz dari senarai pemimpin mereka.

Kehadirannya dalam Pas sudah tidak relevan lagi berdasarkan tiada sumbangan positif yang boleh diberikannya kepada parti. Malah sebaliknya beliau didapati bercakap mengikut akal dan tahap mentalitinya yang amat rendah.

Gaya pemikiran ustaz Haji Nik Aziz langsung tidak menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin berwibawa yang mampu mengeluarkan pandangan yang setaraf dengan zaman di mana dia berada sekarang dan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Jika kita ikuti komen spontan yang selalu diucapkannya, menampakkan minda ustaz Haji Nik Aziz sudah "set"  hanya untuk membidas UMNO, menuduh kerajaan, menyalahkan pihak lain. Jangkauan fikirannya terlalu sempit. Hanya berkisar terhadap meluahkan emosi bencinya kepada UMNO dan kerajaan dan mana-mana pihak yang tidak menyebelahi politik Pas.

Sumber petikan: harakahdaily.

KOTA BHARU, 7 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno dan BN, tindakan mereka membelakangkan demokrasi bakal menjadi bom jangka yang akan meletup bila-bila masa.

“Ia bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah, jangan berbuat sesuka hati,”ujarnya.

Sambungnya, sekiranya Hosni Mubarak seorang yang berkuasa besar akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri, apa lagi di Malaysia, ia juga boleh berlaku.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengingatkan pemimpin tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak berlandaskan demokrasi.

Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala gentera kerajaan negeri dan Persekutuan.


Semasa diminta mengulas kekalahan Pas di kedua-dua PRK DUN Merlimau dan Kardau, secara spontan ustaz Haji Nik Aziz tanpa berfikir terus mendakwa kononnya tidak wujud demokrasi di negara ini. Dengan mentaliti tahap rendahnya dia menggunakan istilah "dia mahu kerasi" sebagai merujuk kepada "demokrasi". Komen lawak kasta rendah yang tidak sesuai langsung keluar dari mulut seorang Menteri Besar bertaraf wali di kalangan pengikutnya.

Sangat menggelikan hati apabila beliau menegaskan bahawa Pas bukan menentang calon Parti UMNO atau BN tetapi menentang calon kerajaan pemerintah! Ustaz Nik Aziz ingin mengatakan bahawa UMNO-BN suku, kerajaan suku. UMNO-BN perlu masuk bertanding dan jabatan-jabatan kerajaan mesti digantung sementara daripada menjalankan tugas dan kerja routine, sebelum, semasa dan sesudah pilihanraya. 

Dalam pada itu Nik Aziz segera pula mengaitkan dengan ketidakadilan dan berdosa dunia akhirat!. Dengan segera Nik Aziz menyimpulkan bahawa golongan muda sekarang akan menjadi pendendam kerana demokrasi semakin tiada. Dengan itu seolah-olah golongan muda sekarang ini adalah "time bomb" untuk masa depan. Jelas niat, hasrat dan harapan Nik Aziz sangat negatif yang menggambarkan pemikiran rendahnya.

Bagaimanapun Nik Aziz lupa, anak-anak muda ini boleh melihat dan berfikir. Sekiranya demokrasi telah tiada, bagaimana Pas boleh masuk bertanding dan pembangkang boleh menawan lima buah negeri serta menafikan 2/3 suara kerajaan di Parlimen? Nik Aziz beranggapan dan berharap golongan muda kita sama seperti anak-anak muda yang bermentaliti memberontak secara aman di Tunisia dan Mesir.

Kata-kata Ustaz Haji Nik Aziz memalukan pemimpin-pemimpin politik negara ini termasuk pemimpin dalam Pas dan gerombolan pakatan pembangkang sendiri.

Semasa mengulas kejadian seorang penyokong UMNO yang telah menyertai Pas dan kemudiannya kembali menyokong UMNO, Nik Aziz menganggapnya sebagai tidak demokrasi.  

“Tengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai Umno.

“Kenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi,”ujarnya.

Jelaslah, maksud Nik Aziz, jika seseorang itu menyertai Pas akan dianggap demokrasi hidup subur tetapi jika menyertai UMNO atau keluar meninggalkan Pas akan dianggap demokrasi telah mati.  Jawapan begitu mengundang rasa geli hati dan di tertawakan oleh kawan dan lawan kerana terlalu kebudak-budakan.

Ketika ditanya adakah pengundi Melayu turut menolak PAS pada pilihanraya kecil baru-baru ini kerana di peti undi tertentu didapati kurang sokongan, Nik Aziz tidak menjawab soalan tetapi tetap menyalahkan demokrasi dan mengaitkan dengan sogokan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Nik Aziz malu mengaku bahawa Pas telah di tolak rakyat.


Jelaslah Nik Aziz tidak mampu melihat ke dalam diri dan kelemahan parti yang dipimpinnya.

Dan jelaslah Pas sedang menghadapi masalah besar. Pemimpin yang mereka jadikan umpan untuk mendapatkan sokongan rupa-ruoanya mempunyai mentaliti yang sangat rendah dan tidak mampu membawa parti ke mana-mana. Jawapannya sangat mengaibkan samada dari sudut politik, pentadbiran atau agama. 


Tentulah ahli-ahli dan penyokong Pas berasa risau kerana dengan kurangnya sokongan umat Islam kepada Pas akan menyebabkan umat Islam bersatupadu. 

Keadaan ini bertentangan dengan kehendak DAP untuk melihat dan mengekalkan supaya umat Islam berpecah-belah. Oleh itu Pas akan dianggap mengkhianati atau gagal meneruskan perjuangan Gerombolan Pakatan Pembangkang.

Ustaz Haji Nik Aziz sudah dilihat oleh banyak pihak sebagai satu lagi liabiliti kepada Pas dan Gerombolan Pakatan Pembangkang selain Nuar Berahim yang mewakili PKR.



Isnin, 7 Mac 2011

Makna dan Kesan PRK: Pas Semakin Ditolak Umat Islam, Dap Kekal Mantap Menguasai Mood Kaum China

...lolongan yang semakin menakutkan ummah..

TEMERLOH, 7 Mac: Walaupun amat pahit kerana kalah, PAS dan Gerombolan Pakatan Pembangkang terpaksa menerima hakikat mereka tidak mampu memenangi PRK Dun Kerdau dan Merlimau malah juga  Pilihan raya Umum ke-13 yang akan datang.
PAS juga terpaksa menerima hakikat bahawa mereka telah menggunakan sepenuhnya dasar kebebasan bersuara di negara ini dengan berkempen sepanjang masa. Oleh yang demikian,  ruang kempen seminggu untuk kedua-dua PRK tersebut hanyalah kemuncak kepada usaha manaburkan benih-benih anti nasional yang destruktif untuk ia hidup subur bagi menghadapi PRU ke-13.
PAS terpaksa mengakui bahawa bukan mudah untuk mengajak rakyat membenci kerajaan yang mereka pilih dan terus disayangi. Dengan berbagai-bagai tohmahan yang dibuat-buat, fitnah yang tidak menjadi serta provokasi yang memakan diri, Pas terpaksa berhadapan dengan gelombang penolakan yang amat ketara.
Pola sokongan pengundi muda di kalangan umat Islam nampaknya tidak seperti yang mereka harapkan walaupun usaha membakar emosi dan meningkatkan kebencian dilakukan secara berterusan sepanjang tahun. Dengan sokongan PKR dan perancangan strategi yang diatur oleh DAP, Pas semakin jauh dari penerimaan umat Islam. Sehingga meletakkan Pas merupakan Parti Melayu yang tidak relevan lagi.
Kelemahan
PRK kali ini juga telah berjaya mendedahkan kelemahan Parti Melayu Pas dan Gerombolan Pakatan Pembangkang. Penceramah yang terdiri daripada ustaz-ustaz politik dan bukan ustaz masih menggunakan kaedah lama iaitu menghasut, memfitnah,  mempolitikkan tafsiran ayat dan ajaran Islam, menghasut emosi untuk menyuburkan kebencian dan menyerang peribadi tanpa asas kebenaran.
Paling ketara, Pas masih mengekalkan budaya politik negatif mengajak rakyat membenci UMNO, BN dan kerajaandan tanpa alasan yang kukuh. Pas tidak berupaya membina persepsi dengan hujah yang positif dan konstruktif untuk menidakkan kejayaan UMNO, BN dan Kerajaan mentadbir negara berbilang bangsa dan agama.
Pas dan komponen Gerombolannya masih berputar-putar di sebalik harga barang, kenaikan harga minyak, demostrasi yang berlaku di luar negara dan beberapa kenyataan berkaitan ekonomi dan politik yang kabur dan tidak meyakinkan.
Kaedah lama lama menggunakan demonstrasi dan provokasi untuk menunjukkan kekuatan dan kehebatan, semakin meloyakan orang ramai. Kaedah mengutip derma hanyalah untuk pengesahan sokongan dan DAP juga telah mula menggunapakai untuk menguji sejauh mana sokongan orang ramai.
Kekuatan
Bagaimanapun terdapat juga kekuatan yang menyerlah hasil dari keputusan PRK baru-baru ini. Jika diambilkira keputusan terdahulu bagi PRK Parlimen Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Batang Ai, Sibu dan batu Sapi serta PRK DUN Batang Ai, Penanti, Permatang Pasir, Bagan pinang, Tenang dan Merlimau ternyata DAP berjaya mengekalkan sentimen kaum China menolak BN.
Di kalangan kaum China, DAP tidak perlu bersusah payah berkempen berlebihan kerana mereka amat tertarik dengan gagasan Malaysian Malaysia yang ingin ditegakkan oleh DAP dan menghapuskan Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan punca ketidakadilan di negara ini.
DAP dilihat berjaya mempengaruhi Parti Melayu Pas supaya meneruskan agenda memecahbelahkan umat Islam di samping mengistiharkan parti itu tidak lagi berminat meneruskan perjuangan Islam dan hudud. 
Manakala kejayaan DAP ke atas PKR pula ialah memanipulasi keinginan peribadi Nuar Berahim yang begitu terdesak untuk melepaskan dirinya dari masalah politik peribadi, kes mahkamah dan penolakan  rakyat terhadap pengkhianatan demi pengkhinatan yang dilakukannya melemahkan keutuhan kuasa politik Melayu-Pribumi.
Makna
Makna yang boleh difahami dari keputusan-keputusan PRK Parlimen dan DUN selama ini ialah hakikat bahawa Parti Melayu Pas semakin ditolak oleh umat Islam tetapi DAP kekal berjaya memantapkan penguasaannya mengekalkan mood pengundi China menolak BN.
Matlamat Pas ingin menggantikan UMNO sebagai Parti mewakili bangsa Melayu semakin terpinggir.  
Manakala  hasrat DAP menafikan 2/3 penguasaan UMNO-BN dalam Parlimen untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan semakin dan berjaya mara setapak lagi.
Pas perlu terus memecahbelahkan umat Islam dan DAP terus menigkatkan solidariti kaum China tanpa mengira parti dan agama mereka.


Khamis, 3 Februari 2011

Pesta Politik Murahan Parti Melayu Pas Di Mesjid Beraksi Lagi



Parti Melayu Pas sekali lagi ingin menjuarai pesta politik murahan pada hari Jumaat.


Parti China DAP sekali lagi dapat menonton percuma persembahan menarik umat Islam di bawah pengarahan Pemuda Pas.

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Solat Jumaat adalah perhimpunan besar mingguan umat Islam. Hadir ke mesjid mendengar nasihat dan rangsangan dalam khutbah serta berpeluang berjumpa saudara Muslim yang lain, tingkatkan ukhwah dan persaudaraan. 
Tetapi kemuliaan dan kelebihan solat dan hari Jumaat tidak bermaksud begitu bagi Parti Politik Melayu Pas.
Sejarah penganjuran pesta politik murahan Pas berlaku pada hari Jumaat. Kebanyakan pesta politik menggunakan demonstrasi sebagai event utamanya. 
Peserta pesta itu adalah para jemaah yang menunaikan solat Jumaat dan penontonnya juga adalah para jemaah yang hadir ke mesjid. Walaupun mereka hadir dengan suci hati menunaikan tanggungjawab Islam tetapi dikotori dengan pesta yang dibawa oleh Parti Melayu Pas.
Pas menggunakan hari Jumaat dan Mesjid tempat solat Jumaat kerana mendapat audiens percuma. Modalnya hanya loudspeaker dan sepanduk. Kandungan pestanya ialah maki hamun kepada pihak lain dan tulisan caci maki di sepanduk. 
Suara lantang maki hamun dan sepanduk caci maki ini menghiasi mesjid orang Islam dan persekitarannya pada hari Jumaat. Natijahnya hanya untuk mengajak umat Islam bersatu dalam  meningkatkan emosi kebencian 
Sumber: harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Gabungan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menamakan diri mereka sebagai  Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat, Jumaat ini.
Desakan itu akan dibuat dalam himpunan besar-besaran bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat 4 Februari ini.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat berkata, tiga desakan tersebut ialah menggesa Amerika berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.
"Kita mengajak seluruh rakyat untuk menyertai himpunan yang akan bermula di Masjid As-Syakirin KLCC selepas solat Jumaat...
Pengarah, Pelakon dan krew pesta ini akan melalak-lalak, menjerit-jerit dan melaung-laungkan kata-kata bersemangat, berapi-api dan meruapkan bulu roma. 

Tujuannya ingin mengaitkan kegagalan Mesir dan Tunisia mentadbir negara sehingga rakyat bangkit berdemonstrasi. Semoga dengan dakyah ini, para jemaah Solat  Jumaat di mesjid itu  akan terasa benci pula kepada Kerajaan Malaysia.

Jelasnya Para Pemimpin dan Ahli Parti Melayu Pas ini akan meneruskan aksi mereka. Manakala Para Pemimpin dan Ahli Parti China DAP sedang duduk-duduk depan tv menonton aksi dan pesta yang sangat menarik itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...